MiLo SuaM |
Cubaan Felda untuk menipu peneroka gagal lagi Posted: 29 Jan 2011 05:25 PM PST Cubaan Felda untuk menipu peneroka bagi mengayakan kontraktor cukong (kroni) mereka berjaya dipatahkan lagi apabila Mahkamah Tinggi Seremban, menolak permohonan injunksi cukong yang dilantik oleh Felda. Syabas untuk warga Felda yang celik hati! Felda dilihat cuba menipu peneroka apabila ingin memohon perintah injuksi dari mahkamah agar peneroka dihalang daripada mengusahakan penebangan pokok-pokok getah milik mereka dengan cara melantik kontraktor peneroka sendiri. [Sinar] Felda dilihat ingin merompak hak peneroka apabila menawarkan harga RM 28, 000 hasil jualan pokok getah seluas 7 ekar kepada peneroka melalui cukong yang dilantik oleh Felda, sedangkan dengan melantik kontraktor peneroka sendiri, pihak peneroka mampu memperolehi bayaran sehingga RM 35, 000 untuk keluasan yang sama. Felda yang sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk memberikan keuntungan yang lebih kepada peneroka sebaliknya cuba merompak harta peneroka untuk memberikan keuntungan berganda kepada cukong-cukong mereka. Harta peneroka mahu dirompak untuk meyuap cukong-cukong kerajaan yang dahagakan kontrak! ReJaM© "Apa pun peneroka masih ada yang buta menyokong perompak!" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan