Rabu, 19 Januari 2011

Era Pasca

Era Pasca


ANWAR BERAHIM AKAN DEMAM KALAU NENGOK GAMBAR NIH!

Posted: 19 Jan 2011 01:35 AM PST

kahkahkah sib baik anwar tak baca paper hari nih.. kalau tak mau demam dia hari nih.. demam gelak terkekeh-kekeh dengan jawapan Najib... sangat berani tuan Najib... hahah suami Najib pun tak seberani isteri Rosmah.. hahaha


TanyaNajib di twitter pun Najib takmo jawab nanti lagi ramai demam baca jawapan.. hak!


Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.


"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.


"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?


"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".


Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.


"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.


Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.


Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).


"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.


Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?


"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

NAJIB TAK LAWAT ORANG MATI DI TENANG

Posted: 18 Jan 2011 11:00 PM PST

SEMALAM AKU CITER KEMPEN NAJIB KAT TENANG.. (SINI) KALI NIH NAK CITER APA NAJIB TAK BUAT KAT TENANG... NAJIB MANDIKAN JENAZAH... KAHKAHKAH

Adoiiiilah.. najib neh saja cari pasal taw. Aku dah lah pening kepala nak bodek2 umno dengan macam2 cara neh dia tambah runsing masalah aku lagi. Kasi up aku punya sewel ke tahap maksima apsal. Hish.

Apsal lah si najib neh boleh kasi modal free kat pembangkang hah? Hampeh lue najib. Penat taw blogger cam aku spin sana spin sini untuk bela ko. Twist sana twist sini untuk selamatkan karier politik umno tp kalau umno sendiri tak reti2 nak berubah. Heh

Tengok bawah neh ;

Live dari PRK N.05 Tenang : Hangat! PM Najib tidak menjenguk Jenazah S/U UMNO Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia akibat Sakit Jantung dan Darah Tinggi melampau akibat sibuk berkempen di Majlis Sambutan PM di DUN Tenang. Walaupun PM melintasi Masjid Felda Tenang, pihak menguruskan jenazah yang menanti Najib sejak jam 10 pagi tidak langsung di peduli. Jauh untuk disolatkan, dijenguk pun tidak. Najib sibuk dengan ghazal dan zapin di tanah lapang yang meraikannya.

Fakta : Yang lebih jelek, urusan menguruskan jenazah, kurang 50 meter dari tempat Najib diraikan. Allahyarham Abdul Latif Subri Bin Mohd Din merupakan bekas tentera darat MP dan pegawai pertahanan Awam beralamat 21A Jalan Balanraya Felda Tenang meninggalkan seorang balu, Puan Maimunah Hindun, 4 orang anak dan seorang cucu.

Suasana pilu dan terkilan bilamana IMAM bertugas ada bersama-sama dalam Majlis Najib. Akhirnya, jenazah disolatkan oleh SUKARELAWAN PAS daripada Pahang selepas Solat Zuhur.

Inilah AKHLAK KEMPIMPINAN UMNO!

Bulat-bulat aku petik dari AMENOWORLD

NAJIB BERKEMPEN DI TENANG

Posted: 18 Jan 2011 07:31 AM PST

umum ketahui 7000++ pengundi Tenang adalah masyarakat kaum cina, jadik terpaksalah Najib buat beberapa perkara hilang akal lagi untuk mintak simpati undi cina.. kahkahkha

terbaru isu najib di tenang ialah perihal TBH yang kunon-kunonnya beliau sindri mahu keadilan untuk Teoh Beng Hock.. PIIIRAAAGH!! sume tau da ler... kahkahkah

Tiada ulasan: