Rabu, 12 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Edisi Pahang: Pengurus Felda Tembagau 1 Ugut Peneroka Tandatangan Aku Janji Sebelum Dapat Bonus Insentif Produktiviti Peneroka !!

Posted: 12 Jan 2011 07:09 AM PST

BERA, 12 Jan - Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan 'mengugut' peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju. Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (BIPP) oleh Felda; terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang. Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan. Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas. Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah. "Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP. "Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka," katanya. Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian. Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka Felda yang telah menjualkan hasil ke kilang agensi berkenaan bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang. selamatkanpahang

Kemaruk Hendak Humbankan Anwar Ke Penjara Sg.Buloh, Akhirnya UMNO BN Terus Beri Publisiti Murahan Kepada Adinda Azmin Si Umi Hafilda Ali

Posted: 11 Jan 2011 10:46 AM PST

Kerajaan UMNO BN kini dilihat begitu ghairah untuk memastikan Ketua Umum PKR kembali ke penjara Sg.Buloh. Malah kini, mereka sekali lagi menggunakan adik Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) iaitu Umi Hafilda (foto) untuk membuat kenyataan berhubung apa yang difikirkan perlu pada masa ini. Umi kini dilihat semakin popular apabila akhbar Utusan Malaysia memberi laporan eksklusif terhadap apa sahaja kenyataannya, asalkan berkaitan kes liwat Anwar dan menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Tanpa mengambil kira Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah akibat kekhilafan kes liwat pertama yang dihadapinya dulu, kini Umi Hafilda begitu seronok menjaja semua cerita kononnya dia "mangsa fitnah". Maruah dan imejnya tercalar, bilamana ada orang yang telah diberikan maklumat tentang "skandal seks songsang" Anwar tiba-tiba berpihak kepada mantan TPM itu dan tidak mahu mendedahkan selepas menerima apa saja maklumat yang diberikannya. Susulan daripada itu, Umi khabarnya akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguam nya Karpal Singh Khamis ini. Apa yang lebih panas parti PAS juga akan disaman oleh Umi. Saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu. Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya. Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenarnya.

[Nampak jumlahnya memang besar, bayangkan mencecah hingga RM700 juta ringgit. Namun, secara logiknya jika benar Umi Hafilda sudah menceritakan perihal kegiatan Anwar itu kepada Karpal, Mat Sabu dan Wan Azizah apakah dia boleh mendapat jawatan seperti apa yang dimahukan agaknya. Mungkin benar dia bercerita, tetapi dia kena menerima hakikat memang ada sandiwara dalam kes ini sebenarnya. Kini wajah Umi Hafilda terpampang secara meluas dalam media arus perdana, malah populariti murahan beliau itu dilihat berjaya mengatasi populariti artis-artis berjenama yang lainnya. Lantaran itulah dia tidak boleh terlalu kecewa akibat pihak berkenaan tidak menerima secara bulat-bulat apa yang bakal dipersembahkan itu. Justeru itu, tindakan menfailkan saman terhadap pihak yang berkenaan, seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa apa yang berlaku ini adalah memang benar satu konspirasi. Jika tidak, mana mungkin Utusan Malaysia asyik buka cerita lama soal kes liwat Anwar dulu. Bukankah ini menunjukkan yang memang orang lama mendapat habuan lumayan kiranya sanggup berkompromi mendedahkan kejelekan Anwar di mata rakyat. Itulah fail yang amat dimahukan mereka].

Tiada ulasan: