Selasa, 4 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Selamat Pagi. Mana Ismail Sabri?

Posted: 04 Jan 2011 03:01 PM PST

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

mana mail sabri? jangan percaya apa yang menteri umno laknat cakap

Harimau Malaya: Ada apa dalam nama?

Posted: 04 Jan 2011 08:30 AM PST

Faisal Mustaffa


Saya mengakui bukanlah peminat bolasepak tegar sungguhpun sekitar hujung 90-an di mana saya sering ke Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan bolasepak pro*.

Mungkin ulasan ini tidak melibatkan secara teknikal perlawanan bolasepak yang mengkhususkan kepada perlawanan akhir Liga Suzuki AFF 2010 baru-baru ini, terutama sekali di antara Malaysia-Indonesia tetapi secara politiknya kemenangan Malaysia yang sememangnya sudah kehausan di kalangan peminat-peminat sukan bolasepak.

Sejak bolasepak dinaikkan taraf kepada pro (selepas 1994), prestasi sukan ini tidak nampak peningkatan. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal bersama Sultan Ahmad Shah.

Presiden FAM dikatakan gagal dalam perkhidmatan beliau selama 25 tahun menerajui sukan popular ini. Di dalam satu lagi kumpulan di dalam laman sosial Facebook yang mendesak presiden FAM letak jawatan, mereka menuntut Sultan Ahmad Shah letak jawatan dan mahukan FAM merombak sistem bolasepak Malaysia ke arah satu industri yang menguntungkan semua pihak.

Laman yang diwujudkan sejak Disember 14, 2009 kini sudah mempunyai keahlian seramai 19,858 penyokong setakat hari ini (Januari 4).

Apabila melihatkan puluhan ribu peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan Malaysia, dan seterusnya mengembalikan kegemilangan bolsepak negara, maka bersuaralah ahli-ahli politik.

Kumunduran berpunca daripada politik

Di dalam salah satu laman sosial Facebook lain, didirikan kumpulan yang menuntut agar sukan bolasepak diselamatkan dari pengaruh kerabat raja dan ahli politik.

Kumpulan bertajuk 'Selamatkan Persatuan Sukan di Malaysia (dari Kerabat Raja dan Ahli Politik)' menuduh kerabat raja dan ahli politik sebagai punca prestasi sukan di negara ini tidak meningkat. Atau sukar untuk melihat peningkatannya, apapun ulasan mengenai usaha peningkatan tidak diliput di dada media.

Keseriusan mereka hanya dilihat di dalam media apabila kemenangan berpihak kepada mereka.

Sesungguhnya Malaysia mempunyai prestasi untuk bergerak maju atas sejarah pencapaian sebelum ini. Malaysia pernah menjadi antara pasukan terbaik Asia. Malah, hoki negara pada satu ketika dahulu pernah melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki.

Di Eropah, contohnya, Michel Platini bekas pemain bolasepak terkemuka di Perancis, bukan sahaja bekas pemain yang dihormati malah pernah juga menjadi pengerusi persatuan bolasepak Perancis (FFF) dan kini menjadi Presiden EUFA.

Penglibatan badan korporat

Usaha Kementerian dalam melibatkan golongan korporat dalam menyumbang kepada industri sukan amat baik seperti Tabung Akujanji ganjaran Piala Suzuki AFF 2010 yang kini sudahpun mencecah puluhan ribu tetapi sering usaha-usaha tersebut menjadi 'tahi ayam.'

Pada 1998, syarikat Coca-Cola pernah menaja seorang atlit muda Titus James Palani yang berpotensi besar untuk mengikuti latihan di akademi bolasepak La Harve di Peranchis. Harapan negara, apabila pulang nanti, beliau akan berkhidmat dalam bersama-sama menyumbang dalam mengharumkan nama negara.

Kini Titus sudah berusia 24 tahun dan menjadi penyerang untuk kelab bolasepak Villenoy di Peranchis. Beliau kini bersenang-lenang bersama isteri Slyvaine Wairin dan kelabnya sekarang. Kalau hendak dikirakan bakatnya, Titus memang seorang atlit yang berprestasi.

|Namun beliau juga boleh dikategorikan dalam 'brain drain' rakyat Malaysia yang enggan pulang ke negara asal.

Dengan kerjasama Telekom Malaysia, AirAsia dan TV3, wujudlah satu pencarian bakat baru lagi – dalam usaha yang sama untuk menaikkan martabat sukan bolasepak negara. MyTeam memberikan ganjaran latihan ke Eropah dan pengalaman bermain dengan pasukan Manchester United. Di manakah para peserta tersebut itu sekarang?

Harimau Malaya

Salah satu subspesis harimau di bumi ini ialah Harimau Malaya dan haiwan tersebut menjadi mascot kepada pasukan bolasepak yang mewakili negara di dalam Piala Suzuki AFF 2010.

Maka, bersuaralah kumpulan-kumpulan lain yang mahukan suara mereka kedengaran yang kononnya tidak menyenangi dengan penggunaan perkataan 'Malaya' yang tidak melambangkan nasionalisme.

Jahid Ibrahim, pembantu Menteri Belia dan Sukan yang juga ketua pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata bahawa gelaran 'Harimau Malaya' yang dirujuk kepada skuad itu patut digantikan dengan 'Harimau Malaysia'.

Jahid berkata, "Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan."

Persoalannya, apa kena mengena Harimau Malaya dengan 1Malaysia? Dan dengan kemenangan ini, adakah kita akan menukarkan subspesis Harimau Malaya di dalam enskilopedia sains kepada Harimau Malaysia juga?

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar 'Azkal' yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada pihak pun yang mempertikaikan walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar 'Garuda' dan walaupun ianya haiwan mitos tetap tidak menjadi masalah. Singapura pula dinamakan 'The Lions'.

Manakala Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia', bukannya 'Lions of Iraq'. Bagi Tunisia pula, mereka menggelar pasukannya dengan nama 'Les Aigles de Carthage' (Helang Carthage) walaupun tamadun Carthage itu sudah beribu tahun terkubur.

* Sebelum itu, liga bolasepak kita dikenali sebagai liga bolasepak semi-pro.

SAMM buat laporan polis berhubung menteri rogol amah

Posted: 04 Jan 2011 08:00 AM PST

SHAH ALAM, 4 Jan - Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .

Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.

Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai bukti yang mengaitkan menteri terbabit dan mendesak agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Terdapat dokumen yang mengaitkan beliau, jadi demi keadilan kepada mangsa dan menteri tersebut, polis harus tampil jalankan siasatan.

"Kedua, Najib (PM) perlu nyatakan pendirian tegas dalam hal ini dan rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu kalau tidak jangan marah jika orang Indonesia berkumpul dan menyerang identiti negara kerana sekali lagi rakyat Indonesia diperlakukan sebegitu, tanpa pembelaan. Malah diberi perlindungan dan keistimewaan kepada penjenayah itu," katanya.

Beliau menyifatkan pihak berkuasa dilihat sengaja menutup mata mengenai kes ini apabila ia mengaitkan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Perkara ini lebih kritikal apabila esok kita akan maklumkan dan dedahkan isyarat dari pada keluarga mangsa mereka dalam ketakutan dan kalau boleh jangan dedahkan identiti mangsa kerana mereka takut 'diAltantyuakan'. Malaysia punya rekod yang terpalit sebegini dan merugikan negara," jelasnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Sebelum ini isu yang tersorok selama tiga tahun muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia didedah oleh laman WikiLeaks.

Kejadian rogol ini ddakwa berlaku semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa yang disiarkan di beberapa blog dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia."

"Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat adik perempuan mangsa.

Bunuh Pengkritik Sultan, Satu Cadangan Yang Hina

Posted: 04 Jan 2011 07:30 AM PST

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan 'Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada 'Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Isu SUK: MB bagi taklimat kepada Adun Pakatan

Posted: 04 Jan 2011 07:00 AM PST

SHAH ALAM, 4 Jan - Dalam pada itu Tan Sri Abdul Khalid petang tadi memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu perlantikan Datuk Khusrin oleh Putrajaya.

Taklimat itu juga bertumpu kepada hasil pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri akan membuat persiapan rapi untuk membentangkan usul bagi memulihkan kuasa Sultan dan menteri besar bersabit perlantikn SUK dan Pegawai Kewangan serta Penasihat Undang-undang Negeri.

"Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat sebelum minggu keempat bulan ini.

"Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan bagi berbincang semula berhubung pelantikan SUK negeri Selangor.

"Kita juga ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep bahawa Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa dalam pelantikan jawatan negeri"

Khalid berkata beliau menggunakan mesyuarat hari ini untuk menjelaskan secara terperinchi hak-hak kerajaan negeri yang telah diabaikan dengan sewenang-wenangnya oleh Putrajaya.

Beliau juga memberitahu para adun mengenai nasihat sultan atas keperluan untuk mengadakan perbicangana dengan suruhanjaya perkhimdatan awam bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Khusrin.

Pindaan untuk kembalikan kuasa Sultan uji kesetiaan Adun Umno-BN

Posted: 04 Jan 2011 06:30 AM PST

SHAH ALAM 4 Jan – Cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bakal menguji kesetiaan para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap istana.

Pindaan yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor (DNS), bermakna sokongan Adun BN adalah perlu bagi memulihkan kuasa Sultan yang ditarik balik oleh pemerintah ketika krisis perlembagaan pada tahun 1993.

Pakatan mempunyai 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, kurang tiga untuk majoriti dua pertiga.

Pindaan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan bertujuan mengembalikan kuasa perlantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pindaan itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah Putrajaya memulau kerajaan negeri dan melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK, berkuatkuasa 1 Januari.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamad Sidek Hassan mendakwa, Sultan Selangor memperkenan perlantikan itu walaupun ia dibuat tanpa sebarang rujukan atau perbincangan dengan kerajaan negeri.

Namun dalam pertemuan dengan Tan Sri Khalid semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan, baginda tidak ada kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Khusrin.

Ini kerana kuasa yang ada pada Istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan kerajaan negeri ditarik balik oleh Umno-BN pada tahun 1993 bagi menambah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Speaker DNS, Datuk Teng Cheng Khim yakin, Adun-Adun Umno-BN tidak akan bermasalah untuk memberikan sokongan kepada usul pindaan bagi memperkukuhkan kuasa Sultan.

"Saya akan meluluskan pindaan itu jika ia mendapat persetujuan dua pertiga ahli dewan. Kita tidak boleh menganggap ini tidak akan berlaku kerana Menteri Besar boleh menyakinkan beberapa Adun pembangkang(BN) untuk memberi sokongan," beritahu beliau pada sidang akhbar.

Menjawab soal wartawan, Teng berkata, pindaan itu boleh dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011 jika usul berkenaan dibentangkan sedemikian.

Jika ini berlaku, maka pelantikan Khusrin mungkin tidak sah kerana melanggar pindaan baru yang berkuat kuasa itu.

Teng berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan negeri untuk mengadakan sidang tergempar bagi membentangkan usul pindaan yang diumumkankan oleh Khalid semalam.

Namun beliau menjelaskan bahawa sidang Dun boleh dipanggil pada bila-bila masa jika Speaker berpuas hati atas keperluannya.

Pemimpin seronok berkahwin, rakyat dibaham buaya!

Posted: 04 Jan 2011 06:00 AM PST

Posted on 4th JAN 2010
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sekiranya kamu bersyukur di atas segala nikmat yang telah Aku kurniakan, nescaya Aku akan menambah lagi nikmat-Ku itu. Sebaliknya andai kata engkau kufur terhadap nikmat-Ku, ingatlah sesungguhnya seksaan-Ku teramatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
***

KETIKA membelek akhbar Utusqn Meloya baru-baru ini, saya diserang satu perasaan aneh ketika menatap salah satu muka suratnya. Ini kerana di bahagian atas ada laporan dan gambar pemimpin sebuah negeri mengahwini seorang gadis Arab manakala di bawahnya dipaparkan berita seorang imam di negerinya dibaham buaya ketika menjala udang.

Alangkah hebat dan ke depannya pemikiran editor dan petugas akhbar ini; dua situasi berbeza dapat diletakkan sebelah menyebelah (dalam kes ini di atas dan di bawah), lantas membolehkan pembaca yang berfikir (kritis) membuat pelbagai andaian dan tafsiran. Terima kasih sang editor yang berfikiran begitu hebat! 'Bravo' kepada akhbar ini kerana mendedahkan situasi dua derajat pemimpin dan rakyat.

Kini berakhirlah sudah tahun 2010 dan masuklah 2011. Jika ketika musim cuti sekolah yang panjang (November dan Disember), berlangsung banyak perkahwinan (termasuklah perkahwinan pemimpin dengan gadis Arab), bermulanya tahun 2011, banyaklah ibu bapa pening kepala bagi memikirkan wang membiayai persekolahan anak-anak termasuk set kelengkapan ke sekolah seperti pakaian seragam, beg dan kasut. Pemimpin bolehlah tersenyum menikmati kemewahan termasuk kahwin baru tetapi rakyat bersiap sedialah untuk dibaham pelbagai jenis buaya, di daratan dan juga di lautan.

Baru-baru ini buaya-buaya ini telah menaikkan harga barangan keperluan harian – petrol, gas dan gula sedangkan pada pilihan raya kecil Galas ada buaya menyatakan harga minyak RON-95 tidak akan dinaikkan sehinggalah tahun baru. Nampaknya buaya ini berlaku curang, mungkinkah ia daripada jenis yang sama yang membaham imam yang sedang menjala udang itu?

Banyak lagi karenah buaya-buaya daratan ini yang menyusahkan rakyat awam, tetapi mereka bersandiwa kononnya merekalah yang terbaik, mendahulukan kepentingan rakyat sedangkan orang awam makin lama makin susah kehidupannya. Memang betul pendapatan rakyat semakin tinggi tetapi kos kehidupan adalah tersangat tinggi. Jika dulu anak-anak bolehlah dibekalkan dengan wang RM1 sehari ke sekolah, sekarang RM3 pun tidak cukup. Tetapi buaya-buaya daratan (domestik) ini terus memperbodohkan rakyat dengan slogan murahan harga barangan keperluan di negara ini adalah terendah berbanding negara jiran dan negara maju seperti UK atau AS dan juga 'kenaikan ini tidak membebankan rakyat'.

Buaya-buaya jenis lautan pula memperdaya rakyat dengan operasi internasional mereka. Ada yang membabitkan komisen urus niaga kapal selam sehingga RM500 juta, ada yang membawa wang tunai berpikul-pikul ke luar negara dan ada yang membeli hartanah hebat-hebat di luar negara yang dilihat di luar kemampuannya. Mungkin ada buaya yang ada simpanan besar di Swiss Bank dan bank antarabangsa lain sebab kalau setakat menjadi buaya darat yang membina rumah bagaikan istana dalam negeri, mudahlah kena cekup seperti yang menimpa seorang doktor gigi.

Kegiatan pemimpin seperti berbini warga asing ataupun mengambil puteri-puteri raja tentunya memerlukan pembiayaan yang sangat besar. Tentunya mereka banyak duit dan harta, tetapi rakyat tidak kisah itu semua jika jalan ditempuhi (bagi mendapatkan bini dan harta) adalah melalui cara sah. Tetapi yang membengangkan rakyat jika caranya secara haram iaitu dengan melapah hak rakyat, menindas mereka seperti menggunakan taktik licin mengambil alih tanah seterusnya mengusir rakyat daripada penempatan tradisional mereka.

Tidak salah untuk pemimpin untuk berkahwin baru (dalam Islam dibenarkan sehingga empat) tetapi berwaspadalah agar kehidupan mewah yang sedang anda lalui tidak menerbitkan hal yang mengguriskan hati rakyat. Tidakkah anda mendapat iktibar daripada peristwa anda sedang seronok berkahwin sedangkan ada rakyat anda dibaham buaya gara-gara pergi ke sungai dengan tujuan untuk mendapatkan sesuap nasi?

Tentunya anda tidak seronok ketika detik anda gembira bernikah gadis cantik, rakyat dibuai kepiluan, meratap salah seorang anggota keluarga di baham buaya. Sudah semestinya anda tidak mahu rakyat dihadapkan dengan kedua-dua situasi ini secara serentak. Namun nampaknya editor akhbar Utusan Meloya telah merosakkan kegembiraan anda, mereka terlalu bijak dalam dunia persuratkhabaran, mereka meletakkan dua laporan ini beriringan. Mungkin mereka ada motif, hanya mereka yang tahu.

Nampaknya anda sebagai pemimpin dan editor Utusan Meloya merancang tetapi hakikatnya Allah SWT penentunya. Maka ditunjukkan-Nya pemimpin sedang berseronok dengan segala kemewahan dan kemampuannya termasuk berkahwin wanita muda sedangkan rakyat ditunjukkan begitu daif sekali sehingga terpaksa ke sungai yang mengakibatkan dirinya dibaham buaya! Jadi nasihat kepada rakyat, masih tidak sedarkah kita?

[Sumber]

Pakar Perlembagaan sangkal laporan Utusan

Posted: 04 Jan 2011 05:15 AM PST

SHAH ALAM, 4 Jan - Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sama ada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam perlembagaan.

"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke Persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.

Beliau berkata, kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam, yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

"Kalau dah peruntukkan itu dipinda, maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan, khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.

Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.

Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.

Aziz mendakwa, upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan SUK yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

"Anehnya pula, terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku, jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?" Katanya.

Tahniah Rakyat Malaysia! Anda Bertuah Najib Jadi PM!

Posted: 04 Jan 2011 05:00 AM PST

Harga petrol RON97 naik 10 sen
January 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

"Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97," kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

rakyat dah muak dan benci dengan kera jaan umno bn laknat

Dewan Negeri Selangor bersidang hujung bulan ini – MB

Posted: 04 Jan 2011 04:45 AM PST

SHAH ALAM 4 Jan -Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa Dewan Negeri Selangor (DNS) akan bersidang pada hujung bulan ini.

Ujar Menteri Besar Selangor itu, dalam tempoh tersebut kerajaan negeri katanya akan membuat persediaan berhubung pindaan pelantikan tiga jawatan utama yang membabitkan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat sebelum minggu keempat bulan ini.

"Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan bagi berbincang semula berhubung pelantikan SUK negeri Selangor.

"Kita juga ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep bahawa kerajaan negeri juga mempunyai kuasa dalam pelantikan jawatan negeri," ujar beliau.

Tambahnya, surat kepada KSN bagi mengadakan perbincangan berhubung pelantikan itu telah dihantar semalam.

Sebelum itu, Khalid mengadakan perjumpaan dengan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor di Dewan Annex, Shah Alam, petang tadi.

[Wajib Baca Dan Faham] Pertemuan Rahsia Sehari Sebelum Krissmas

Posted: 04 Jan 2011 04:00 AM PST

SULIT DAN ALAT SULIT



APA RAHSIANYA?



RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS

Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam. Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu.

Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.

Disatu tempat yang berasingan - dalam bilik tamu - di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap. Lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.

Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.

'Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,' lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ' ada sesiapa nampak Dia sampai?' Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.

Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ' …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…'

' You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…' Lelaki Peraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.

Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ' kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…' Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.

Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesehatan si Lelaki Tua.

Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.

Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang. Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.

Labon Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi – meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.

Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan. Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.

Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung labon. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.

Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lelaki Parouk bangun dan berkata, ' kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….' Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.

Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, '… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…'

Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ' mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.'

Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.

' Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…' Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.

Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ' kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.'

Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ' menantu I itu okay… ' Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.

Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.

Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ' apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..'

' Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…'

' Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….'

Tetiba Lelaki Botak mencelah, '… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.'( TT)

Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.

Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !

Isu SUK: MB adakan siri pertemuan, cari formula penyelesaian

Posted: 04 Jan 2011 03:30 AM PST

Oleh G Manimaran dan Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini bagi menyelesaikan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

The Malaysian Insider difahamkan beliau mengadakan dua pertemuan penting termasuk bersama pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat antaranya dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

Pertemuan pagi berlangsung sekitar 10 pagi dan satu lagi pada sebelah petang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Teng Chang Khim juga akan mengadakan sidang media berhubung perkembangan semasa tengah hari ini.

Kedua-dua pertemuan membabitkan Menteri Besar itu dijangka akan cuba mencari formula penyelesaian termasuk usaha meminda perlembagaan dan tindakan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak mengiktiraf pelantikan Khusrin.

Malah usaha kerajaan negeri meminda perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga.

Pertemuan ini diadakan sebelum Exco mengadakan mesyuarat mingguan mereka esok.

"Saya diminta hadir satu mesyuarat khas pemimpin-pemimpin kanan dengan Menteri Besar, saya difahamkan ini membabitkan pemimpin kanan PKR, saya belum sampai di bangunan SUK, dan oleh itu, tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain akan hadir sama," kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kepada The Malaysian Insider.

"Setahu saya YB Azmin akan hadir sama," katanya.

Azmin juga merupakan Pengerusi PKR Selangor.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR berkata, satu pertemuan dengan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan diadakan pukul 4 petang ini.

"Pertemuan petang ini membabitkan kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Selangor berhubung isu pelantikan SUK," kata beliau.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengesahkan pertemuan petang ini.

"Ia mengenai isu SUK, kita tunggu dulu hasil mesyuarat petang ini," kata beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR ketika dihubungi.

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid juga mengesahkan pertemuan petang ini yang menurutnya akan memberi peluang kepada wakil rakyat-wakil rakyat mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan semasa selepas Khalid menghadap Sultan Selangor semalam.

"Isu ini jelas di mana kami sudah pun memberikan pandangan agar perlembagaan negeri dipinda dalam soal pelantikan SUK, jadi kami akan mendapatkan penjelasan Menteri Besar mengenai perkembangan semasa," kata beliau.

"Tindakan susulan ialah bagaimana usaha meminda perlembagaan boleh diterjemahkan," kata beliau lagi.

Semalam, Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Khalid berkata dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi semalam, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Khalid mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Pelantikan Khusrin, 54, berkuat kuasa 1 Januari lepas bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang tamat kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin, yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor akan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Khamis ini.

Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

"Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah tuanku, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Menteri Besar itu berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Mohamad Khusrin Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru) tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula memberitahu pertemuan petang ini membabitkan anggota Dewan Rakyat dan Adun Pakatan Rakyat.

"Saya rasa pertemuan ini berkaitan dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Menteri Besar baru berkata datang untuk taklimat hari ini," kata Khalid.

"Kami kemungkinan akan membincangkan situasi semasa dan apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.

Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata, majlis petang ini satu pertemuan tertutup.

"Ia perbincangan dalaman untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat mengenai isu Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selangor kaji pindaan kuat kuasa retrospektif selesai kemelut SUK

Posted: 04 Jan 2011 03:00 AM PST

Oleh Boo Su-Lyn

SHAH ALAM, 4 Jan — Selangor sedang mempertimbangkan pindaan perlembagaan negeri — dengan penguatkuasaan secara retrospektif — bagi membolehkan ia dikuatkuasakan sebelum pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim (gambar) berkata hanya undang-undang jenayah sahaja yang tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif.

Oleh itu kata pindaan itu akan berkuat kuasa mulai satu tarikh sebelum 1 Januari lalu.

"Ia boleh dikuatkuasakan sebelum 1 Januari 2010. Maka, ia akan ada kesan retrospektif," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Isu SUK: PKR Bersyukur Sultan Serah Pada MB

Posted: 04 Jan 2011 02:30 AM PST

Dari Malaysiakini

PKR bersyukur dan menjunjung kasih setingginya kepada Sultan Selangor yang memperkenan menyerahkan kembali urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan menteri besar untuk mencari penyelesaian terbaik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam.

Dr Muhammad Nur berkata, PKR juga menyokong penuh tindakan menteri besar memanggil sidang tergempar DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif – SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang – kepada sultan dan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata PKR yakin ia adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya, kuasa pelantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada 1983 dan 1993 meskipun ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak Umno dan kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada 2008," tegasnya.

Dr Muhammad Nur berkata, krisis itu juga membuktikan, demi meraih kuasa politik, Umno bersedia melakukan apa sahaja meskipun dengan
mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

"Adalah jelas kepada kita bahawa Umno sedang dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya," tambahnya.

Lantaran itu, katanya, demi mengekalkan kuasa, mereka sedia mempergunakan apa jua slogan '1Malaysia', 'Ketuanan Melayu', 'Kedaulatan Raja-Raja' dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya. PKR ingin menjelaskan kembali komitmennya untuk terus menegakkan keadilan berasaskan keluhuran perlembagaaan dan undang-undang negara yang ada dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia umumnya.

Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan PAS

Posted: 04 Jan 2011 02:00 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tuan Abdullah Haji Ahmad Badawi diingatkan agar tidak sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, tetapi lebih baik menumpukan perhatiannya kepada usaha untuk membaiki imej Umno dan BN sendiri yang semakin teruk kini.

Permasalahan yang berlaku dalam BN sendiri, ternyata gagal diselesaikan oleh para pemimpin BN sejak dulu dan ia pasti menjadi bertambah rumit jika para pemimpinnya lebih sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, daripada usaha untuk membaiki parti itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, salah satu contoh jelas termasuklah permasalahan yang berlaku dalam MIC yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri S Samy Velu, tetapi kini ternyata masih gagal ditangani dengan baik oleh para pemimpin BN.

Menurut beliau, jadi tentulah lebih elok jika Pak Lah dan pemimpin Umno BN lain menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti-parti komponennya telebih dahulu untuk membaiki prestasinya, daripada memberikan perhatian kepada Pakatan Rakyat.

"Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Pak Lah. Beliau sepatutnya menjadi ikon dalam BN untuk membaiki parti itu sendiri, bukannya sibuk nak satukan Umno dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, Pak Lah telah berjaya menubuhkan SPRM dan akta-aktanya, tetapi kini beliau tetap gagal memainkan peranan supaya penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak memanfaatkannya dengan baik.

"Jadi, Pak Lah sepatutnya lebih vokal dalam hal untuk memerangi rasuah. Apa makna akta SPRM yang diwujudkan itu jika tidak dilaksanakan?" katanya.

Penubuhan SPRM, katanya, hampir 100 peratus disokong oleh Pakatan Rakyat dan ia pasti akan memberikan manfaat besar kepada rakyat dan negara jika para pemimpin Umno BN memberikan perhatian seris dalam usaha memerangi rasuah di tanah air.

"Tetapi apa yang berlaku, 18 kes berprofil tinggi masih juga belum disiasat hingga sekarang. Orang yang didapati bersalah, masih juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk kabinet.

"Terbaru, orang yang sudah didapati bersalah dan terbabit dengan rasuah, juga turut diberikan tanggungjawab untuk memainkan peranan penting dalam Felda.

"Jadi, di manakah duduknya Pak Lah dalam semua itu? Itulah antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Pak Lah. Jika tidak, sia-sialah usahanya dulu sehingga tertubuhnya SPRM," tegasnya.

Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz

Posted: 04 Jan 2011 01:30 AM PST

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/g_utama/na_hadi_ma.jpg

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/jkr10_tiga.jpg
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.(gambar)

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Jangan kaitkan istana dengan politik

Sementara itu dalam sidang medianya (gambar bawah), Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

"Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,"ujarnya ketika membaca kenyataan media sebentar tadi di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa titah dari Yang Dipertuan Agong.

"Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,"ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

"Majlis tu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,"soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu.


Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Perhimpunan mahasiswa 11 Jan ini

Posted: 04 Jan 2011 01:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Satu perhimpunan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) akan diadakan pada 11 Januari ini sebagai saluran bagi mereka menyuarakan isu serta masalah yang dihadapi.

Wakil penganjur, Lydia Natasha Azuar Jimin, 23, berkata, perhimpunan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 300 mahasiswa dan akan menggunakan pendekatan 'Parlimen Pelajar' dengan setiap masalah yang diperdengarkan kepada hadirin akan cuba diselesaikan setelah satu keputusan dicapai menerusi undian majoriti.

Perhimpunan itu yang akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, bermatlamat memperkasakan gerakan mahasiswa agar lebih berani dan lantang dalam memperjuangkan hak mereka tanpa perlu campur tangan pihak lain, katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

"Kami sudah cukup matang untuk membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian sendiri kepada setiap masalah tanpa melibatkan pihak lain.

"Kami sangat mengalu-alukan suara para mahasiswa pada hari tersebut dan atas semangat solidariti setiap masalah akan cuba atasi," kata mahasiswa jurusan A Level Undang-Undang dari Kolej Universiti Help.

Lydia Natasha Azuar berkata, mahasiswa yang berhasrat menyertai perhimpunan itu boleh mendaftar dan mendapatkan keterangan lanjut di laman web www.pmn2011.com.

-Bernama

Kembali kuasa kepada Sultan, MB langkah tepat- Dr Manuty

Posted: 04 Jan 2011 01:00 AM PST

PETALING JAYA 4 Jan – Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yakin usaha mengembalikan kuasa perlantikan pegawai kanan eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah langkah tepat memulihkan institusi Raja Berperlembagaan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Nur Manuty berkata, KEADILAN menyokong penuh sidang tergempar Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan mengembalikan kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kepada yang berhak.

Umno-Barisan Nasional (BN) secara paksa telah mencabut kuasa perlantikan itu walaupun mendapat bantahan daripada Majlis Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1993.

"KEADILAN berkeyakinan usaha mengambalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif adalah langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat Institusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat (Pakatan).

" KEADILAN merakamkan kesyukuran ke bawah DYMM Sultan Selangor yang telah memberi perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Selangor diancam krisis perlembagaan selepas Kerajaan Pusat melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi secara senyap.

Media melaporkan bahawa pihak istana memperkenankan perlantikan itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa sedemikian ditarik Umno-BN.

"Hakikatnya kuasa perlantikan para pegawai telah dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembangaan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993, meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Umno bersedia memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini," katanya.

Dewan boleh bersidang bila-bila masa – Speaker Selangor

Posted: 04 Jan 2011 12:30 AM PST

SHAH ALAM 4 Jan - Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) boleh diadakan pada bila-bila masa, kata speakernya, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau dalam sidang medianya tengah hari tadi berkata, ia bergantung kepada notis yang akan dihantar oleh representasi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Menurut Peraturan Mesyuarat 10(3), jika dalam masa dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada speaker, bagi kepentingan awam berkehendakan mesyuarat diadakan lebih awal, maka speaker boleh memberitahu lebih awal daripada masa dewan ditangguhkan.

"Kita boleh memanggil dewan bersidang dalam masa 24 jam dan paling cepat, sejam selepas notis dihantar," ujar beliau.

Sidang itu diadakan bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Chang Khim walau bagaimana pun enggan mengulas lanjut berhubung perkara yang bakal dibahas sehingga beliau menerima notis daripada wakil Menteri Besar.

Semalam, dalam pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993, iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku, yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Sultan Selangor turut bertitah mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, Khalid berkata, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau juga mengumumkan tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru, yang dijadualkan 6 Januari ini.

Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Posted: 03 Jan 2011 11:57 PM PST

LKenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS
Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

[Gambar] Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam

Posted: 03 Jan 2011 09:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0104/Kosmo/Dunia/du_09.1.jpg

SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin.

MADRID - Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon.

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

BN mula bimbang di Tenang

Posted: 03 Jan 2011 08:30 PM PST

Oleh Mohamed Noor Jaafar

Apa salahnya kalau PAS mula berkempen di Tenang, kerana BN lebih dulu berbuat demikian cuma atas nama laksanakan tugas rasmi kerajaan.Tindakan itu membuktikan BN mula risau kalau-kalau parti yang sudah lama bertapak itu gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi itu dan mungkin menjejaskan peluang BN mengekalkan pemerintahan dan menduduki Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti, PAS mempunyai banyak isu yang boleh dibangkitkan dan menyedarkan rakyat selain harga barangan naik serta perangai beberapa bapak menteri yang tidak senonoh hingga sanggup merogol, makan rasuah, membunuh dan sebagainya.

Disebabkan perangai yang tidak baik itu membuat BN sekarang ketandusan pemimpin untuk dicalonkan bertanding di Tenang nanti.

Sudah-sudahlah pengundi Tenang mengundi BN kerana ia boleh dianggap satu dosa kerana memberikan kemenangan kepada parti yang diperintah oleh pemimpin yang banyak melakukan kemungaran.

Jika diamati, betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa undi PAS dapat pahala kerana pengundi memilih calon berakhlak mulia, beriman, bertakwa yakni yang tahu dosa pahala yang pasti tidak melakukan perkara terkutuk seperti dilakukan beberapa menteri kerajaan.

Jangan kerana habuan yang diberikan kerajaan, sehingga rakyat atau pengundi lupa akan keberkatannya memilih pemimpin.

Saya masih ingat lagi mengenai khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid seluruh Kelantan sehari sebelum pilihan raya umum 1990 mengenai panduan memilih pemimpin yang bakal menerajui negara.

Dengan kutbah itu rakyat sedar panduan memilih memimpin menyebabkan BN kalah teruk.

Ini adalah antara punca utama Kelantan masih kekal memerintah Kelantan, kerana Negeri Cik Siti Wan Kembang itu ditadbir seorang pemimpin yang berakhlak mulia, beriman selain bersih daripada rasuah apatah lagi untuk melakukan perkara terkeji seperti dilaku dan diamalkan pemimpin BN.

Kalau PAS masih gagal menang di DUN Tenang pada pilihan raya kecil nanti, saya tidak tahulah macam mana nak samakan pengundi di Negeri Johor itu berbanding Kelantan yang lebih arif mengenai panduan memilih pemimpin yang digariskan dalam Islam.

Mengenai kritikan Ketua Pemuda Umno Kelantan terhadap konsert Wali Band yang diadakan di negeri itu akhir bulan lalu, saya simpulkan di sini bahawa konsert itu ternyata lebih bagus daripada konsert sambutan baru yang diadakan di Dataran Merdeka kerana kumpulan penyanyi dari Indonesia itu menyampaikan lagu berunsur dakwah.

Adalah lebih baik Ketua Pemuda Umno Kelantan memperbetulkan soal dalaman parti itu termasuk pemimpin mereka yang berakhlak begitu buruk hingga tergamak merogol amah Indonesia seperti yang dihebohkan sekarang.

PAS sedia ganti Umno ... termasuk perangai buruknya?

Posted: 03 Jan 2011 08:00 PM PST

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Seorang penerbit berita TV menyarankan kepada saya agar Harakah memberikan tumpuan kepada dua isu besar yang timbul dalam Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat, 19 Disember lalu.Pertama, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat berlembut dan positif terhadap perjuangan Negara Islam PAS. Kedua, 10 program Pakatan Rakyat untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam masa 100 hari sekiranya diberikan mandat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Bagi saya, politik tahun 2010 ditutup dengan dua isu besar itu. Harakah harus membuat penjelasan yang sepatutnya. Pemimpin dan media BN pasti akan menyanggah keupayaan Pakatan untuk melaksanakan 10 tawaran Pakatan Rakyat dengan alasan yang sudah boleh dijangka," tambahnya.


Sementara saya dan rakan-rakan di Harakah cuba memberikan perincian terhadap tawaran realistik dalam Buku Jingga itu, saya masih tertarik dengan pujian terbuka Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu. Beliau menyifatkan "PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti".

Memang saya telah menyinggungnya dalam tulisan terdahulu tetapi saya tetap merasakan ia perlu dilanjutkan sedikit. Bukan untuk berbangga dengan komitmen tinggi wakil-wakil rakyat PAS (lebih-lebih lagi ahli-ahli biasa Parti Islam yang tetap istiqamah dan tidak berubah kehidupan mereka selepas menang) seperti disanjung Karpal, tetapi saya ingin mengaitkannya dengan ideologi perjuangan Islam itu sendiri.

Ia juga selaras dengan kesediaan Karpal mendengar pandangan dan penjelasan dua tok guru PAS (Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mengenai agenda Negara Islam. Bagi saya, polemik Negara Islam -- dan apa jua isu sensitif lain pun -- sekiranya dibahaskan dalam suasana tradisi keilmuan yang sihat, tanpa sebarang prejudis, pasti mendatang manfaat bersama.

Penegasan Karpal yang menerima peruntukan dalam Perlembagaan bahawa Islam sebagai agama rasmi (lebih tepat lagi "agama bagi Persekutuan", seperti dirakamkan Perkara 3 Perlembagaan) juga wajar dilihat daripada sudut lebih luas.

Pentafsiran pakar perlembagaan seperti Almarhum Prof Ahmad Ibrahim dan Prof Dr Abd Aziz Bari mengenai kedudukan dan implikasi "Islam sebagai agama Persekutuan" wajar disorot secara mendalam.

Bukan tidak ada pimpinan PAS yang melompat parti. Yang Dipertua Agungnya (jawatan sekarang, presiden) turut tergelincir, malah ada calon PAS yang sanggup "menjual kerusi" sebelum pilihan raya berlangsung. Namun keseluruhannya, komitmen ahli-ahli PAS berbanding parti pembangkang yang lain boleh dianggap tinggi dan teruji.

Di Kelantan, semasa penggal 2004-2008, Umno-BN hanya perlu "membeli" seorang Adun PAS bagi mengambil alih kerajaan negeri. Dipercayai Umno cuba menggunakan kesempatan itu sebagai jalan pintas untuk kembali berkuasa selepas kalah semua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihan raya umum 1990. Namun, segalanya terbukti gagal.

Ramai melihat "keistimewaan" ini daripada sudut pegangan ahli-ahli parti terhadap ideologi perjuangan PAS. Bagi sebahagian besar aktivis, PAS sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi kemestian. Kewajiban memilih dan mempertahankan PAS adalah disebabkan dorongan agama.

Justeru, apa jua tawaran untuk meninggalkan PAS -- tentunya tidak dapat diyakinkan dengan hujah-hujah agama, pasti ditolak mentah-mentah. Mungkin ada wakil rakyat yang terpesona dengan pujukan, tetapi mereka harus memikirkan puluhan kali tentang natijah "pengkhianatan" itu, terutama apabila membayangkan reaksi ahli-ahli parti nanti.

Islam sebagai sistem hidup menyeluruh, seperti diungguli PAS, mampu memupuk amalan integriti dan akauntabiliti yang tinggi. Prinsip ehsan yang diutamakan dalam Islam,secara semulajadi dapat mengawal seseorang pemimpin untuk bersikap jujur, amanah dan ikhlas walaupun tiada siapa yang memantaunya. Dengan itu, perbuatan rasuah dan sikap mementingkan diri-kerabat dapat dihindari.

Tok Guru Nik Aziz kerap mengingatkan ahli-ahli PAS tentang proses kehidupan selepas mati, azab kubur, syurga neraka. Ia cukup berkesan bagi membentengi diri daripada terjebak dengan "penyakit orang berkuasa".

Kesederhanaan hidup beliau, walaupun selepas 20 tahun menjadi MB Kelantan, cukup dikagumi, terutama oleh masyarakat bukan Islam. Sepatutnya pimpinan PAS lain (yang turut menerima tempias "nikmat kuasa") turut mewarisi gaya hidup sama.

Amat malang jika "wabak Umno" sudah menjangkiti PAS, misalnya hidup mewah dan korupsi.

"Apabila diadakan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno', saya cukup bimbang jika segala perangai buruk Umno akan diamalkan PAS bila berkuasa nanti," kata seorang pemimpin kanan PAS.

"Bukankah elok jika kerajaan negeri PAS mendahului amalan baik dalam pemerintahan seperti hisbah dan tender terbuka? Juga, kekallah hidup sederhana tanpa perlu sibuk mengejar peluang kuasa, daripada peringkat atas hinggalah yang kecil-kecil di kampung," tambahnya.

DAP juga boleh dilihat sebagai sebuah parti ideologi. Ada yang mengaitkannya dengan perjuangan sosial demokrat. Prinsip-prinsip keadilan sosial, demokrasi, ketelusan, integriti dan hak asasi dipandang tinggi.

Jika terbukti wakil rakyat PAS bukan saja mempunyai ketahanan diri daripada melompat parti, malah anggotanya dalam kerajaan negeri Pakatan menunjukkan teladan unggul dalam semua dimensi, Islam akan dipandang tinggi dan mulia oleh seluruh rakyat Malaysia.

Maka, yang disanjung kerana hidup sederhana bukan sahaja Tok Guru Nik Aziz dan segelintir pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Abd Hadi Awang khususnya semasa menerajui kerajaan Terengganu, tetapi semua yang dipilih di atas tiket parti Islam itu.

Raja penipu tiduri 2,500 wanita

Posted: 03 Jan 2011 07:30 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0104/Kosmo/Dunia/du_08.1.jpg

PAUL BINT

LONDON - Seorang penipu di Britain, Paul Bint, 48, mendakwa dia memperoleh lebih £2 juta (RM9.4 juta) milik sejumlah wanita yang diperdayakannya untuk membeli kereta sport, barangan kemas serta tinggal di hotel-hotel mewah, lapor sebuah akhbar semalam.

Digelar raja penipu kerana kelicikannya, Bint, 48, turut meniduri 2,500 wanita dengan menyamar sebagai seorang perunding hospital, peguam dan eksekutif bank untuk menggoda dan membawa mereka ke ranjang.

"Saya juga pernah menjalin hubungan dengan 10 wanita sekali gus dan menggunakan identiti berbeza apabila bersama mereka," katanya.

Lelaki itu memiliki rekod jenayah seawal usia 15 tahun tetapi menyedari dia pandai menipu selepas mencuri sebuah stetoskop ketika berusia 21 tahun untuk menyamar sebagai seorang doktor di beberapa wad hospital.

Bagi mengelak disyaki oleh mangsanya, Bint banyak membaca buku mengenai pelbagai kerjaya selain memiliki daya ingatan yang baik.

Dia yang dibebaskan setelah separuh jalan menjalani hukuman penjara tiga tahun beberapa hari lalu bagaimanapun, berikrar untuk tidak lagi menipu dan mahu menjalani kehidupan berlandaskan undang-undang. - Agensi

Pengasas Facebook makin kaya

Posted: 03 Jan 2011 07:00 PM PST

NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.

Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

Tiada ulasan: