Jumaat, 7 Januari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


walau pun mangsa tak mau dakwa...menteri perogol tetap bahaya....rogol tetap rogol....dan ada peliuang untuk merogol lagi....!!!!

Posted: 07 Jan 2011 06:33 AM PST

Kes 'rogol' amah tutup demi jaga mangsa



Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

Wahyu Susilo"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan," kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.

"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing," katanya.

Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.

Tak boleh buat apa-apa

"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

azlanDitanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya," kata Wahyu.

Punca " HANG KEBUN " jadi SUK.....permainan licik bekas SUK untuk melagakan MB dengan istana....!!!!

Posted: 07 Jan 2011 06:22 AM PST




Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.

Khalid berkata Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Dalam sidang akhbarnya, beliau memberi urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Datuk Ramli dalam menghasilkan Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.

"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.

Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, " kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.

"Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.

Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.

"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.

" HANG KEBUN " nak jadi setiausaha yang setia dan berusaha....muakakaka....sekali aku ketik berterabur gigi palsu dalam kelambu...!!!!

Posted: 07 Jan 2011 06:07 AM PST

Bila Setiausaha tidak setia dan tidak berusaha




Nak jadi seseorang setiausaha bukanlah senang. Pertama dia mesti setia. Kedua dia juga perlu berusaha. Sebut tentang setia, nak setia pada siapa? Dan usaha pula nak usaha untuk siapa? Ini adalah soalan yang menarik untuk difikirkan bagi mereka yang suka berfikir walaupun sebenarnya perlantikan seseorang setiausaha bukanlah sesuatu yang menarik sangat untuk difikirkan oleh rakyat.

Selama ini pelbagai setiausaha dalam pelbagai organisasi dan juga kerajaan telah dilantik. Ada setiausaha akhbar dan setiausaha politik menteri yang cukup setia kepada menteri dan cukup berusaha untuk menteri tersebut sehingga diberikan peluang bertanding dalam pilihanraya dan akhirnya menjadi wakil rakyat. Ada juga yang berjaya dilantik menjadi anggota kabinet dan kemudiannya melantik setiausaha mereka sendiri.


Seorang penulis biografi tokoh politik pernah memberitahu bagaimana satu hari dia menelefon seorang setiausaha akhbar untuk mendapatkan beberapa ucapan seorang menteri untuk dimuatkan ke dalam bukunya. Dengan hendak tak hendak setiausaha akhbar menteri itu menyuruhnya menghubungi setiausaha politik yang kemudiannya menyuruhnya pula menghubungi setiausaha sulit.

Pertanyaan lazim yang ditanyakan oleh ketiga-tiga setiausaha berkenaan ialah apakah tujuannya dia mahukan teks ucapan boss mereka (seolah-olah teks ucapan itu termasuk dalam kategori dokumen terkelas walhal ia hanyalah teks ucapan kepada umum yang bukannya sulit apatah lagi rahsia sama sekali).

Dipendekkan cerita akhirnya setiausaha sulit menteri itu berjanji akan menelefon semula. Bagaimanapun janji tinggal janji sehinggalah penulis tersebut selesai menulis buku dan menerbitkannya.

Begitulah kisah ringkas beberapa orang setiausaha menteri yang setia dan berusaha sepenuhnya. Dulu dalam UMNO pun ada seorang menteri yang menjadi Setiausaha Agung kepada pertubuhan politik tersebut. Sementara dia setia kepada parti dan presiden, tetapi kadar usaha yang dilakukan agak dipertikaikan sehingga ada cawangan yang tidak berdaftar dan mengakibatkan badan siasah yang ditubuhkan pada 1946 itu terkubur atas perintah mahkamah.

Cerita-cerita mengenai setiausaha ini memang menarik. Satu ketika dulu ada kisah-kisah mengenai bagaimana adanya bos-bos yang menjalinkan hubungan sulit dengan setiausaha peribadi mereka. Tapi cerita semacam ini sudah basi. Skandal seperti ini mungkin masih berlaku tetapi orang sudah tidak hairan lagi kerana sudah ada cerita yang lebih sensasi, misalnya kisah bagaimana seorang bos yang berijazah-ijazah dan ada kedudukan dalam politik merogol pembantu rumahnya. Tapi dalam orang sibuk bersembang dan memperkatakan tentang perogol bukan-bersiri ini tiba-tiba masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan pula dengan cerita hangat mengenai seorang manusia yang entah bagaimana dilantik menjadi seorang setiausaha kerajaan negeri.

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri itu nak dikatakan besar, bukanlah besar sangat. Sama sahaja pentingnya dengan jawatan Pencari Fail atau Pembantu Pejabat yang juga disebut sebagai Budak Pejabat. Cuma ada sesetengah mereka yang menjawat jawatan berkenaan merasakan dirinya sudah cukup besar atau sama besar dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat walhal kerja yang dilakukan adalah sama sahaja iaitu menjadi hamba kepada kerajaan negeri yang seluruh bajetnya, termasuk gaji Setiausaha berkenaan dibiayai oleh wang rakyat.

Oleh kerana wang rakyat terbabit dalam hal ini, maka tidak ada sebab mengapa rakyat tak boleh bising-bising apabila orang yang dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri itu tidak disukai oleh rakyat (iaitu rakyat yang diwakili oleh Wakil Rakyat, termasuk Menteri Besar, Ahli Berhormat DUN dan para EXCO).

Sepatutnya perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri berkenaan sahaja dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Soal negeri, soal negerilah. Apa ada kena mengena dengan KSN yang sepatutnya hanya mengambil tahu perlantikan pegawai-pegawai Persekutuan sahaja.

Bagaimanapun atas sebab-sebab sejarah dan carta organisasi perjawatan yang disediakan oleh pentadbir British di Malaya satu ketika dulu, maka semua Setiausaha Kerajaan Negeri adalah merupakan pegawai Persekutuan kecuali bagi negeri Johor dan Kedah.

Mungkin Johor dan Kedah ketika itu enggan Setiausaha Kerajaan Negeri mereka dilantik dari kalangan Persekutuan. Macam tak logik sahaja, apabila jawatan tertinggi sesebuah negeri adalah jawatan Persekutuan dan bukannya jawatan Negeri.

Apapun sejauh ini tidak ada apa-apa masalah tentang perlantikan sedemikian walaupun prosidur perjawatannya adalah pelik dan tidak ada sesiapa dari kalangan pihak parti pemerintah yang membuka mata untuk membetulkan prosidur ini bersesuaian dengan masa. Dan sejauh ini semua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor seperti juga negeri-negeri lain yang menurut prosidur pelik ini membuat perlantikan masing-masing menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing.

Di Selangor sendiri, menerusi Seksyen 52 Perlembagaan Negeri Selangor menyata dengan jelas bahawa perlantikan tiga ex-officio negeri iaitu,Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah dilakukan oleh Perkhidmatan Awam Negeri itu. Oleh itu, dalam lain perkataan sekiranya perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain daripada yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri Selangor itu, maka perlantikan tersebut bolehlah dianggap sebagai tidak sah dan terbatal.

Adalah tidak mungkin bagi KSN dan sesiapa sahaja dalam kerajaan yang bertanggungjawab ke atas perlantikan Khusrin Munawi tidak tahu peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Selangor atau tersilap menginterpretasikan ayat-ayat dalam Seksyen 52 yang ibarat sudah terang lagi bersuluh. Begitupun, umum perlu mengetahui betapa ada sesetengah manusia yang dilantik menjadi setiausaha kerajaan (termasuk kerajaan Persekutuan) menumpahkan taat setianya kepada parti yang menguasai kerajaan dan berusaha melakukan apa sahaja termasuk memperlekehkan undang-undang demi memuaskan hati pihak yang mereka menaruhkan kesetiaan tersebut. Mereka ini sama ada tidak faham perbezaan di antara kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan atau takut sekiranya kedudukan mereka tergugat.

Dalam kes perlantikan Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri, bolehkah beliau menumpahkan kesetiaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk rakyat Selangor menerusi Wakil Rakyat yang dipilih rakyat. Atau apakah beliau tidak lebih daripada hamba kepada pihak yang telah melantiknya ke jawatan tersebut?


Shirzad Lifeboat

Jika dirogol itu anak Pak Lah atau adik Reezal

Posted: 07 Jan 2011 05:53 AM PST



Amah Indonesia dirogol "bapa menteri" Malaysia. Betulkah peristiwa ini berlaku dan ketika itu perdana menterinya adalah pejuang Islam Hadhari dan cucu ulama dari Kepala Batas Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah Reezal Merican yang pernah dengan lantang mempertikaikan wang syubhah kerajaan negeri Pulau Pinang.Apabila Pak Lah bersyubhat dengan bapa menteri dalam kes rogol, dimana Reezal Merican dan pemuda bahagiannya.

Jangan lupa, Pak Lah adakalanya boleh berlakun menjadi bisu tetapi hakikatnya dia seorang yang normal.

Masyarakat mendesak Abdullah Badawi memaklumkan kisah benar yang terjadi.

Abdullah perlu empati jikalah amah tersebut adalah anaknya atau adik Reezal.

Orang ramai meminta Shahrizat Abdul Jalil dan T.Murugiah menyiasat perkara ini dan jika didapati betul, mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.


Afrar Yunus

sape lagi kalau bukan UMNO pukimak yang punya kerja....macam macam gila bila dah gabra takut kehilangan kuasa.....

Posted: 06 Jan 2011 08:18 PM PST

Dua Insiden Libatkan Dua Kes Besar Negara - Rockys Bru & YB Shuhaimi Jadi Sasaran

Kes 1 : Rumah Rocky dipecah masuk, kereta dilarikan




Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. - Bernama

Kes kedua

Pejabat ADUN Seri Muda disimbah cat merah




Selepas kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor, pejabat ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi ini.

Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depannya dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam yang juga naib ketua Pemuda PKR berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.


Kes pertama berkaitan rapat dengan Menteri perogol, kes kedua meibatkan isu perlantikan SUK.

Yang nyata ia dilakukan oleh golongan yang tidak puas hati terhadap kedua-dua kes berkenaan.

Mereka kini meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.


sumber.... gb

UMNO memang pukimak...peralat Agong untuk tarik Nik Aziz ke pertemuan kontroversi.....!!!!

Posted: 06 Jan 2011 08:08 PM PST



Umno di dakwa telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana  terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun, , satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook.

Ini  ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu.

Walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama.

Ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama....

prk tenang....Tenang menjadi Tegang bila polis ganggu....!!!

Posted: 06 Jan 2011 08:01 PM PST



Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

"Jadi saya harap perkara ini tak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan harap pihak keselamatan memberikan kita permit dan kita bersedia mematuhi segala peraturan dan arahan," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang Isnin lalu dikawal ketat oleh pihak polis malah mereka bertindak menghalang Anwar daripada terus menyampaikan ceramah menggunakan mikrofon.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, rakyat Tenang sebenarnya ternanti-nanti kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat untuk turun menyampaikan maklumat isu-isu semasa.

Tambahnya, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan Pakatan dalam setiap program penerangan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan masih kukuh.

"Rakyat Tenang sebenarnya cukup selesa apabila pimpinan Pakatan Rakyat dapat tampil menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi dalam kita memastikan kita benar-benar dapat menawan hati pengundi Tenang.

"Ini satu peluang untuk kita membuktikan bahawa segala tohmahan dan propaganda yang dimainkan kerajaan BN dapat kita kikis daripada minda mereka.

"Sebab itu kita tetap turun walau apa pun persepsi negatif yang cuba dibina terhadap Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai tindakan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran turun ke sekolah untuk merayu guru-guru membantu jentera BN menghadapi pilihan raya kecil ini, beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kempen yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau BN nak jabatan-jabatan kerajaan untuk berkempen, ini bermakna mereka sendiri yang melanggar etika.

"Saya diberi faham mereka melbatkan guru-guru dan jelas mereka bercakap supaya mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Ini pelanggaran etika yang saya rasa cukup serius dan peguam-peguam kita sedang menunggu untuk kita membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Tenang, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 10.30 pagi esok di Balai Polis Labis.

SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana parti politik berkempen di Tenang sebelum penamaan calon pada 22 Januari ini.

Harakahdaily

kenyataan Media mengenai Kes Menteri Rogol Amah - Mengaitkan Nama Rais !!

Posted: 06 Jan 2011 07:56 PM PST

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)

Kenyataan Media
5 Januari 2011

LAPORAN POLIS DESAK SIASATAN DAN TINDAKAN TERHADAP PENDEDAHAN KAIT MENTERI DENGAN KeJADIAN ROGOL PEMBANTU RUMAH.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.
Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh wikileak dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di http://rockybru.com.my dan http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Setelah carian lanjut dibuat saya memperolehi dokumen lengkap seperti dilampirkan dimana dengan jelas menyebut nama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini.

Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, dalam perkara ini mangsa pertama ialah Dr. Rais Yatim sendiri, beliau belum dibukti bersalah namun boleh dikatakan hampir semua blog dan cakap-cakap mulut sudah menyebut nama beliau sebagai terlibat kes rogol. Namun kesalahan beliau ialah terus membisu berdiam diri. Selaku Menteri 'budaya seni warisan' seharusnya beliau faham budaya rakyat Malaysia iaitu diam tanda setuju. Maka beliau tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan beliau kerana beliau sendiri berdiam diri. Ini berbeza sekali apabila baru – baru ini dalam satu posting blog di http://rockybru.com.my mengenai skandal pemberian kontrak, Dr. Rais telah membuat laporan polis.

Penyiasatan polis boleh membantu Dr. Rais membersihkan namanya. Namun jika polis juga tidak menyiasat maka ia mengundang persoalan lebih besar iaitu kemungkinan wujud perlindungan istimewa terhadap kejadian jenayah yang dilakukan oleh Menteri.

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Jika Dr. Rais terus berdiam Najib seharusnya menggantung Dr. Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan perkara tersebut untuk membuktikan beliau benar dengan proses transformasi penambah baikan negara.

Kes ini jika gagal ditangani dengan baik akan sekali lagi menjadi punca konflik Malaysia – Indonesia jesteru itu rakyat seharusnya tampil un tuk mendesak penyelesaiaan dan penyiasatan serta tindakan terhadap kes ini.

Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti 'mangsa' rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya maka identiti mangsa dirahsiakan.

Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.

Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol.

SAMM menyatakan sokongan atas nama kemanusiaan kepada pihak Kedutaan Indonesia, pihak berkuasa di Indonesia, pertubuhan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta dan pihak-pihak terlibat agar berusaha menegakkan keadilan bagi warganya yang teraniaya. SAMM sudah menghantar surat menyatakan kesediaan membantu.

Cuma persoalannya kini adakah kes Robengah ini akan terus kekal 'misteri' tanpa penyiasatan ? Jika ini berlaku maka anak muda wajar bersama menumbangkan Regim Bn ini kerana apa lagi harapan masa depan jika perogol dipertahan dan diberi jawatan Menteri !

Harap ia tidak jadi 18 kes berprofile tinggi yang pernah didedahkan kewujudanya oleh Dr.Rais ketika menjadi menteri Undang-undang yang terus disenyapkan kerana mendapat perlindungan istimewa.

Jika dalam masa 14 hari tidak ada tindakan susulan maka SAMM telah sedia untuk membuat tindakan susulan demi membela maruah negara dan keadilan kemanusiaan yang akan diumumkan kelak.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



'Khinzir di bawah kopiah" firaun besar zul kulim.....muakakakakaka....!!!!

Posted: 06 Jan 2011 05:11 PM PST



EMOSI sungguh MP Kulim YB Zul `firaun besar' di dalam penulisannya tentang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan hak Sultan Selangor. Aku malas nak link kan tulisan di dalam blog YB Zul itu, sesiapa yang bodoh dan tidak boleh berfikir lebih baik tidak membuka blognya.

Beliau menyebut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor ibarat `ada khinzir di dalam Yong Taw Foo'. Pada aku tiada masalah kalau orang Cina yang bukan Islam memakan Yong Taw Foo yang mempunyai khinzir dan Yong Taw Foo itu pun memang makanan kegemaran kaum Cina.

Apabila meneliti hujah YB Zul `firaun besar' ini di dalam blognya, aku juga merasakan seperti `Ada Khinzir Di Bawah Kopiah' YB Zul. Semua perkara yang beliau tuduh ke atas Kerajaan PR di Selangor, semuanya mahu dilibatkan dengan DAP. Kununnya, apa yang berlaku berkaitan perlantikan KSU Selangor pun adalah kerana hasutan DAP. Aku juga boleh tuduh apa yang YB Zul `firaun besar' ini perkatakan berkenaan PR adalah hasil hasutan parti sekular sekutu Apco itu. Sepatutnya sebagai seorang Peguam walaupun kadangkala `pembawa fail dan beg' sahaja, beliau harus membawa hujah dan fakta bagi membuktikan bahawa sememangnya DAP yang menghasut Kerajaan PR Selangor selama ini. Jelas, beliau bukan peguam yang baik jauh sekali seorang MP yang berkaliber.

Sebenarnya, YB Zul Kulim buat kecoh membabi buta adalah dengan harapan agar rakyat terutamanya di Kulim Bandar Baru lupa bahawa beliau adalah MP yang tidak direstui oleh majoriti pengundi di situ. Beliau ingin menutup malunya kerana masih menebal muka berada di kerusi yang tidak diredhai itu. Beliau hanya berani bercakap seorang diri, berdepan dengan media yang sepencacai sepertinya sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad maka kecut dan memulas perutnya. Percayalah, inilah penggal terakhir buat `firaun besar' ini menyondol bagai khinzir. Selepas ini, beliau akan `disembelih' oleh para pengundi di Kulim Bandar Baru dan diletakkan di bawah Yong Taw Foo.

Nasihat aku buat beliau, sebelum menyongkar `khinzir di bawah Yong Taw Foo', beliau mesti sedar di `bawah kopiahnya juga terdapat khinzir'.



wfauzdin.

Penafian adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu.....namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.

Posted: 06 Jan 2011 05:00 PM PST



Penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung dakwaan rogol yang membelit dirinya adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu.

Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.

Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa...

Pagi kelmarin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya.

Pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet.

Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.

Justeru itu kita hendak polis siasat. Polis siasat dan polis harus umum Dr Rais tidak terlibat, beliau bersih dan ini hanya fitnah. Kalau ini berlaku, Dr Rais harus mengambil tindakan terhadap laporan tersebut,...

Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.

Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.

Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit.

Dia  harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara...

Selain tindakan polis, kita juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan.

Pelantikan ' HANG KEBUN ' sebagai SUK, Umno/BN jelas tolak perlembagaan

Posted: 06 Jan 2011 04:28 PM PST



serupa tak......muakakakaka.....hang kebun UMNO ada logo halal nak jadi SUK....logo  halal UMNO....sekali aku ketik  berterabur tulang selangka hang,,,,,.muakakakakaka

Pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhammad Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilihat satu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan kerajaan Umno/BN.

kes pelantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno/ BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan politik mereka.

Seharusnya mengikut amalan biasa, pelantikan itu mesti mendapat nasihat dari Menteri Besar atau ketua Menteri bagi membabitkan negeri, sementara Perdana Menteri bagi jawatan membabitkan kerajaan pusat,

Tetapi dalam kes Khusrin ini, Umno/BN melanggar perlembagaan sekaligus mematikan perlembagaan dengan tidak merujuk kepada Menteri Besar Selangor...

Sambil menyifatkan ia satu rencana politik oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kerajaan Umno/BN sekali lagi mematikan amalan demokrasi di negara ini.

Umno/BN sejak selepas pilihan raya umum 2008, sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun.

Justerukita mahu rakyat Selangor menghukum kebobrokan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan menolak parti tersebut termasuk di peringkat kerajaan pusat.

Sementara itu, beberapa blog hari ini memaparkan apa yang diilakukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dengan melantik Khusrin yang bertaraf Gred Jusa C ke jawatan Gred Jusa A amatlah meragukan.

Ramai yang menyimpulkan ianya satu tindakan yang menafikan hak-hak golongan penjawat awam dari Gred Jusa B untuk naik ke Gred Jusa A.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.

Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Januari)," kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar 3 Januari lalu.

Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.

"Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," tambah beliau.

Dalam pertemuan itu juga, Sultan Selangor mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara bagi tujuan perbincangan.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.

"Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar," katanya.

Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.

Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

wahai rais....setakat menafikan ....belum selesai lagi dakwaan rogol amah terhadap mu....!!!!

Posted: 06 Jan 2011 04:03 PM PST





Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.



di siasat...Geran RM1 b, Rais yatim tak faham mesej - Rocky's Bru

rocky bru ahirudin attanrais yatim interview 160409 02

Penulis blog Rocky's Bru hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
rocky bru ahirudin attanRocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.

"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin...sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.

Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
rais yatim interview 160409 02Ahiruddin berkata beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu tersebut.

Katanya setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.

Beliau berkata Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terlibat dalam pemberian geran RM1 bilion itu.

"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya.


Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia


Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.
Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.


rais  menafikan 

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.




Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."


"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.



"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf dan pegawai yang terlibat semasa beliau terbunuh di gantung tugas sementara menunggu hasil siasatan suruhanjaya di raja...!!!

Posted: 06 Jan 2011 01:11 PM PST



Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.

Tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.

Kita  mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah...

Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Kita juga  mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.

Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini,....

Ekoran itu juga, turut di cadangkan  supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sementara itu, mengulas isu sama, penghakiman terbuka tersebut telah menolak teori SPRM bahawa kematian Teoh disebabkan bunuh diri.

Kenyataan bodoh SPRM tentang bunuh diri kini satu penipuan. Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab....

Inkues yang telah berlangsung selama 18 bulan tersebut diibaratkan banyak pihak sebagai membazir waktu kerana kes tersebut masih tergantung.

Keputusan inkues semalam turut memberikan tamparan hebat kepada keluarga Teoh yang telah menunggu sekian lama untuk mencari jawapan terhadap kematian Teoh.

Keputusan inkues yang telah menidakkan teori bunuh diri dan mengesahkan terdapat kecederaan pada Beng Hock sebelum jatuh adalah satu bukti kesalahan pada pihak SPRM dan polis dan juga satu munasabah yang kuat untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock....

Sementara itu,di laporkan  bahawa kemungkinan besar kabinet Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja minggu hadapan selepas perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Tiada ulasan: