Rabu, 19 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dengar, Hayati dan Sahutlah Seruan Azan

Posted: 19 Jan 2011 03:00 PM PST

1. Selepas isu non muslim memasuki dan mengunjungi masjid, kini timbul pula isu azan yang dianggap mengganggu ketenteraman awam oleh sebahagian dari penduduk negara kita. Sedang azan adalah syiar agama Islam yang telah berkumandang diangkasa sejak ummat Islam wujud di negara ini. Malang jika masih ada yang belum memahami nilai seruan azan yang cukup luar biasa ini. Mungkin juga buat - buat tidak faham sedang azan adalah seruan rutin yang boleh didengari melalui menara masjid, radio dan televisyen saban waktu malah di televisyen lengkap dengan subtitle nya.

2. Barangkali masyarakat kita samada muslim atau non muslim masih gagal menghayati dan mendalami nilai spiritual dan saintifik yang tersirat disebalik seruan azan yang dikumandangkan. Lebih malang jika kegagalan memahami seruan azan itu bertolak dari rasa benci dan jengkel terhadap agama Islam itu sendiri. Bukan sahaja non muslim, malah orang yang mengaku Islam juga pernah memaki hamun muazzin [ tukang azan ] kerana mengganggu tidurnya sehingga terdapat perbahasan hukum seorang muslim yang mencela seruan azan boleh membawa kufur atau batal aqidahnya didalam kitab - kitab Islam .

3. Azan ialah I'lam iaitu [ seruan untuk memberitahu ] masuknya waktu solat [ sembahyang ] bagi ummat Islam. Menurut pendapat jumhur ulama' bahawa hukum azan ini ialah sunat muakkad bagi muslimin [ lelaki ] yang menunaikan solat berjamaah di masjid pada setiap 5 waktu [ subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak ]. Sementara menurut pandangan kebanyakan ulama' mazhab Hanbali , azan dan iqamah adalah fardhu kifaayah bagi solat 5 waktu justeru ia adalah syiar agama Islam yang perlu ditegakkan.

4. Azan menjadi syiar agama Allah iaitu mercu tanda kewujudan penganut ajaran Islam di kawasan atau kariah tersebut. Syiar ini bukan sahaja mesti diamal dan dipertahankan oleh ummat Islam malah mengagongkannya merupakan tanda jiwa dan hati yang bertaqwa kepada Allah swt.

Firman Allah swt : [ bermaksud ] Barang siapa yang mengagongkan \ meninggikan syiar agama Allah maka sesungguhnya ia adalah lambang ketaqwaan hatinya kepada Allah swt.

5. Tiada apa yang perlu dibimbangi atau ditakuti dari seruan azan ini. Bahkan ia adalah seruan yang cukup positif dan membina struktur tamadun ummah. Malah lirik atau senikata azan itu sendiri sudah cukup mendamaikan jiwa yang kusut dan hati yang lusuh asal sahaja seruan itu dinikmati dan dihayati alunan serta maksud setiap kalimahnya.

6. Azan bermula dengan seruan kebesaran dan keagongan Allah swt. Kemudian persaksian bahawa Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah swt dan Muhammad adalah utusan Allah. Azan juga menyeru manusia agar tunduk dan sujud kepada Allah sebagai satu kemenangan hakiki yang perlu dicapai oleh manusia . Allah adalah Tuhan yang Maha Agong, Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah swt. Lafaznya

ألله اكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر .
أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمدا رسول الله أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة حي علي الصلاة
حي على الفلاح حى على الفلاح
الله أكير الله أكبر
لا إله إلا الله

7. Allah swt, adalah Tuhan kita semua. Tuhan yang mencipta manusia dan segala makhluk. Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang menurunkan hujan lantas menyuburkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh - tumbuhan yang menjadi rezeki kepada ummat manusia. Itulah yang Tuhan yang kita Agongkan saban waktu dengan seruan azan yang dikumandangkan agar manusia selaku makhluk yang diciptaNya tidak lupa untuk mentaati perintahNya dan tidak melanggar laranganNya.

8. Manusia sering leka dan lalai. Peringatan seperti ini menjadikan manusia kembali mengingati Allah swt. Manusia yang ingat kepada Allah tidak akan melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Mereka tidak akan melakukan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Mengingati Allah swt menjadikan manusia baik, berintegriti, berakhlak dan berhati jujur.

9. Dunia ini akan menjadi aman dan damai jika seruan azan ini berjaya menyelinap masuk dalam hati kecil setiap individu manusia dan mereka menyahut seruannya. Betapa jika seruan ini turut menyelinap masuk ke bilik Menteri Besar dan exconya, bilik Perdana Menteri dan anggota kabinetnya, bilik Pengarah Syarikat dan ahli lembaga pengarahnya, lalu mereka menyahut seruan tersebut, banyak masaalah boleh diatasi.

10. Siapa lagi yang tergamak mempersoalkan seruan yang sedemikian indah dan suci ini ? Pula dikumandangkan dengan alunan yang lunak dan menusuk qalbu. Saya tidak nampak seruan azan ini menganggu ketenteraman awam sedang seruan itu hanya memakan masa sekitar 5 minit setiap kali ia dikumandangkan. Biarpun menggunakan pembesar suara, azan adalah satu seruan yang sangat indah untuk didengar dan dihayati oleh semua berbanding bunyi bising dan bingit muzik yang sanggup kita dengar saban hari dan saban ketika melalui konsert, pita rakaman, corong radio, televisyen, super market, restoran dan lain - lain.

11. Demikian juga kita sanggup mendengar bunyi - bunyian yang lain seperti deruan enjin kereta, kapal terbang, keretapi, kilang, mesin dari tapak binaan, salakan anjing dan suara tinggi manusia berpidato, bertengkar dan membebel. Kenapa kita mesti bersikap tidak adil terhadap azan yang hanya dikumandangkan sekadar 5 minit ? sedang seruan itu untuk mengingatkan manusia yang alpa agar mereka sedar akan amanah dan tanggubgjawab mereka .

12. Azan subuh sering dipertikai kononnya menganggu mereka yang sedang enak tidur. Sekali lagi saya mengajak supaya kita hayati seruan azan ini. Terdapat sedikit perbezaan seruan azan diwaktu subuh berbanding waktu - waktu lain. Azan waktu subuh ditambah satu lagi seruan yang berbunyi : الصلاة خير من النوم الصلاة خير من النوم

maksudnya : Solat [ sembahyang ] itu lebih baik dari tidur .

13. Saya tidak jangka ada orang akan berkata bahawa tidur itu lebih baik dari sembahyang kecuali ia seorang yang tidak tahu menilai erti agama dan ketundukan kepada sang Pencipta dalam hidupnya. Azan subuh akan dikumandangkan pada waktunya sekitar jam 5. 50 am . Saya kira inilah juga waktu setiap orang akan bangun untuk bersiap ke tempat kerja malah mereka boleh berterima kasih kepada muazzin . Sekalipun pada hari - hari cuti, disiplin hidup menjadikan mereka perlu juga bangun awal untuk senaman dan sarapan, sementara solat subuh itu sebahagian dari senaman fizikal untuk kesihatan yang sistematik bagi ummat Islam.

14. Disiplin waktu bangun pagi bukan sahaja dibantu oleh muaazin yang mengumandangkan azan saban hari tetapi juga dikongsi oleh makhluk Alllah yang lain seperti ayam yang berkokok setiap kali masuk waktu subuh dan cengkerik juga akan berbunyi dengan nadanya yang tersendiri. Ertinya waktu subuh ialah waktu manusia mesti bangun untuk memulakan kehidupan sehariannya secara disiplin dan sihat. Bagi seorang muslim, ia bermula dengan rukuk dan sujud kepada Allah swt sebagai tanda syukur yang tidak terhingga diatas segala nikmat kurniaNya.

15. Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina. Terima kasih muazzin .

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

http://www.eperjuangan.com/2011/01/dengar-hayati-dan-sahutlah-seruan-azan.html

Edaran Segera: Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan

Posted: 19 Jan 2011 02:26 PM PST

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Blogger dapat RM500, broadband, blackberry dan laptop: Sepesis usus busuk PAPAGOMO dicabar buktikan tuduhan jahat abad ini!

Posted: 19 Jan 2011 08:04 AM PST

Para blogger dan facebooker Pakatan Rakyat yang hadir pada Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 15 Januari lalu di Hotel Grand Seasons, mencabar haramjadah spesis usus busuk Umno bernama PAPA GOMO membuktikan tuduhan hati busuknya konon mereka yang hadir pada malam itu diminta mengisi borang untuk diberi wang RM500 seorang.

Malah untuk mengiyakan lagi majlis itu majlis blogger dan facebooker, jenama bangsat spesis usus busuk Umno PAPAGOMO menuduh lagi "Dan macam biasalah ada yang datang malam tadi tampa segan silu meminta keperluan asas seperti Laptop dan Broadband. Tak kurang juga yang dengan nada semangat kata nak Blackberry bagi memudahkan diirnya membalun BN dari masa ke semasa."

"Malam tadi (rujuk 15 Januari) setiap yang hadir diminta untuk mengisi Borang dan di berikan imbuhan RM500 seorang," tuduh sepesis usus busuk Umno PAPAGOMO dalam blognya.

Semua permintaan itu, tuduh jahat PAPAGOMO lagi, dijanjikan Husam Musa untuk di selesaikan dalam masa terdekat. Ada yang meminta sebelum PRK Tenang dan ada yang mengesyorkan selepas PRK Tenang, keperluan yang diminta untuk agih-agihkan.

"Hebat sekarang Topeng Perak. Emmm apa pun dia Rakan Gomo dalam dunia Peperangan Cyber ini. Kalau jumpa tu boleh lah lepas ni minta dia belanja Minum Teh..he he he masa di Galas waktu bertembung dengannya tak sempat nak POW..huhuhu.. harap kat Tenang kita lepak minum, nak POW sikit Duit Hussam Musa tu," usik PAPAGOMO yang jelas tak ada dalam kotak kepalanya dosa pahala, surga neraka.

Semua blogger dan facebooker Pakatan Rakyat mencadangkan, PAPAGOMO dedahkan bukti tersebut ke dalam blognya, melalui Wikileaks atau mana-mana media yang boleh mendedahkan pembongkaran abad ini tentang apa yang didakwanya. Senaraikan penerimanya, barangan diterima, duit dan jumlahnya, serta jangan lupa dari mana dana itu dikorek juga jangan disembunyikan dari umum.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2011/01/blogger-dapat-rm500-broadband.html

Katak Pelabuhan Klang Kata Dia Sendiri Pun Tak Faham.

Posted: 19 Jan 2011 07:30 AM PST

Adun Pelabuhan Klang: 'Saya sendiri tak faham . . .'

SHAH ALAM, 19 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja," katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.

Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.

"Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media," katanya.

Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.

Polis Tahan Tiga Lelaki Asing Bersama Dua Pucuk Pistol Di Bukit Kayu Hitam

Posted: 19 Jan 2011 07:15 AM PST

ALOR SETAR, 19 Jan (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki rakyat asing dan seorang lelaki tempatan bersama dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup dalam dua operasi di Bukit Kayu Hitam Khamis lepas dan semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kes pertama Khamis lepas polis menahan dua lelaki rakyat asing berumur 30-an berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 6 petang.

"Kami dapati kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal itu berada dalam keadaan mencurigakan. Semasa kami cuba memberkas mereka (suspek), mereka cuba melarikan diri.

"Selepas pemeriksaan dibuat terhadap dua lelaki itu, kami menjumpai sepucuk pistol separuh automatik jenis .22 dan dipercayai pistol itu akan diserahkan (dijual) kepada pelanggan suspek," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Dalam satu lagi kejadian, Ahmad berkata seorang rakyat asing berumur 27 tahun ditangkap di sebuah stesen minyak di Bukit Kayu Hitam ketika cuba menyeludup masuk sepucuk pistol separuh automatik serta enam butir peluru 9mm pada pukul 10.30 pagi semalam.

"Siasatan dibuat mendapati senjata api itu dibeli dengan harga RM4,000 dari negara jiran," katanya.

Ahmad berkata seorang pemandu teksi rakyat tempatan berumur 49 tahun yang membawa suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati suspek telah membayar sewa teksi sebanyak RM380 bagi menguruskan penyeludupan senjata api itu," katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru.

"Ketiga-tiga suspek warganegara asing itu ditahan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan," katanya.

Rosmah Merangkap Menteri Luar, Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri Agama..Bla Bla..Habis Duit Rakyat!

Posted: 19 Jan 2011 07:00 AM PST

Rosmah Gembira Dengan Hasil Lawatan Ke Oman

Daripada Muin Abdul Majid

MUSCAT, 19 Jan (Bernama) -- Menyifatkan lawatan beliau ke Oman sebagai berjaya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata negara-negara membangun patut saling memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam membawa kemajuan kepada bidang seperti pemerkasaan wanita dan pendidikan kanak-kanak.

"Kita tidak perlu belajar daripada Barat pada setiap masa. Kita boleh belajar daripada satu sama lain, contohnya antara negara di sebelah sini dan di sebelah kita. Ini yang dikatakan semangat setiakawan," kata Rosmah, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lawatan empat hari beliau ke Oman berakhir pada Rabu, di mana beliau telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad Bin Mahmood Al-Said dan Menteri Pembangunan Sosial Dr Sharifa Bint Khalfan Al Yahya'eyah.

Bercakap kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas untuk lawatan ke Bangladesh, Rosmah bersetuju dengan pandangan Sayyid Fahad bahawa lawatannya ke Omar akan membuka laluan kepada lebih banyak lawatan di semua peringkat serta menggalakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Beliau juga berharap ia akan membuka ruang bagi kerjasama antara Oman dan Malaysia dalam bidang seperti pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak serta pembangunan usahawan wanita.

"Saya diberitahu yang wanita Omar suka berniaga. Saya rasa adalah baik jika kita dapat mewujudkan jalinan antara ahli perniagaan wanita Malaysia dan Oman," katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, katanya sama seperti di Malaysia, Oman juga menggalakkan penyertaan wanita dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara itu.

Menurut Rosmah, beliau dan anggota delegasinya telah mendapat pelbagai idea baru daripada lawatan itu yang menyaksikan beliau diberi layanan sebagai tetamu kerajaan Oman, orang kenamaan pertama dari Malaysia diberikan status itu dalam tempoh 20 tahun.

Difahamkan lawatan itu awalnya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Sosial Oman sebelum atur cara lawatan itu diambil alih pihak istana.

Rosmah berkata berasa terkejut dan pada masa yang sama gembira bahawa Pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, telah mengambil perhatian terhadap lawatannya ke negara itu.

"Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih daripada hati sanubari saya kepada baginda dan kerajaan Oman atas layanan mesra yang diberikan kepada kami sepanjang lawatan," katanya.

Rosmah berkata beliau menyifatkannya sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya dan delegasi beliau tetapi juga bagi semua rakyat Malaysia.

Pada lawatan itu, isteri perdana menteri diiringi oleh beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Mereka turut berpeluang bersiar dengan menaiki kapal mewah milik Sultan Qaboos.

"Saya dimaklumkan tiada siapa (di luar kerabat diraja Oman) pernah dibenarkan menaiki kapal diraja itu. Kami merupakan yang pertama diberikan keistimewaan ini. Kami berasa amat berbesar hati," kata Rosmah.

Beliau berpendapat layanan mesra yang mereka terima di Oman bukan atas faktor dirinya dan delegasi beliau semata-mata.

Ia mencerminkan hubungan akrab antara Oman dan Malaysia yang terjalin sejak sekian lama, katanya.

Menurut Rosmah, Sayyid Fahad turut berkirim salam kepada Najib dan menteri-menteri lain di Malaysia.

"Timbalan Perdana Menteri berkata beliau mahu melihat lebih ramai pemimpin Malaysia melawat Oman dan menjalin kerjasama dengan rakyat Oman apabila perlu," katanya.

Pada lawatan ke negara Teluk ini, Rosmah turut menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Wanita Oman.

Beliau juga melawat mercu tanda di ibu negara ini, Masjid Sultan Qaboos dan pusat jagaan kanak-kanak yang diuruskan Kementerian Pembangunan Sosial Oman.

Kerusi Pelabuhan Klang Tidak Kosong!

Posted: 19 Jan 2011 06:45 AM PST

0:

SAYA sudah baca versi kekosongan Dun Pelabuhan Kelang seperti mana diumumkan kosong oleh Speaker Dun Selangor, Teng Cheng Khim hari ini. Saya sangat percaya kerusi itu tidak akan diistyharkan kosong oleh SPR. Apa yang berlaku di Kota Siputih akan berlaku di Pelabuhan Klang.

Semua pihak mengharapkan keadilan, tetapi saya yakin SPR akan berlaku adil? Kalau kerusi Kota Siputih tidak kosong, begitu jugalah dengan Pelabuhan Klang. Spekaer hanya ada kuasa mengistyharkan kosong yang mengesahkan SPR. Sejauh mana SPR bertindak adil seluruh rakyat Malaysia yang baligh sudah maklum.

Semua orang kena faham keadaan ini dan berpandulah kepada sejarah untuk kita tidak kecewa dan menjadi terlebih marah. Jangan pula sudah ada yang terhegeh-hegeh tunjuk diri untuk dipilih jadi calon.

http://msomelayu.blogspot.com/2011/01/jenguk-klang.html

Tiada Unsur Khianat Ke Atas Pelatih - JLKN

Posted: 19 Jan 2011 06:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Tidak terdapat unsur-unsur khianat sama ada oleh pelatih ataupun jurulatih berhubung dakwaan seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Basant Singh bahawa sebahagian rambutnya telah digunting ketika dia tidur Ahad lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata perkara itu dirumuskan hasil siasatan lembaga siasatan dalaman yang ditubuhkan JLKN ke atas 16 orang saksi di Kem Latihan Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang tempat Basant menjalani latihan.

"Lembaga siasatan itu yang diketuai Pengarah Operasi JLKN, Kol Sanusi Hashim, Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail (TLDM), dan Lt Thomas Anak Aungoom (TLDM) dari Kem PLKN Telok Rubiah telah memanggil 16 saksi terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan ke atas saksi dan bukti-bukti yang diperolehi, lembaga siasatan merumuskan tidak terdapat unsur khianat seperti yang didakwa Balsant, 18.

Abdul Hadi berkata hasil laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat pascakabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang tadi.

Berikutan itu katanya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Bandar Baru, Kedah dan berharap tidak ada lagi pihak cuba membuat spekulasi berhubung kes tersebut.

Semalam, Balsant yang tinggal di Jalan Gurdwara, Ipoh mendakwa sebahagian rambutnya digunting tanpa disedarinya pada Ahad lepas ketika dia dan 10 pelatih lain sedang tidur di kem tersebut.

Dia yang menyimpan rambut sepanjang satu meter sejak lahir mendakwa rambutnya digunting sepanjang 60 sentimeter.

‘Himpunan Menjunjung Kasih’, bukti rakyat Selangor komited

Posted: 19 Jan 2011 06:15 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan -Perarakan 'Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat Selangor Bersama Tuanku' Jumaat ini, bakal menunjukkan betapa rakyat Selangor komited bersama Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula kuasa lantikan pegawai eksekutif atau 'ex-officio' iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dianjurkan Kelab Penyokong Pakatan Rakyat dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Selangor, Himpunan ini menyokong peranan Raja Berpelembagaan dan mempertahankan kuasa DiRaja yang sebelum ini diragut pada tahun 1993.

Wakil himpunan ini, Abu Bakar Shaari Husin, Ketua Kampung Pandamaran Jaya berkata, rakyat Selangor menyatakan ikrar taat setia kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Bahawa kami rakyat Selangor berusaha sedaya upaya kami mempertahankan Institusi Raja dan berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi Raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan," katanya.

Himpunan ini bakal diadakan di Masjid Jamek Sultan Sulaiman di Kampung Jawa Klang, bertujuan menghantar memorandum sokongan kepada Baginda Sultan dengan satu perarakan ke Istana Alam Shah.

Penganjur mengumpulkan ketua JKKK dan berharap orang ramai yang berkesempatan boleh turut serta dalam himpunan ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut serta dalam sidang media di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini menyatakan betapa UMNO seharusnya melihat Himpunan ini sebagai 'cue' untuk turut serta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Isnin depan bagi meminda Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

ADUN UMNO Selangor sebelum ini diberitakan akan memulau sidang tergempar ini.

"Kita harap melalui program ini ianya boleh mendorong UMNO khususnya untuk hadir juga dalam DUN 24 Januari ini kerana mereka melihat rakyat Melayu yang dakwanya didukung mereka (UMNO) ingin melihat Institusi Raja dipertahan. Maka mereka harus hadir dalam sidang DUN untuk beri sokongan terhadap pindaan yang dilakukan pada hari tersebut," katanya.

Menurut Khalid, himpunan ini digerakkan bagi menunjukkan secara praktikal pegangan Pakatan Rakyat yang didakwa UMNO tidak menghormati Sultan malah cuba menggulingkan Institusi DiRaja adalah salah sama sekali.

"Perkara ini sebenarnya sudah banyak dinyatakan dan diulang berkali-kali tetapi oleh kerana masih lagi digunakan dalam perbalahan politik dan strategi politik murahan BN dalam masyarakat maka kita anjurkan secara praktikal," katanya lagi.

Mayat pramugari tiba di KLIA

Posted: 19 Jan 2011 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Mayat pramugari Penerbangan Malaysia, Chin Swee Len, yang ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam, Belanda, tiba di tanah air di sini pagi tadi.

Jurucakap Penerbangan Malaysia mengesahkan mayat itu tiba pada pukul 6.15 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Mayat mendiang kemudian dibawa oleh suaminya ke Pusat Xiao En di Cheras pada pukul 7 pagi sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Taman Oakland, Seremban, pada pukul 12.30 tengah hari.

Dalam kejadian pada 14 Januari itu, Chin, 34, ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam oleh pelanggan hotel pada 9 pagi. — Bernama

Dalang nota ugutan terhadap MP Serdang, dikecam pimpinan PR

Posted: 19 Jan 2011 05:45 AM PST

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/CCTV-TEO-300x225.jpg


SHAH ALAM, 19 Jan -Tindakan meletakkan nota berbaur ugutan dan menggantung seekor ayam berlumuran darah yang ditujukan kepada ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertujuan mengembalikan ingatan rakyat terhadap beberapa insiden melibatkan wakil rakyat itu.

Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, perkara paling sensitif untuk semua kaum adalah isu agama dan itu dijadikan modal pihak tertentu untuk melaga-lagakan masyarakat di negara ini.

Lantaran itu katanya, satu rancangan teliti dibuat untuk membakar sentimen perkauman.

" Isu agama ini yang paling mudah untuk mengapi-apikan orang. Jadi orang-orang yang ada tujuan dan berniat jahat ini akan terus memutar belit, terus menggunakan isu ini kecuali mereka terpaksa terus mencari pelbagai taktik dari hari ke hari supaya isu ini dapat terus dimainkan di surat khabar," ujar Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah kepada Selangorkini.

Pagi tadi, pembantu Nie ching, Chen Fan Dao dikejutkan dengan sekeping nota dan seekor ayam yang masih berdarah digantung di luar pejabat pusat khidmat DAP, di Sungai Chua, Kajang.

Nie Ching sebelum ini dikecam hebat oleh media milikan Umno-Barisan Nasional terutama Utusan dan Tv3 kerana isu memasuki surau dan berpakaian sukan ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

" Kalau ahli parlimen Serdang itu masuk ke kawasan masjid dengan pakai seluar pendek itu lain cerita lah. Dia memakai pakaian menjolok mata misalnya. Saya rasa dia berpakaian sopan. Jadi apa masalahnya?," kata Jonah lagi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memberi amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan "jihad" dalam nota amaran kepada Nie Ching.

Katanya, tindakan pihak yang mengugut Nie Ching sambil menggelarkan diri sebagai "tentara jihad" adalah tidak bersesuaian dengan tindakan yang dilakukan.

"Orang yang berjihad tidak akan melakukan perkara begini. Dia tidak perlu untuk menakutkan seseorang wanita yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat yang sah dan ini bukan cara untuk berjihat.

"Kalau kita ada sesuatu yang kita tidak puas hati, maka carilah cara yang diplomatik, cara runding meja bulat untuk kita luahkan perasaan. Tapi perbuatan sebegini adalah terbalik apa yang dikatakan perbuatan jihad itu.

"Bagi yang bukan Muslim saya memohon maaf kerana perkataan ini, dan bagi yang Muslim, awas jangan gunakan perkataan jihad sesuka hati," ujar beliau.

Dalam kejadian kira-kira 2.00 pagi semalam, dua lelaki tidak dikenali melakukan perbuatan itu tanpa menyedari adegan mereka dirakam oleh lensa kamera litar tertutup di kedai bersebelahan pejabat tersebut.

Kejadian tersebut telah pun dilaporkan di balai polis daerah Kajang jam 11.45 pagi tadi.

Sementara itu, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok menyeru pihak yang berwajib segera menjalankan siasatan kerana ia adalah perbuatan jenayah.

"Saya berpendapat pengantungan ayam yang disembelih di pejabat YB Teo Nie Ching ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun dan harus dikutuk oleh pengundi di kawasannya kerana ugutan seperti ini sebenarnya tidak membantu dalam apa-apa isu. Ini menunjukkan orang yang berbuat demikian berunsur jenayah.
"Saya ingin menyeru pihak polis menjalankan siasatan terhadap isu ini," katanya.

PKR pecat bekas bendahari Selangor Kottapan

Posted: 19 Jan 2011 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keanggotaan bekas bendahari PKR Selangor K.S. Kottapan berkuatkuasa semalam.

Kotappan berkata beliau menerima surat pemecatan itu kira-kira pukul 7.33 petang semalam menerusi e-mel dari pejabat setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya terima pemecatan itu menerusi satu e-mel dari pejabat setiausaha agung kira-kira pukul 7.33 petang sebaik saya balik dari mengadakan satu sidang akhbar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air oleh ketuanya Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.

Kottapan berkata surat itu menyatakan bahawa dia telah melakukan kesalahan mengikut perkara 29 (1) (2) perlembagaan parti tetapi beliau tidak menjelaskan sebab dipecat.

Beliau juga diberi peluang membuat rayuan dalam tempoh 14 hari tetapi bertegas menolak untuk berbuat demikian.

Semalam beliau mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung soal keadilan yang gagal diamalkan dalam pemilihan parti itu September tahun lepas sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan anggota dan pemimpinnya.

Pada 30 September tahun lepas, Kotappan mendakwa pemilihan PKR cabang Kota Raja, Klang, yang dimenangi exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar tidak sah kerana hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Ditanya mengenai kehadirannya pada majlis hari ini, Kottappan berkata beliau dijemput oleh Zaid dan sudah bersetuju untuk menyertai Kita.

Beliau yakin akan membawa masuk antara 30 dan 40 orang bekas penyokong PKR menyertai Kita. — Bernama

BN umum penolong pegawai daerah Azhar calon Tenang

Posted: 19 Jan 2011 05:00 AM PST

LABIS, 19 Jan — Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang ini.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telah pun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN, pada 17 Disember tahun lepas. Penamaan calon pula ialah Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. — Bernama

Wartawan digantung tetap pikul 'tugasan'

Posted: 19 Jan 2011 04:45 AM PST

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari tetap meneruskan tugas biasanya sebagai wartawan walaupun digantung kerja oleh majikannya Utusan Melayu (M) Bhd.

NONEMengotakan janjinya untuk menjalankan 'tugasan', beliau pagi tadi muncul di majlis pelancararan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) di Pusat Konvensyen Sime Darby di ibu negara.

Di balik bisik-bisik tentang kehadirannya (penganjur menyebut namanya dalam kenyataan akhbar), Hata duduk di penjuru dewan bersama pemberita lain yang bertugas.

Beliau seperti biasa kelihatan mesra dan riang dengan teman seanggkatan. Sebahagian dari mereka menepuk bahunya tanda sokongan pada pemimpin kesatuan itu.

"Tugas mesti dilakukan. Wartawan tidak pernah berhenti daripada kerjanya," kata wartawan kanan Utusan Malaysia itu kepada Malaysiakini.

NONEWalaupun 'tugasan' itu yang pertama baginya selepas digantung minggu lalu, ia bukan yang terakhir baginya.

"Saya kini boleh hadir ke mana-mana tugasan sekarang. Saya mahu buat liputan program perdana menteri. Kenapa tidak? Saya akan daftar sebagai wartawan Utusan," katanya.

Dalam organisasi berita, biasanya editor akan memberikan tugas kepada pemberian untuk liputan acara atau sidang media. Tetapi dalam kes Hata, beliau memberikan tugas kepada dirinya sendiri.

Jika tiada tugasan, Hata akan kembali duduk di kerusi dan meja plastik kecil di depan ibu pejabat Utusan yang dianggap sebagai 'pejabat' barunya.

Walaupun menghadapi masalah dengan majikannya, Hata juga menunjukkan bahawa hatinya begitu dekat dengan dunia kewartawanan.

"Kewartawanan ada dalam hari saya. Saya akan terus menjadi wartawan. Tetapi mungkin juga, dalam masa sama menjual nasi lemak atau buka kafe dengan makanan tertentu," katanya.

Kerusi Pelabuhan Klang kosong, SPR tunggu notis Speaker

Posted: 19 Jan 2011 04:30 AM PST

Oleh Shannon Teoh dan G Manimaran


SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong.

Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.

"Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.

"Terlalu awal untuk membuat spekulasi," kata beliau lagi.

"Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang," katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.

Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan.

Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.

"Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif," kata Badrul Hisham.

"Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri," katanya.

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam

Posted: 19 Jan 2011 04:15 AM PST

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

NONE"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'.

MB : Sambutan Thaipusam petunjuk kemajmukan masyarakat mesti disantuni

Posted: 19 Jan 2011 04:00 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan – Sambutan Thaipusam adalah satu lagi petunjuk kemajmukan masyarakat Malaysia yang mesti disantuni oleh semua, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Thaipusam yang disambut esok.

Kata Tan Sri Khalid lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan terus sedaya upaya menyantuni kepelbagaian ini.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada para penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Tahun ini secara tradisinya sambutan ini dibuat di Batu Caves yang dimasukkan sebagai satu daripada 10 ikon pelancongan negeri Selangor," katanya.

Menurut Tan Sri Khalid lagi sambutan Thaipusam ini adalah satu lagi petunjuk kemajmukan masyarakat Malaysia yang mesti disantuni oleh semua. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan terus sedaya upaya menyantuni kepelbagaian ini.

Dalam tahun 2010 sahaja sebanyak Kerajaan Negeri telah habis membelanjakan seluruh RM 3 juta untuk membaik pulih serta membiayai upacara sembahyang.

"Kebanyakan peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk kuil-kuil hindu. Selain itu, Jawatankuasa Rumah Ibadat untuk agama dan kepercayaan selain Islam telah meluluskan 103 permohonan tanah untuk rumah ibadat, daripadanya 56 adalah Kuil hindu," katanya lagi.

Tan Sri Khalid berkata lagi, selain bantuan khusus kepada rumah ibadat, bantuan kepada masyarakat India juga diberikan dalam bentuk kemudahan di sekolah Tamil yang berjumlah RM4 juta serta untuk anak-anak pekerja ladang yang berpotensi untuk mendapat pendidikan lanjutan di Kolej Teknik INPENS, milik kerajaan negeri.

"Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa kerukunan hidup bermasyarakat perlu dipelihara dan dipertahankan. Bantuan dan kerjasama dengan masyarakat India akan terus diberikan mengikut kemampuan. Sesungguhnya perbezaan yang ada itu lumrah dan mesti disantuni dengan baik," katanya lagi.

Selangor says Teo note a perversion of ‘jihad’

Posted: 19 Jan 2011 03:30 AM PST

By Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, Jan 19 – The Selangor government has condemned the threat made against Serdang DAP MP Teo Nie Ching as "irresponsible."

State executive councillor Dr Halimah Ali said today that the use of the term "jihad" in a threatening note was a perversion of the Islamic concept.

"There has been a misuse, perversion of the word "jihad" ... Jihad does not mean scaring a female elected representative with threatening notes and a dead chicken.

"There are more diplomatic ways to express yourself, this is not jihad ... as a Muslim, I apologise to all non-Muslims over this matter," said Halimah.

A threatening note and a dead chicken were found on a metal door outside Teo's Kajang service centre early today, and is believed to be linked to her recent mosque visit controversy.

The first-term DAP lawmaker was accused of disrespecting Islam by wearing tight-fitting clothes and not covering her "aurat" during an aerobics exercise programme with the Muslim community at a mosque in her constituency last month.

The note reads: "Ingat!!! Ini satu peringatan Teo nie ching. Tentera Jihad (Remember!!! This is a reminder Teo Nie Ching. Jihad Army)".

A freshly-slaughtered chicken with feathers, whose blood dripped onto the tiled floor, was also left hanging from a makeshift wire-hook on the door.

"What was done was uncivilised, and should be criticised by all constituents."

"The act is criminal," said another state executive councillor Teresa Kok.

Gobalakrishnan calls Zaid’s Kita ‘beautiful’ but stays in PKR

Posted: 19 Jan 2011 03:00 AM PST

By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Jan 19 – Renegade MP N. Gobalakrishnan pledged his support for Datuk Zaid Ibrahim's Kita today, calling him a "beautiful man", but insisted on remaining a PKR member.

"This is a beautiful party launched by a beautiful man," Gobalakrishnan said when cornered by reporters this morning.

The Padang Serai MP was seen seated with Zaid, who recently resigned from PKR, during the latter's glitzy launch of Kita, his new political platform, at the Sime Darby Convention Center here.

Also present at the function were other significant personalities like PPP president Datuk M. Kayveas, former PKR secretary-general Salehuddin Hashim and representatives from Sarawak's SNAP, Sabah's SAPP, Parti Cinta Malaysia, PAS, PKR and DAP.

But despite his presence, Gobalakrishnan brushed aside talk that he would soon join Kita although he presently faces the likelihood of disciplinary action by PKR.

"I am still a member of PKR. Nobody can just throw me out from PKR like that. I was in PKR even when (PKR de facto leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim was rotting in jail.

"They can try to throw out leaders but I will still fight. I will cross the bridge when I get there," he told reporters at the function.

Kita, or Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, is still formally recognised by the Registrar of Societies as the Kelantan-based Akim, or Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), which does not permit non-Muslim membership.

Gobalakrishnan also said he refused to respond to the show-cause letter he received from the PKR leadership earlier this month, which demanded an explanation for his recent criticisms of top leaders.

This, he said, was due to shoddy work by party secretary-general Saifuddin Nasution.

"They sent me a letter dated January 10, informing me that they have decided to allow me an additional seven days to respond to the show-cause letter, beginning from the date in the notice itself.

"But I received the letter on January 17, which means I have no time to respond. He should learn how to do a secretary-general's work," said Gobalakrishnan.

But he insisted that despite his refusal to respond, the party had no legal right to summarily expel him without going through the due process of inquiry.

"I won't be fired and they cannot fire me. Because we have laws so how can they just sack me?

"Anwar is not God-sent and he is not God. He is just another ordinary member of PKR," he said.

When pressed to answer if he planned of joining Kita should PKR expel him, Gobalakrishnan insisted that he was still in PKR.

He, however, admitted to agreeing with Kita's ideals and plans for transformation in the country and offered his support for the new party and its leaders.

He also sang praises for Zaid, pointing out that the latter was a man of principle who never backtracked on his words.

"What he says is true and I know that many consider him a loose canon but he never reneges on his words.

"He always sticks to what he says, he is a good politician and leader and I wish him the best," he said.

Gobalakrishnan claimed that everyone should be attracted to Kita's ideology, even Anwar himself.

"I think everyone is attracted to Kita, including you and me.

"Even Anwar, I am sure, is very attracted because he never practises what he preaches so when he sees this, he will realise the error of his ways," he said.

Usah pertikai pelantikan Abu Bakar sebagai Hakim Syarie Kelantan

Posted: 19 Jan 2011 02:30 AM PST

KOTA BAHARU, 19 Jan — Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad mengingatkan pihak tertentu jangan mempertikaikan pelantikan Abu Bakar Abdullah Kutty sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia telah diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

"Tidak ada pihak yang boleh mempersoalkan keputusan yang dibuat kerana pelantikan itu dibuat berdasarkan syarat-syarat perjawatan dalam SPN dan diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas bantahan Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan terhadap pelantikan itu dengan alasan Abu Bakar tidak mempunyai pengalaman sebagai hakim sebelum ini.

Penyelaras persatuan itu, Che Rosmah Mohd Zain berkata, pihaknya meminta agar calon yang dicadangkan persatuan itu iaitu Hakim Mahkamah Rendah Syariah sekarang, Che Hashim Deraman, dilantik bagi mengisi kekosongan itu.

Daud berkata pengalaman sebagai hakim di mana-mana mahkamah bukan menjadi syarat pelantikan sebagai hakim kerana jawatan Abu Bakar sebelum ini sebagai Ketua Pendakwa dan Ketua Pendaftar setaraf dengan kedudukan seorang Hakim Syarie.

Malahan, katanya, mana-mana penjawat awam yang dilantik sebagai pegawai syarie di Kelantan layak menjadi hakim mana-mana mahkamah walaupun tidak pernah menjadi hakim.

"Jadi tidak timbul soal beliau (Abu Bakar) tidak layak menjadi hakim Mahkamah Tinggi kerana tidak pernah memegang jawatan hakim mana-mana mahkamah.

Ini kerana kedudukan pegawai syarie adalah setaraf dengan hakim kerana ia terletak di bawah Jabatan Kehakiman yang baru diwujudkan di Kelantan," katanya.

Daud berkata kemungkinan pihak yang mempertikaikan keputusan SPN itu tidak faham mengenai kedudukan perjawatan pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun ada antara mereka adalah peguam syarie.

Katanya beliau menerima surat bantahan yang disampaikan wakil persatuan itu pada 16 Jan lepas, tarikh yang sama dengan penguatkuasaan pelantikan Abu Bakar sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan menggantikan Mohd Yusoff Awang kerana tamat kontrak.

Menurutnya Abu Bakar kini mengikuti kursus di Riyadh, Arab Saudi, dalam bidang kehakiman sebelum memulakan tugas rasmi tidak lama lagi.

Beliau menafikan kenyataan persatuan itu bahawa 300 kes tertunggak di Mahkamah Syariah kerana kekurangan hakim untuk mengendalikan kes di mahkamah itu.

"Saya hairan dari mana angka kes tertunggak itu diambil sedangkan Jabatan Kehakimanan Syariah tidak mempunyai rekod itu," katanya. — Bernama

MB Selangor: Kuasa 1993 dipulih, syor pindaan dapat perkenan Sultan

Posted: 19 Jan 2011 02:00 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, 19 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari ini.

Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dan menerima perkenan baginda.

Menteri Besar (gambar) berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.

"Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Isu MPSJ: Pemimpin sabotaj Pakatan perlu ‘dihukum’, kata Khalid

Posted: 19 Jan 2011 01:30 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

SHAH ALAM, 19 Jan — Khalid Samad menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadap pemimpin dan individu yang dilihat sebagai punca di sebalik isu kontroversi larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) — tindakan yang dilihat mensabotaj gabungan tiga parti itu.

Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian sambil merujuk keputusan MPSJ yang menguatkuasakan larangan Muslim bekerja di premis-premis yang menjual minuman keras kerana pihaknya tidak pernah mempersoalkan undang-undang Syariah.

Khalid berkata kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang "membelakangi" keputusan yang dibuat MPSJ itu.

"Parti kena ambil tindakan, di MPSJ kena teliti siapa yang timbulkan? Kenapa buat macam itu? Parti kena teliti.

"Kena kenal pasti macam mana timbul isu macam ini," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.

Menurut Khalid, kontroversi yang ditimbulkan termasuk isu arak di Selangor adalah satu perbuatan sabotaj yang dilakukan pihak tertentu.

"Parti mesti mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertindak bersendirian dalam membuat keputusan, orang macam ini parti kena ambil tindakan.

"Orang-orang macam ini boleh menimbulkan masalah, ia adalah satu perbuatan sabotaj.

"Kerajaan negeri perlu bertindak kepada sesiapa sahaja yang buat macam ini, yang menimbulkan masalah dan mahu menjejaskan Pakatan Rakyat. Kena ambil tindakan yang akan mendisiplin orang macam ini," katanya.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga berkata, segala keputusan yang mahu dibuat perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

"Dalam Pakatan Rakyat tiada 'big brother', apa-apa keputusan yang dibuat perlu berbincang terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri perlu selesaikan setiap isu di peringkat negeri sebelum kemukakan kepada masyarakat.

"Kita bukan lagi pembangkang (di Selangor), kita perlu selesaikan masalah, kita perlu tahu macam mana nak selesaikan masalah," katanya.

Awal minggu lalu dilaporkan bahawa MPSJ telah memutuskan untuk mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan premis yang melanggar enakmen itu, tetapi Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu kemudian mengarahkan agar keputusan itu ditarik balik.

Ekoran keputusan itu, kerajaan negeri Selangor berbelah bahagi dalam isu tersebut memandangkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor tidak bersetuju dengan arahan Liu.

Hasan bertanggungjawab ke atas soal agama Islam manakala Liu pula pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menarik balik keputusan MPSJ sementara kajian susulan dikendalikan.

Kelmarin, Khalid berkata, tiada undang-undang yang melarang orang Islam bekerja di premis hiburan sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan di Selangor, sebaliknya ia hanyalah garis panduan dan peringatan yang dimulakan sejak tahun lepas.

Beliau berkata, garis panduan dan peringatan itu sebagai nasihat kepada pemilik premis hiburan yang beroperasi di Selangor supaya menghormati permintaan kerajaan negeri untuk tidak mengambil pekerja di kalangan orang Islam.

Speaker Selangor umum kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Posted: 19 Jan 2011 01:10 AM PST

Oleh Shannon Teoh


SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah tidak hadir sidang selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, ia dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Teo Nie Ching terima nota ugutan

Posted: 19 Jan 2011 12:30 AM PST

KAJANG, 19 Jan – Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya, lapor Harakahdaily.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao memberitahu, beliau yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

KITA Sekular

Posted: 19 Jan 2011 12:00 AM PST

Ketua parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau percaya parti itu akan dapat menarik sokongan masyarakat Islam dengan pendekatan sekular yang diambil parti itu.

Katanya, ini memandangkan parti itu tidak berselindung dalam menyatakan pendirian sekular dalam menangani isu-isu antara kaum dan agama.

"Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut," katanya.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan menetapkan Malaysia sebagai negara sekular, berbeza dengan negara seperti Iran yang dipimpin oleh ketua agama.

"Kita tak mahu negara seperti itu. Kita mahu wakil rakyat yang menentukan dasar, itu makna sekular," katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas melancarkan parti KITA secara rasmi hari ini.

Berterus terang

Tambahnya, pendekatan yang diambil KITA juga berbeza dengan BN mahupun PAS dengan berterus terang mengenai pendirian sekular parti itu.

"Masalah politik negara kita, kita tak berterus terang dengan rakyat. BN pun kata (Malaysia) negara Islam, PAS pun kata dia (sokong negara) Islam tapi sokong perlembagaan, jadi macam mana?

"Perlembagaan kita sekular. Kalau kita sokong perlembagaan, bermaksud menyokong institusi sekular.

"Cuma, saya berterus-terang. Mereka tidak, itu saja bezanya," katanya lagi.

Tambahnya, anggota parti itu, yang dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia, tidak akan merasa "tersisih atau tersinggung" sekiranya mereka faham maksud sekularisme itu.

Zaid dalam ucapannya terdahulu berkata, isu-isu melibatkan perundangan Islam akan dapat diselesaikan sekiranya perlembagaan persekutuan dijadikan "prinsip pemandu" parti itu.

Katanya, isu berkenaan termasuk masalah berkaitan rumah ibadat dan konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.

"Islam juga akan terus dihormati sekiranya perlembagaan persekutuan dijadikan undang-undang tertinggi.

"Negara ini diasaskan sebagai negara demokrasi berperlembagaan yang sekular dengan Islam sebagai agama rasmi, maka ia harus kekal sebegitu.

Nilai kemanusiaan

"Untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam sebuah negara berbilang agama, kepercayaan agama tidak boleh menentukan dasar awam melampaui nilai-nilai kemanusian yang diterima umum.

"Jika kita memilih untuk mengabaikan prinsip ini, kita yang akan musnah," katanya lagi dalam ucapan itu.

Tiada ulasan: