Sabtu, 22 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Ular Kepala Tujuh Di Kangar Bohong!

Posted: 22 Jan 2011 08:51 AM PST

Berapa kali gambar ni nak di ulang tayang?. Terbaru kononnya ular kepala tujuh ini dijumpai di Kangar. Baca berita dari sumber BERNAMA di bawah. Lepas itu diwar-warkan inilah kebesaran tuhan dan sebagainya. Yang pastinya si penipu ini tahu ini adalah gambar palsu yang diambil menggunakan kamera telefonnya daripada internet.

Apa tujuan si penipu ini?
Adakah sekadar hanya untuk popular?
Mencari publisiti murahan?
Atau BERNAMA sudah tidak ada cerita lain?

Yang pasti si penipu ini mengambil gambar daripada sini. Tarikh posting adalah pada 19 Mac 2010.

Sebelum ini gambar yang sama disebar dalam FB sekitar bulan Disember 2010. Lihat sini.

Lebih awal daripada itu, gambar ular berkepala tujuh (ada yang lima) telah didedahkan ianya hanyalah trik photoshop. Sesiapa yang mahir menggunakan photoshop pasti dapat mengenal pasti ianya adalah hoax!. Lihat sini untuk penjelasan trik photoshop pada gambar ular berkepala tujuh dan perbandingan dengan ular berkepala dua yang memang wujud di dunia ini.


***************************************************************************


KANGAR, 22 Jan -- ULAR KEPALA TUJUH? ... Harsat tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini untuk memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas terbantut selepas terserempak dengan seekor ular dipercayau jenis tedung selar berkepala tujuh.

Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan.
Gambar ini dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang pemuda yang kebetulan memberanikan diri dan selepas itu mencetak gambar itu di kedai gambar di sini.

Inilah kebesaran Tuhan supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajarannya.

Sumber : BERNAMA


Healer Pun Tak Boleh?

Posted: 21 Jan 2011 11:58 PM PST

Polis : Kalau nak cakap jangan pakai healer (pembesar suara), bateri kasi saya.
Penyokong PAS : Kalau nak bateri pergi beli sendiri..
Polis : Kalau tak saya rampas..

Tidak lama kemudian berlaku kejadian tarik menarik healer di antara anggota Polis itu dan penyokong PAS. Tidak cukup dapat merampas healer, anggota Polis itu kemudiannya hendak menahan penyokong PAS itu. Tindakan provokasi ini menyebabkan ramai penyokong calon PAS yang terdiri daripada pemuda PAS, Dewan Penyokong PAS, AMK dan NGO SAMM menjadi agresif dan ingin menghalang anggota Polis itu daripada menahan penyokong PAS itu.

Bagaimanapun di atas kebijaksaan Unit AMAL PAS dan AMK yang berkawal di situ berjaya meredakan keadaan daripada tindakan provokasi anggota Polis yang cuba menaikkan kemarahan dikalangan penyokong PAS.

Kehadiran Ketua Polis yang turut meleraikan peristiwa itu juga dipuji dan diberikan tepukan oleh semua penyokong PAS ketika itu. Tahniah kepada semua petugas untuk PR yang matang dan berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.


Kehadiran Ketua Polis ketika itu berjaya menenangkan keadaan selepas melepaskan penyokong PAS itu daripada ditahan.


Suasana ketika beberapa anggota polis memasuki kawasan penyokong PAS untuk meredakan keadaan. Unit AMAL turut membantu meredakan keadaan yang agak sedikit tegang.


Seorang anggota Polis meminta penyokong PAS supaya bertenang.


Dua anggota Polis ini memanggil anggota Polis lain untuk membantu.


Unit AMAL dan AMK yang turut membantu pihak polis meredakan keadaan.


Orang ramai tidak melepaskan untuk merakamkan kejadian provokasi ini.


Kelihatan seorang Unit AMAL meminta penyokong PAS berundur kebelakang bagi meredakan keadaan.


***********************************************************************

Tiada kejadian tidak diingini ketika proses penamaan calon

LABIS: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa proses pencalonan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata proses pencalonan itu berjalan lancar walaupun dengan kehadiran penyokong dari Barisan Nasional (BN) dan PAS yang dianggarkan lebih 20,000 orang.

"Cuma berlaku kejadian kecil iaitu penggunaan alat pembesar suara oleh penyokong salah sebuah parti dan mereka akur bila kita minta mereka tidak menggunakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Petikan : BERNAMA

Suasana Penamaan Calon Di Tenang

Posted: 21 Jan 2011 05:13 PM PST





Suasana semasa berarak untuk penamaan Calon PAS di Tenang. Dianggarkan sekitar 2000 lebih penyokong PR telah hadir untuk sama-sama memberikan sokongan kepada calon PAS di PRK Dun Tenang.

Broadband di sini amatlah....LEMBAB. Sekian dahulu untuk laporan awal di Tenang. Nantikan Laporan selanjutnya selepas ini.

Tiada ulasan: