Nuffnang

Pengikut

Muslimeen United

sumber :-

Muslimeen United


Rakyat teruja nak lihat Anwar 'demam' lepas debat

Posted: 19 Jan 2011 09:26 AM PST

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohd Suhaimi Abdul Aziz mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, supaya menerima pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai 'Janji 100 hari Pakatan Rakyat'.

Dalam nada yang sinis, Suhaimi berkata, beliau percaya Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan baru-baru ini, mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan hujah Ketua Pembangkang itu.

"Beliau (Najib) mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini dan kami percaya di akhir debat nanti, akan ada seseorang yang demam' sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Suhaimi, debat itu penting supaya rakyat boleh menilai hujah dan fakta yang dilontarkan antara beliau selaku Perdana Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Kami merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang selama ini terhadap rakyat," kata Suhaimi dalam kenyataan media.

Tambahnya lagi, sepatutnya Perdana Menteri memandang isu perdebatan sesuatu yang baik kerana ia adalah amalan biasa di negara-negara maju bagi membuktikan siapa yang mampu memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

"Dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Suhaimi turut membidas akhbar dan media kerajaan kerana tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang bagi menjelaskan janji mereka.

Menurutnya lagi, perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

"Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini," katanya.

AG Ada Agenda Selamatkan Si Buta Yang Tak Tertongkat Itu?

Posted: 19 Jan 2011 09:25 AM PST

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'. -mk

Reading between the lines.

Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

GB dah ulas sebelum ini, petikan:

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris

dan ramai lagi.


Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret? -GB

Rasuah Secara "Tenang" Di Tenang

Posted: 19 Jan 2011 09:24 AM PST

Belum mula penamaan calon, UMNO/BN sudah mula acara rasuah penduduk Felda dengan memberi tapak tanah kira-kira 500 lot tanah kepada Generasi Kedua Felda Johor. Usaha itu menunjukkan tindakkan yang cuba merasuah penduduk. Mengapa pemberian tanah ini disaat pilihan raya kecil bermula?

Harga 1 lot tanah itu bernilai kira-kira RM17,000 dengan nilai keseluruhan RM8.5 juta bagi menyediakan prasarana tersebut. Selain itu peruntukkan RM1.6 bilion akan dibelanjakan oleh Felda pada tahun ini atas nama membangunkan masyarakat peneroka di seluruh negara. Mengapa tiba-tiba umumkan demikian? sebelum ini tidak pula kecoh pasal peneroka?

Ini juga merupakan gula-gula yang ditabur kepada rakyat disaat kerajaan UMNO/BN tersentak dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari mereka. Mereka cuba memperkudakan masyarakat Felda dengan menaburkan duit untuk meraih undi biar pun belum bermula kempen untuk mengundi.

UMNO/BN cuba untuk mengalihkan perhatian masyarakat Felda dengan mengatakan bahawa BN jugalah yang dapat mengubah hidup mereka dan tindakan mereka ini lebih kepada khurafat. Bagi BN, merekalah yang memberi nafas baru kepada Felda.

Boleh kita katakan kepada BN. BN sanggup buat apa sahaja asalkan rakyat menyokong mereka. Bagi mereka, tiada Tuhan mereka tidak kisah asalkan ada UMNO/BN. Itulah yang cuba ditanam oleh UMO/BN. Mereka menyempitkan pemikiran warga Felda dan memperbodohkan golongan Felda semat-mata untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Akhirnya Sekolah Agama Bertapak Di Putrajaya

Posted: 19 Jan 2011 09:22 AM PST

1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas.

Sekolah Rendah Agama Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9. Manakala, Sekolah Menengah Agama Putrajaya pula hanya beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Presint 11 (2).

Sesi pertama yang bermula pada 1hb Januari, hanya mengambil pelajar baru dari tingkatan satu dan hanya menghadkan kepada 3 kelas sahaja dengan seramai 15 orang kakitangan termasuk kakitangan am.

2. Pemuda Putrajaya melihat usaha ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda Pilihanraya Umum akan datang semakin hampir. Ini juga di lihat usaha terdesak daripada UMNO-BN bagi menghadapi Piliharaya Umum akan datang.

Ini kerana, tidak terdapat suatu perancangan teliti telah dilakukan oleh Tengku Adnan, selaku ahli Parlimen Putrajaya dan PihakPerbadanan Putrajaya bagi merealisasikan kewujudkan sekolah terbabit terutamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Malah menurut matlumat yang diperolehi, tiada suatu kawasan pun yang telah diwarta sebagai tapak untuk Sekolah tersebut.

3. Pemuda Putrajaya juga melihat usaha di atas hanyalah bersifat politik dan bukanlah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang memahami Islam sebagai Ad-deen dan bukanlah bertujuan membentuk generasi muda Putrajaya yang mentaati Agama. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada program Tahunan Belia yang diadakan di Putarajaya yang jauh tersasar dari kehendak Islam.

4. Pemuda Putrajaya juga melihat, bahawa usaha untuk mengadakan Sekolah tersebut lahir dari desakan yang pernah dikemukakan oleh PAS Kawasan disamping desakan yang diwujudkan oleh persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya. Pemuda Putrajaya juga berkeyakinan penuh, bahawa pelan mewujudkan tapak kekal Sekolah Menengah Agama Putrajaya masih belum diputuskan lagi dan ini sudah pasti akan mengambil masa yang lebih lama, sebagaimana desakan yang pernah dikemukana terhadap Sekolah Rendah Agama.

5. Desakan untuk mengadakan Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya telah diperjuangkan oleh PAS Kawasan Putrajaya semenjak tahun 2004 lagi, walau bagaimanapun, projek pecah tanah dan perlancaran hanya dilaksanakan selepas pilihanraya 2008 dan pengambilan pelajarnya hanya dapat dilaksanakan pada tahun ini, iaitu tahun di mana semua pihak menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung.

6. Kenyataan di atas dikuatkan lagi dengan kenyataan yang pernah disebut Tengku Adnan di dalam mesyuarat Perbandanan dan pertemuan dengan Ketua-ketua Blok dan Persatuan Penduduk. Pada tahun 2004, ketika mula-mula diutarakan tuntutan penduduk, beliau pernah menyatakan, bahawa dengan kehadiran Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama akan menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Bertaraf Dunia. Pandangan sedemikian dilihat seolah-olah menghina Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

7. Walau bagaimanapun, Pemuda Putrajaya mengharapkan dengan ada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, perkembangan Islam di Putrajaya akan dapat disebarluaskan kepada seluruh penduduk Putrajaya. Di samping itu juga, diharapkan agar memberi kesan yang baik kepada pendidikan Islam dan masa depan umat Islam disamping menangkis pandangan negatif kepada terhadap Islam

WAN ASRUL AFENDI MUHAMMAD
Ketua
Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Khir Toyo Kantoi Lagi, Pingat Datuk Seri Nampaknya Dipulangkan Kekal

Posted: 19 Jan 2011 03:47 AM PST

Selangor dakwa Shamsuddin Haryoni dapat projek RM243.77 juta

Gambar fail: Shamsuddin (kiri) dan Khir sewaktu meninggalkan mahkamah selepas mereka dituduh menyeleweng di dalam penjualan dua keping tanah dan sebuah rumah bernilai jutaan ringgit

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor, ketika di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) telah memberi lima projek secara rundingan terus berjumlah RM243.77 juta kepada syarikat milik Shamsuddin Haryoni, Majumulia Sdn Bhd.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya terpaksa mendedahkan penyelewengan ini bagi mengelak timbulnya spekulasi dan tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dewasa ini.

"Lima projek itu diberi kepada pemilik Majumulia, Shamsuddin Hayroni ketika Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyandang jawatan menteri besar pada ketika itu," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, Dr Khir pada ketika ini sedang berdepan dengan tindakan mahkamah berhubung dakwaan rasuah dan kerajaan negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek berkenaan.

Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

Kelima-lima projek itu ialah:
* Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16, Fasa 1 dengan nilai RM22.880 juta
* Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 2 dengan nilai RM61.00 juta
* Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71.10 juta
* Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73.8 juta
* Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14.99 juta

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan.

Faekah berkata, Getrahome mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

"Kanasutra pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta," katanya.

Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Ujar beliau, "pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi," tambahnya.

"Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Posted: 18 Jan 2011 10:05 PM PST


Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

azlanBadrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya. -M'kini

Tidak Syak Perlantikan Khusrin Adalah Untuk Rampas Selangor

Posted: 18 Jan 2011 10:05 PM PST

Khusrin Jaga Selangor Ibarat Kucing Jaga Ikan

Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.

Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno "merogol" bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak, Umno membunuh doktrin "trias politica" ( pengasingan kuasa ), doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala "dosa" yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .

Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai SUK Selangor.

Umno penuh sedar Khusrin telah banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara terbuka polisi Kerajaan Selangor. JAIS yang pernah dikepalai oleh Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan Selangor. Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan kata-kata Khusrin bahawa " Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam masjid kerana berhadas besar" sedangkan Nabi Muhammad sendiri membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di Masjid Nabi .

Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan "fatwa hadas besarnya" kepada Ahli Parlimen MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di dalam masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno bagi memberikan replica cek .

Adakah Umno ingat rakyat sudah lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid –masjid dan surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid tersebut


Umno sudah tentu tahu bahawa dalam mana sistem demokrasi berparlimen ala Westminster menjadi satu prinsip yang diterima pakai secara sejagat bahawa seorang Ketua Setiausaha sama ada di peringkat pusat atau di peringkat negeri bertanggungjawab berkhidmat dengan Kerajaan semasa ( government of the day ) dengan jujur dan setia.

Tidak perlu diiingatkan SUK di Negeri Selangor mestilah seorang yang bersedia secara jujur dan penuh taat setia memastikan dasar Kerajaan Pakatan di Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Dengan lain perkataan SUK tersebut mestilah individu yang tidak membuat tindakan yang dilihat bertentangan dengan polisi Kerajaan Pakatan.

Bertolak dari situ , menjadi satu konvesyen Perlembagaan ( constitutional convention ) mana-mana Kerajaan Negeri di Negara ini mestilah mempunyai suara dan wajar dirunding sebelum seorang SUK ingin dilantik di Selangor. Sudah tentu mana-mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor tidak akan mahukan SUK yang dilantik adalah individu yang mempunyai track record yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Khusrin adalah seorang kakitangan awam di Negeri Selangor yang secara jelas termasuk dalam kategori individu yang tidak dapat dan tidak bersedia melaksanakan polisi Kerajaan Pakatan di Selangor. Tagline 'khusrin anti Pakatan dan pro Umno/BN ' terpampang di dahi Khusrin.

Khusrin bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk melaksanakan polisi Kerajaan Selangor sebaliknya beliau telah dibuktikan secara terbuka menentang, mensabotaj dan memburukkan imej Kerajaan Selangor dengan tindakan-tindakannya yang saya telah nyatakan sebelum ini. Mungkin Khusrin sesuai berkhidmat sebagai SUK jika Kerajaan Selangor masih diterajui oleh Kerajaan bobrok Umno tetapi beliau amat tidak layak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Pakatan yang berpegang kepada paradigma politik yang baru.

Memanglah seorang SUK pada prinsip umumnya harus bersifat berkecuali dan "apolitical" ( tidak menyebelahi ). Dengan lain perkataan seorang SUK tanpa mengira parti mana pun memerintah mesti bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi kerajaaan yang beliau bertugas di bawahnya. Adakah ada orang yang sihat pemikirannya boleh percaya Khusrin akan bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi Kerajaaan Pakatan di Selangor.

Mungkin ada yang berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu menjalankan tugasnya sebagai SUK Selangor. Ini hujah yang agak menarik tapi penuh dengan racun. Hakikatnya hujah ini meminta Kerajaan Selangor memberi peluang Khusrin meranapkan Kerajaan Pakatan di Selangor. Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan namanya kucing !

Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau ? -peguampas

ADUN Umno Di Ugut - Saari Sugib

Posted: 18 Jan 2011 07:11 PM PST

Bunyi yang sedap didengar,bahawa Sultan telah perkenan Sidang Dun diadakan pada 24 Januari ini.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sedangkan menurut Adun Hulu Kelang,YB Saari Sugib keadaan ini mungkin telah dijangkakan kerana PR memerlukan 2/3 undi daripada ADUN untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah dibaculkan oleh Mahathir Kuty pada tahun 1993 dahulu sehingga hilang kekuasaan mereka.

Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya.

Jadi,PR walaupun diluluskan dengan 24 undi di mana kesemua ADUN PR mengundi namun ia tetap tidak akan berlaku pindaan kerana 4 undi lagi tidak mencukupi untuk mendapat 2/3 undi.

Jadi,jelaslah kepada rakyat negara ini terutamanya bangsa melayu yang dah layu,siapa sebenarnya yang DERHAKA terhadap raja dan sultan.Buktinya,Almarhum Sultan Selangor yang dengan terang dan jelas menyatakan bahawa suatu hari nanti "Beta akan tinggal di Pulau Ketam" kerana takut akan kerakusan Umno menyapu segala kazanah yang ada di Selangor apabila mereka diberikan kuasa...jadi...Lagi mau kasi Umno perintah ka???....Sumber : Karat E-jau


Nota : Nah!!! sudah jelas umno yang derhaka kepada sultan... Terima kasih kepada Sultan selangor kerana perkenankan sidang 24/1/2011 ni... Rakyat yang masih sokong umnoBN buka lah mata.....JOM Ubah!!! UndiLah Pakatan Rakyat.

Zaman 'Apek' telah berlalu

Posted: 18 Jan 2011 07:07 PM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/chaihing.JPG- Jangan perbodohkan kaum Tionghua dengan RM300
KUALA TERENGGANU
– Masyarakat Tionghua di negeri ini bukan lagi sebagaimana difikirkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), yang mudah terpedaya dengan 'sedikit habuan' yang diberikan kerana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat kini.

Mereka kini sedang memerhati dan meneliti parti politik manakah yang terbaik bagi memimpin mereka untuk menjamin kehidupan generasi yang akan datang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, keputusan pilihanraya ke-12 tahun 2008 dan beberapa siri pilihanraya kecil selepas itu mebuktikan lanskap pemikiran politik kaum Tionghua telah berubah.

"pemimpin Umno dan BN tidak boleh meremehkan (under-estimate) pemikiran rakyat (kaum Tionghua) sebab rakyat hari ini sudah cerdik dalam menilai kejujuran dan keikhlasan pemimpin sesuatu kerajaan yang memerintah,

(jangan) fikir rakyat boleh diperbodohkan dengan hanya (pemberian) RM300,"ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau mendakwa kaum Tionghua tidak akan menyokong mana-mana parti membuta tuli, bukan seperti zaman 70an atau 80an.

Katanya zaman dimana kaum Tionghua dikenali sebagai 'apek' telah berlalu.

Chai Hing berkata demikian dalam mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang meminta kaum Tionghua menjadi penyokong setia BN setelah 'duit raya' sempena sambutan Tahun Baru Cina. -BO

Blogger Pro UMNO pun menyampah dengan Rosmah...

Posted: 18 Jan 2011 06:59 PM PST

(http://paneh.blogspot.com/2011/01/suruh-rosmah-diam-sehingga-selesai-pru.html)

Imam sibuk layan PM abai solat jenazah - PRK Tenang

Posted: 18 Jan 2011 06:57 PM PST

Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid tengahari semalam.


LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu. -Hrkh

Lori Bawa Duit Syiling Kemalangan, Orangramai Berpesta Pungut Syiling Bertaburan

Posted: 18 Jan 2011 06:51 PM PST

Seremban - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu, lapor Kosmo.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Harian Metro pula melaporkan, pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

"Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

"Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.



Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh!!..

Posted: 18 Jan 2011 04:26 PM PST











KUALA LUMPUR, – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.

"Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.

Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

"Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza," katanya lagi.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

"Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan," jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

"Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan," katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Isa Samad wajar tarik balik ucapan biadab

Posted: 18 Jan 2011 04:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata-kata kesat kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang, Johor.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi (gambar) berkata, apa yang diungkap Isa persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah yang gagal menyangkal hujah Nabi s.a.w. ketika mengajak mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Mencipta.

"Inilah sifat jahiliah sepanjang zaman, setelah gagal berhujah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahan pula, katanya ucapan dan kata-kata kesat sedemikian dilemparkan oleh Isa dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek.

"Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya," katanya.

Justeru, tegasnya Isa Samad wajar menarik balik kata-kata yang celupar dan biadab andai berasa dirinya seorang pemimpin yang baik.

Jika tidak, katanya tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat Felda terhadap tahap keperibadian Isa yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

"Dewan Pemuda PAS sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian, kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya," katanya. -Hrkh

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT