Selasa, 4 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Guna Sedikit Akal Mu Najib

Posted: 04 Jan 2011 07:23 AM PST

Kita tidak perlu ulas krisis perlembagaan di Selangor berikutan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang disegerakan oleh Ketua Setiausaha Negara. Tidak perlu ulas untuk meminda Perlembagaan Negeri supaya kuasa melantik tiga kakitangan awam teratas dikembalikan kepada negeri. Ada beberapa suara tegas menolak perlantikan Khusrin kerana melanggar dasar asas negara.

Sekarang mari kita gunakan otak dan akal kita (common sense).

Akal memberitahu, anda tidak boleh melantik Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak boleh bekerja dengan MB. Tujuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri adalah untuk berjumpa dan berbincang dengan MB terhadap sesuatu isu, apabila MB kata OK - dia akan pergi mengadap Sultan dan memberitahu keputusannya. Sudah tentu terdapat contoh-contoh di mana Sultan mengarahkan supaya seseorang MB itu disingkir – tetapi zaman itu sudah berlalu. Zaman sekarang Sultan akan lakukan apa yang diberitahu.

Mengapa Najib dan Ketua Setiausaha Kerajaan tidak boleh mencari penyelesaian perkara amat membingungkan. Jika mereka tidak dapat menyelesaikan isu semudah ini bagaimana Najib boleh memerintah negara kita dengan baik?

Adakah pemimpin-pemimpin BN ini mempunyai terlalu banyak masa lapang hanya untuk duduk dan memikirkan bagaimana cara untuk mereka hantam Khalid dan Selangor kerana ia berada dalam tangan Pakatan Rakyat? Saya dapat bayangkan beberapa perancang bijak UMNO atau BN dengan penuh ghairah membodek Najib melaksanakan perancangan ini dan akan meletakkan Khalid ke dalam satu keadaan yang tidak selesa. Kenapa Najib cukup bodoh memainkan idea bodoh ini membuatkan kami awal-awal lagi amat bimbang dengan otaknya dan keupayaannya untuk berfikir dengan jelas dan waras. Seorang pemandu teksi dan makcik menjual Nasi lemak pun boleh beritahu Najib apa yang dia patut lakukan.

Sekarang beritahu saya Najib kenapa awak melakukannya? Persoalan serupa saya mahu bertanya mengapa anda melantik Isa mengetuai Felda? Rahim Thambi Chik mengetuai Risda. Allah sahaja yang mengetahui entah apalagi ada dalam fikiran anda ... adakah anda akan bawa balik JJ mengetuai sesuatu?

Dan sekarang Samy Velu sedang menjelajah seluruh India cuba mendapatkan kerja-kerja untuk kontraktor Malaysia... dia umpama seorang budak di dalam sebuah kedai gula-gula.

Kita semua tahu mengapa Rosmah mengawal anda dengan begitu ketat. Dia sangat mengenali anda dari sebelum anda berkahwin dengannya hinggalah selepas berkahwin. Jadi sekarang anda sudah tidak bebas untuk pergi ke tempat-tempat di mana anda boleh berkelakuan 'nakal' ! Dia sentiasa di sisi dan menjadikan anda sangat jujur. Jadi anda tahu diri anda, semakin anda menahan godaan itu semakin anda mudah digoda. Jadi sila gunakan sedikit akal apabila anda melantik seseorang untuk jawatan tinggi awam di mana diri mereka berkeupayaan untuk menangani pelbagai dugaan – samada jenis seksual atau kewangan. Oleh itu jadilah seorang budak lelaki yang baik dan gunakan sedikit akal ketika anda membuat keputusan.


Terjemahan : Cakap cakap....Common sense!

Tenang - Info Gelanggang Pertarungan

Posted: 03 Jan 2011 06:03 PM PST

TENANG - Kurang daripada dua minggu daripada hari penamaan calon pada 22 Jan dan kurang sebulan dari hari pengundian pada 30 Jan, kawasan pilihanraya negeri Johor Tenang sudah pun sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kerusi DUN Tenang duduk hanya bersebelahan kampung halaman saya di Segamat, jadi saya memutuskan untuk membuat satu lawatan dan berkongsi beberapa maklumat dan gambar-gambar keadaan di sini.

Sebelum itu saya ingin nyatakan di sini saya hanya membuat pemerhatian di kawasan bandar. Terdapat ramai penduduk tinggal di dalam Felda (pengundi selamat UMNO?) dan ladang-ladang (masihkah setia pada MIC?), yang saya tidak mempunyai cukup masa untuk mengunjungi mereka.


Geografi


Nama "Tenang" sebenarnya agak kurang tepat di sini. Ia hanyalah separuh daripada bandar Labis dan keseluruhan pekan kecil ini di panggil Tenang. Tidak ada sebuah hotel pun di Tenang berbanding anda boleh mencari beberapa hotel kecil di Labis. Jaraknya lebih kurang 10km di antara Tenang dan Labis. Bandar paling hampir adalah Segamat, kira-kira sejauh 18km ke Tenang dan 28km ke Labis.


Bagaimana ke sana

Cara paling mudah untuk tiba ke bandar Labis dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), keluar di Yong Peng dan ikut Jalan Persekutuan 1 menuju ke utara. Selepas memandi sejauh 45km dari Yong Peng dimana keadaan jalannya adalah ok, dengan melepasi beberapa seksyen dan melepasi beberapa lan. Anda akan melalui sebuah bandar kecil dipanggil Chaah sebelum sampai ke Labis.

Jika anda memandu dari Pahang atau Negeri Sembilan, anda boleh mengambil Jalan Persekutuan 1 menghala ke selatan, bertemu Segamat sebelum sampai ke Tenang melalui Labis.

Terdapat satu stesen KTM di Labis yang mana memberikan kemudahan paling mudah. Jadi dengan menaiki kereta api juga antara satu pilihan. Ada juga satu stesen KTM kecil di Tenang tetapi kebanyakan perjalanan kereta api tidak berhenti di sana.


Penginapan

Ketika ini anda mungkin sukar mendapatkan mana-mana bilik atau beberapa hotel-hotel kecil di Labis. Untuk menginap lebih lama, anda boleh mencari rumah-rumah tempatan untuk menyewa. Tetapi saya ada mendengar kadar sewa telah naik berkali-kali ganda hingga melebihi RM1k untuk sebulan. Pilihan praktikal yang lain ialah untuk tinggal di Segamat, yang mempunyai jarak kira-kira 18km dari Tenang dan 28km dari Labis. Terdapat banyak hotel-hotel kecil dan yang lebih besar, lebih banyak hotel yang baik.

[Jika anda memerlukan bantuan logistik tempatan seperti penginapan dan pengangkutan, hubungi saya di pratamad(at)gmail.com. ]


Galeri Foto

Pertama, bandar kecil yang bernama Tenang. Kadang-kadang dipanggil Stesen Tenang. Ia hanyalah bandar estet dengan hanya sebaris rumah kedai.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2861.jpg
Sebatang jalan, dengan gabungan antara rumah kedai kayu dan konkrit, inilah yang membentuk bandar kecil Tenang.





https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2862.jpg
Di belakang baris rumah kedai di Tenang ialah kereta api, di sebalik beberapa ladang-ladang di sini tinggal populasi penduduk India yang ramai.



https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2860.jpg
1km dari bandar Tenang ialah Taman Tenang and Taman Tenang Jaya, dengan kawasan perumahan ladang moden.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2858.jpg
Berikutnya, bandar lebih besar dipanggil Labis. Jalan lama Labis, dengan rumah kedai tradisional. Sebuah kampung penduduk Cina di Labis


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2849.jpg
PAS, yang akan meletakkan calonnnya mewakili Pakatan Rakyat, telah menubuhkan Dataran PAS di atas sebidang tanah yang luas untuknya siri ceramahnya. Teruskan PAS!. Di seberang Dataran PAS ialah bilik gerakan PAS bagi pilihan raya kecil.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2850.jpg
Ironinya, MIC menubuhkan bilik operasinya tidak beberapa jauh dari bilik gerakan PAS.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2855.jpg
PKR turut mempunyai sebuah pejabat cabang yang besar di sini.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2856.jpg
Pemuda PAS juga menaikkan sebuah 'Bilik Gerakan Pemuda' yang besar. Dan disebelahnya terdapat 'Bilik Gerakan Gerakan' (tiada ralat menaip di sini, ia adalah 'Gerakan' untuk Parti Gerakan.) Labis pasti sangat kecil sehingga 'musuh' berada terlalu hampir antara satu sama lain.


https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2859.jpg
Akhirnya, 'bilik gerakan' wajib UMNO.



Tiada ulasan: