Rabu, 12 Januari 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Nazri Cabar Anwar Debat

Posted: 11 Jan 2011 10:05 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen 'One Israel', walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.
Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong. Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.
"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.
"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.
Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.
Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.
"Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya.
Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu.
Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.
Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.
Di IPOH, Pergerakan Pemuda Umno Perak menyifatkan cabaran Anwar itu merupakan taktik murahannya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap krisis peribadinya sendiri.
Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sekiranya Anwar benar-benar mahu berdebat, beliau sewajarnya menerima pelawaan Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin.
Pergerakan Pemuda Umno Perak menyokong penuh cabaran Khairy untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan pendekatan ekonomi yang termaktub dalam Pelan 100 Hari pakatan pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hishamudin Yahya pula berkata pelawaan Anwar itu tidak perlu dilayan sebaliknya Najib perlu terus memastikan semua program yang dirancang kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.
Daripada segi pendekatan ekonomi, beliau berkata walaupun Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun beliau masih gagal mempamerkan 'kehebatan' menarik pelabur luar negara ke negeri itu

Pilihan Raya Sarawak hujung Mac depan ?

Posted: 11 Jan 2011 09:58 PM PST

Oleh Masdar Wahid
Disebalik andaian Perdana Menteri, Najib Razak tidak yakin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat, seorang Ahli Parlimen BN di Sarawak yang menemui Najib baru-baru ini yakin bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak bakal diadakan penghujung Mac ini.

"Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

"Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac," kata Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Khoon kepada wartawan di Kuching paad 9 Januari lalu.

Yong, merupakan antara Ahli-Ahli Parlimen Sarawak yang menemui Najib pada 8 Januari lalu, di mana pertemuan satu per satu selama lima minit itu memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata meskipun Najib tidak mengatakan lanjut mengenai pilihan raya, beliau percaya ia akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan reaksi wajah, percakapan dan bagaimana jawapan soalan yang dikemukakan, mungkin pilihan raya semakin dekat," kata Yong.

Ditanya mengenai kawasan yang dibawa Yong untuk perhatian Najib, Yong berkata ia lebih kepada pembangunan infrastruktur, menaik taraf jalan kampung dan jambatan, serta masalah bekalan air bersih di beberapa kawasan.

Katanya, semua perkara yang beliau kemukakan kepada Najib adalah memberikan impak besar kepada rakyat.

"Bagi jejambat Jalan Song, tender dibuka pada 27 November dan ditutup pada 23 Disember 2010.

"Kini, tender-tender yang diterima sedang dinilai untuk pelantikan," katanya.

SUPP, satu dari sekutu BN di Sarawak yang sehingga kini kekal dilanda krisis dalaman yang kian parah.

Najib akan ke Sarawak dalam masa terdekat untuk merasmikan konvensyen SUPP, parti tertua di Bumi Kenyalang kira-kira 10 pagi pada 16 Januari ini.

"Ini adalah kali pertama SUPP menganjurkan konvensyen seumpama ini dengan kapasiti peserta yang ramai.

"Biasanya kami (SUPP) hanya mengadakan TGM (mesyuarat agung tiga tahun sekali).

"Tetapi kali ini disebabkan alasan yang berbeza-beza kami mahu mempertemukan semua ahli (parti) dari seluruh negeri datang ke Kuching untuk (menghadiri) konvensyen besar-besaran ini... dan kami menjangkakan 3,000 hingga 5,000 delegasi akan hadir," kata George Chan Hong Nam, Presiden SUPP pada 7 Januari lalu.

Pada 23 Disember lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan keanggotaan dan logistik daripada Kontinjen Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Tiada ulasan: