Jumaat, 28 Januari 2011

Era Pasca

Era Pasca


OSTAD CHUA SOI SEX DIBIDAS LAGI..!

Posted: 28 Jan 2011 01:11 AM PST


TG Nik Aziz: Sedang Umno tolak Islam, MCA usah cakap hal Islam

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA - rakan Umno dalam BN - yang terus menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang

"Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?

"Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam," kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.

"Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.

"Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).

"Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer," katanya.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

"Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.

Dalam kempen itu,beliau sempat mkn tengah hari dirumah penduduk kampung dan berjumpa pengundi2 cina..

Koleksi gambar kunjungan TGNA diTenang, wajib tgk beb<< KLIK SINI....

BIAR BETUL!! > UMMI HAFILDA YANG DARA TU NAK SAMAN AKU!!

Posted: 27 Jan 2011 03:40 PM PST

Korang tau kan die nak saman bloggers... die sebut Tukar Tiub, Primalaya, Trangnukite, dan beberapa bloggers... 

dia nak saman baginda dengan mat komando pun dia sebut tapi kes lain... ishishish... kes beromen sesama kate nye.. persetubuhan haram.. hahaha sape yang bukak pekung sindri.. hak! bloggers kene kes siar fitnah di blog, baginda kene pasal cakap buat sex ngan dia.. ishishish takkan kita nak mintak bukti dia masih dara kut! gila apa? harharhar

1. kalau sumpah maknanya dia seorang yang betullah? tersabit dia tak salah?
2. wartawan tu amik jelah dia punya senikata tu fotostat sibuk menyalin watpe? kahkahkah
3. Azmin je kene? Azwan tak kene pape ke? 
4. Dari mula sampai abis nak nangis nape? hahaha
5. Sumpah nak kene berapa kali baru orang percaya? kahkahkah
6. dia tak pasan ke apa yang baginda buat kat dia samalah apa dia buat kat ANWAR... kahkahkah
7. too much is too much! hahaha ini alasan nape bukak kes... termasuk nak bersihkan diri... hahah
8. takde orang ingatkan die kalau ntah tetibe die muncul (selepas 13 thn dengan nak saman anwar,azmin,karpal dan PAS), baru orang sibuk cari info pasal ummi hafilda nih.. haha dan disini nama baginda meletup... kenapa skarang? dulu nama baginda tak meletup!? sebab tahun 1998 sape ada blog? kahkahkah sape ada internet? kahkahkah semua nengok tv pencacai sahaja! kahkahkah aku pun tak bukak blog lagi so sape kenal baginda? kahkahkah
9. dari mula samapai habis teriak jer.. hahaha kata dapat petunjuk dan kekuatan sebab tu skarang muncul (eh lain plak yang keluar)... simpatinya ngan KAK DARA UMMI HAFILDA nih...

10. sory bro ISA nama lu tak nak naik la... hahaha

lantaklah die nak buat ape.. lepas KARPAL KATA "MENGIKUT UNDANG2 MESIA KES 6 TAHUN DULU MANA leh bukak" sebab tu dia saman orang lain lak kut, ada gak habuan... hak!

pasal azwan isu die jadik isu adik beradik.... kahkahkah

selamat menonton.. hahaha!


baca artikel sebelum nih di SINI, ishishish... ishishish

TeMAN SEKS BAGINDA MULA BERSUARA!!

Posted: 27 Jan 2011 07:09 AM PST

hahahaha baca je lah kat bawah tu.. nape aku kata teman seks baginda? korang pikirlah sindri.. kahkahkah

Aku Bukan Nyamuk - Ummi Hafilda

Ummi turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

Anwar, jangan anggap saya 'nyamuk': Ummi
KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai 'nyamuk'.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

"Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

"Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

"Apabila kembalinya 'nyamuk' ini, mungkin 'nyamuk' ini mungkin akan membawa kepada 'kematiannya' dari segi karier politik," katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.

Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai 'Raja Komando' terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan 'Raja Komando' yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

"Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

"Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor," katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yangakan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang 'mencurigakan'.

"Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagu tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

"Saya menncabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka," katanya.

Sumpah laknat

"Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?," katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

"Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

"Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata "Ummi, I am sorry" sudah cukup.

"Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya," katanya.

Ummi, penulis surat "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

"Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara," katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

"Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: