Ahad, 30 Januari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Baik sangatlah kalau Abdullah Hussein pulangkan saja anugerah Sasterawan Negara..!!

Posted: 30 Jan 2011 03:08 PM PST

Interlock: Akhirnya Umno sujud kepada MIC — Aspan Alias

30 JAN — Apa yang hendak dipinda dalam Interlock itu? Bagaimana Interlock boleh dipinda sedangkan isi kandungannya adalah pemikiran asal penulisnya Abdullah Husein. Bagaimana kita boleh pinda pemikiran orang lain kerana itu adalah hasil nukilan dari pemikiran penulisnya.

Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada pemimpin kita? Setiap tuntutan sebilangan kecil rakyat diterima dan sanggup tunduk kepadanya, sedangkan banyak tuntutan yang ramai seperti tuntutan orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa dan penajaan pelajaran tidak dihirau dan diindahkan.

Apa? Bangsat sangatkah kita orang Melayu ini? Tunduk disana dan sujud disini untuk menagih sokongan dan simpati. Bagaimana Palanivel pula yang menentukan mana-mana yang patut dipinda dalam penulisan seorang sastrawan negara? Bukankah Interlock itu adalah hasil penulisan seorang sasterwan negara. Bagaimana perasaan sastrawan negara itu jika penulisannya dipinda, dialih dan dianjak kerana tekanan politik? Segala apa yang ada untuk orang Melayu boleh diabaikan dan dibuang begitu sahaja.

Elok dibatalkan sahaja pengambilan buku itu sebagai buku sastera untuk sekolah-sekolah daripada diteruskan pengambilannya tetapi sudah hilang 'originality' pemikiran penulisnya. Jika buku itu masih diterima sebagai buku teks sastera ianya mestilah dalam isi kandungannya yang asal.

Buku ini ditebitkan 40 tahun dahulu lagi, kenapa baru sekarang ianya menjadi isu? Ini hanyalah merupakan isu politik perkauman yang menebal dan ianya adalah disebabkan masing-masing parti terus-terusan menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik.

Itulah sebabnya saya ratusan kali mencadangkan supaya negara ini ditadbir oleh seorang Melayu yang dihormati ramai serta yang berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak. Kalau dahulu ramai memanggil Abdullah Badawi flip-flop, bagaimana pula dengan pucuk pimpinan sekarang?

Kenapakah kepimpinan kita tidak ada langsung kekuatan tulang belakang dan mengangguk sahaja dengan tuntutan yang tidak menesabah itu. Saya cadangkan supaya Muhyiddin bertukar kekementerian yang lain jika beliau tidak mampu untuk berfungsi sebagai Menteri Pelajaran.

Kalau tidak ada kementerian yang sesuai beliau boleh meletakkan jawatan sahaja kerana gagal untuk menyatakan kebenaran dan sanggup menerima tuntutan walaupun beliau sendiri tahu isi kandungan buku itu tidak ada bab-bab yang menyinggung perasaan kaum India.

Meminda isi kandungan buku itu samalah seperti tidak menghormati orang yang telah dianugerahkan sebagai sasterawan Negara. Meminda isi kandungan buku itu serupalah seperti menarik kembali anugerah sasterawan negara yang telah diterimanya dahulu. Sensitiviti kaum India dijaga dengan baik sedangkan sensitivity orang Melayu telah

dorobek dan dipermainkan acapkali.

Mentang-mentanglah orang Melayu ini masih ada sifat burung balam yang mudah mengangguk dan tunduk kepada semua tuntutan pihak lain. Sampai bila kita hendak mengorbankan perasaan orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan pihak lain yang bukannya majoriti dinegara ini.

Saya yakin rakan kita kaum India tidak semuanya yang membuat tuntutan itu. Mungkin hanya MIC dan badan politik yang mengambil kesempatan diatas kelemahan minda pemimpin-pemimpin kita yang sanggup berbuat demikian. Untuk mendapatkan undi yang belum pun pasti kita sanggup menukar dan meminda pemikiran dan penat jerih orang lain.

Selepas ini apa pula yang ada kepada kaum Melayu yang hendak diambil oleh mana-mana pihak? Seorang kenalan saya bertanya kepada saya, "bro, malang sungguh kita menjadi orang Melayu, walaupun kita dipimpin oleh orang Melayu."

Kehilangan sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah satu perkara yang tidak berpatutan lagi. Umno semakin hari semakin lemah, mudah sahaja tunduk kepada tekanan pihak lain. Pihak-pihak lain sekarang benar-benar mengambil kesempatan diatas kelemahan pimpinan Melayu kita.

Kenapa mereka ini menjadi pemimpin pun kita tidak tahu. Nampaknya politik pucuk pimpinan kita ini mengikut resmi air, dimana lekok disitu mereka berhenti. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: