Ahad, 23 Januari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Pemimpin Mewah ,Rakyat Papa Kedana Tanpa Pembelaan

Posted: 23 Jan 2011 11:10 PM PST

Tag : Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Saya terbaca satu artikel ikhlas dari http://sarawakupdate.com .Tulisan Dr Jeniri Amir(Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak)

Saya kira baik untuk dikongsikan bersama.Saya kira tulisan dibawah adalah pandangan ikhlas DR. Jeniri tentang nasib rakyat sarawak dan layanan kerajaan terhadap mereka sejak merdeka.
-----------------
Kerajaan negeri telah untuk sekian lama berusaha memerangi masalah kemiskinan di Sarawak. Meskipun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, namun Sarawak masih berada di tangga ke empat dari bawah dari segi jumlah keluarga miskin di negara ini. Dengan kekayaan sumber semula jadi dan pelbagai langkah dilaksanakan mengapakah kita masih belum berjaya membanteras masalah kemiskinan? Ke mana perginya kekayaan hasil balak, minyak dan sumber lain yang dimiliki negeri Sarawak? Siapakah yang menguasai dan membolotnya? Ketika terdapat pemimpin kaya raya luar biasa, sebahagian rakyat hidup sederhana dan papa kedana.

Program ekonomi yang dilaksanakan seolah-olah gagal membuahkan hasil sedangkan pendapatan negeri begitu memberangsangkan. Misalnya, pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi mengapakah sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah?

Kita tidak boleh membutakan mata kepada realiti, sebagaimana kita tidak menafikan kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan. Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif – dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan.

Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia Barisan Nasional yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

-------------
-ijoks2009-

Dari komen-komen mereka,kita dapat nilaikan betapa rakyat sudah muahk dengan kerenah kerajaan negeri yang melayan mereka bagaikan menumpang dibumi sendiri. Bahkan ada antara mereka menganggap mereka seperti mati kelaparan diatas timbunan emas.
Dibawah adalah antara komen-komen menarik bagi artikel Dr. Jeniri tersebut.

org serian
22/12/2010 - 10:07 am
Semua itu memang ada benarnya, tiada masalah untuk itu.. mungkin di sesetengah kawasan memang nampak pembangunannya..bagaimana dgn kawasan pendalaman? Sampai sekarang masih ada rasanya yang masih menggunakan generator, tiada bekalan air dan lain2..tentu rasa pelik kalau saya mengatakan bahawa ada beberapa buah kpg yang kedudukannya hanya di tepi jalan utama sahaja tetapi tiada bekalan elektrik dari mula merdeka sehingga sekarang? xnya menolak pembangunan, tetapi cuba untuk merasa pembaharuan.. xkan la salu sangat nak makan di rumah sj kan? tentu nak merasa sekali skala merasa makan kat kedai kan? mcm 2 jg la dalam pemerintahan ni kan? dah lm jg krjn BN memerintah, x salah kalau tukar sebentar kan?
anaksaribas
10/01/2011 - 10:37 pm
state election coming soon….buat penilaian dgn bijaksana. kalau rasa2 agik merinsak, atau semakin merinsak…undilah Pakatan Rakyat. apa guna kita gadaikan maruah kita semata-mata diberi RM20.00 ketika mengundi tetapi kehidupan masih diparas kemiskinan…grup sidaknya jak senang lenang, kita makin terhimpit.

anak belaga
21/01/2011 - 3:15 pm
Jawapan kepada kemiskinan orang-orang Sarawak ada pada Taib dan kroni. Rakyat Sarawak hanya 2.5 Juta jiwa dan negeri ini kaya dengan hasil bumi dari darat hingga lah ke dasar laut. Tapi semua itu telah pun dimiliki sepenuhnya manusia bernama Abdul Taib Bin Mahmud. Di Sarawak, dia lah raja segala raja. Tapi di depan Tuhan, dia adalah sama macam kita yang miskin dan hina ini. Laporan Aljazerra pernah melaporkan yang penduduk Sarawak sebenarnya duduk dan tidur di atas timbunan emas, maksudnya hasil bumi yang begitu banyak..tetapi merupakan negeri ke-4 miskin di Malaysia. Kemana perginya semua hasil bumi negeri ini? Masyarakat pedalaman terus miskin, walaupun hasil balak datangnya daripada pedalaman. Kalau dikira apa yang dimiliki Sarawak, rakyat Sarawak sepatutnya mempunyai laluan jalanraya berkembar dari Kuching ke Lawas. Bekalan elektrik dan air bersih ke seluruh pelusuk Negeri Sarawak. Pekerjaan untuk orang Sarawak di semua industri lebih-lebih lagi Oil & Gas. Tapi Kerajaan BN di bawah Taib Mahmud membiarkan kita rakyat Sarawak menderita dan menjadikan kita pengemis di negeri sendiri dan berTuan kan Taib. Saya tak sanggup berTuankan orang macam ini. Cukup lah 47 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia dan cukuplah hampir 3 dekad Taib mejadi Diktator Bumi Kenyalang…..Kini sudah tiba waktunya Taib dibicarakan oleh rakyat Sarawak sebelum beliau dibicarakan di depan Tuhan..

Maludam Rangers
15/01/2011 - 8:42 pm
Anak Saribas, pa kato u nang bena pok. Negeri Kayo,YB Kayo,Kroni Kayo….Rakyat miskin….Paga rumah YB samo rego ngan rumah PPRT……..LU PIKIRLAH SENDIRI……!

munah
18/01/2011 - 1:30 pm
Rakyat Sarawak sendiri harus sedar brapa lama agi kita semua perlu hidup susah..sekarang semua harga barang dah naik…bagi kamek..sik payah ngundi cuz kalau kita undi parti pembangkang belum tentu kita hidup senang so pakat ramai-ramai rakyat Sarawak jangan keluar mengundi and tengok macam mana parlimen kita…baru sik…dak semua tauk…jangan ngundi terus..bah…padan muka

Baca lagi disini :
 http://sarawakupdate.com/home/opinion/mengapa-masih-ada-rakyat-sarawak-miskin/



Cari N3 lama-lama disini

Mouse Termahal Di Dunia

Posted: 23 Jan 2011 09:58 PM PST

Tag : Komputer

Kita semua tahu apa itu mouse computer,Mouse adalah alat yang terpenting bagi sebuah computer.harganya hanya sekitar RM 5 ke RM 25 sahaja,terpulang pada jenis dan jenamanya.
tahukan anda ada mouse yang harganya boleh mencecah beribu-ribu ringgit.Jangan terkejut jika ada antara mouse ini yang harganya lebih mahal dari kereta kesayangan anda

1. Mouse dengan lapisan Kulit Python asli dan emas

2. Mouse dengan model Matahari yang dilapisi Emas

3. Mouse dengan lapisan Batu Sapphire biru

4. Mouse dari kulit buaya dengan lapisan emas dan batu sapphire

5. Mouse VIP dari batu permata

6. Black diamonds logitech mouse

7. USB mouse berlapiskan emas putih

8. Mouse mirip bentuk emas batangan

9. Gigabyte wireless mouse

10. Logitech air 3d mouse include a diamond ring and a jewel micro flash stick

http://isidunia.blogspot.com/2010/11/10-mouse-termahal-di-dunia.htm




Cari N3 lama-lama disini

Gempar ,Wanita Serang KM sarawak

Posted: 23 Jan 2011 06:52 AM PST

MIRI, 22 Jan (Bernama) — Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis
Bandaraya Miri di sini hari ini.

Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup di celah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.
Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.

"Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, " jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.
Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan.
Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.

Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit, di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambah baik sistem penyampaian kepada rakyat. — BERNAMA


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: