Ahad, 30 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Apa Perlu Anda Tahu Mengenai Hosni Mubarak

Posted: 30 Jan 2011 07:59 AM PST

Tekanan semakin dirasakan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak berikutan bantahan rakyatnya yang semakin meluas , dan ada d iantaranya yang meminta supaya dia meletakkan jawatan.

Protes yang berlaku di Mesir menyebabkan kerajaan Mubarak mengambil beberapa langkah terdesak yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti memutuskan talian Internet dan satu perintah berkurung untuk semalaman.

Mubarak memegang jawatan Presiden sejak selepas peristiwa pembunuhan Presiden Anwar Sadat pada 1981, sehinggalah dia berusia 82 tahun. Tiada sesiapa pun pernah membayangkan bahawa dia akan memerintah sepanjang tempoh ini.

Golongan autokrat -- yang digambarkan oleh Foreign Policy sebagai "nyanyuk dan paranoid" ini -- sekarang menghadapi satu siri bantahan keras yang belum pernah berlaku sebelum ini dari rakyat Mesir, dipercayai mendapat inspirasi melalui peristiwa penggulingan Presiden Tunisia oleh rakyatnya. Antara perkara yang menjadi bantahan penunjuk perasaan ialah: Mubarak sering memenjarakan ahli politik pembangkang di penjara tentera selama tempoh hampir 30 tahun pemerintahannya, ditambah pula dengan ketiadaan bakal penggantinya yang sesuai.

Lihat beberapa fakta berkaitan pendekatan kontroversi Mubarak selama pemerintahannya.


Mubarak memegang puncak kuasa selepas Presiden Mesir Anwar Sadat (kiri) dibunuh pada 1981 , dan sejak itu ia mendapat kritikan di atas tindakannya yang melanjutkan Emergency Law . Di dalam situasi 'darurat', kerajaan boleh menahan mana-mana individu pada bila-bila masa , tanpa sebarang alasan dan sebab dan boleh menahan mereka di dalam penjara tanpa perbicaraan tanpa sebarang had masa. Emergency Law di Mesir sama seperti undang-undang ISA (Internal Security Act) yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia.


Mubarak sering 'menutup rapat' mana-mana pemimpin politik pembangkang. Dia telah menentang sebarang perubahan politik walaupun mendapat tekanan daripada sekutunya Amerika Syarikat, yang telah memberikan berbilion dolar untuk ketenteraan dan pelbagai bantuan lain kepada Mesir sejak ia menjadi negara Arab yang pertama berdamai dengan Israel dan menandatangani satu perjanjian pada 1979.


Mubarak telah lama menindas Muslim Brotherhood -- satu pergerakan transnasional Islami dan organisasi politik pembangkang terbesar di Mesir. Ramai yang ingin menjadi ahlinya telah ditangkap. Ini menyebabkan ramai ahlinya yang keluar dan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kebangsaan , dan berjaya mencipta kejutan apabila menang semasa pilihan raya 2005.


Terdapat spekulasi yang tersebar luas bahawa Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni, sedang dilatih dan dibentuk untuk mewarisi jawatan Presiden Mesir daripada Mubarak pada 2011. Seorang wartawan berkata jika perkara itu berlaku ia akan menjadi "pemerintahan monarki 'palsu' yang berterusan turun-temurun."


Setiap enam tahun, Mubarak akan mengadakan satu pilihan raya 'palsu' untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden. Pada 2005, tiada pemerhati antarabangsa dibenarkan untuk memantau pilihan raya dijalankan.


Seorang calon pembangkang Dr. Ayman Nour, seorang calon bagi parti Al-Ghad, bertanding dalam pilihan raya 2005 yang mana dimenangi Mubarak lalu meminta supaya diadakan ulangan proses pengundian.

Pada 24 Disember tahun itu, Nour telah dijatuhkan kesalah kerana melakukan penipuan dan dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama lima tahun dan insiden ini dilihat sebagai penganiayaan politik.


Rejim Mubarak secara terbuka dan tanpa rasa malu mengakui tidak menjadi kesalahan berbohong kepada berpuluh-puluh juta rakyat Mesir: Al-Ahram, akhbar terbesar, tertua dan "paling dihormati" dalam dunia Arab telah dikesan membuat pemalsuan sekeping gambar Presiden Hosni Mubarak. Kebebasan akhbar di Mesir sekarang berada di tahap 133 daripada 168 negara.

Terima Kasih Tenang, Jumpa Lagi Di Merlimau

Posted: 30 Jan 2011 06:22 AM PST


LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707 mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala memperoleh 2,992 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, sebentar tadi.

Sumber : Bharian

*************************************************************************

Itulah keputusan 'rasmi' yang dibuat oleh majoriti pengundi di Dun Tenang. Terima kasih kepada seluruh penduduk Felda, penduduk bandar Labis, ANAK, CheguBard,budak-budak SAMM dan jentera PR yang berpenat lelah berkempen sepanjang tempoh berkempen yang lalu.

Tidak lupa kepada blogger edyes, Hizwan Ahmad Penyelaras Parlimen Muar, Anwar Asyraf AMK Muar,Ketua Pusat Pengundian Paya Merah dan ramai lagi yang banyak membantu blog ini dari sumber maklumat berkaitan PRK Tenang sejak seminggu lalu. Jasa-jasa kalian amat dihargai.

Perjalanan masih jauh, selepas ini sama-sama kita bergerak ke Merlimau dalam misi yang sama 'UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA'. Jumpa di sana kalian. Takbir!

LIVE PRK Tenang : Keputusan Rasmi TERKINI! (Klik refresh)

Posted: 30 Jan 2011 03:24 AM PST

Keputusan rasmi selepas 18 daripada 33 peti undi:

PAS : 1,599
BN : 3,751

Majoriti : 2,152

Di bawah adalah ucapan TAHNIAH pemimpin PAS & calon PAS kepada BN diatas kemenangan di PRK Dun Tenang dan terima kasih kepada jentera PR yang bertungkus-lumus sepanjang masa berkempen untuk Cikgu Mala.


Twitter
KhalidSamad:
Pd smua ptugs&pngndi PR diucapkn tkasih&thniah! PrK mmng skar krana brhadpn dgn sluruh kkuatn BN/krjn d 1 tmpat. Nmun kita brjaya brthan! [via Twitter]

Twitter
mahfuzomar:
Tahniah BN berjaya memenangi dn mempertahankan Dun Tenang.slmt bertugas pada Yb Azhar.#fb [via Twitter]

Twitter
cikgumala:
Secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yg komited bersama UBAH SEKARANG..terima kasih kepada semua bantu saya. [via Twitter]

LIVE PRK Tenang : Keputusan Tidak Rasmi TERKINI!

Posted: 30 Jan 2011 03:00 AM PST

Secara umunya BN sudah boleh meraikan kemenangan sekarang. Malah Sdr Mahfuz Omar turut mengucapkan ucapan kemenangan melalui twitter sebentar tadi"Tahniah BN berjaya memenangi dn mempertahankan Dun Tenang.slmt bertugas pada Yb Azhar".

Berikut adalah keseluruhan tidak rasmi keputusan PRK DUN Tenang.


Keseluruhan : BN : 6698 (69.1%) PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Undi Rosak : 35
Peratus Keluar : 71%


Undi Pos : BN : 115 PAS : 3

PETI UNDI Bandar Labis Timur BN: 671 PAS: 144

PETI UNDI Labis BN: 269 PAS : 219

PETI UNDI Sawah Baru BN: 212 PAS: 55

PETI UNDI Cemplak BN : 985 PAS: 135

PETI UNDI Cemplak Barat BN : 838 PAS: 142

PETI UNDI Bandar Labis Tengah BN : 365 PAS : 801

PETI UNDI Kampung Redong BN: 462 PAS: 105

PETI UNDI Tenang Station BN: 746 PAS: 352

PETI UNDI Pekan Air Panas BN: 220 PAS: 48

PETI UNDI Ladang Labis Utara BN : 152 PAS: 40

PETI UNDI Felda Tenang BN: 950 PAS: 160

PETI UNDI Ladang Bukit Dato. BN : 352 PAS : 99

LIVE PRK Tenang : Pengiraan Undi Sedang Berjalan

Posted: 30 Jan 2011 01:49 AM PST

Selepas tamat tempoh untuk membuang undi pada jam 5.00 ptg, peratusan pengundi yang keluar untuk mengundi hanya 71.71%.

Sudah ada beberapa pusat mengundi yang memulakan proses pengiraan undi sekarang. Saya akan melaporkan keputusan undi tidak rasmi daripada pusat mengundi Dewan Serbaguna Kg Paya Merah, Bandar Labis Timor, saluran 4 jika sudah mendapat maklumat selengkapnya.

Nantikan laporan susulan sebentar lagi.

LIVE PRK Tenang : Banyak Peti Undi Kena Banjir

Posted: 30 Jan 2011 12:45 AM PST

Kemungkinan besar keputusan pilihanraya DUN Tenang akan berlanjutan sehingga lepas jam 8.00 malam.

Ini kerana ada sesetengah Pusat Pengundian yang mengalami banjir dan melibatkan peti undi. Walaupun pengundian akan ditutup pada jam 5.00 ptg, namun pada jam 7.00 malam masih belum pasti sama ada pengiraan undi akan selesai dikira.

Ada juga sesetangah Pusat Pengundian yang tidak lebih dari 50% keluar mengundi walaupun peratusan keseluruhan keluar mengundi di Dun Tenang sudah lebih 60%. TPM Muhyiddin Yassin juga sudah hilang egonya apabila melihat kemungkinan besar peratusan keluar mengundi di Dun Tenang ini tidak akan mencecah 80% seterusnya menidakkan keyakinan beliau yang sebelum ini begitu mendabik dada BN akan menang melebihi 5,000 majoriti.

Berikut adalah gambar banjir yang melanda sekitar Labis termasuk jalan-jalan ke Felda Chempelak yang sempat dirakamkan ketika saya membuat liputan sekitar Dun Tenang.








LIVE PRK Tenang : Hujan Lebat 30% Keluar Mengundi

Posted: 29 Jan 2011 07:42 PM PST

Keadaan hujan semakin lebat di Labis. Lebih memburukkan keadaan hujan turut disusuli dengan angin kuat dan kilat petir. Pusat pengundian di Tenang Stesyen sedang sibuk melakukan kerja-kerja pemindahan kerana dinaiki air.

Sehingga tengahari ini, peratus keluar mengundi baru sekitar 30%. Petugas-petugas BN sendiri turut mengakui faktor hujan lebat ini memberikan kesan kepada penduduk Felda daripada keluar mengundi.

Jika trend ini berterusan hingga jam 5.00 petang, misi BN untuk mendapat majoriti undi lebih dari 5,000 dilihat agak sukar.



Hujan yang lebat menyebabkan kesesakan lalulintas di bandar Labis.

LIVE PRK Tenang : Tenang Stesyen Naik Air!

Posted: 29 Jan 2011 06:22 PM PST

Berdasarkan maklumat yang diterima, Tenang Stesyen sudah dinaiki air. Namun belum dapat dipastikan sama ada pusat mengundi Tenang Stesyen juga turut dilanda banjir. Menurut wakil SPR, peratus keluar mengundi di DUN Tenang dianggarkan sekitar 15% sehingga jam 10.40 pagi ini.

Laporan berikutnya akan menyusul sebentar lagi.

LIVE PRK Tenang : Selepas Azhar Ibrahim Mengundi

Posted: 29 Jan 2011 05:20 PM PST

Keadaan cuaca di sini masih hujan. Sekejap lebat sekejap hujan. Langit masih gelap dan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti.

Calon BN Azhar Ibrahim baru sahaja keluar mengundi dan disambut oleh penyokongnya dengan laungan 'Hidup Tok Ai'.

Perayu undi dari kedua-dua parti tetap gigih merayu undi walaupun di dalam hujan lebat. Bagaimanapun harus dipuji kepada kedua-dua perayu undi untuk parti masing-masing kerana menunjukkan kematangan tanpa provokasi yang keterlaluan.





Pintu gerbang masuk ke Kampung Paya Merah.


Seorang wartawan RTM berbaju hujan merah sedang membuat liputan.


Kereta calon BN sedang menunggu Azhar Ibrahim keluar dari membuang undi.


Muslimat PAS yang gigih merayu undi walaupun hujan lebat.


Calon BN Azhar Ibrahim (bersongkok) disambut oleh penyokongnya selepas keluar dari pusat mengundi.

LIVE PRK Tenang : Seawal 8.00pagi masih hujan

Posted: 29 Jan 2011 04:15 PM PST

Suasana sekitar bandar Labis masih hujan sejak malam semalam. Hanya diselangi hujan lebat dan hujan renyai. Penurut perbualan dengan penduduk Cina sekitar Labis, mereka akan tetap keluar mengundi dan memberikan 70% undi kepada Cikgu Mala.

Cuaca hujan yang dijangka berterusan dijangka boleh menyebabkan penyusutan undi di kalangan Melayu terutama di kawasan Felda. Nantikan laporan terkini seterusnya suasana pengundian dan peratusan keluar pengundi jam 9.00 pagi nanti dari blog pulakdah.blogspot.com.

Gambar persekitaran Labis yang masih hujan dirakamkan seperti di bawah.








Tiada ulasan: