Jumaat, 21 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pagi ini di Tenang - Gambar2

Posted: 21 Jan 2011 06:27 PM PST


Perarakan mengiringi chegu Mala ke Dewan Penamaan Calon bermula sekitar jam 8.20 pgi. Sebelum itu diadakan solat hajat di tanah lapang berhadapan dengan markas Pas Labis. Perarakan diketuai oleh Tn Guru Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Mahfuz, Sallahuddin Ayub, Azmin Ali dan Dr Tan Seng Giaw.

Perarakan juga turut di sertai oleh DS Wan Azizah dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dianggarkan lebih 10,000 penyokong telah turut serta dalam perarakan ini.






























DUN Tenang: Hanya calon BN, Pas serah kertas pencalonan

LABIS: Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini ditutup jam 10 pagi tadi.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini. Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan Normala Sudirman, 38, daripada PAS. Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Md Asri mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada 11 pagi. - BERNAMA

Sepetang di Tenang ...

Posted: 21 Jan 2011 02:41 AM PST


Memang bandar yang tenang ..

Lebuhraya utara selatan keluar di Tangkak ...aku tanya kakak comel pekerja tol ...nk ke Labis ... jawabnya memang ini sajalah jalan keluar ke Labis yang paling dekat ...
Menyusuri ladang kelapa sawit ... kaki gunung tahan ... hingga tiba di Segamat ...

Dari Segamat sekitar 30km ke Labis. Tiba satu bandar kecil - Tenang - Aku bertanyakan anggota polis di sana, katanya penamaan calon di Labis, lebih kurang 8 km l agi menghala ke JB. Aku terus ke sana. Tiba di bandar Labis kelihatan sudah ramai ... sebelah kiri hadapan Stesen PETRONAS

sudah kelihatan penempatan sementara anggota polis .... tak tahu pula aku berapa luas, tapi memang luas lah ... 1 km di hadapan kelihatan ramai wanita-wanita Pakatan .....


Antara petugas-petugas wanita Pakatan Rakyatyang akan membanting tulang memastikan kemenangan cikgu Mala

Datuk Mustaffa Ali turut sertaWajah berseri cikgu N0rmala petang ini selepas merasmikan gerakkerja wanita Pakatan PRK N05 DUN Tenang


- Lagi laporan dan gambar-gambar menyusul malam nanti .... nak cari hotel ... hahaha kata budak2 sini "hotel semua dah penuh bang" ... alahai kalau macam tu kena balik Segamat lah , 30km ... atau kalau malas tdo masjid jer lah ... sesuatu yang dah jadi kebiasaan pada mana2 PRK

Tiada ulasan: