Sabtu, 22 Januari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


satim diman ...ADUN tipu dengan ijazah palsu dan tipu orang asli dengan kenyataan palsu....!!!

Posted: 22 Jan 2011 02:55 AM PST



Bekas Timbalan Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Arif Embing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat Isnin lalu menafikan kenyataan masyarakat itu mendapat bantuan 100 peratus dalam bidang pendidikan.

Arif membuat laporan itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Satim Diman yang berkata kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi bantuan sepenuhnya kepada masyarakat itu termasuk pengangkutan ke sekolah.

Arif berkata, mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan perlu bercakap mengikut fakta yang tepat.

"Dengan kenyataan demikian nampak seolah–olah Orang Asli tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya terpanggil untuk menyangkal kenyataan itu, kebanyakan Orang Asli tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sedangkan masih terdapat di antara mereka terpaksa bersusah payang menanggung pendidikan anak–anak mereka", katanya.

Seorang pelajar lepasan SPM, Rohaiza Botot, 18, berkata, dia turut tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana persekolahan adiknya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

Menurutnya, tidak ada istilah bantuan 100 peratus dalam pendidikan untuk Orang Asli kerana kebanyakan ibu bapa masih membayar pelbagai bayaran untuk memberi pendidikan anak–anak di sekolah.

"Sekiranya kerajaan ingin membantu masyarakat Orang Asli bantuan 100 peratus, seharusnya dilakukan dengan jelas dan tidak disalahertikan", katanya ketika ditemui di Bangunan Pejabat Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Langat Berhad, semalam.

Bagi Suriana anak Perat, 23, dia tidak menyokong kenyataan berkenaan kerana sememangnya anak – anak Orang Asli masih tidak diberi bantuan pendidikan sepenuhnya.

Menurutnya, ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja keras mencari duit semata mata untuk memberi pendidikan kepada anak–anak.

"Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan melalui jabatan berkaitan ingin menyalurkan 100 peratus bantuan dalam pendidikan ianya perlu diberi kepada semua Orang Asli," katanya. -SH


 berkaitan...

muakakaka...satim diman masuk universiti halimunan...

Jantan celaka ke hulu, betina puaka ke hilir....masing masing tunjuk lagak perabih duit rakyat...apa citer nie....muakakakaka...!!!

Posted: 22 Jan 2011 02:43 AM PST



Kenyataan Rosmah dengan mengatakan bahawa beliau tidak peduli apa orang mahu kata kepadanya, yang penting beliau ke luar negeri untuk kepentingan negara, di sifatkan sebagai kenyataan melepas batuk ditangga dan ingin lari dari masalah sebenar...

Jawapan rosmah tersebut  mendapat   kritikan ramai pihak terhadap tindakannya tidak ubah seperti menteri kabinet.

Rosmah telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah negara yang sepatutnya dijalan yang punyai portfolio menteri .

Dalam pada itu, Rosmah juga dilaporkan mempunyai pejabatnya sendiri di purtajaya, walhal beliau cuma isteri Perdana Menteri yang hanya layak mendampingi PM ke mana-mana sahaja suaminya pergi.

Kita  hairan bila melihat Najib ke hulu, Rosmah ke hilir dengan tugas negara masing-masing...pelik sungguh...apakah ada udang di sebalik batu...

Pejabat Rosmah yang sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. Tentunya memerlukan dana tambahan untuk beroperasi.

Kita mempersoalkan dari sumber mana wang yang digunakan untuk pejabat Rosmah...

Tindakan itu adalah satu pembaziran dan semacam menyalahgunakan wang rakyat demi untuk memuaskan hati Rosmah yang gilakan jawatan first lady.

Keangkuhan ini makin menjadi-jadi dalam masa yang sama mengenepikan permaisuri agong sebagai wanita pertama negara yang sebenarnya, tindakan ini merupakan penderhakaan beliau terhadap institusi beraja sehingga kini masih diteruskan dengan penuh angkuh.

Selain dari itu , Rosmah juga mempunyai laman web sendiri yang menggunakan server perdana menteri yang dianggap sebagai amat istimewa bagi golongan bukan menteri kabinet dan penjawat awam tertinggi.

Rosmah semakin besar kepala selepas peroleh bajet RM111 juta mengatasi bajet yang diperolehi bagi bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang cuma RM95 juta...

Jika benar Rosmah meletakkan tujuan berpusat kepada rakyat dengan penuh ikhlas, beliau perlu keluar dari kemewahan yang beliau nikmati dari bajet RM111 juta tersebut.

Bajet RM111 juta itu cuma dinikmati oleh beberapa kerat golongan elit, bukannya rakyat seluruhnya...

Apakah keistimewaan rosmah sebagai isteri Perdana Menteri sehingga telah menafikan hak 24 juta rakyat Malaysia....???

betina puaka..terus ganggu pentadbiran negara.....jantan celaka yang jadi suaminya terus terkacip pelirnya...!!!

Posted: 21 Jan 2011 08:07 PM PST



Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julungkali ada dalam sejarah pentadbiran Negara dan perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara...

Pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini . Dan jangan gila nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal...


Dalam pada itu,  tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas di persoalkan..

Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan, siapakah Menteri Pelajaran ? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?....

Di sifat  Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri,...tak di pilih jadi wakil rakyat/parlimen tak menjadi hal...asal dapat kacip pelir suami jantan celaka 1monggolia...semua di anggung beres...ntah ntah siap boleh memberi arahan kepada KDN untuk menangkap siapa siapa yang menentangnya...

suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet....gila kuasa...suruh bertanding  jadi wakit rakyat ...kecut atas bawah...


Ahli umno khususnya, wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN, sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh...

Kerana itu  kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberilah peluang kepada PR memulihkan imej Negara pada PRU13 nanti,selagi bila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan menganggu pentadbiran negara.

Wakil Rakyat untuk Rakyat....bukan wakil KATAK.....!!!!

Posted: 21 Jan 2011 07:43 PM PST


Wakil rakyat ialah individu yang menjadi perantaraan di antara kerajaan dan rakyat. Pucuk pimpinan negara perlu teliti membuat pemilihan wakil rakyat kerana kesilapan dalam perkara ini boleh menggagalkan usaha kerajaan mengendalikan urusan masyarakat dan negara.

Tingkah laku atau personaliti individu yang ingin dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya dikaji terlebih dahulu. Personaliti atau tingkah laku merupakan cermin hati nurani seseorang individu. Jika hati nurani tersemat dengan perasaan angkuh dan sombong, maka ucapan dan tindakannya memberi isyarat kepada masyarakat bahawa individu tersebut tidak layak dilantik menjadi pemimpin mereka.

Masyarakat atau rakyat mampu menilai tingkah laku dan perwatakan orang yang ingin menjadi pemimpin mereka. Suara rakyat atau masyarakat yang menentukan pemilihan wakil rakyat, bukannya keputusan daripada suara kumpulan yang kecil. Individu yang tidak memiliki jiwa rakyat dan kurang gemar berkomunikasi dengan masyarakat tidak layak dilantik menjadi wakil rakyat kerana wakil rakyat ialah orang yang amat prihatin permasalahan rakyat.

Mempamerkan wajah dalam media massa dengan tujuan untuk menyakinkan pucuk pimpinan bahawa seseorang itu aktif dalam urusan kemasyarakatan bukan merupakan kriteria utama dalam pemilihan wakil rakyat. Wakil rakyat ialah orang yang dikenali oleh kesemua golongan masyarakat di kawasannya hasil daripada pertemuan dan aktiviti yang sering dilakukan olehnya.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Permasalahan ini akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara atau dibahaskan dalam Parlimen. Wakil rakyat yang cuai terhadap tugas dan tanggungjawab tidak dapat menyelami permasalahan masyarakat. Kehadiran mereka di Parlimen tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat. Mereka tidak mempunyai isu untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara dalam mesyuarat dan sebagainya kerana beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sama ada dari sudut komunikasi atau kegiatan yang boleh memberi faedah kepada masyarakat.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat akan menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan masyarakat. Jika seorang wakil rakyat mengatakan bahawa di kawasannya tidak mempunyai masalah, ini menunjukkan bahawa individu tersebut tidak bertanggungjawab. Urusan berkaitan dengan penyediaan kemudahan asas atau keperluan hidup kepada masyarakat bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Individu yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman dalam urusan kemasyarakatan dan sanggup menghadapi permasalahan masyarakat serta mempunyai perwatakan yang gagah dan gigih.

Sejarah penciptaan bumi dan langit yang dipaparkan oleh Allah di dalam al-Qur'an, surah 41 (Fussilat): 9-12 ,menjelaskan bahawa Allah mencipta bumi yang dikukuhkan dengan gunung-ganang hanya dua hari sahaja. Allah menentukan kadar pemakanan kepada penghuni bumi memakan masa selama empat hari. Allah mencipta langit yang mempunyai tujuh lapisan serta dihiasi langit yang berhampiran bumi dengan bulan dan bintang selama dua hari.

Ayat al-Qur'an ini menunjukkan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, ia adalah terlalu mudah bagi Allah dan hanya memakan masa selama dua hari. Urusan berkaitan dengan keperluan makanan makhluk-Nya di bumi ini memakan masa empat hari bagi Allah mengendalikannya. Berdasarkan penjelasan ini, maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa menjadi seorang pemimpin bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Pemimpin atau wakil rakyat merupakan bapa atau ibu kepada rakyat dalam negara mereka. Ciri-ciri kepimpinan yang disulami dengan sifat amanah, rendah diri serta peri kemanusiaan yang tinggi sahaja mampu menjadikan seorang wakil rakyat atau pemimpin itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Individu yang kurang gemar bergaul dan menyelami permasalahan masyarakat jika dilantik menjadi wakil rakyat bukan sahaja boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan yang mundur, malah ia juga boleh membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pucuk pimpinan negara perlu tegas dalam soal pelantikan wakil rakyat supaya setiap individu yang dilantik memahami bahawa pelantikannya bukan berasaskan kepada keakraban hubungannya dengan pucuk pimpinan negara tetapi berdasarkan kepada bakat dan kebolehannya.

Sikap gemar menunjukkan kebolehan diri secara menguar-uarkan kehebatan diri adalah di antara sifat yang dikeji mengikut perspektif akhlak Islam. Oleh itu, dalam pemilihan wakil rakyat, pucuk pimpinan negara sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sifat dan personaliti setiap individu yang ingin dilantik supaya tidak berlaku penipuan dan lakonan dalam urusan kepimpinan.

Masyarakat keseluruhannya mengharapkan wakil rakyat menumpukan perhatian kepada permasalahan keperluan asas mereka, bukan menampilkan diri dalam bentuk yang membosankan rakyat. Wakil rakyat sepatutnya memahami fitrah manusia supaya tingkah laku dan tindak tanduk mereka digemari rakyat.

Apabila perut lapar dan badan menjadi semakin lemah, masyarakat amat memerlukan bantuan daripada kerajaan. Ketika ini, wakil rakyat amat diperlukan oleh masyarakat.

Jika jiwa dan hati nurani wakil rakyat disemat dengan roh keimanan dan peri kemanusiaan yang tinggi, maka setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat akan dilaksanakan dengan sempurna dan amanah, bukan diagih-agihkan kepada golongan yang kecil. Sifat amanah dan jiwa lembut begini sukar untuk dicari dalam dunia Islam masa kini kerana umat Islam kurang memahami objektif dan prinsip hidup manusia di dunia yang sementara ini.

Hasilnya, negara yang mewah dan kaya dihuni oleh ramai penduduk miskin kerana wakil rakyat dan para pemimpin tidak amanah dan tamak.

Berdasarkan fenomena di mana umat Islam sering dilimpahi dengan kemewahan tanpa merujuk kepada hukum halal dan haram, maka pucuk pimpinan negara sepatutnya amat prihatin terhadap pemilihan wakil rakyat supaya setiap perancangan dan sumbangan kerajaan kepada rakyat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat dalam negara.

Wakil rakyat yang amanah kekal melaksanakan tugasnya dan wakil rakyat yang kecundang perlu disingkirkan supaya rakyat dalam negara dapat bernafas dengan nada kesyukuran kepada kerajaan yang prihatin.

Dr. Saodah Abd Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (Suara hati)

bukan gula gula aje santa klaus UMNO-APCO nie bawa...seluruh jentera felda dan budak sekolah di paksa angkut...!!!

Posted: 21 Jan 2011 04:21 PM PST



Kehadiran Perdana Menteri Malaysia dengan helikopter dan barisan pimpinannya ke Felda Tenang semalam dikatakan berhabis jutaan ringgit.

Mazlan Aliman selaku Presiden Anak mempersoalkan bagaimana PM dan Menteri memperoleh peruntukan yang besar iaitu melibatkan kos lebih 3 juta ringgit dalam sambutan majlis tersebut.

Sambutan majlis tersebut dilihat melibatkan 135 buah bas dari seluruh negara, khemah-khemah besar di padang awam dan persiapan-persiapan yang lain. Selain itu juga kerahan terhadap pegawai-pegawai felda dari seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk turun menyertai majlis tersebut.

Manakala hanya 8.5 juta untuk prasarana perumahan yang akan diberikan kepada generasi kedua di Johor. Bagaimanakah asas kiraan dibuat untuk peruntukan ini kerana kawasan perumahan di felda Johor adalah di kawasan tanah lembah yang mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Projek perumahan di Felda Gedangsa yang diumumkan 8 bulan sudah, di Felda Air Hitam 5 tahun sudah dan juga di Felda Taib Andak masih belum dimulakan. Berapa lama tempoh jangka yang perlu untuk disiapkan 5, 10 atau 15 tahun?

Dalam sidang media pagi tadi, turut dikemukakan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa kerana melibatkan anaknya dari sekolah Kulai menyertai majlis tersebut. Ini berikutan pelajar-pelajar sekolah dibawa keluar tanpa kebenaran PPD. Hal ini perlu dipersoalkan kepada Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran kerana ia jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa

muakakaka....satim diman pakai PHD palsu...orang UMNO kan macam tu...kuat menipu....dulu si arif shah kini mangkuk hayun ni pulak.....!!!

Posted: 21 Jan 2011 04:03 PM PST

Ijazah PhD Satim Diman diragui



Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.

"Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.

Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara. -FTA

Dulu heboh dgn citer pasal Fadzley..sekarang ni pasal YB pulak..Kita tengok ape selanjutnya nanti..

Tiada ulasan: