Sabtu, 22 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Posted: 21 Jan 2011 03:50 PM PST

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].

Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

"What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,"

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat!




ReJaM© "Tolak UMNO Tolak BN Mari rapatkan saf pertahankan Islam!"

MCA kerja keras takutkan pengundi dengan isu Negara Islam

Posted: 21 Jan 2011 05:15 AM PST

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.



Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim."

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.

Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.


Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjabat tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang kecuali beliau memakai sarung tangan sila rujuk link ini [Cikgu Mala dihina kerana amalkan suruhan Allah].

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.






ReJaM©"Tergamakkah anda membiarkan Agama Islam dipermainkan begini? Tolak MCA tolak BN, Pertahankan Islam!"

Fitnah zina tidak berasas kata Normala Sudirman

Posted: 21 Jan 2011 04:18 AM PST


Sebelum ini para blogger dan facebooker UMNO dan Barisan Nasional telah melakukan serangan peribadi kepada calon PAS sempena PRK Tenang dengan menuduh Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini. Rujuk Link ini [Calon PAS dituduh berzina]

LABIS – Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman 'berzina' tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.

"Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang," katanya kepada Sinar Harian semalam.[Sinar Harian]




ReJaM© "Fitnah zina kini menjadi modal paling kerap digunakan oleh cybertrooper UMNO dan BN"

TPM bangga Amerika iktiraf Malaysia negara Islam contoh

Posted: 21 Jan 2011 03:40 AM PST

Pelik tapi benar, bila seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam dan sering kali mengutuk dasar-dasar Amerika Syarikat yang selama ini secara jelas musuh kepada dunia Islam menunjukkan rasa bangga apabila negara musuh Islam itu mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Malaysiakini].



Wajarkah pengiktirafan yang diberikan oleh negara musuh Islam ini menjadi kebanggaan? Kuasa dunia itu sering kali membuat pelbagai konspirasi dan helah untuk memburuk serta menjatuhkan negara-negara Islam, malah memainkan peranan utama kepada dunia bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang mengajarkan keganasan.

Namun pemimpin yang mengaku sebagai pejuang Islam kali ini merujuk pengiktirafan negara musuh Islam itu sebagai mengiktiraf negara Islam Malaysia untuk dijadikan contoh kepada negara-negara islam lain.

Pemimpin ini seolah-olah bangga dipuji oleh musuh Islam. Teguran ulama tidak diendahkan, malah diperlekeh dan ditentang secara terang-terangan, sebaliknya pujian yang wajar dilihat sebagai penuh dengan tipu muslihat dari musuh Islam ini pula yang dibangga-banggakan.

Apa lagi nak dikata? sebelum ini Meneteri Besar Johor, Dato' Ghani Osman memberi amaran kepada pengundi india di DUN Tenang agar jangan mengundi calon PAS, kerana jika PAS memerintah, PAS akan mendirikan negara Islam dan mengambarkan ia sebagai satu malapetaka. Rujuk link ini, [Negara Islam Malapetaka].

Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin-peminpin UMNO dilihat terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menentang Islam untuk menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam. Jelas sekali "akhirat dijual untuk membeli kuasa politik dunia"




ReJaM© "Tolak UMNO tolak BN! Pertahankan Islam..."

Negara Islam satu malapetaka kata MB Johor

Posted: 21 Jan 2011 02:10 AM PST

Inilah wajah pemimpin UMNO, di depan orang-orang Melayu, pemimpin UMNO kata PAS tidak akan mendirikan negara Islam kerana sudah berkawan dengan Parti DAP. Tapi bila di hadapan orang-orang bukan Islam, pemimpin UMNO menakut-nakutkan orang bukan Islam, dan mengatakan PAS akan mendirikan negara Islam pula.

Menteri Besar Johor, Dato Ghani Osman, di dalam ucapannya di hadapan pengundi bukan Islam sempena hari Thaipusam malam semalam memberi amaran bahawa mengundi PAS adalah satu malapetaka kerana PAS akan mendirikan negara Islam sekaligus mengubah cara hidup orang-orang bukan Islam [Malaysiakini].



Inilah dalang penentang Islam yang sebenar, yang hanya mementingkan kuasa politik dengan memainkan sentimen Agama. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Ghani Osman menggunakan kuasa yang ada serta kebijaksanaannya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, beliau pula yang menghina Negara Islam, sambil membayangkan Negara Islam sebagai malapetaka.

Tidak hairanlah kalau orang bukan Islam sewenang-wenangnya menghina Islam, memperlekeh dan membantah azan, menuduh Islam mencabul hak asasi, malah menganggap Islam sebagai agama yang membawa kepada kemunduran. Mereka bukan sahaja tidak diberi pemahaman tentang Islam, malah ditakut-takutkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Anda lihat dan nilailah sendiri, inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Demi kuasa politik dunia, imej Islam diburuk-burukkan di hadapan orang-orang bukan Islam. Negara Islam dihina sebagai malapetaka di depan mata anda! Anda setuju dengan kenyataan ini? Sanggup bersetongkol dengan pemimpin seperti ini? Terpulang kepada anda untuk memilih!





Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.

Surah Al-Ma'idah: 57

ReJaM© "Tolak UMNO tolak BN pertahankan Islam!"

Tiada ulasan: