Jumaat, 28 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Najib buat U turn tuduh Anwar agen Arab Saudi pulak

Posted: 27 Jan 2011 09:07 PM PST


Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang lepas, Perdana Menteri Najib Tun Razak, dan para pemimpin UMNO yang lain sering kali melemparkan tuduhan kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi.

Namun begitu, seperti yang didedahkan oleh portal berita terkenal luar negara, CNN, rupa-rupanya di dalam diam, Najib telah melakukan satu pusingan U turn apabila membuat aduan tidak puas hati kepada Arab Saudi dengan mendakwa bahawa putera raja negara tersebut telah memberikan dana yang besar kepada Anwar Ibrahim untuk biaya Pilihanraya Umum yang akan datang.

Dari menjadi agen Yahudi yang anti Islam, kini Anwar Ibrahim dituduh menjadi agen Arab Saudi pula. Namun hasil penyiasatan rahsia negara tersebut menunjukkan dakwaan Najib terhadap penglibatan Putera Arab Saudi itu tidak berasas, namun begitu, hasil siasatan perisikan Arab Saudi seperti yang dilaporkan oleh CNN menunjukkan bukti bahawa ratusan juta dolar telah disalur keluar dari arab saudi untuk membantu ahli politik dan aktivis Islam luar negara itu. Malah turut melibatkan kumpulan Al-Qaeda. Rujuk link ini [CNN] atau klik gambar dibawah untuk membaca laporan CNN



Apapun berita ini menunjukkan bukti bahawa tuduhan najib yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi, ternyata satu propaganda dan pembohongan pemimpin UMNO dan para blogger pencacai.

Sekiranya benar sekalipun Arab Saudi ada memberikan dana kepada ahli politik Islam luar negara, dan Anwar Ibrahim termasuk di dalam kumpulan yang dibiayai, maka tohmahan pemimpin UMNO selama ini yang mendakwa ada pihak yahudi yang membiayai Anwar Ibrahim jelaslah hanya propaganda untuk menanamkan kebencian. Malah jelas sekali Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk menerima dana yang besar dari sumber selain putera Negara Arab Saudi untuk memimpin Parti Islam di Malaysia bukan menjadi agen Yahudi.

Kalau menjadi agen pun, tidak mengapalah, kerana Anwar menjadi agen sebuah kumpulan Islam tidak dikenali dari Arab Saudi, bukan menjadi agen Yahudi yang anti Islam.




ReJaM© "Apa yang jelas dan terbukti, Najib membayar penasihat Yahudi dari APCO Worldwide untuk menangani masaalah politik Malaysia dan menaikkan imej kepimpinannya... ini fakta!"

Maklumat Pejabat Rosmah di JPM sudah dipadamkan

Posted: 27 Jan 2011 01:15 PM PST

Sebelum ini MiLo SuaM dan banyak lagi blogger-blogger telah mendedahkan kewujudan pejabat Rosmah Mansor di Jabatan Perdana Menteri, Sri Perdana Putrajaya [Pejabat Rosmah] di bawah division F.L.O.M (dipercayai First Lady of Malaysia). Pendedahan ini dihangatkan lagi dengan panggilan-panggilan terus kepada jabatan tersebut, yang menyaksikan rakaman bukti bahawa ada pihak (pegawai khas) yang sengaja menyembunyikan maklumat ini daripada pengetahuan umum [Sembunyi maklumat].

Hasil pendedahan, pelbagai asakan demi asakan, dilakukan oleh orang ramai dan blogger-blogger yang menelefon terus ke jabatan tersebut, menanyakan perihal kewujudan pejabat khas isteri Najib yang juga disifatkan sebagai melucukan itu. Nampaknya kini pihak di jabatan Perdana menteri telah menghapuskan bukti yang boleh diakses secara terus ke website Jabatan Perdana Menteri. Apabila anda ke link bukti tersebut, maklumat pejabat Rosmah Mansor sudah tiada lagi.




[Sumber: Jabatan Perdana Menteri] Ternyata ada sesuatu yang sengaja disembunyikan daripada masyarakat. Mereka tidak mahu menjawab apakah fungsi jabatan tersebut (F.L.O.M) apabila ditanya. Kini, bukti kewujudan jabatan tersebut pula sengaja dihilangkan. Apa kejadahkah semua ini? Mengapa maklumat pejabat Rosmah Mansur dihilangkan?

Jelas sekali Najib kini tidak senang duduk apabila menyedari bahawa Rosmah Mansor yang juga suami tercintanya telah menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional, setanding dengan kewujudan "Tingkat Empat" milik menantu Pak Lah di zaman pemerintahannya yang dikecam hebat oleh orang ramai termasuk Tun Mahathir.

Namun begitu, mereka tak cukup bijak untuk menyembunyikan hal ini kerana maklumat tersebut masih boleh diakses walaupun telah dipadamkan kerana ia masih lagi di dalam simpanan google web cache buat sementara waktu sila rujuk link ini sebelum dipadamkan oleh google pula [Google webcache].


Baca juga maklumat lanjut dari blog pertama yang mendedahkan isu ini [edyesdotcom]




ReJaM© "Apa hal main sorok-sorok ni woi?!!! Takut ke?!!! Nampak sangat ada yang tak kena Kah kah kah..."

Debat terbuka Cikgu Mala vs Datuk Ai

Posted: 27 Jan 2011 02:30 AM PST


Sebuah kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan blogger bebas, (Kubid) mencadangkan dan bersedia menganjurkan debat terbuka antara Calon BN, Datuk Ai dan Calon PAS, Cikgu Mala untuk menjelaskan isu-isu tempatan di kawasan DUN Tenang kepada para penduduk dan pengundi di sana.

Seorang individu yang mewakili Kubid, Sariffudin Abdullah berkata, perdebatan ini membolehkan para pengundi menilai apakah usaha-usaha dan arah perjuangan yang bakal dilakukan oleh kedua-dua calon sekiranya salah seorang terpilih menjadi wakil rakyat untuk mewakili mereka di dewan Negeri Johor. [Malaysian Insider]

Adakah Calon BN akan mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang sentiasa berdolak dalik jika diajak berdebat? Tentu sekali perdebatan menarik dapat dilihat antara bekas guru cemerlang Cikgu Mala, dan Calon BN Datuk Ai, Bekas Timbalan Pegawai Daerah yang terpalit dengan isu tanah dan akan dibicarakan pada 7 Febuari 2011 ini.

Kita nantikan jawapan daripada kedua-dua calon, perdebatan ini tentu sekali akan menjadi platform yang sangat baik untuk dinilai oleh para pengundi di DUN Tenang.



ReJaM© "Seorang lagi kawan ReJaM berikrar akan makan mee lalu hidung kalau Datuk Ai berani berdebat dengan Cikgu Mala kah kah kah...."

Tiada ulasan: