Rabu, 12 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Haha... Rajagobal dah bagi warning

Posted: 12 Jan 2011 06:38 AM PST

Haha... Rajagobal dah bagi warning kat anak buah dia, jangan leka dengan insentif.

Ketua jurulatih bola sepak negara, K. Rajagobal mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu ghairah dengan insentif yang diberikan kepada mereka selepas berhempas pulas membawa pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Beliau berkata, tugas seterusnya yang bakal mendatang adalah lebih sengit.

"Ini baru satu permulaan. Saya tidak mahu mereka terlalu ghairah dengan insentif kemenangan serta kemudahan yang diberikan kerajaan.

"Saya mahukan pemain saya terus mengekalkan prestasi sekaligus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa," katanya.

Ini berikutan selepas skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000 daripada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Seri Perdana di sini hari ini.

Rajagobal pun dah nampak kot belah tak elok la tu... terutama bila setiap insentif yang diberi tak ikhlas dan ada udang disebalik mee... wakaka...

Tidur sebantal, mimpi lain lain

Posted: 12 Jan 2011 06:33 AM PST

Aku bersetuju dengna apa yang dimaksudkan oleh Datuk Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS pusat, terhadap kemelut SUK yang melanda Selangor itu.

Orang yang diperingatkan oleh Datuk Mustafa tentunya diketahui umum sebagai Datuk Hassan Ali selaku pesuruhjaya PAS Selangor yang diingatkan supaya mematuhi pendirian PAS pusat khususnya seperti yang telah ditekankan oleh Tuan Guru Presedin, Haji Hadi sendiri.

Ingatan tegas dari PAS pusat khusus pada pimpinan PAS di Selangor agar tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu memang tepat pada masanya. Kita tak perlu lagi satu kemelut antara kita disaat Pakatan Rakyat bersiap sedia menghadapi BN dalam PRU ke 13 yang kian hampir ini.

Ingatan ini berikutan laporan tentang pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Mohamad Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan.

Tiada ulasan: