Khamis, 20 Januari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Orang ni kata begini... Orang tu kata begitu...

Posted: 20 Jan 2011 08:00 AM PST


Kerusi DUN Pelabuhan Kelang kosong.
Badrul Hisham is no more ADUN!!

Orang ni kata mereka berdemdam!!
Orang tu kata, itu keputusan tepat.

Orang tu kata akan bawa ke mahkamah
Orang ni kata tunggu dulu esok

Orang tu kata... you're no more YB
Orang ni kata... how could that be??

Orang tu kata.... you ponteng from duty.
Orang ni kata... I ada produce MC

Orang tu kata... begini!!
Orang ni kata.... begitu!!

Piem kata....
We'll kaji and we'll see...
I pun tengah pening kepala ni

Orang ni cakap macam tu..
Orang tu cakap macam ni..
Eeee... Siapa kita nak percaya ni??

Well.... antara orang tu dan orang ni
Siapa yang ada integriti??

Kah... kah.... kah... kah...
Lu pikir ler sendiri!!

Sumber dari sana dan sini

Anwar masih ketegaq.Najib sudah mengeletaq.

Posted: 20 Jan 2011 05:20 AM PST


No bincang-bincang!! Come we debat!!

Hello Bernama?? Do you copy??

I repeat. No BINCANG but DEBAT!! Yes.... OPEN DEBATE. DEBAT TERBUKA!!

Apa daa....Bernama!! Weh.... cuba nak jadi 'tongkat' kepada Najib ke?? Tak cukup ke dengan Khairy,Nazri dan Ummi??

Dengan senario ini, persepsi rakyat.... Najib Piem yang demam dan perlukan 'tongkat' untuk meneruskan kembara fantasinya. Lutut dia dah mengeletaq. Takda 'tongkat' Piem akan rebah. He's a hopeless old man, without the 'tongkat'

Berdebat.... Ada berani??

Anwar masih ketegaq dan Najib sudah mengeletaq!!

Kah... kah... kah...

[sumber]

He's gone....

Posted: 20 Jan 2011 05:14 AM PST


Tadi.... ramai yang terkeliru dengan permainan 'aci cop' akhbar tentang status ADUN Merlimau, Datuk Muhammad Hidhir Abu Hassan.

Gempaq berita tentang kematiannya. Tup-tup.... cop, cop... belum lagi. Dia belum meninggal dunia lagi. Nampak sangat tak professionalnya akhbar pencacai ni!!

Well.... at last berita, yang sahih disiarkan. Yes.... ADUN Merlimau tersebut baru disahkan telah meninggal dunia pada pukul 8.10 petang ini. Now... he's gone. Innalillahiwainnailaihirojiun....

Takziah diucapkan kepada seluruh kaum keluarga Datuk Muhammad Hidhir. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Aha.... langit yang tadinya mendung di Melaka, khususnya Merlimau, kini telah hujan. Oleh itu, DUN Merlimau bakal mendapat wakil rakyat baru apabila PRK akan diadakan dalam masa terdekat.

Begitulah lumrah hidup... Yang patah akan berganti!! Yaahooo....!! PRK lagi!!

[sumber]

Tenang di Johor. Mendung di Melaka. Ribut di Selangor

Posted: 20 Jan 2011 03:22 AM PST

Gambar:malaysiakini

Hari ini sibuk dengan gotong royong. Penat gilerr. Lepas Zohor, buat taik mata. Bangun.... relaks jap , terus bukak laptop dan merayau ke alam maya.

Fuiyo.... Ada berita tergempar. Apakah akan ada satu lagi pilihan raya?? Tenang belum tenang... Kelang akan menjelang dan kini, Merlimau pulak melambai. Beraya sakan kita awal tahun ni??

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kini berada dalam keadaan koma di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung. Kritikal beb!!

Dengan kejutan berita gempaq ini, apakah Piem 1Malaysia akan mengalami triple pening kepala? Pening yang boleh jadi migraine. Silap-silap, bisa mereng mamat ni!!

Dengan perkembangan muktakhir ini, rasanya dia bukan setakat boleh migraine tetapi juga dilanda demam yang meracau??

Kah... kah... kah...

Otak tak tenang... fikiran meracau dan jiwa pula kacau. Mana tidaknya..... Tenang belum tenang, ribut melanda di Pelabuhan Kelang dan cuaca pulak, mendung di Merlimau.

Mengikut ramalan kaji cuaca, hujan lebat dijangka turun di Merlimau. Kerajaan Negeri Melaka kini, sedang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Begitulah senario yang sedang berlaku dalam planet bernama UMNO 1Malaysia.

[sumber]

Tentera Jihad bikin malu

Posted: 19 Jan 2011 08:00 PM PST


Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching semakin popular dalam kalangan kaum Melayu dan juga bukan-Melayu.

Kaum Cina menyanjung dia. Kaum Melayu pulak mula menerima dia. Itu yang membuatkan puak-puak 'tentera jihad' gabra menggilerr. Kah.... kah.... kah... Tentera Jihad?? Tentera Jihad ke Tentera JAHAT atau Tentera JILAT?? Yeah.... 'Tentera Jahat Kuat Jilat'!!

Populariti amoi ni yang semakin meningkat, mengusarkan puak-puak 'Tentera Jahat Kuat Menjilat'. Yang syiuknya.... mereka guna perkataan 'jihad' agar ia bunyi macam Islam sikit. Mengapa??

Kerana.... puak-puak 'Tentera Jahat Kuat Menjilat' ini nak bangkitkan api kemarahan yang cuba dikaitkan dengan agama. Kononnya.... amoi ni tak respek agama Islam apabila dia pergi masuk ke dalam surau dan bersenamrobik dekat rumah ibadat orang Islam dengan berpakain tidak menutup aurat dan lain-lain ler alasan bangang mereka.

Eleh.... mereka ni nak gunakan agama untuk raih kepentingan politik. Kononnyam merekalah pejuang Islam. Malangnya, strategi mereka tak laku. Orang Melayu dah bolayan. Orang Melayu takpeduli. Orang Melayu bukan bodoh lagi. Tetapi, yang masih bodoh dan yang berotak jumud dan kemetot ialah Melayu dari puak-puak 'Tentera Jahat Kuat Menjilat' ini.

Nak mempengaruhi orang Melayu dah tak mampu, lantas..... mereka jadikan amoi YB Serdang ni sasaran mereka. Mereka fitnah dia. Dan kini, mereka ugut dia pulak. Siap sertakan ayam mati yang masih berdarah. Ini kerja tentera jihad ke?? Tentera jihad, tak bacul!! Tentera jihad tak pengecut!! Sebab itu, aku kata... ini kerja, 'Tentera Jahat Kuat Menjilat'

Sudahlah oi.... Bikin malu orang Islam jer!! Apa yang kamu orang lakukan tu, bukannya kerja jihad tetapi kerja yang merosakkan imej Islam. Sudah.... sudah.... Pergi ler buat kerja yang berfaedah.

[sumber]

Penderhaka yang bermuka-muka

Posted: 19 Jan 2011 05:00 PM PST


Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini telah mendapat kata 'OK' daripada Sultan Selangor.

So.... the show is on. Persidangan diadakan, bertujuan untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Tindakan ini diambil ekoran berlakunya kemelut pelantikan SUK negeri Selangor. Si Kushrin yang terang-terangan seorang penjilat UMNO telah dilantik. Dia ni pembawa bala. Mana mungkin kerajaan negeri boleh berlapang dada dan terima dia begitu saja. No way...

Justeru itu, persidangan DUN pada 24 Januari ini diadakan adalah bertujuan untuk mengembalikan semula kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Namun demikian, ada sesetengah pendapat mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat sukar untuk melakukannnya. Ini kerana... mereka memerlukan undi 2/3 ahli dewan. Apakah ADUN-ADUN daripada pihak pembangkang akan bersama ADUN PR untuk tujuan itu??

Well..... jangan harap ler. For sure, tidak. Kalau PR berjaya.... bermakna UMNO/BN ditimpa 'bencana'. Sukar ler mereka untuk menganggu gugat kita. Tanpa adanya duri dalam daging, pentadbiran Pakatan Rakyat akan bertambah baik dan negeri pulak akan prosper. Maka, susahler puak-puak durjana ini nak tawan Selangor semula. Punah harapan mereka.

Sebab itu, Kushrin diletakkan di SUK untuk meyusahkan kerajaan PR negeri Selangor. Once bitten twice shy. Ingat apa yang berlaku di Perak? Betapa kejinya perangai SUK malaon Perak Darul Kartun. Jadi.... jangan biarkan ia berlaku di Selangor.

Berjaya atau tidak Pakatan Rakyat dalam usaha mereka, itu satu perkara. Seperkara lagi, ia sekurang-kurangnya akan memperlihatkan kepada rakyat, siapa penderhaka kepada raja dan siapa yang ingin membela dan memulihan kuasa raja??

Kita nak robek-robekkan topeng mereka dan nak dedahkan siapa sebenarnya PENDERDAKA kepada raja?? Ha...ha.. ha... UMNO, penderhaka yang bermuka-muka!!

[sumber di sini dan sini]

Wayang Musical??

Posted: 19 Jan 2011 11:00 AM PST


"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara)
untuk diam (berhubung dakwaan itu)"

O yeaaahh???

Ha... ha.. ha.... Apa sudah jadi?? Peguam Negara tarak kasi mantan-MB, si Dr Khir Toyo 'bukak mulut'. ZIPPED!! SHUT UP!!

Weh.... ini wayang musical terbitan 1Malaysia ke?? Wayang musical bertajuk 'Shut Up'. Dalam cerita ini.... Ghani Patail ber-TANGO dengan Dr Khir Toyol, ek??

Rasanya, langkah tango mereka pasti sumbang. Namun demikan, apa pulak plotnya??

Siapa boleh galurkan?? Eleh....Kacang jer. Cer try...

[Baca sini]

Tiada ulasan: