Jumaat, 28 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Arahan Larangan Kibarkan Bendera Pada Kenderaan, Terbukti SPR Serta PDRM Itu Adalah Parti Komponen Dan Alat Politik BN Sebenarnya !!

Posted: 28 Jan 2011 02:08 AM PST

Nampaknya arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di DUN Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN". Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu. Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi. "Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit. "Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi. "Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan. "Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya. Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. "Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa PRU dan PRK sahaja," katanya. Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit yang sah.

[Semakin hari semakin punah dan rosak dibuatnya SPR ini. Mereka jelas tidak mempunyai kredibiliti untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini sebenarnya. Arahan yang tidak logik dan masuk dek akal jelas sekali menggambarkan serta mengesahkan bahawa mereka adalah salah satu parti komponen BN itu sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah, kita tidak hairan bila arahan bangang seperti ini dikeluarkan bagi menghalang penyokong parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk berkempen serta menaikkan semangat perjuangan mereka. Jika inilah arahan yang dikeluarkan oleh SPR dan pihak PDRM maka ternyata mereka rela terus menjadi alat UMNO BN buat selamanya. Anehnya, lambang 1Malaysia yang dicipta PM Najib dibenarkan pula, sedangkan ia jelas sekali bertentangan dengan peraturan dan undang-undang pilihanraya itu sendiri. Apalah lagi yang diharapkan dengan senario terbaru ini. Hanya rakyat di DUN Tenang sahaja sekarang yang boleh memastikan keegoaan mereka tercalar. Selamat mengundi semua warga Tenang. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].

PAS Pahang Terus Menggempur Kawasan 'Felda' Bagi Merealisasikan Hasrat Menawan Negeri Ini Dalam 'Pilihan Raya Umum Ke-13' Akan Datang !

Posted: 27 Jan 2011 10:12 PM PST

MARAN, 28 Jan [2.30 pm] - Di kala kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang memasuki fasa terakhirnya, Pakatan Rakyat Pahang terus mengorak langkah untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat. Seperti biasa, perkampungan Felda menjadi sasaran kali ini memandangkan kawasan tersebut menjadi kubu kuat UMNO BN di negeri ini. Malam tadi, satu ceramah umum PAS telah diadakan di Felda Jengka 7 dekat sini. Penceramah undangan adalah Ketua Pemuda PAS Pahang iaitu Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) dan juga blogger Cucumatkilau yang merupakan anak jati Felda berkenaan. Biarpun kehadiran tidaklah memberansangkan akibat gusar dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan Felda terbabit, namun ceramah tetap diteruskan seperti biasa dengan menggunakan "slide projector". Orang ramai yang hadir puas hati dengan penerangan dan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah itu malam tadi. Ustaz Suhaimi dalam ceramahnya banyak mengupas isu tentang kuasa Melayu dan penderhakaan terhadap raja-raja oleh puak-puak UMNO. Beliau juga mendedahkan, taktik kotor UMNO yang sering menyalahkan PAS dan PKR yang kononnya bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan kuasa serta ketuanan Melayu di negara ini. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. "UMNO kata kuasa Melayu akan hancur jdalam Pakatan Rakyat kerana DAP. Sedangkan mereka lupa kuasa UMNO dalam Barisan Nasional lebih teruk dari itu sebenarnya. Banyak bukti-bukti yang UMNO terpaksa akur kepada parti komponen BN yang lain sedangkan mereka berkuasa", kata Ustaz Suhaimi. Beliau turut menunjukkan bukti-bukti bergambar tentang sikap sebenar pemimpin UMNO yang sanggup bertopeng menjaja maruah agama dan bangsa demi kuasa. Sementara itu Cucumatkilau lebih banyak membongkarkan isu-isu setempat dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN di Pahang. Beliau juga mengajak rakyat supaya melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang jika mahu kehidupan mereka lebih terbela. Jika tidak beginilah nasib mereka sampai bila-bila.


Antara peneroka Jengka 7 yang berani kedepan untuk dengar ceramah

Ustaz Yusof Syawal (Ketua PAS Cawangan Jengka 7) dan Pak Daud Abas
dari Jengka 6 ( Wakil PKR Cabang Maran) turut hadir pada malam tadi


[Ceramah Umum PAS kin semakin hebat terutamanya menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Cuma ramai juga yang tertanya-tanya tentang komitmen Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR perlu memantapkan lagi "Misi Tawan Pahang" dengan kerjasama PAS jika mahu hasrat tersebut direalisasikan. Program ceramah umum dan aktiviti rakyat perlu diperbanyakkan demi hasrat tersebut. Kita tidak mahu bila tiba pilihanraya nanti, maka jentera PAS juga yang akan digunakan secara langsung untuk berkempen. Biarpun secara logiknya ia tidak menjadi halangan, namun semua ini perlu diperbetulkan demi perjuangan. Jangan mengharap sahaja, sebaliknya tindakan itulah yang paling utama. PKR kini dilihat agak lesu dan hanya gah di peringkat nasional semata-mata dek kerana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Sebaliknua di peringkat cabang dan ranting-ranting sememangnya banyak masalah yang perlu diperbetulkan jika mahu ia terus dihormati. Apapun, ikuti komen Cucumatkilau tentang perkara ini. Teguran yang ikhlas daripada beliau sememangnya sudah lama dinantikan. Cuma terimalah apa diperkatakan dengan hati terbuka]. Klik

Tiada ulasan: