Rabu, 19 Januari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tau tak per.... Padan muka!!

Posted: 19 Jan 2011 07:26 AM PST


Sudah tiba masanya...
Setelah keluar ditimpa bencana


Pengkhianat kata, ini PKR punya angkara
Kerana dendam mereka kepadanya


Aha... tau tak apa!!
Dendam PKR sudah pasti ada
Dendam rakyat lagi membara!!

Diberi amanah tapi tak dilaksana
Selalu menghilang... ponteng kerja
Asyik-asyik ke Pahang saja
Sakit ler, rawatan alternatif ler
Isy.... boleh percaya ke??


Memonteng pun biarlah berpada
Jangan bagi alasan ntah apa-apa
Woit!! Terima ler realitinya...
Yang ngko tu, wakil rakyat tak guna


Kah... kah.... kah....
End of cerita!!

[sumber]

Kaki ponteng kini bebas

Posted: 19 Jan 2011 05:00 AM PST


Kah... kah.. kah...

ADUN bebas Pelabuhan Kelang, kini benar-benar bebas!! Bebas daripada memikul tanggung jawab sebagai rakyat di kawasan DUN Klang.

Padan muka!! Badrul Hisham yang dulunya dipilih atas kapasitinya sebagai calon PKR/Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat yang memilihnya serta parti yang mencalonkannya apabila dia bertindak keluar daripada PKR dan mengiytiharkan dirinya bebas tetapi BN-friendly.

Mentang-mentanglah dah BN-friendly.... dia ingat dia boleh buat sesuka hati dengna suka-suka tak menghadiri sidang DUN negeri. Sekarang apa sudah jadi?? Ha.. ha.. ha... masa depan politik si Badrul Hisham sudah mati. Kojol wal mampooos!!

Yahoo!!! Satu lagi PRK. Kerusi Tenang belum lagi dipenuhi, kini... satu kerusi pulak kosong. Pening... Pening ler Najib lagi!!

Inilah balasannya kepada seorang pengkhianat rakyat. Sekarang... kuasa akan dikembalikan kepada rakyat. Kita tunggu pulak SPR mengisytiharkan tarikh kita nak ber-RAYA di DUN Pelabuhan Klang.

Kah...kah... kah...

Dulu YB.....sekarang ex-YB!! Sekali lagi, padan muka!!

[sumber]

Wang Cari !! Wang mari!! Felda pergi!!

Posted: 19 Jan 2011 03:11 AM PST


Assalamu'alaikum warga FELDA di Tenang

PRK mari!! Najib mari!! Wang mari!!
RM 1.6 bilion wang mari
Wang mari dengan macam-macam janji.

Warga Felda dia kasi...
Senang hati
Seronok hati
Gumbira hati

Tapi jangan lupa balas budi
Kasi UMNO/BN ngkorang punya undi
I help you.... You help me!!
Itu kerusi jangan kasi lari

Awas warga Felda di Tenang!!

Jangan jadi buta hati
Jangan tertipu lagi
Tanya pada diri sendiri...
Betulkah itu janji??
Atau Najib kencing berdiri??

RM1.6 bilion is a lot of money
Mana dia pergi cari??
Duit ganti rugi pun tak bayar lagi
Aaaii.... masih nak menabur janji??

PRK mari, wang mari, janji mari
PRK pergi... siapapun, tak lagi peduli
Muka pemimpin tak nampak lagi
Janji hanya tinggal janji

Ayuh mari... kita bersatu hati
Laksanakan Program 100 Hari
Ini bukan satu fantasi
Tapi satu realiti....
yang men
-GERUN-kan Najib sendiri

Yeah!! Kita ada BUKU JINGGA
Rakyat terbela negara sejahtera
Say goodbye to 1Malaysia
Juga... Najib punya transformasi gilerr

Change!! Berubahlah hendaknya
Jadikan DUN N.05 Tenang, kita punya!!

[sumber]

Ingat sama Beng Hock. Tolak sama UMNO

Posted: 18 Jan 2011 08:00 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

"Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan."

[Selanjutnya di sini]

Cewah.... cewah.... Cakap bukan main lagi. Dalam PRK N.05 Tenang ini, di hadapan kaum Cina, macam-macam dia labun. Kita mahu tahu kebenaran ler, kita tak lindungi sesiapa ler dan kita berikrar ler...

Aaaiikkk.... Berikrar pulak dah?? Janji pada keluarga Beng Hock dulu, amacam??

Pandai buat janji, tapi tak serius untuk tepati. Perdana Menteri macam ini kita nak percaya?? Setelah setahun lebih Beng Hock mati, pihak kerajaan 1Malaysia masih tak dapat nak sahkan bagaimana dia mati. Dia boleh buat nohen jer. Apabila kena jolok, baru ler ada reaksi sikit. Itu pun sikit jer... jangan tidak.

Anak Cina bernama Beng Hock ini, mati dalam tangan SPRM. SPRM pihak penguatkuasa kerajaan. Jadi... kerajaan kena pikul tanggung jawab untuk beritahu keluarganya, bagaimana dia mati?? Jangan pulak cuba nak main wayang dengan warga Tenang dalam isu ini. Orang Cina di Tenang pulak, jangan mudah percaya wayang PM1 Malaysia. Ini olang cakap talak selup bikin maaa...

Orang Cina di Tenang.... keluarga Beng Hock masih tak tenang dan roh Beng Hock pun masih belum tenang. Mari semua kita tendang UMNO/BN dari Tenang!!

Nah baca apa kata waris Beng Hock....

"You said that the government would conduct a thorough investigation to ensure that no stone would be left unturned," wrote Lee Lan, on behalf of her family.

She said her family wants to know who caused the injury, how it was sustained and who should be responsible for it.

She questioned why the government did not continue to investigate the pre-fall injury on Beng Hock's neck and the contradictory statements made by officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) who had held her brother overnight.

"We do hope the PM could hold on before submitting the name list to Yang Di-Pertuan Agong, please listen to us, let our family and the people of this country have confidence in the royal commission established by you," she said.

She called on Najib to consult the family and reassure them by appointing only persons of high-integrity with impeccable human rights records to be members of the RCI.

[Sepenuhnya di sini dan juga di sini]

Kerajaan yang dok ada ini, tidak ada integriti dan juga, tidak ada kesungguhan untuk memberikan keadilan buat rakyatnya. Sebab itu, kita kena TOLAK kerajaan 1Malaysia ini.

Ya... kaum Cina, Melayu dan India, SAY NO TO UMNO and SAY TAK NAK TO BN!!

Aku kasi ngko, Ngko kasi aku

Posted: 18 Jan 2011 05:00 PM PST


Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahny
a

Kah... kah... kah...

Tak terbuat Khir Toyo dengan wanita bernama Faekah Husin!! Fuuh.... Gempak betoi wanita ini. Sedikit demi sedikit dia 'londehkan' Khir Toyo. Terdedah habis Mat Tempe ni beb!! Terpaksalah dia menanggung kemaluan yang amat sangat.

Dengan kuasa yang ada dalam tangan, suatu masa dulu, urusan mengaut kekayaan dijalankan melalui konsep... Aku kasi ngko, ngko kasi aku!! Aku kasik ngko projek bernilai ratus-ratus juta, ngko kasik aku tanah untuk buat rumah. Ratusan juta lawan ratusan juta. Ngko kaya, aku pun kaya. Akhirnya.... akibat kerakusan mereka yang tak terhingga, kedua-duanya sangkut!! Kantoi!!

Kini..... urusan sumbang mereka didedahkan agar tidak timbul spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung pada Jun ini. Banyak maklumat yang didedahkan boleh digunapakai dalam mahkamah nanti semasa perbicaraan oleh pihak pendakwa.

Maklumat bukan sebarang maklumat tetapi maklumat yang boleh dijadikan bukti kukuh.

Kah... kah... kah....

Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebuah kerajaan yang telus dan bertanggung jawab dan menolak sebarang penyelewengan demi kepentingan peribadi. So, sorry, no kompromi dalam soal ini.

Padan muka Dr Khir dan Mr Shamsuddin. Oleh sebab rakus nak kaya, sekarang terimalah akibat dan padahnya.

Baca tentangnya di sini.

Tiada ulasan: