Ahad, 30 Januari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PKR LEMBAB UNTUK TENDANG `KATAK HITAM' INI

Posted: 29 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `katak hitam' pun melompat keluar. PKR nampaknya terlalu lembab untuk menendang keluar `katak hitam' ini sehinggakan terpaksa sang katak melompat sendiri. Tepat sekali masa yang dipilih oleh `katak hitam' ini iaitu mengumumkan keluar dari PKR beberapa jam sahaja rakyat Dun Tenang akan mengundi. Apa ertinya?

Ertinya, `katak hitam' ini berusaha untuk menentukan agar calon PAS tewas di Dun Tenang. Maka, media hari ini terutamanya TV menyiarkan berita `sang katak hitam' yang keluar dari PKR atas alasan tidak percaya lagi kepada Anwar dan Azmin. Itu sahaja. Masakan beliau mahu cerita tentang beliau tidak dipilih sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik, sebaliknya N.Surendran yang dipilih.

Di dalamj Twitternya, `katak hitam' ini menyebut, " Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

Cuba kita semak semula, siapakah yang menjadi `katak' yang berani mengosongkan kerusi mereka? Semuanya sekadar keluar parti dan lepaskan jawatan di dalam parti kemudian sebut tidak lagi percaya kepada pimpinan parti. Siapa berani kosongkan kerusi mereka untuk lihat samada mereka punyai pengaruh atau tidak? Semuanya bacul dan mahu makan gaji dan elaun `haram' sebagai Wakil Rakyat.

`Katak Hitam' ini pernah berjanji tidak akan keluar dari PKR kerana beliau masih yakin dengan PKR cuma tidak yakin dengan Anwar dan Azmin. Tetapi hari ini, `lidah yang makan biawak' ini bercakap macam `lidah biawak' juga. Beliau tahu beberapa jam lagi Dun Tenang akan mengundi, maka inilah saatnya untuk berbakti kepada Umno. Maka, jelas agenda `katak hitam' ini. Cuma, saya kesal PKR terlalu lembab untuk tendang `katak hitam' ini./wfauzdin.blogspot.com

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

Posted: 29 Jan 2011 09:57 AM PST


Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.

PRK DUN TENANG - KEJUTAN DARI PAS ESOK ?

Posted: 29 Jan 2011 09:16 AM PST

Zulkifli Sulong

LABIS, 29 Jan: Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok.

Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

"Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air.

"Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat berkenaan," katanya.

Kempen jalan lancar

Menurut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS, segala perancangan gerak kerja kempen yang dirancang pihaknya berjalan lancar.


"Untuk malam ini, kita akan tingkatkan keselamatan dan nampaknya jentera kita bersiap sedia untuk menjalankan tugas itu dengan yang terbaik," katanya.

(Gambar: Calon PAS, Cikgu Mala sentiasa diserbu wartawan kemana beliau pergi)

Beliau berharap akan membuat kejutan dan untuk itu sentuhan terakhir sedang digerakkan pihaknya.

Jentera BN mensasarkan kemenangan lebih 5,000 undi majoriti namun sebuah badan penyelidikan, Ilham Centre menjangkakan jangkaan BN itu tidak akan berjaya.

Dalam tinjauan Harakahdaily pula, jentera PAS berjaya menembusi generasi kedua Felda dengan baik di samping kawasan pengundi Cina.

Namun begitu, BN masih mendapat sokongan kuat di kalangan peneroka Felda dan pengundi Melayu di kampung tradisional.

Pun begitu, calon PAS, Cikgu Mala berjaya mendapat sokongan kuat di kalangan pengundi wanita dan juga para guru yang ramai di Tenang ini.

"Jika PAS berjaya memikat lebih 60 peratus pengundi wanita, tidak ada sebab untuk PAS tidak menang," kata seorang pemerhati politik yang ditemui.

Esok, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dijangka memulakan pagi esok dengan melawat pusat mengundi yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang iaitu di peti undi Kampung Redong.

Beliau dijangka sampai ke sana seawal jam 8. 30 pagi./Harakahdaily

TIDAK DAPAT SASAR CALON PAS, SENJATA DI HALA KEPADA SUAMINYA PULA

Posted: 29 Jan 2011 08:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAPU tidak sudah-sudah Muhyiddin di Tenang. Beliau sudah tidak Tenang lagi apabila semua hujahnya tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang TPM.

Bayangkan isu suami calon PAS yang mendapat MC pun beliau boleh pertikaikan. Beliau belum pun tanya doktor kerajaan yang memberikan MC kepada suami Puan Normala, beliau sudah menganggap suami calon PAS itu berbohong tentang sakitnya. Kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, " Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit".(Malaysiakini)

Wahai Muhyiddin, mengapa tuding jari pada Ma'arof suami Puan Normala? Siasat dulu doktor yang memberinya cuti sakit tu. Masakan pesakit boleh tipu doktor dan doktor tidak langsung membuat pemeriksaan sebelum memberikan cuti sakit? Jangan jadi kurang cerdik dan memperlekehkan tugas seorang doktor. Jika doktor itu cuai dan tidak laksanakan tugas dengan betul, tindakan hendaklah diambil ke atas doktor. Jika suami Puan Normala `membeli' MC dari doktor, kedua-duanya perlu diambil tindakan.

Hakikatnya Muhyiddin terasa tertekan dengan sokongan semakin meningkat disaat akhir buat calon PAS. Serangan Muhyiddin selama ini tidak berkesan malahan hujahnya sering menjadi bahan tertawa. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Posted: 29 Jan 2011 07:43 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: