Isnin, 31 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mengapa hudud tidak dijalankan di Kelantan?

Posted: 30 Jan 2011 04:37 PM PST

Di dalam entry lalu di blog ini [Tarian bogel] seorang blogger pro UMNO yang terkenal dengan penulisan fitnahnya si papa gomo ada memberikan komen di MiLo SuaM mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi tidak menjalankan hukum hudud.



Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]



Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.




ReJaM© "Mungkinkah Papa Gomo akan bertanya dan terus bertanya soalan yang sama berulang - ulang sehingga akhir hayatnya...?"


Tarian separuh bogel jadi tarikan ceramah BN di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:23 AM PST

Inilah jadinya bila pelakon video lucah, Chua Soi Lek menjadi rujukan MB Johor, Datuk Ghani Othman selaku pengarah jentera pilihanraya untuk Barisan Nasional di DUN Tenang. Apabila melibatkan isu-isu agama Islam, Chua Soi Lek bagaikan ulama besar yang maksum apabila seolah-olah menjadi rujukan MB itu di dalam mehjalankan kempen di DUN Tenang.

Sebelum ini, Ulama besar Barisan Nasional, merangkap mursyidul Am Tuan Guru Chua Soi Lek dilihat bagaikan pasangan beregu yang serasi bersama MB Johor di dalam melemparkan penghinaan terhadap Agama Islam. Chua Soi Lek menghantarkan bola tanggung isu "Salam dan Negara Islam" lalu MB Johor melakukan pukulan killer "isu hukum hudud" di hadapan masyarakat bukan Islam di Dun Tenang, rujuk link ini [Cikgu Mala] dan ini [Milo].


Malam tadi, sebagai peluang terakhir untuk melakukan kempen Barisan Nasional di DUN Tenang, satu majlis tarian separuh bogel yang berlatar belakangkan konsep satu Malaysia dan Najib, telah diadakan bagi menarik para pengundi ke majlis ceramah Barisan Nasional.


Barangkali inilah antara kaedah berkesan Barisan Nasional hasil nasihat dan buah fikiran Ulama Besar mereka Tuan Guru Chua Soi Lek di dalam menarik pengundi untuk mendengar ceramah mereka. Mungkin inilah ajaran Islam sebenar menurut perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.



Tarian separuh bogel sudah berjaya diadakan, mungkin selepas ini UMNO dan Barisan Nasional boleh juga mempertimbangkan untuk menganjurkan tarian bogel pula bagi menarik lebih ramai pendengar ke ceramah-ceramah mereka, agar lebih cepat kita semua mampos ditimpa azab dari Allah S.W.T!



ReJaM© "Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional! Hidup Maksiat!"

Tiada ulasan: