Rabu, 12 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GEMPAR: Jurusolek dakwa di CABUL seorang pemimpin politik terkenal di Perak!

Posted: 12 Jan 2011 09:59 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Belum reda isu 'menteri rogol amah', kini kita dikejutkan lagi dengan isu terbaru yang berkaitan dengan "pemimpin politik + seks"..itu belum dicampur sekali dengan isu terdahulu, isu 'menteri raba punggung'..boleh rujuk di SINI..

Malaysiakini hari ini melaporkan terdapat seorang pemimpin politik di Perak yang mencabul seorang jurusolek dengan merams buah dadanya..laporan polis telah dibuat, dan kini siasatan sedang dijalankan..

Persoalan kini, pemimpin politik dari parti manakah yang terlibat??..blogger Milosuam ada 'klunya tersendiri..boleh rujuk di SINI..

Bagi penulis, tidak kiraalah ianya dari parti BN atau PR, jika terbukti bersalah, maka tindakan dan hukuman tegas harus dikenakan..harap pihak berkuasa berlaku adil..fikir2kan..wallahua'lam..


Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.



"Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan," kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

"Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris."

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

"Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan," kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.



Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut. - MK

Isu semasa Selangor: Hampir 1000 rakyat Selangor berkumpul di Dataran Shah Alam sokong kerajaan PR

Posted: 12 Jan 2011 08:27 PM PST



Oleh: Pria Malaya

9 Januari lalu, hampir 30 ribu rakyat Muslim seluruh Selangor berkumpul di Stadium Melawati Shah Alam untuk bermunajat dan mendengar pidato pemimpin tertinggi PR mengenai isu di Selangor..boleh rujuk pada tajuk, "LIVE dari Shah Alam: Hampir 30 ribu ummat penuhi Stadium Melawati Shah Alam!!"...

Hari ini (kelmarin) hampir 1000 rakyat Selangor pelbagai kaum, Melayu Cina dan India berkumpul di dataran Shah Alam dengan tujuan yang sama, iaitu menyokong dan mempertahankan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan MB Tan Sri Khalid Ibrahim..

Mungkin ianya belum cukup besar, namun pergerakan ini membuktikan mereka begitu cakna dengan isu Selangor dan bersiap sedia untuk mempertahankan kerajaan negeri pilihan rakyat dari dinodai oleh 'regim' Umno/BN secara rakus dan tidak bertamadun..fikir2kan..wallahua'lam...





















(Terdapat dakwaan liar dari blogger Umno kononnya himpunan ini tidak mendapat sokongan dari ahli/penyokong PAS..sungguh kesian dgn telatah mereka...)







1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dr Badrul Amin, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan. Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, hancur Umno dan reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.
Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Petang ini, Menteri Besar turun sendiri menerima memorandum tersebut yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.
Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.



PANAS: Peguam MCA 'panas telinga' dengar azan, desak Masjid Pantai Dalam kawal bunyi azan!

Posted: 12 Jan 2011 09:13 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Dulu bukan main celupar mulut pencacai Umno mengutuk dan menfitnah pemimpin DAP/PR kononnya berkompormi mahu memperlahankan suara azan, menyekat kebebasan azan berkumandang dan lain-lain...walaupun sudah dijelaskan ia itu bukan desakan dari pemimpin DAP, namun pencacai Umno ini terus menyerang tanpa bukti dan fakta kukuh..

Hari ini, peguam MCA merangkap ahli seumur hidup parti sekutu Umno itu telah mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan segera mengawal bunyi azan..tidak cukup dengan laporan polis, maka beliau secara rasmi mengutus surat kepada kerajaan supaya bertindak segera memperlahankan bunyi azan ini..

MCA anti Islam??

Dakwa pencacai dan blogger fanatik Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain2 parti sekutu Umno faham dan hormat dgn agama rasmi negara berbanding DAP dan PKR..mereka tidak kacau hal agama Islam..heh, betul ke?..yg kutuk hukum dan negara Islam mundur, terkebelakang presiden pari mana?..

Penulis bangkitkan isu ini, bukanlah utk menghentam ahli MCA ini semata2..mungkin mereka ini jahil, atau mungkin betul menganggu tidur mereka krn terlalu kuat..tetapi niat penulis bangkitkan isu ini adalah untuk 'mengajar' bangsa hipokrit dalam parti rasis Umno..dulu bukan main hentam PR, sekarang lu rasa la sendiri..fikir2kan..wallahua'lam...


AHLI MCA PULA TAK PUAS HATI TENTANG AZAN DI MASJID PANTAI DALAM

Oleh: payahsungguh.blogspot.com

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA dari parti sekutu rapat UMNO-BN tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.








p/s: Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas

Artikel berkaitan (mesti lihat dan sebarkan!):
1. TERBARU: Lim Guan Eng hulur sumbangan pada masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang!
2. Apabila wakil rakyat bukan Islam (Pakatan Rakyat) menyantuni umat Islam...
3. "DAP akan pertahankan agama ISLAM sebagai agama rasmi negara" - Karpal Singh..(video inside)
4. BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!

Tiada ulasan: