Rabu, 19 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Belum Pun Bermula, "Pelabuhan Kelang" Pula Di Isytiharkan Kosong Oleh "YB Speaker DUN Selangor" Hari Ini!

Posted: 19 Jan 2011 01:20 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan [5.22 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim (foto) hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong. Ianya berikutan kegagalan ADUNnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan DUN dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu. Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media di Dewan Annex hari ini. Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan dibuat dalam masa terdekat.

[Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim sepatutnya memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu. "Kita akan teliti dan lihat undang-undang di Negeri Selangor, juga Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan tentang (sama ada) berlaku kekosongan atau tidak," katanya. Aneh benar bunyi jawapan dari Pengerusi SPR ini].

Akhirnya Parti KITA Pimpinan Zaid Di Lancarkan Dengan Disertai Beberapa Orang Pemimpin Politik Daripada Parti Pembangkang Dan Juga Kerajaan !

Posted: 18 Jan 2011 10:38 PM PST

Seperti yang dijanjikan akhirnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dilancarkan secara rasmi hari ini. Parti yang diterajui oleh bekas Menteri UMNO dan pemimpina kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (foto) itu turut dibarisi oleh beberapa orang pemimpin politik terkenal tanahair. Antara mereka termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Presiden PPP, Datuk M.Kayveas. Turut kelihatan hadir ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallahuddin Hashim dan bekas Timbalan Setiausahanya yang dipecat iaitu P.Jenapala. Ramai bekas pemimpin PKR, SNAP dan lain-lain parti politik juga dilihat hadir pada program itu pagi tadi. "Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya. Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan. Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, AKIM sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember tahun lalu.


Inilah barisan KITA, antara pemimpin parti yang diterajui oleh Zaid

[Dengan pelancaran rasmi parti yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim ini, maka ia dilihat bakal menjadi pesaing hebat kepada UMNO BN dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya, sempatkan parti Zaid itu menyertai pilihanraya umum nanti?. Apapun, kemasukan ramai pemimpin politik sedia ada ke dalam KITA membuktikan pengaruh Zaid bukanlah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Prinsip perjuangan adalah lebih jelas dan terbuka berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO atau PKR sebelum ini. Cuma apakah dalam KITA tidak akan wujud amalan proksi dan cantas-mencantas seperti yang amat ditakuti oleh Zaid dulu. Khabarnya ramai lagi pemimpin PKR dan UMNO yang akan menyertai Zaid selepas ini, termasuk dari Pahang ini].

Akhlak Blogger UMNO Makin Parah, Selepas Hina Tok Guru Dan Caci Ulamak Kini Mereka Rela Gelar Blogger Pro-Pakatan Sebagai "Anjing-Anjing" Pula

Posted: 18 Jan 2011 09:07 PM PST

Mungkin dek kerana terlalu ghairah dan taksub untuk "mengipas" pemimpin UMNO agar sedar dengan kehadiran beliau maka blogger pro-kerajaan tergamak mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas mutakhir ini. Bukan sahaja memaparkan gambar-gambar yang tidak senonoh malah sanggup menghina dan mencaci pula golongan ulamak. Inilah yang berlaku kepada salah seorang blogger handalan di Pahang iaitu Braveheart (foto) sekarang ini. Sejak awal penulisannya, beliau ternyata nampak agak terbuka mengkritik. Namun, mungkin dek kerana mahu pemimpin UMNO Pahang menyedari kelibatnya, maka akhirnya beliau sanggup mengadaikan maruah demi perjuangan sibernya itu. Sikap beliau ini amatlah memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Paling terbaru, beliau sanggup melabelkan blogger Pakatan Rakyat sebagau "anjing-anjing" yang kononnya sedang berkeliaran di DUN Tenang sekarang ini. Posting terbaru beliau yang bertajuk "Blogger (Pencacai) Pakatan Serang Tenang" jelas sekali menggambarkan kedaifan akhlak blogger terbabit. Tulisannya membuktikan maruahnya kini semakin terhakis sebenarnya. Sebelum ini, dalam posting terdahulu beliau turut menyatakan "Anjing-anjing yang masih kenyang ini akan berkeliaran di felda Tenang dan menyalak kesana kemari seperti yang diarahkan oleh tuan (guru)nya. Perhatikanlah, anjing-anjing ini juga sudah mula memasuki blog-blog pro kerajaan dan melemparkan kata nista serta fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerajaan"Selepas ini nanti tentulah segala bloger pencacai Pas dan penyokong parti DAP kafir harbi ini akan lebih nyaring suaranya, al-maklumlah mereka sudah kenyang diberi makan dan upah yang sewajarnya untuk menyalak menentang kerajaan. Jangan hairan jika nanti anjing-anjing ditepi jalan juga akan mula menyalak setiap siapa yang lalu lalang", ketika menghina kononnya Tuan Guru Nik Aziz membuat fitnah ketika mengulas isu "Hudud" di Kelantan semasa Majlis Ramah Mesra dan Dialog Blogger yang diadakan baru-baru lalu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Justeru rakyat diminta menilai apakah mentaliti dan sikap sebenar perjuangan dan hala tuju blogger seperti ini


Klik pada imej untuk besarkan bukti tulisan "Anjing" blogger terbabit
[Kami difahamkan blogger terbabit sebelum ini sendiri telah banyak kali menghentam Kerajaan UMNO BN di Pahang, akibat tidak ambil peduli kebajikannya. Malah difahamkan sedang berusaha membawa kembali proksinya ke dalam politik Pahang iaitu bekas Ketua Pemuda yang telah diterajang oleh MB Adnan Yaakob iaitu Datuk Azizan Yaakob. Kini beliau dan kuncu-kuncunya sedang melakukan strategi untuk memastilkan masa depan Datuk Azizan kembali cerah dipersada politik di Pahang. Malah, beliau juga sering menghuru-harakan UMNO Jerantut dengan berbagai pendedahan panas yang dibuat menerusi blog-blognya yang pelbagai itu. Kami difahamkan beliau mempunyai banyak blog dalam versi yang berbeza. Soalnya, kenapa beliau meracau tidak tentu pasal sekarang ini agaknya. Apakah motif dan matlamatnya sebagai Exco Blogger Pembela Negara bagi negeri Pahang itu akan tercapai jika ini keadaannya. Kami difahamkan, nasib beliau dan blogger-blogger "hardcore" lain kini terpinggir dan hak mereka dinafikan. Anehnya, beliau menggelarkan pula blogger pro pembangkang sebagai "pencacai", sedangkan hakikatnya blogger seperti inilah yang menjadi pencacai sebenarnya. Apakah ia boleh dimaafkan?].

Edisi Pahang: Kajian Mengenai Projek Pembinaan Landasan Keretrapi KL Ke Kuantan-K.Trengganu-K.Bharu-Tumpat Di Jangka Selesai Bulan Mac Ini

Posted: 18 Jan 2011 08:44 PM PST

KUANTAN, 19 Jan [12.34 pm] - Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri (foto) berkata kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan. "Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini. Abdul Rahim berkata laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif sekaligus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. "Laluan Pantai Timur itu adalah rangkaian komprehensif bukan sahaja untuk laluan kargo tapi juga laluan penumpang kerana Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baharu tiada laluan jajaran kereta api yang melalui bandar-bandar sedangkan terdapat keperluan di situ," katanya.

Debat: Dato' Fauzi Cadang Timbalan Pengerusi II Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Si Yusri Ahon Lawan Khairy Jamaluddin Bukan Anwar !!

Posted: 18 Jan 2011 06:37 PM PST

TEMERLOH, 19 Jan [10.00 am] - Lawan sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin jika mahu berdebat bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Umum PKR itu. Tambah Fauzi, ini disebabkan Khairy hanya duduk di kaki lima kabinet Najib yang tidak tahu apa-apa tentang dasar ekonomi dan subsidi kerajaan, justeru tidak layak berdebat tentang 'Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat'. "Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula. Lagi pun Yusri , walaupun berketurunan Orang Asli adalah lulusan universiti yang bijak menganalisis perkembangan ekonomi "PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh baru-baru ini. Sebelum ini, Khairy berya-iya mahu gantikan Najib untuk sahut cabaran berdebat dengan Anwar, setelah Anwar mencabar PM Najib berdebat isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

[Berdebat memang satu cara terbaik untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam sesebuah negara itu. Malah, negara yang dianggap "polis dunia" seperti Amerika Syarikat sekali pun mengamalkan amalan berdebat secara terbuka untuk mana-mana pemimpin yang berhasrat menawarkan diri bertanding dalam jawatan utama politik di negara itu. Rakyat akan menilai setiap hujjah dengan minda yang terbukan tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Namum, anehnya negara Islam seperti Malaysia ini takut untuk berbuat demikian. Apakah yang ditakutkan sangat oleh mereka agaknya?. Apakah takut rakyat ketahui banyak penyelewengan yang berlaku atau sebaliknya. Lantaran itulah kami yakin debat ini tidak akan berlaku secara profesional di negara kita, malah jika ada sekali pun pasti akan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan mereka dan gusar dengan kebangkitan rakyat itu sendiri sebenarnya].

Tiada ulasan: