Muslimeen United |
- Demontrasi besar-besaran Jumaat 4 Februari: Berkumpul di KLCC dan Masjid KLCC menuju Kedutaan Mesir
- PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI
- Selepas Tenang, PAS rangka strategi berkesan
- Gemparr..Pasangan Miskin "Pengsan" Melihat Rumah Mereka Bertukar Wajah Tiba-tiba..??
- Tenang: PAS Kalah Undi, tapi Menang Dakwah
- TG Nik Aziz bawa 31 India naik masjid Pulau Melaka
- "Down Mubarak" Kedengaran Di Kedutaan Mesir Di Kuala Lumpur Pagi Tadi
- Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
- Protes Desak Mubarak Berundur Kian Memuncak,Rakyat Mesir Tidak Hirau Perintah Berkurun
- Cek Tertulis "MCA Cawangan Tenang" Ditemui Bukti Berlaku Beli Undi Di PRK Tenang
- Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat
- Umno Jangan Perasan FELDA Kubu Kuat Mereka..!!
- Twitter Cegu Mala, Cegu Mala Tetap Tenang
- “Mungkin Ada PRK” di Selangor
- Walaupun BN menang, Sasaran Muhyidin Gagal
- Cikgu Mala : Terima kekalahan dan redha.
Demontrasi besar-besaran Jumaat 4 Februari: Berkumpul di KLCC dan Masjid KLCC menuju Kedutaan Mesir Posted: 31 Jan 2011 05:20 AM PST Ummat Islam dan seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini diseru berhimpun secara aman ke Kedutaan Mesir Jumaat, 4 Februari ini bermula dari Masjid KLCC dan sekitar Bangunan KLCC menuju kedutaan di No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir. Demikian tegas Pengerusi JK Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Mohd Sabu kepada pihak media sebaik usai memasukkan memorandum kepada Kedutaan Mesir ke dalam peti surat pintu pagar kedutaan tersebut. Wakil duta enggan menerima dan berbincang mengenai kandungan memorandum yang dikemukakan oleh kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat kira-kira jam 12 tengahari tadi. Mohd Sabu berkata, barangkali duta (Mesir) enggan menerima memorandum mereka kerana melihat demontrasi itu kecil maka pada 4 Februari ini, pihaknya akan menggerakkan rakyat untuk berhimpun di hadapan kedutaan ini secara besar-besaran. "Harap pihak media sebarkan. Kita akan adakan himpuna n besar Jumaat ini. Mula dari KLCC menuju ke sini. Kita mesti bersama-sama rakyat Mesir yang mahukan perubahan dan menolak kempinan regim Hosni Mubarak sekarang," tegasnya. Pagi tadi, lebih 100 orang kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat yang diketuai Mohd Sabu berkumpul dan menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Mesir di Ampang. Mereka menaikkan sepanduk "Down Mesir" dengan meletakkan lambang Isreal pada dahi gambar Hosni Mubarak. | ||
PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI Posted: 31 Jan 2011 05:13 AM PST Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah hari ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu di Malaysia). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu, menurut Muhyiddin lagi. Wisma Putra dalam satu kenyataan pula turut menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan. Dua bilik operasi juga telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman. Bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, pihak MARA masih meneliti perkembangan pelajar Malaysia di sana dari masa ke semasa dan menganggap keadaan adalah terkawal. Ketua Pengarahnya, Ibrahim Ahmad akan bekerjasama dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat dan arahan untuk tindakan selanjutnya. Namun begitu tindakan oleh kerajaan Malaysia, ibu bapa kepada para pelajar Malaysia di sana dimaklumkan oleh kebanyakan anak-anak mereka ialah keadaan mereka di sana dalam keadaan yang perang yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di dalam kediaman mereka sahaja. Bukan itu sahaja, masalah keselamatan amat teruk di sana kerana penduduk yang berdemonstrasi mengambil peluang untuk mencuri, merompak dan melakukan jenayah di dalam situasi anarki buat masa ini. Malah, pelajar-pelajar Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan kerana keadaan anarki di Mesir menyebabkan banyak kedai dan pasaraya ditutup. Tindakan kerajaan Malaysia yang enggan menghantar kapal terbang tentera udara bagi mengambil pelajar Malaysia adalah dikesali, menurut kebanyakan ibu bapa di sini. Mereka hairan tindakan kerajaan Malaysia yang ada hingga menyifatkan kerajaan BN berbuat demikian kerana 'menghukum' pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang didakwa mereka ramai yang tidak menyokong parti pemerintah BN. Malah, ada yang beranggapan kerajaan BN bimbang pelajar-pelajar ini akan membawa sentimen yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang boleh menggugat kerajaan BN. Insiden yang semakin memburuk di Mesir itu telah menyebabkan beratus-ratus penduduk negara itu telah terbunuh. Malah, wujudnya kumpulan militan bermaharajalela mengambil kesempatan yang berlaku itu untuk menggempur penjara-penjara seluruh negara itu bagi membebaskan rakan-rakan mereka. Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang. Ramai ibu bapa di Malaysia berasa kesal dengan keputusan Muhyiddin yang disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu. Namun begitu, mereka berharap kerajaan Malaysia berfikiran professional dan bertanggungjawab di atas nyawa anak-anak muda pembina Malaysia di masa hadapan dengan menghantar pesawat mengambil mereka pulang buat sementara waktu. -KLToday.com | ||
Selepas Tenang, PAS rangka strategi berkesan Posted: 31 Jan 2011 01:05 AM PST KUALA LUMPUR, 31 Jan: PAS akan merangka strategi berkesan dalam pilihanraya seterusnya dan akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.
Tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen. | ||
Gemparr..Pasangan Miskin "Pengsan" Melihat Rumah Mereka Bertukar Wajah Tiba-tiba..?? Posted: 31 Jan 2011 01:01 AM PST Sepasang suami isteri pengsan di hadapan rumah mereka di Merlimau sejurus pulang dari menangkap ikan dilaut,Selepas sedar dari pengsan,apabila ditanya oleh orang ramai,lalu mereka berkata bahawa mereka terkejut melihat rumah mereka yang usang dan hampir roboh (gambar) tiba-tiba menjadi cantik seperti sebuah banglo adanya ( cth : Gambar Bawah) Lalu orang kampung menjawab,"Inilah kerja dan jasa Umno dalam membantu orang susah macam pakcik ni,dan esok PM akan datang untuk melawat dan merasmikan rumah pakcik." Lalu sekali lagi pasangan tersebut pengsan dan termuntah-muntah apabila mendengar PM nak datang melawat mereka di Merlimau. Apasal wa buat cerita macam kat atas tu..sebabnya baca artikel penting Sinar Harian di bawah ni..!! MERLIMAU – Sepasang suami isteri di Kampung Permatang Serai, di sini, terpaksa menjalani kehidupan di rumah usang yang boleh disifatkan seperti pondok buruk. Sekiranya hujan, Abdul Hamid Mat, 51, dan Sabariah Abdul Rahman, 50, terpaksa tidur dalam keadaan basah di ruang dapur rumah sejak tiga tahun lalu akibat bumbung yang sudah uzur. Walaupun sudah memohon bantuan atas keprihatinan pergerakan Puteri UMNO kawasan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil, malah pernah menjadi mangsa marah segelintir pihak yang sepatutnya membantu menyelesaikan masalah. Abdul Hamid berkata, dia tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai nelayan dan kehidupannya ibarat 'kais pagi makan pagi' sememangnya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumahnya berikutan memerlukan kos tinggi. Menurutnya, hanya wang saraan bantuan nelayan RM200 setiap bulan menjadi taruhan untuk meneruskan hidup dan sedikit wang gaji daripada isteri yang bekerja kilang di pekan Merlimau.-sinarharian | ||
Tenang: PAS Kalah Undi, tapi Menang Dakwah Posted: 30 Jan 2011 10:05 PM PST Firman Allah s.w.t: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" (Ali-Imran:139) Tahniah buat petugas-petugas PAS dan PR di Tenang. PAS tidak kalah, cuma belum menang, panji Islam masih belum jatuh, bendera putih masih belum naik, maka istilah kalah tidak ada, dan tidak akan ada sehinggalah Islam tertegak atau kita semua syahid di medan perjuangan. PAS kalah dari kaca mata demokrasi, tetapi PAS sebenarnya menang dari sudut Dakwah. PRK Tenang banyak memberikan pengajaran buat kita bahawa perjuangan PAS di pentas politik tidak semata-mata mahu menang kerusi atau mendapatkan kuasa. Kerana matlamat PAS terjun ke medan politik adalah atas tujuan dakwah baik kepada muslim atau non-muslim yang mana pengakhirannya adalah Islam yang memerintah. Kejayaan PAS dalam membina tahaluf siyasi (pakatan politik) bersama PKR dan DAP terbukti apabila DAP sendiri menjawab serangan agama dari MCA kepada PAS. Isu sensitiviti agama yang di mainkan membuka sendiri aib UMNO yang 53 tahun berkawan bersama MCA. Ini menjadi bukti bahawa walaupun BN/UMNO menang pada undi, tetapi keuntungannya kepada bangsa dan agama mereka telah gagal. Mereka telah gagal mendampingkan MCA dan MIC kepada Islam bahkan mereka sendiri telah menggadaikan Melayu. Kerana bagi mereka Melayu itu Islam, Islam itu Melayu..iaitu 'keimanan' yang mereka pegang. Rahsianya adalah Islam itu sendiri. PAS bukan semata-mata parti, tetapi gerakan Islam. Bersifat dinamik. Mencakupi segala bidang dakwah dan tarbiyah (pendidikan), bukan politik semata mata. (sebab itu PAS ada PASTI untuk pendidikan dan dewan himpunan penyokong PAS untuk dakwah). Ini sebenarnya kemenangan buat PAS. Pastinya kemenangan ini akan di teruskan selagi Islam menjadi pegangan. Perjuangan kita masih panjang, terus berjuang tanpa putus asa kerana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, " Janganlah engkau berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok". Allahu'alam ~Merlimau here we come~ http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/ | ||
TG Nik Aziz bawa 31 India naik masjid Pulau Melaka Posted: 30 Jan 2011 09:52 PM PST KOTA BHARU, 31 Jan: Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka. Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10. Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program. Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan TG Nik Aziz. Antara kandungannya TG Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum. "Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini. "Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam," jelasnya. Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan. TG Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua. Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh TG Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid. -Hrkh Lagi gambar disini | ||
"Down Mubarak" Kedengaran Di Kedutaan Mesir Di Kuala Lumpur Pagi Tadi Posted: 30 Jan 2011 09:47 PM PST Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa. Berarak sedikit daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, mereka melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi. Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir. Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak. Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik". Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak. Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab. -mk | ||
Bantu Melayu, biarkan Cina dan India? Posted: 30 Jan 2011 07:12 PM PST
| ||
Protes Desak Mubarak Berundur Kian Memuncak,Rakyat Mesir Tidak Hirau Perintah Berkurun Posted: 30 Jan 2011 07:08 PM PST Rakyat Mesitr tidak hirau perintah berkurung Presiden Hosni Mubarak hari ini mengerahkan khidmat tentera dan mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Mesir selepas penunjuk perasaan merusuh di jalanan meminta pengundurannya. Perintah berkurung yang bermula jam 6 petang sehingga 7 pagi di Kaherah, Alexandria dan Suez sebelum ini, diperluaskan ke seluruh negara, demikian diumumkan stesen televisyen negara itu. (Gambar - penunjuk perasaan membakar ibu pejabat Parti Demokratik Kebangsaan, parti yang memerintah Mesir) Mubarak memerintahkan angkatan tentera bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan peraturan perintah berkurung bagi memelihara keamanan negara serta melindungi penduduk dan harta benda awam.Dua jam selepas perintah berkurung dijalankan, penunjuk perasaan masih berkeliaran di jalan raya di sekitar Kaherah dan Alexandria, dengan penunjuk perasaan meminta tentera turut menyertai mereka. Di Kaherah, penunjuk perasaan keluar dalam kumpulan yang besar selepas selesai menunaikan sembanyang Jumaat dengan bertindak membaling batu dan dua membakar balai polis. Polis terpaksa bertindak balas dengan menggunakan belantan, gas pemedih mata, meriam air dan menembak menggunakan peluru getah. Mubarak yang kini berusia 82 tahun dan dilaporkan kurang sihat, setakat ini belum lagi tampil sejak tunjuk perasaan tercetus empat hari lalu. Bagaimanapun, Kementerian Kebudayaan berkata, Mubarak dijangka tampil hari ini untuk majlis pembukaan rasmi Pesta Buku Kaherah. - AFP | ||
Cek Tertulis "MCA Cawangan Tenang" Ditemui Bukti Berlaku Beli Undi Di PRK Tenang Posted: 30 Jan 2011 07:01 PM PST Berlaku Beli Undi Di Tenang Station LABIS . : DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. Illustrasi FMT Menurut Teo Chin Liang iaitu bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching, dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee, pergi ke dewan sekolah tersebut apabila mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu. Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ, lapor Malaysiakini. Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan. Melihatkan foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah. Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian. Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka kemudiannya jadi takut lalu beredar dari tempat tersebut. Bagaimanapun, setelah mereka pergi, kelihatan beberapa orang masih datang ke dewan sekolah berkenaan. Teo kemudiannya menemui mereka dan diberitahu, mereka datang setelah diminta oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukanlah pusat mengundi. Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong. Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima. | ||
Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat Posted: 30 Jan 2011 07:00 PM PST Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati. Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor. | ||
Umno Jangan Perasan FELDA Kubu Kuat Mereka..!! Posted: 30 Jan 2011 06:55 PM PST "Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda," katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihan raya kecil Dun Tenang. Di Tenang, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi. Apa yang penting, kata Tuan Ibrahim ialah ahli-ahli PAS mesti berperanan dan bergerak secara aktif dalam seluruh aktiviti masyarakat di dalam Felda di samping mempertingkatkan kekuatan cawangan-cawangan PAS di Felda. "Bahkan keahlian baru di kalangan anak-anak ahli PAS mesti diusahakan. Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim juga mengesyorkan bahawa aktiviti pengajian agama di masjid dan markaz di sekitar kawasan Felda perlu digerakkan agar semangat yang ada selari dengan ilmu pengetahuan. "Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali," ujarnya lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi dalam satu kenyataan di Twitter berkata bahawa PAS akan meneruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat di Johor biarpun kalah di Tenang. "Pakatan Rakyat akan memperbaiki kelemahan, memperbetulkan kesilapan dan mempertingkatkan gerak kerja untuk bangkit menghadapi pilihanraya umum kelak," ujarnya. | ||
Twitter Cegu Mala, Cegu Mala Tetap Tenang Posted: 30 Jan 2011 02:48 PM PST | ||
Posted: 30 Jan 2011 02:43 PM PST Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Zainal Kling berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menerima keputusan tersebut dalam menetapkan tarikh pilihan raya kerana pengosongan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sah. Bagaimanapun katanya, SPR terlebih dahulu akan meneliti beberapa fakta sebelum berbuat sedemikian. "Berkemungkinan SPR terpaksa menerima kekosongan tersebut dan menetapkan tarikh berdasarkan apa yang dicadangkan oleh speaker menepati peraturan tetap DUN negeri. "SPR perlu menetapkan tarikh, tetapi pastinya suruhanjaya itu akan menyiasat terlebih dahulu pengosongan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian SPR akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Klang setelah menetapkan tarikh bagi DUN Melimau sebelum ini. Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Chang Khim berkata, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan. Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari. Badrul pula dilaporkan gagal mendapatkan perintah interim dari mahkamah untuk menghalang SPR daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang. Sinar Harian. | ||
Walaupun BN menang, Sasaran Muhyidin Gagal Posted: 30 Jan 2011 02:42 PM PST KUALA TERENGGANU - Secara rasminya, calon Umno-Barisan Nasional (Umno-BN), Mohd.Azahar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan 6,699 undi.menewaskan calon PAS-PR, Normala Sudirman yang memperolehi 2,992 undi. | ||
Cikgu Mala : Terima kekalahan dan redha. Posted: 30 Jan 2011 02:40 PM PST Normala Sudirman menyampaikan ucapan selepas diumumkan tidak menang dalam cubaan pertamanya sebagai calon PAS PRK Tenang. 26 Safar 1432H. LABIS : Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno B. Ucapan tersebut dilakukan dihadapan penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala malam tadi selepas SPR mengumumkan kekalahannya ditangan calon BN, Mohd Azahar yang mendapat 6699 undi berbanding Cikgu Mala, 2992 undi. Beliau juga redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah. Hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah 2 orang Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub dan YB.Dato' Hj Mahfuz Omar serta Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad.
|
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan