Rabu, 19 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Kenali Laila Ben Ali - First Lady Tunisia

Posted: 19 Jan 2011 08:28 AM PST

TUNISIA - Ketika sebahagian besar rakyat Tunisia hidup di dalam kemiskinan, keluarga
Zine Al Abidine Ben Ali, presiden yang baru digulingkan, hidup bergelumang dengan harta.

Leila Ben Ali (53), si ibu negara, kerana gaya hidupnya yang supermewah sehingga digelar 'Imelda Marcos dari dunia Arab.' Imelda Marcos adalah mantan ibu negara Filipina isteri kepada Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh people power.

Selain menyukai pakaian mewah rekaan pereka ternama dunia, Leila dan keluarganya telah mengumpulkan lebih dari 50 buah kereta mewah. Tidak terhitung pula rumah mewah yang mereka beli dan bina.


Leila Ben Ali

Dalam kemelut politik sehingga penggulingan Ben Ali, Leila dilaporkan melarikan 1.5 ton emas yang diambil dari bank sentral ke luar negeri.

Berapakah agaknya jumlah harta keluarga yang digelar sebagai The Mafia kerana memimpin rejim yang zalim? Ada laporan yang mengatakan mereka menguasai harta lebih dari 5 milion poundsterling dimana sebahagian besar disimpan di Perancis. Di Perancis jugalah sebahagian besar ahli anggota keluarga ini bersembunyi hingga semalam.

Nesrine dan suami.

Anak perempuan Leila, Nesrine, yang sedang hamil saat ini dilaporkan bersembunyi di kawasan Disneyland bersama suami playboynya, Sakhr. Di dalam pelarian pun, mereka masih dilindungi oleh sejumlah besar pengawal dan pelayan.

Soal hidup mewah, Nesrine sama sahaja seperti ibunya. Perempuan yang digelar Marie Antoinette Tunisia ini suka memesan makanan mewah, seperti aiskrim dari St Tropez yang terkenal itu. Aiskrim itu diterbangkan terus ke kediaman mewahnya yang terletak di tepi pantai. Suaminya pula ada memelihara harimau yang diberikan makanan daging terbaik.

Namun, Nesrin dan adik perempuannya Cyrine dijangka tidak lama di Perancis. Seorang menteri Perancis mengatakan pada Isnin (17/1/2011), pemerintah akan membekukan seluruh aset yang mempunyai kaitan dengan rejim Ben Ali.

Najib Dah Cakap..

Posted: 19 Jan 2011 12:24 AM PST

Lupakan tentang kerusi untuk sementara waktu. Berhenti bertengkar tentang kuota. Sekarang bukan masanya untuk dapat kerusi satu pertiga atau kongsi sama rata. Tunjukkan kami calon-calon anda dahulu. Kemudian kaji di mana paling sesuai untuk diletakkan orang-orang ini bertanding berdasarkan kemampuan untuk menang. Barulah meminta kerusi untuk calon itu.

Raja Petra Kamarudin

Saya telah sebut sebelum ini ada bertemu dengan Tan Sri Sanusi Junid tiga kali setakat ini di Manchester. Dua kali di rumah saya dan saya mesti akui yang kami telah mengadakan perbincangan-perbincangan paling menarik setiap kali kami bertemu.

Saya juga ada menyebut yang kami turut membincangkan inisiatif calon bebas dan Saunsi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah bercakap kepada beliau tentang perkara yang sama. Ini ialah sebelum saya mengumumkan pelancaran Civil Liberties Movement Malaysia (MCLM) dan sebaik saya mengumumkan pelancaran MCLM ramai yang mentafsirkan bahawa MCLM ialah idea Dr Mahathir.

Saya juga tidak boleh salahkan tafsiran beberapa pembaca yang 'berfikiran-sempit' ini. Mereka hanya memahami sesuatu perkara itu dengan logik mudah seperti itik boleh berenang, jadi jika anda turut boleh berenang maka anda ialah seekor itik.

Baca laporan Bernama di bawah tentang apa yang Perdana Menteri Najib Tun Razak kata pada hari Ahad lalu. Beberapa perkara yang disentuhnya telah saya katakan sebelum ini. Malah, Dr Chandra Muzaffar juga pernah berkata tentang perkara ini pada 1999 semasa beliau menjadi Timbalan Presiden PKR, kemudian dikenali PKN (Parti Keadilan Nasional).

Apa yang Dr Chandra kata pada 1999 ialah pembangkang tidak patut terlalu memikirkan dengan permainan nombor. Pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif sebelum pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008) telah tersekat semasa rundingan pembahagian kerusi dan ia kelihatan seperti rundingan untuk berpecah. Pada satu peringkat PKR, PAS, DAP dan PRM (empat ahli Barisan Alternatif) mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan pembangkang dan bersendirian.

Ini bermakna tiga-, empat- atau lebih banyak penjuru bertanding -- Barisan Nasional lawan dua, tiga atau empat calon pembangkang. Pada saat akhir mereka akhirnya berkompromi namun begitu dalam beberapa pusat pengundian (dalam kedua-dua tahun 1999 dan 2004) terdapat beberapa pertandingan tiga sudut (dan lebih) apabila beberapa calon pembangkang berdiri sebagai 'bebas'.

Selalunya, dalam pertandingan yang mempunyai calon yang ramai, Barisan Nasional akan memenanginya dan kepada pembangkang serta 'bebas' bukan sahaja kalah malah mereka juga hilang deposit.

Isu itu yang Dr Chandra timbulkan bahawa rundingan kerusi itu tidak perlu dan ia hanya satu permainan nombor. Ia bukan tentang 222 kerusi parlimen kemudiannya 500 kerusi-kerusi negeri dibahagi kepada tiga atau empat bahagian sama rata. Ia sepatutnya perbincangan tentang 'winnibality' calon-calon mereka yang hendak diletakkan pada setiap kerusi.

Mengapa perlu menuntut satu pertiga atau satu perempat daripada kerusi-kerusi semata-mata untuk sama rata. Bolehkah anda memenangi kerusi-kerusi yang anda bertanding itu nanti?

Pilihan Raya Umum 2008 ialah satu contoh terbaik. Tiga parti pembangkang menghabiskan terlalu banyak masa bertengkar dan bergaduh mengenai bilangan kerusi yang mereka mahu. Akhirnya mereka mendapat nombor (bilangan) yang mereka tuntut tetapi selepas mendapat kerusi-kerusi itu mereka dapati tidak mempunyai calon yang sesuai untuk kerusi-kerusi tersebut. Begitu banyak calon-calon terpaksa bertanding dua kerusi (satu parlimen dan satu negeri) atau mereka hanya 'calon-calon dipilih dari tepi jalan', dan diletakkan mereka dalam kerusi-kerusi yang mereka miliki kini.

Sudah tentu, pembangkang tidak menyangkakan ia akan memenangi kerusi-kerusi tersebut dan ia tidak kisah jika terdapat calon-calon '3 suku'. Masalah bermula apabila mereka memenangi kebanyakan daripada kerusi-kerusi itu. Jadilah mereka akhirnya ahli parlimen dan ahli DUN '3 suku'.

Perkara lain sudah pun menjadi sejarah. Pembangkang akhirnya meyaksikan 'festival katak' kesan daripada pilihan raya umum 2008.

Apa yang Dr Chandra (pada 1999), Dr Mahathir (menurut Sanusi) dan Najib katakan (menurut Bernama seperti di bawah) adalah mereka sepatutnya melihat winnability calon-calon ini. Ia tidak sekadar 'mangisi tempat kosong'. Hanya kerana anda mahukan kerusi 'sendiri' anda berebut-rebut untuk mencari calon-calon bagi mengisi kerusi-kerusi tersebut dengan mana-mana Ahmad, Wong atau Param.

Kini, anda perlu bekerja dari bawah ke atas, bukan dari atas bawah. Anda perlu menukar proses pemilihan anda atau bekerja selangkah ke belakang. Pandangan pertama anda ialah untuk calon yang baik. Anda perlu pastikan calon itu memenuhi winnability kriteria. Kemudian anda pergi ke kerusi yang terbaik untuk calon ini.

Jika anda bermula dengan kerusi-kerusi (membahagikan 222 kerusi parlimen dan 555 kerusi negeri kepada tiga), kemudian anda baru mencari calon-calon, bermakna anda sedang membuat latihan 'isi tempat kosong'. Jika anda dahulukan mencari calon-calon, dan anda dapati anda mempunyai 50 calon parlimen terbaik dan 100 calon-calon negeri terbaik anda tuntutlah 50 kerusi-kerusi parlimen dan 100 kerusi-kerusi negeri berbanding 80 kerusi-kerusi parlimen dan 180 kerusi-kerusi negeri.Perkelahian berikutnya calon-calon tersebut akan diletakkan di kerusi mana.

Jika anda bekerja melangkah ke belakang, anda telah mempunyai seorang calon yang sesuai untuk sesuatu kerusi tertentu, kemudian anda dapatkan kerusi itu berdasarkan calon yang anda miliki, berbanding daripada anda mahukan kerusi (walaupun anda tidak mempunyai sebarang calon) tetapi oleh kerana mahukan pembahagian kerusi yang sama rata dan menjadi kuota anda.

Jika Najib menumpukan pada winnability calon-calon lalu bekerja melangkah ke belakang mencari kerusi-kerusi yang sepadan untuk calon-calon ini (berbanding dengan pembangkang yang berebut kerusi-kerusi dahulu dan menyelesaikan masalah mencari calon-calon kemudian) Barisan Nasional telah melakukan tindakan yang lebih baik daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Inilah apa yang MCLM cuba sampaikan.

Lupakan tentang kerusi untuk sementara waktu. Berhenti bertengkar tentang kuota. Sekarang bukan masanya untuk dapat kerusi satu pertiga atau kongsi sama rata. Tunjukkan kami calon-calon anda dahulu. Kemudian kaji di mana paling sesuai untuk diletakkan orang-orang ini bertanding berdasarkan kemampuan untuk menang. Barulah meminta kerusi untuk calon itu.


************************************************

BN mahu calon boleh menang dalam pilihan raya: Najib


2011/01/16
KUCHING:,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN
Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang bolehmembawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak
calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab
kita nak membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen SUPP bertemakan "Berjuang Untuk Rakyat" di Pusat Konvensyen Borneo
Kuching (BCCK) di sini.

Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya kerana ia merupakan satu-satunya cara
bagi SUPP untuk kekal relevan dalam usaha menawan semula lapan daripada 19
kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006, katanya.

Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain. - BERNAMA

Speaker Isytihar Kerusi Pelabuhan Kosong

Posted: 19 Jan 2011 12:15 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan — Speaker dewan perundangan Selangor Datuk Teng Chang Khim telah mengisytiharkan kerusi kosong Pelabuhan Klang setelah wakilnya Badrul Hisham Abdullah telah tidak hadir selama enam bulan.

Dia memberitahu pemberita hari ini, wakil rakyat itu tidak menghadiri dewan sejak 15 Julai, 2010 maka dengan itu kerusi telah kosong mulai 16 Januari, 2011.

Artikel 69 Perlembagaan Selangor menyatakan seorang Ahli Dewan Undangan yang tidak hadir mesyuarat untuk suatu tempoh enam bulan mestilah mengosongkan kerusi masing-masing.

Badrul keluar daripada PKR pada 2009 dan menjadi bebas.

Bagaimanapun , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada satu pilihan raya kecil akan diadakan.

Tiada ulasan: