Khamis, 20 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video&Gambar] Kejamnya Wanita Ini!

Posted: 20 Jan 2011 12:30 AM PST


Itulah tanggapan saya apabila melihat gambar ini buat kali pertama. Bahkan, itulah juga tanggapan beberapa laman sesawang yang turut mengulas isu ini.

Namun, wanita dalam gambar di atas mempunyai alasan kukuh apabila memperlakukan bayi-bayi tersebut begitu. Menurut Lena Fokina, warganegara Rusia, teknik hayunan seperti yang kelihatan dalam gambar di atas (juga dalam video di bawah) adalah sebahagian daripada teknik yoga untuk bayi. Malah, beliau menggunakan teknik senaman bayi ini sebagai perniagaan senaman/latihan/penjagaan bayi di Dahab, Mesir.

Teknik yang dipraktikkan oleh Lena ini dikritik hebat oleh pelayar internet yang menonton videonya. Rata-rata penonton videonya di Youtube/laman sesawang mengutuk aksi yang dilakukan oleh Lena terhadap bayi tersebut. Jadi tidak hairanlah apabila video ini beberapa kali dipadam oleh pihak Youtube kerana menyalahi polisi kandungan yang ditetapkan oleh hos video itu. Malah ada juga yang mendakwa video itu palsu. Saya yang menonton video itu pun turut mempersoal ketulenannya. Adakah video di bawah ini direkayasa atau memaparkan aksi Lena mempraktikkan teknik senaman yoga itu dengan menggunakan bayi sebenar?
Video:

Persoalan itu terjawab dalam satu temu bual antara Nathan Thornburgh, seorang jurublog dan penulis di majalah Time dengan Lena. Kata Lena,  "Bayi itu lahir di wilayah Laut Hitam. Namanya Platona dan dia berusia dua minggu ketika kami merakamkan video itu. Kami melatih banyak bayi seperti Platona di sini. Mereka adalah pembaca awal, penyanyi, pembicara, dan perenang hebat. Sudah tentu anda belum pernah melihat teknik latihan seperti ini di mana-mana! .... Datanglah ke Dahab!" 

Realitinya, Lena turut melatih dua orang anak perempuannya dengan teknik yang sama. Kedua-dua anak perempuannya yang kini sudah dewasa turut menjadi instruktur teknik senaman ini. 
Anak perempuan Lena Fokina sedang melatih bayi dengan menggunakan teknik senaman ini. (Bang, tengok sikit-sikit sudahlah!)
Apabila ditanya tentang asal usul teknik senaman ini, Lena menjawab "Kehidupan yang menciptanya, teknik ini disampaikan kepada kami oleh Igor Borisovich Charkovsky... Sejak 30 tahun lalu, teknik Charkovsky ini telah bertapak di Rusia dan berkembang di sana. Namun, bukan semua orang dapat menerimanya."

Ketika ditanya tentang responnya apabila video kontroversinya dipadam oleh pihak Youtube kerana melanggar polisi kandungan "shocking and disgusting", Lena menjawab, "Apakah mereka menyedari bahawa bayi tersebut tidak menangis, bahkan mereka ketawa. Sistem ini telah dipraktikkan selama lebih tiga puluh tahun di Rusia dan anak-anak yang menjalani senaman ini hidup dengan sihat? Jika anda memerlukan lebih banyak bukti, perkara terbaik yang wajar anda lakukan ialah melawat kami  di sini (Dahab, Mesir)".

 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

P/s: Ngeri tetapi meyakinkan!Err setuju?


Bapa Tiri Sial: Rogol & Liwat Anak Lebih 20 Kali

Posted: 19 Jan 2011 08:43 PM PST


Saya petik:
[SH] DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai peranginan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah mengadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang 'bernafsu syaitan', akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dah-lan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.

P/s: Lahanat!


Khalwat&Dadah: Mereka Tidak "Malu" dengan Allah!

Posted: 19 Jan 2011 06:30 PM PST


Saya petik:
[Kosmo] BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun...Kamarudin Hamzah

P/s: Dua pasang penganut hedonisme ini tunduk malu dengan manusia, malang mereka tidak malu Allah!

Oprah Pernah Diperkosa & Hamil

Posted: 19 Jan 2011 05:30 PM PST


Saya petik:
Selebriti tertekan akibat hamil diperkosa ketika usia 14 tahun

[BH] LOS ANGELES: Jutawan dan selebriti terkenal, Oprah Winfrey mengejutkan peminatnya apabila akhirnya membuat pengakuan secara terbuka dia pernah hamil selepas diperkosa dan cuba untuk membunuh diri ketika berusia 14 tahun berikutan insiden terbabit. 

"Ketika saya menyedari saya hamil, saya terfikir lebih baik jika saya mati sebelum bayi terbabit lahir dan terpaksa memikul tanggungjawab berat sebagai ibu pada usia 14 tahun.
"Saya tidak bersedia kerana masih terlalu muda dan ia membuatkan saya tertekan kerana tiada tempat untuk mengadu masalah saya," katanya dalam rancangan bual bicara Cable News Network (CNN), Piers Morgan Tonight, yang dihoskan bekas juri rancangan realiti dan penyunting akhbar, Piers Morgan.

Jutawan itu berkata tanpa berfikir panjang beliau nekad untuk meminum air sabun dan berharap dirinya akan mati dan ia dianggap jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bagaimanapun umurnya masih panjang.

"Saya melakukan perkara bodoh kerana meminum air sabun. Ketika itu saya benar-benar memerlukan pertolongan tetapi tidak memperolehnya. Saya buntu dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah itu. Saya sangat takut dan hanya mampu menangis," katanya.

Oprah berkata akibat tindakannya itu bayi yang dikandungnya keguguran.

"Saya menjadi begitu murung ketika itu dan saya menyangka hidup saya sudah hancur. Bagaimanapun saya akhir berjaya bangkit semula untuk meneruskan kehidupan saya," katanya.

Jutawan itu juga mengakui beliau pernah mengalami kemurungan yang teruk pada 1998, apabila filem lakonannya Beloved, gagal memasuki senarai pecah panggung.

"Saya benar-benar kecewa ketika itu. Saya cuba menangani kemurungan dengan menjadikan makanan sebagai penawar. Saya makan tidak henti-henti," katanya.

Oprah menambah dia menghabiskan sehingga 15 kilogram makanan berlemak termasuk burger dan keju.

Bagaimanapun kata Oprah, beliau akhirnya menyedari perlu berbuat sesuatu dan mendapatkan pertolongan sehingga berjaya mengatasi kekecewaannya.

"Pengalaman ini mengajar saya jika kegagalan berlaku, saya mesti berbuat sesuatu untuk memastikan ia tidak berulang lagi dan menghancurkan kehidupan saya," katanya. – Reuters

Cucu LAHANAT!

Posted: 19 Jan 2011 04:00 PM PST


Saya petik:
[HM] SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.

Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.

"Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.

"Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.

"Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.

"Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.

"Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya. - Omar Hassan
P/s: Memang LAHANAT! 

Cikgu Mengamuk!

Posted: 19 Jan 2011 03:10 PM PST


Saya petik:
Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru

[BH] KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. 

Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.  

Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.

Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.

"Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.

"Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
"Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.

"Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.

"Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam," katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.

Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam.

SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.

Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.

Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin....Hassan Omar

Tiada ulasan: