Isnin, 31 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mengapa Naik RM0.10? Pengundi BN di Tenang "Mahukan" Kenaikan RM1!

Posted: 31 Jan 2011 08:20 AM PST


Saja siarkan berita ini walaupun umumnya sudah mengetahui bahawa harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam tadi. 

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding dengan RM2.40 sebelumnya. Kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana petrol jenis itu diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.


P/s:  Takziah musuh ketat BN!


[Gambar] Wajah Hakim Mahkamah Syariah dan Pasangannya yang Dituduh BerKHALWAT

Posted: 31 Jan 2011 04:20 AM PST

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, (kanan) dan pasangannya Nurul Izani Md Isa didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di Georgetown, hari ini atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu. - Foto Ramdzan Masiam

Blog ini ada menyiarkan berita fasal hakim mahkamah syariah ini sewaktu berita tentangnya ditangkap khalwat disiarkan dulu.

Berdasarkan laporan terkini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu.

Pasangannya Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur  juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Berdasarkan fakta kes, Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Skandal Peterporn: Beraksi dalam 2 Video Seks, Kena 3 Tahun 6 Bulan + RM85 Ribu

Posted: 31 Jan 2011 03:30 AM PST


Saya petik:

[Bernama]BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.
P/s: Mujur Soi Lek rakyat Malaysia!


Apa? Ada Pelajar Malaysia Kena ROGOL dan ROMPAK di Kaherah Mesir???!!

Posted: 30 Jan 2011 11:05 PM PST


"Screen shot" ini saya peroleh di sebuah laman forum yang memaparkan perbualan antara salah seorang pelajar di Mesir dengan rakan-rakannya. Pelajar itu mendakwa ada pelajar Malaysia yang telah dirompak dan malah lebih dashyat ada pelajar Malaysia yang didakwa dirogol. Kesahihan berita itu walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna FB menguar-uarkan situasi di Mesir dan merayu kepada PM Najib agar membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di sana.


Sebenarnya, berduyun-duyun kapal terbang asing ke Mesir untuk mengangkut rakyat asing keluar dari negara yang sedang bergolak itu. Keadaan seperti yang diberitakan di media amat membimbangkan, tambah-tambah pula dilaporkan ribuan banduan di negara itu berjaya melepaskan diri dari penjara, malah balai polis turut dibakar oleh perusuh.

Justeru, tunggu apa lagi? Mengapa kerajaan Malaysia masih tidak mahu membawa pulang pelajar dan warga Malaysia yang masih berada di sana?

Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia melaporkan hal yang sebaliknya. Berita Bernama melaporkan bahawa pihak kedutaan di Kaherah memaklumkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia). Wisma Putra dalam satu kenyataan pula menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana pihak kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan. Persoalannya, betulkah semua pelajar Malaysia selamat, sedangkan pegawai-pegawai ini hanya menerima laporan di pejabat, bukannya di lokasi kejadian.

Umum tahu, pelajar atau warganegara Malaysia daripada golongan VVIP sudah tentu diterbangkan pulang dengan lebih awal jika mereka berhadapan dengan situasi getir begitu. Oleh itu, kita tidak mahu kerajaan bersikap double standard dan mengambil tindakan sambalewa dalam menangani hal ini serta menjadikan faktor kos sebagai penghalang untuk membawa pulang warganegara Malaysia yang kini terancam di bumi Mesir. Jika kerajaan mampu membayar kos bilik Rosmah setinggi RM100 ribu semalam di Dubai, apalah sangat dengan menghantar kapal terbang untuk membawa pulang rakyat kita di sana.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Ada "Jubur" Orang yang Kembang Hari Ini

Posted: 30 Jan 2011 10:00 PM PST


Ya, ada jubur orang kembang hari ini. Punca juburnya kembang kerana pengumuman permohonan maaf di bawah ini.

Saya petik:

PDO: Permohonan Maaf Terbuka Buat Saiful Bukhari
Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan. Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu...lanjut di PDO. 

P/s: Kembang, jangan tidak kembang!

Lelaki Mati Selepas Terjatuh dari "Roller Coaster"

Posted: 30 Jan 2011 08:21 PM PST

Tokyo Dome City Attractions
Menurut sumber berita AFP, seorang lelaki 34 tahun mati selepas terjatuh dari roller coaster di Tokyo Dome City Attractions, insiden ketiga dalam tempoh tiga bulan.

Lelaki itu dipercayai terjatuh dari gerabak empat-kerusi Spinning Coaster Maihime (Dancing Princess) ketika roller coaster itu melalui lengkungan sekitar lapan meter (26 kaki) dari paras tanah.

  Polis memeriksa roller coaster setelah seorang lelaki terjatuh di
Tokyo Dome City Attractions, 30 Januari 2011 lalu.  (Foto: AP)

Pihak polis menduga lelaki yang namanya tidak dinyatakan itu berkemungkinan gagal untuk mematuhi langkah keselamatan atau gagal memasang bar keselamatan yang disediakan ketika menaiki roller coaster tersebut. 

Pada bulan November yang lalu, seorang pekerja wanita telah ada kehilangan tiga jarinya ketika memeriksa gerabak jatuh menegak seperti dijelaskan seorang pegawai di taman tersebut. 

Manakala pada bulan Disember, seorang kanak-kanak perempuan mengalami luka ringan apabila nat sebuah roller coaster tercabut lalu mencederakannya.

P/s: Anda yang gemar menaiki roller coaster, sila ambil pusing dan ambil perhatian!
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Faktor Kemenangan BN di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 06:40 PM PST


Saya petik:
[HD] LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba.
Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.
Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

"Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda," kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN. - Zulkifli Sulong   

Memang Betul Melayu di Luar Bandar Kurang Informasi dan Bergantung pada Sumber Maklumat yang Dikawal BN

Posted: 30 Jan 2011 05:50 PM PST


Saya baca tulisan seorang jurublog tegar UMCO yang memberikan komen tentang isi kandungan Twitter Speaker Selangor di atas. Katanya: 
Saya tidak merasa terkejut sekiranya bait-bait perkataan di atas diucapkan oleh pemimpin-pemimpin "chauvinist" dan anti Melayu Islam DAP. Itu tujuan mereka dilahirkan di Malaysia. Mereka hanya bermuka-muka apabila mahu bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Hakikatnya, mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan seolah-olah orang-orang Melayu luar bandar tidak dapat berfikir dengan rasional. Pendapat Dato' Teng juga turut menganggap bahawa Melayu Islam luar bandar lebih terbuka di dalam menerima perkahwinan songsang Pakatan Haram. 
Buat pengundi-pengundi luar bandar di Merlimau, inilah pandangan pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Haram. Jangan terkejut apabila mereka turun beramai-ramai ke Merlimau hujung bulan ini, andalah Raja, andalah permata hati sedangkan hakikakatnya mereka memperlekehkan Melayu Islam luar bandar seperti mana mereka lakukan di Tenang. Waspadalah. Undi di tangan anda semua untuk menetukan nasib anak bangsa, Agama dan Tanahair. Bacaan lanjut di sini.

 Inilah mentaliti jurublog UMCO yang gemar menokok tambah dan memutarbelitkan sesuatu kenyataan agar dapat dijadikan "peluru" untuk kepentingan mereka. Cuba baca teks dalam Twitter itu, apa-apa yang ditulis oleh Datuk Teng itu adalah realiti sebenar masyarakat Melayu di luar bandar. Mereka hanya bergantung pada sumber tertentu untuk mendapatkan maklumat. Malangnya, sumber itu begitu condong kepada pemerintah dan berperanan meracuni minda masyarakat desa dengan pelbagai "penipuan" dan berita yang berat sebelah.

Seperti lazimnya, jurublog UMCO yang kekeringan isu dan idea masih lagi melabelkan Cina DAP sebagai  "chauvinist" atau pelampau kaum dan anti Melayu Islam sedangkan apa-apa yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP membuktikan kenyataan dan pernyataan mereka hanyalah fitnah yang bertujuan untuk mempengaruhi orang Melayu agar menjauhi DAP. Walhal Islam dan Melayu Pulau Pinang kini lebih terbela melalui pemberian kontrak/tender, penambahan peruntukkan untuk agama Islam, dan perkongsian ekonomi melalui projek awam, dan sebagainya. Biarpun begitu, jurublog UMCO masih lagi mencanangkan ke seluruh negara bahawa DAP yang baru memerintah di Pulau Pinang sekitar 3-4 tahun telah menghalau Melayu dari pulau itu, sedangkan hakikatnya seperti yang diakui oleh pemimpin UMCO sendiri bahawa keadaan itu berlaku kerana kecuaian UMCO dan Gerakan yang memerintah pulau itu lebih daripada 50 tahun.

Kenyataan bahawa "mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan" sangat tidak bertanggungjawab dan jelas menunjukkan mereka memutarbelitkan kenyataan Speaker Selangor itu demi kepentingan politik parti yang terang dan jelas menderhaka kepada raja dan Allah. Sedangkan jelas bahawa kenyataan Twitter itu membawa maksud yang jauh menyimpang daripada pemahaman jurublog tersebut.

Cuba perhatikan poster di bawah ini:





Kita wajar berasa hairan kerana puak yang begitu tegar menyokong UMCO ini langsung tidak bersuara apabila pemimpin mereka menghina Islam, memperlekeh negara Islam. Mereka juga menikus apabila pemimpin parti komponen memperlekeh cara hidup dan hukum Islam. Bayangkan jika Lim Kit Siang yang mengeluarkan kata-kata yang tertulis dalam poster di atas, anda sudah tentu tahu reaksi mereka! Inilah sikap munafik yang merugikan bangsa dan agama.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: