Rabu, 12 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Shamsul AMK pula cabar KJ berdebat

Posted: 12 Jan 2011 07:49 PM PST

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar "membuang masa" beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Lebih mengejutkan apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Anwar. Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.

Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim.

Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda UMNO dan KEADILAN.

Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini. - MerdekaReview

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kiri) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Kroni : Syed Mokhtar nak ambil 'Northport' dan Pelabuham Tg Bruas pula

Posted: 12 Jan 2011 06:38 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Malaysian tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary is eyeing a takeover of several ports including Northport in a bid to expand his growing logistics empire.

Sources told The Malaysian Insider that Syed Mokhtar was currently in talks with the federal government to take over the country's premier port.

He is understood to also be in talks with the Melaka state government to take over the port in Tanjung Bruas.

The Malaysian Insider also understands that the billionaire has won the race to take over the Ministry of Finance's Penang Port and has expressed interest in the ports in Kuantan and Kemaman.

Syed Mokhtar's flagship company, MMC Corp, already controls Johor Port and Port of Tanjung Pelepas.

Apart from his apparent ambitions to gain greater control over the maritime logistics sector, Syed Mokhtar already holds the reins to several other critical sectors including the rice import business through national rice supplier, Bernas, and the gas distribution business through MMC Corp subsidiary, Gas Malaysia.

Other strategic sectors in which Syed Mokhtar has a significant presence include the sugar trade through Tradewinds; the power production business via the nation's largest independent power producer, Malakoff Corp; and the water treatment sector through Aliran Ihsan Resources.



Syed Mokhtar's spree made it seem he was "buying up the whole country." In October, MMC Corp also approached the government in a bid to take over the UEM Group, which is the majority shareholder of North-South Highway concessionaire, PLUS Expressways.

Other businesses that Syed Mokhtar is involved in include banking through Bank Muamalat, the automotive industry through DRB-Hicom, and the airport business through Senai Airport.

MMC Corp is the co-project delivery partner together with Gamuda for the new KL MRT and the consortium is widely tipped to be awarded the tunnelling portion of the system's construction.

DRB-Hicom also told reporters last September that although it was not actively looking to buy Proton Holdings Berhad, it did not discount the possibility of doing so following speculation that it had been given the nod by the government to acquire the national car maker.

Bank Muamalat was also rumoured last month to be a front-runner to acquire Khazanah's 32 per cent stake in Pos Malaysia, but bank has since denied that it is bidding for the stake.

Some analysts have expressed concern that his appetite for acquisitions make it appear as though he is "buying up the whole country."

The tycoon's growing empire, however, has come at a cost as his companies have racked up a total debt estimated at RM25 billion. The debt levels have, however, been described as still manageable due to the way they are structured.

According to the Northport website, the shipping hub in Klang handles some 60 per cent of the nation's trade.

Securing Northport would significantly increase Syed Mokhtar's grip on the maritime logistics sector in Malaysia and several industry observers have expressed reservations over the prospect.

"If he gets Northport, it would decrease competition which could be unhealthy for the industry," said one port industry veteran.

"But would PNB let it go?" he added, referring to the fact that the listed NCB Holdings, which operates Northport, is a unit of Permodalan Nasional Berhad (PNB).

The Northport website shows PNB as having a 57.1 per cent stake in NCB Holdings with MISC Berhad having 15.7 per cent, the Port Klang Authority having 5.3 per cent and the rest by unidentified shareholders.

MMC did not respond to requests for comment.
MS: hahaha senang sungguh depa ni buat duit, ... salah seorang kroni Mahathir yang sehingga kini masih diberi kepercayaan oleh Najib ... bermula dengan Pelabuhan Johor dan PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) dan bulan lalu berjaya memiliki 'Penang Port' pula ...

PRK Tenang : Chua vs Chua

Posted: 12 Jan 2011 06:32 PM PST

Tenang Jadi Medan Pertarungan Dua Chua

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Januari ini dijangka turut menjadi medan pertarungan dua tokoh politik bernama Chua untuk membuktikan kehebatan masing-masing dalam memenangi hati pengundi Cina walaupun kedua-dua bukan calon.

Tentunya, melalui pilihan raya kecil ini, banyak pihak ingin melihat sejauh mana kepintaran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng, yang kini menyertai pembangkang dan menjadi naib presiden Parti Keadilan Rakyat, dalam menarik pemilih Cina supaya mengundi calon yang mereka sokong.

Seperti yang diketahui umum, MCA kini menggalas bebanan berat untuk memastikan pengundi Cina kembali menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memulihkan imejnya yang tercalar teruk pada pilihan raya umum 2008.

Kebanyakan penganalisis politik yakin kedua-dua Chua itu akan berusaha habis-habisan untuk memastikan pengundi Cina memberi sokongan kepada parti pimpinan mereka, hinggakan sesetengah mereka menyifatkan pilihan raya kecil Tenang sebagai "Pertarungan Antara Dua Chua".

Oleh kerana sebahagian besar undi pemilih Melayu di Tenang boleh dikatakan sudah berada di tangan BN, maka tugas utama kedua-dua tokoh politik itu ialah untuk mendampingi dan cuba mengukur selera masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan, yang merangkumi 52 peratus daripada keseluruhan 14,592 pengundi kerana ia boleh memberi bayangan tentang kecenderungan pengundi kaum Cina dan India pada pilihan raya umum akan datang.

Tenang mempunyai pengundi yang terdiri daripada 39 peratus kaum Cina, 12 peratus India dan selebihnya Melayu.

Tenang adalah satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Labis yang pernah diwakili Dr Chua sebelum ia dimenangi anak lelaki beliau, Tee Yong pada pilihan raya umum lepas. Sebelum diwakili Dr Chua, kerusi itu disandang bekasPresiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan MCA pada Mac tahun lepas berikutan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi parti itu, Dr Chua bekerja keras untuk memberi nafas baru kepada MCA dan berjaya memulihkan kestabilannya setelah dilanda krisis dalaman selama satu tahun setengah.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik berpendapat ujian paling besar bagi Dr Chua ialah mendepani pilihan raya kecil ini kerana ia diadakan di kubu kuat beliau.

Pilihan raya kecil pertama yang dihadapi Dr Chua sebagai Presiden MCA ialah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang diadakan tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan itu ketika sokongan masyarakat Cina terhadap BN berada pada paras paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun, keadaan bertambah baik pada pilihan raya kecil Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah apabila sokongan pengundi Cina kepada BN telah meningkat.

Pada pilihan raya kecil Tenang, pakatan PKR-DAP-PAS sudah pasti mengharapkan sesuatu yang besar daripada Chua, yang pernah menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

Beberapa penganalisis politik percaya Chua akan berusaha habis-habisan untuk membuktikan bahawa beliau masih mempunyai banyak penyokong di negeri kelahirannya dan meleburkan strategi BN untuk mengekalkan kerusi itu.

"Semua orang tahu memang sukar untuk menawan Tenang daripada BN tapi matlamat pakatan pembangkang ialah untuk mengurangkan majoriti BN dan ini sudah cukup baik untuk kami," kata satu sumber dalam PKR.

Kedua-dua Chua itu dijangka memberi fokus di kawasan majoriti pengundi Cina seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis di mana pada pilihan raya umum lepas, calon PAS memperoleh antara 50 peratus dan 67 peratus undi kaum Cina.

Mengenai undi kaum India pula, keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan bahawa BN dan pembangkang memperoleh jumlah yang lebih kurang sama apabila BN mendapat 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pemilih terdiri daripada kaum India, manakala di Ladang Labis Utara yang mempunyai 71.7 peratus pengundi India, BN dan pembangkang masing-masing mendapat 50 peratus daripada jumlah undi.

Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil ini, pola pengundian dalam kalangan pengundi bukan Melayu mungkin berubah berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi yang menyaksikan jumlah undi yang diberi pemilih Cina kepada BN telah meningkat.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata cabaran paling besar bagi pakatan pembangkang ialah untuk mendapatkan keyakinkan kaum Cina berhubung isu negara Islam kerana analisis menunjukkan bahawa pada pilihan raya umum 2008, pengundi Cina menyokong DAP di Labis tetapi tidak memberi undi mereka kepada PAS di Tenang.

"Di peringkat Parliamen, kira-kira 70 peratus pemilih di kawasan Tenang mengundi DAP dan bukan MCA. Tetapi di peringkat negeri, hanya 58 peratus daripada mereka mengundi PAS. Arah aliran ini juga sama dalam kalangan pengundi India," katanya.

Beberapa penganalisis politik berkata mereka tidak akan terperanjat sekiranya MCA mengambil kesempatan daripada populariti Dr Chua dan memanfaatkan undi penyokong tegarnya di tiga kampung baru Cina di Tenang untuk meraih lebih banyak undi daripada bukan Melayu.

"MCA berharap mereka dapat mengulangi kejayaan di Galas, yang menyaksikan peningkatan undi kaum Cina, khususnya di kampung baru yang menjadi kawasan penting bagi DAP. Profil Galas dan Tenang hampir sama," kata seorang penganalisis.

Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis pada 17 Disember tahun lepas.

Penamaan calon ialah pada 17 Januari dan pengundian pada 30 Januari. - BERNAMA
MS: Undilah BARISAN NASIONAL untuk hidup terus menderita

Khir Toyo kembalikan Dato' Seri ... hahaha tunjuk baik konon

Posted: 12 Jan 2011 02:57 AM PST

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.

Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salahguna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.

"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.

"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.

Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. - malaysiakini
MS: 'Pulangkan sementara' hahahaha ... bukan pulangkan ... sebab Toyo percaya dia akan didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepadanya, sebab tu pulangkan SEMENTARA ... kerana dia masih lapaq pada gelaran tu. Dari awal lagi rakyat dah tahu permainan politik puak-puak umnoapco ni ... Memang semua tak boleh percaya ... Haramjadah

Tiada ulasan: