Ahad, 30 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Calon BN Azhar Ibrahim Tewaskan Calon PAS Pn. Normala Sudirman (Majoriti 3,707 Undi) !

Posted: 30 Jan 2011 07:55 AM PST



Keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hari ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kerusi DUN tersebut apabila calonnya Mohd Azhar Ibrahim menang menewaskan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman dari PAS dengan majoriti sebanyak 3,707 undi. Azhar berjaya mendapat 6,699 undi sementara Normala hanya mendapat 2,992 undi. Peratus keluar mengundi pula ialah 65.02 peratus iaitu seramai 9,593 pengundi berdaftar yang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Calon BN itu juga telah menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperolehi 115 manakala Normala hanya memperoleh tiga undi. Satu kertas undi pos telah ditolak. Keputusan undi pos itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Md Asri Amir di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

[Apapun keputusan yang berlaku, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang menang iaitu Mohd Azhar Ibrahim dari UMNO BN. Semoga beliau dapat melaksanakan segala janji-janji pembangunan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat di DUN Tenang selepas ini. Janji perlu ditunaikan segera kerana Pilihanraya Kecil DUN Merlimau menanti selepas ini. Jika janji-janji itu palsu belaka maka sudah pasti rakyat akan menolak kembali parti terbabit dalam pilihanraya kecil akan datang sebenarnya. Buat Pn.Normala Sudirman, usahlah bersedih hati atas kekalahan ini. Jadikanlah ia sebagai perangsang untuk terus maju dalam politik satu hari nanti. Teruskan usaha membangunkan rakyat dan meneruskan agenda perubahan yang dijanjikam. Pilihan Raya Umum akan datang masih ada untuk anda buktikan. Teruskan perjuangan anda!].

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Ramai Pemimpin Pakatan Rakyat Kecewa Dengan Tindakan Pihak Yang Memanipulasi Kemudahan Pengangkutan !!

Posted: 30 Jan 2011 06:35 AM PST

Hujan lebat sepanjang hari di DUN Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan. Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina yang menjadi bank undi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi. Senario ini juga menyebabkan BN begitu mudah untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya DUN Tenang sebenarnya. Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda yang merupakan penyokong kuat BN. "Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua (foto) dalam twitternya. Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, dilihat telah menjejaskan keputusan pilihan raya kecil kali ini.

[Jika benar dakwaan ini, maka ia sesuatu yang cukup mendukacitakan sebenarnya. Kenapalah pilihanraya terus diadakan dikala bencana alam sehebat ini melanda DUN Tenang. Sewajarnya, pihak SPR lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Inilah yang terjadi, apabila dalam keadaan huru-hara akibat banjir yang melanda maka mereka memanipulasi penggunaan kenderaan dengan sebaiknya. Lantaran itulah kita dapati majoriti kaum Tionghua yang sepatutnya mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil kali ini akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ini amatlah tidak adil dan jelas merupakan satu penganiayaan buat rakyat yang ingin mengundi itu].

Memalukan: Lagi 'Projek Sakit', Siling Lobi Utama Hospital Serdang Pula Runtuh Lewat Malam Tadi

Posted: 30 Jan 2011 05:58 AM PST

SERDANG 30 Jan [11.00 pm] - Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang (foto) dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005. Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi. Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata, tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi. "Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya. Jurucakap itu berkata, satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti puncanya.


Sementara itu beberapa pelawat nyaris cedera semasa kejadian. Kejadian berlaku ketika beberapa pelawat sedang duduk di tempat menunggu, yang turut menempatkan sebuah kedai kopitiam dan merupakan pintu utama ke wad. Ketika kejadian beberapa pelawat sedang duduk di lobi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari bahagian atas dan ternampak sebahagian syiling mula terkopak.

Ahli Parlimen Serdang Mahukan Tindakan Segera

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (foto) yang dihubungi menjelaskan, kejadian tersebut masih diperingkat siasatan dan menggesa pihak hospital mengeluarkan kenyataan segera berhubung sebahagian syiling di bahagian lobi hospital berkenaan yang tiba-tiba runtuh tengah malam tadi. "Punca-punca sekarang tidak dapat dipastikan lagi dan pihak hospital hanya blok area lobi itu supaya orang ramai tidak masuk," katanya. Tambah Nie Ching, Kementerian Kerja Raya harus dipertanggungjawabkan di atas kejadian tersebut kerana JKR terlibat sepenuhnya dalam pembinaan sesebuah bangunan hospital di Malaysia. "Tak boleh salahkan pihak hospital kerana semua bangunan hospital atau sekolah ialah tanggungjawab JKR untuk lantik kontraktor membuat pembinaan… yang penting kementerian kerja raya harus ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan bangunan ini masih selamat digunakan," jelasnya. Beberapa pengawal keselamatan kelihatan mengawasi keadaan, selain menghalang orang ramai daripada melalui kawasan ini, malah polis turut berada di lokasi. Kejadian bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan operasi di hospital ini. Kos pembinaan Hospital Serdang dikatakan menelan belanja RM690 juta.

[Ternyata, masih ada projek-projek Kerajaan BN yang bermasakah seperti ini. Selepas stadium di Terengganu, kemudian bangunan parlimen, kemudian banyak lagi. Kini siling sebuah hospital pula runtuh. Bukankah ini sesuatu yang sungguh memalukan. Bayangkan jika ada orang awam atau kakitangan hospital terbabit berada disitu pada masa kejadian. Sudah pasti ia akan menjadi satu isu besar yang akan menjatuhkan imej kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang pasti, apabila kontraktor gagal melakukan kerja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan maka beginilah jadinya. Apakah senario seperti ini akan kita terus saksikan di masa akan datang agaknya?. Siapa harus dipersalahkan dalam hal ini?. Apakah dek kerana kroni yang telah mendapat projek itu?].

Posted: 30 Jan 2011 05:14 AM PST

Terkini: "Pilihan Raya Kecil DUN Tenang", Proses Pengundian Di Tutup Dan 71.8% Keluar Mengundi

Posted: 30 Jan 2011 01:54 AM PST

Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. "Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah.

[Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya telah membuat satu kesilapan besar bila meneruskan juga pilihanraya kecil DUN Tenang disaat keadaan huru-hara akibat bencana alam berlaku. Inilah yang menyebabkan peratus pengundiaan tidak memuaskan sebenarnya. Malahan, SPR sepatutnya lebih rasional dalam memastikan keadilan tertegak buat semua. Janganlah keadilan itu hanya diutamakan kepada UMNO BN sahaja, sedangkan parti lain tiada hak untuk menikmatinya. Jika inilah keadaan yang berlaku sudah pastilah rakyat akan terus hilang keyakinan kepada badan bebas itu pada masa-masa akan datang].

Tindakan Pihak SPR Teruskan Proses Pengundian Ketika Kawasan DUN Tenang Itu Sedang Di Landa Bencana Alam Amatlah Tidak Wajar Sebenarnya !!

Posted: 30 Jan 2011 01:25 AM PST



Sehingga pukul 4 petang peratusan keluar megundi di N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ialah 68.68 peratus atau 10,133 orang. Sementara itu hingga pukul 3 petang, 66% atau 9,618 penduduk Tenang sudah keluar undi. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Yusof, peratusan tersebut bagus walaupun kawasan sekitar Labis dilanda banjir. Enam pusat pemindahan banjir sudah dibuka di sekitar Labis ekoran keadaan banjir yang tidak menunjukkan tanda-tanda mahu surut. Dalam pada itu tengahari tadi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup. "Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir. "Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka. "SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan UMNO BN sahaja," katanya. Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat telah ditutup kepada semua kenderaan kecil. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu pemanjangan masa mengundi itu "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

[Kenyataan Wan Ahmad Omar ini agak pelik bunyinya, kerana masih kita ingat SPR memanjangkan masa pengundian di Selangor hingga jam 7.00 petang ketika Pilihanraya Umum dulu. Tindakan SPR itu bermakna mereka telah melanggar peraturan dan undang-undang. Namun, di Tenang mereka kononnya akur dengan undang-undang. Sewajarnya, pihak SPR menangguhkan proses pengundian hari ini. Namun dek kerana mereka melihat harapan BN untuk menang itu lebih cerah maka ia diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun biar pun bencana alam melanda DUN Tenang hari ini. Apa yang jelas SPR masih terikut-ikut dengan amanah dan keputusan yang dibuat oleh pimpinan UMNO BN dalam menentukan perjalanan pilihanraya kecil kali ini. Wal hasil balik asal, semoga keputusan yang bakal kita ketahui malam ini akan menafikan keangkuhan mereka !].

Terkini: Pilihan Raya Kecil, Ramalan Kaji Cuaca Jangka Cuaca Mendung & Hujan Di DUN Tenang

Posted: 29 Jan 2011 10:08 AM PST

Ramalan kaji cuaca menjangkakan cuaca di DUN Tenang pada sebelah pagi ini dijangka mendung dan hujan di waktu petang. Pengundi bagi seluruh DUN Tenang dinasihatkan keluarkan mengundi awal pagi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR juga katanya sudah mengambil langkah awal bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan Bomba dan Penyelamat, pihak polis dan juga Majlis Daerah Labis sekiranya banjir berlaku di kawasan mengundi. Beliau juga masih optimis, sasaran 80 peratus pengundi akan keluar melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak lima hari yang lalu di Tenang. Menjelang hari pengundian esok, 12 pusat membuang undi di DUN Tenang dibuka di Unit Peti Undi Kampung Redong, Air Panas, Labis Utara, Labis Timur, bandar Labis Tengah, Bandar Labis, Felda Tenang, Kampung Sawah Baru, Tenang Station, Ladang Bukit Dato', Felda Chempelak Barat dan Felda Chempelak. 14,753 pemilih berdaftar diingatkan membawa bersama kad pengenalan mereka semasa membuang undi esok.

[Kami di Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan selamat mengundi buat warga DUN Tenang. Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin yang boleh membela nasib anda. Pilihlah calon pilihan yang difikirkan layak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan anda. Usahlah terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka yang cuba memburuk-buruk peribadi calon terbabit. Sebaliknya pilihlah berasaskan parti yang didokong oleh calon tersebut. Apa yang penting ialah lakukan perubahan untuk menikmati kehidupan yang lebih aman dan selesa pada masa akan datang. Usahlah terpedaya dengan retorik politik pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mencari jalan untuk menghancurkan masa depan rakyat. Selamat Mengundi buat semua !!].

Iklaneka: Kontraktor Di Sihir, Perniagaan Hancur Akibat Perbuatan Dengki Dan Khianat Musuhnya!

Posted: 29 Jan 2011 09:26 AM PST

Encik Baharuddin Sabri (bukan nama sebenar) dari Ulu Tiram Johor, berusia 49 tahun termenung panjang. Fikirannya berserabut dan banyak kertas kerjanya juga ditolak. Entah apa sebabnya malah kejadian yang sama berulang setiap kali ada projek-projek penting untuk ditanganinya. Selama lebih 20 tahun syarikatnya gah dalam meneruskan empayar perniagaan yang bangun hasil titik peluhnya sendiri. Sekarang entah dimana silapnya kliennya asyik mengeluh dan mula kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan syarikatnya. Bukan mudah untuk membina sebuah empayar perniagaan, malah dia dan isteri terpaksa berkorban dalam banyak hal. Menjengah usia emas ini dia mampu menarik nafas lega apatah lagi dia mampu memiliki sebuah banglo, 2 buah kereta mewah dan 2 buah kereta buatan Malaysia. Bila memikirkan semua kepayahan, terasa ingin menitis air matanya. Namun semenjak 3 tahun yang lepas, semuanya berubah sekelip mata. Semuanya bagaikan mimpi ngeri buat Encik Baharuddin sekeluarga. Bukan sahaja mengalami kejadian aneh, malah kesihatannya turut terganggu. Apa yang paling merisaukannya ialah keadaan syarikatnya yang kian merosot. Ramai klien yang selalu menggunakan perkhidmatannya lari tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Gara-Gara Hutang "Hidup Segan Mati Tak Mau"


Setiap malam Encik Baharuddin mengalami kesukaran untuk tidur malah badannya turut diserang gatal-gatal. Ubat gatal yang dibeli diklinik sudah berbotol digunakan malah dari pelbagai jenama, yang hairannya gatalnya semakin menjadi-jadi. Lebih memeningkan kepalanya ialah isterinya sudah berkali-kali mengadu melihat kelibat atau bayang-bayang hitam di dalam rumahnya. Sejak dulu, Encik Baharuddin memang kurang percaya benda-benda yang dianggap tahyul meskipun datuknya sendiri adalah seorang pengamal perubatan tradisional. Jadi cerita yang disampaikan isterinya dianggap mainan perasaan semata-mata. Dua tahun selepas syarikatnya ibarat 'hidup segan mati tak mahu' Encik Baharuddin mula berjinak-jinak dengan menjual produk kesihatan sendiri. Produk tersebut begitu mendapat sambutan apatah lagi usaha Encik Baharuddin memohon status halal untuk produknya tercapai. Dia juga telah menjual sebuah keretanya bagi menampung kos pengeluaran produknya termasuk membuat publisiti di dalam akhbar secara kecil-kecilan. Usaha yang disangka akan membuahkan lebih hasil rupa-rupanya tidak sampai kemana. Hanya beberapa bulan sahaja produknya mendapat sambutan, selebihnya banyak produknya ditolak semula dengan alasan pengguna sudah tidak berminat. Alasan yang dianggap tidak logik memandangkan sebelum ini ramai yang mengakui keberkesana produknya membuatkan beliau terduduk! Dia terpaksa menanggung hutang yang banyak. Bagi melunaskan hutang, dia terpaksa menjual sebuah lagi kereta. Kesusahannya tidak terhenti di situ sahaja. Anak-anaknya diserang sakit berpanjangan. Lepas satu-satu sakit yang hinggap menyebabkan dia dan isterinya hampir hilang punca.

Permintaan isterinya supaya berjumpa dengan datuknya yang arif tentang masalah-masalah 'halus' sekali lagi ditolak. Encik Baharuddin hanya menganggap semua yang berlaku sebagai takdir dan qadar dan qada Allah. Suatu hari ketika minum di sebuah restoran mamak, dia terpandang akhbar Media Terkini yang bertajuk 'Derita Sekeluarga Disihir'. Ketika itu juga kata-kata isterinya bermain di fikirannya. Bukan ditolak perkara yang ghaib-ghaib, bukan juga menidakkan. Tapi Encik Baharuddin berpendapat mustahil orang sebaik dan sejujurnya ada musuh. Seingatnya dia tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Dicapai akhbar yang belum pernah dibacanya sebelum ini lalu dibelek perlahan-lahan. Cerita yang ditulis itu sedikit sebanyak menyamai pengalaman yang dilaluinya kini. Malah selepas diserang gatal-gatal, badannya terasa seperti sengal-sengal dan terasa seperti terkena bisa. "Aku tawakallah, mana tahu dengan izin Allah penyakit aku boleh sembuh.."ujar Encik Badaruddin sambil menekan telefon. Panggilan yang dibuat selama hampir 10 minit membuatkan dia terasa lapang. Mungkin juga kehendak Allah yang membuka pintu hatinya untuk berbuat demikian. Semenjak memiliki kayu gemunggal banyak perubahan dapat dirasainya. Diawal fikirannya, dia hanya ingin memiliki gemunggal untuk menghilangkan bisa-bisa di badannya, tidak tahu pula dia kayu teras yang sukar diperolehi ini mampu memulihkan penyakit berkaitan dengan gangguan makhluk halus. Mungkin inilah yang dikatakan sesetengah orang, setiap apa yang diciptakan Allah, pasti ada keistimewaannya. Cuma manusia yang bijak saja yang tahu menilainya. Air rendaman kayunya juga mujarab untuk rawat bisa sengatan binatang.


Batu cincin teras gemunggal yang dikatakan cukup menakjubkan itu
Selepas mendapat nasihat dari ibunya di kampung, Encik Baharuddin telah menemui seorang ustaz yang terkenal di daerahnya dengan ilmu perubatan secara Islam. Menurut ustaz tersebut, kejadian-kejadian yang berlaku pada Encik Baharuddin adalah angkara sihir dari orang yang tidak berpuas hati dengan kejayaannya. Ustaz tersebut juga menyarankan supaya dia menyimpan teras gemunggal yang dimilikinya sebaik mungkin. Ini kerana di zaman sekarang amat sukar untuk memperolehi teras gemunggal yangbenar-benar asli. Semenjak memiliki kayu teras gemunggal, kehidupan Encik Baharuddin beransur-ansur pulih. Paling ketara ialah kesihatan isteri dan anak-anaknya semakin baik. Semasa pulang beraya di kampungnya yang terletak di utara tanahair, kesempatan bertemu dengan datuknya dimanfaatkan sebaik mungkin. Dia menunjukkan kayu yang dibeli lantas khasiat kayu itu turut diakui oleh datuknya. Menurut datuknya, orang dulu-dulu menyimpan kayu gemunggal sebagai pendinding diri iaitu sebagai penawar bisa-bisa binatang buas kerana mereka sering ke hutan. Kata datuk lagi, dulu teras gemunggal sukar untuk diperolehi. Sekarang ramai yang mengaku punyai teras gemunggal untuk dijual sedangka ia bukan yang asli.

[Encik Baharuddin mengesyorkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan teras gemunggal yang asli, teruslah mendapatkannya atau bolehlah menghubungi Encik Rosdi di talian 019-2244707 atau layari www.terasgemunggal.com. Untuk pengetahuan pembaca, Encik Baharuddin kini kembali pulih seperti sediakala dan syarikatnya semakin berkembang maju. Bukankah Allah mencipta setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Kita seharusnya sentiasa berusaha selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan melakukan perbuatan yang mendatangkan mudarat kepada diri kita. Sebagai orang Islam juga, kita seharusnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Perbuatan dengki dan kianat akhirnya pasti akan mendapat balasan daripada Allah Taala kelak. Kepada anda yang mahu siarkan iklan artikel seperti ini sila emailkan artikel produk anda ke pahangdaily@yahoo.com untuk dinilai dan harga iklan akan dimaklumkan menerusi email anda. Harap Maklum].

Tiada ulasan: