Isnin, 31 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Disini ramai Muslimnya tetapi kurang Islamnya - Disana kurang Muslimnya tetapi banyak Islamnya

Posted: 31 Jan 2011 05:18 PM PST

Nik Aziz, Mahathir dan Lee Kuan Yew adalah nama yang terbabit dengan permusuhan 3 segi. Dr Mahathir sememangnya seteru politik dirantau ini dan Nik Aziz pula adalah seteru politik kepada parti yang ditubuhkannya dan melantik diri beliau sendiri sebagai Presidennya yang pertama yang dikenali sebagai UMNO (baru).

Dalam permainan politik Dr Mahathir, beliau menggunakan isu Melayu dan Islam diSingapura sebagai isu untuk menyatukan orang Melayu Islam untuk terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini. Dr Mahathir sentiasa menjadikan orang Melayu Singapura sebagai contoh dan alat untuk menakutkan orang Melayu diMalaysia supaya jangan menerima parti lain selain dari UMNO dan BN jika Melayu masih mahukan masa depan mereka tidak menerima nasib seperti Melayu Singapura.

Secara tradisinya UMNO terutamanya Dr Mahathir telah menggunakan isu 13 Mei sebagai 'allying factor' untuk menakutkan orang Melayu dan bangsa lain yang kejadian berdarah itu mungkin akan berulang jika rakyat membelakangkan UMNO dan BN dalam pemilihan untuk mencari pihak mana yang patut memerintah negara ini. Tetapi isu 13 Mei ini sudah terlalu usang dan tidak boleh laku lagi, maka Dr Mahathir menggunakan isu yang dikatakan olehnya yang Melayu diMalaysia akan menjadi Melayu Singapura yang kononya di'marginalized' oleh kerajaan Singapura.

Tetapi Melayu Singapura sendiri menyatakan rasa puas hati mereka dengan kehidupan diSingapura. Malahan mereka merasakan mereka adalah lebih baik keadaan mereka dari Melayu diSemenanjung Malaysia ini. Mahathir menyatakan yang orang Melayu diSingapura telah dihimpit dengan dasar kependudukkan negara itu dengan mengambil alih tanah-tanah kepunyaan orang Melayu untuk dibangunkan rumah-rumah kediaman untuk semua rakyat disana.

Dr Mahathir membidas Nik Aziz kerana Nik Aziz berpandangan yang Islam Yang dianuti oleh Melayu Singapura adalah lebih baik dari Islam yang diperjuangkan oleh Nasionalis diMalaysia. Mahathir menuduh Nik Aziz sebagai pemecah orang Melayu kerana dengan sokongan Nik Azizlah orang yang dipecat dari UMNO (Anwar) menjadikan Melayu berpecah 3 dalam siasah negara kita.

Segala yang disebut oleh Dr Mahathir dan Lee Kuan Yew sebenarnya adalah semata-mata 'political statement) yang amat sempit. Semuanya mengambil Islam dalam bentuk 'form' semata-mata. Semuanya ada perbahasan masing-asing jika dibahaskan dalam kontek politik semata-mata.

Blog ini pernah menyebut yang kita boleh lihat banyak Islamnya dinegara barat tetapi Muslimnya kurang. Yang tepenting didalam mana-mana agama sekali pun ialah cara hidup mereka (Addin) bukannya dalam kontek 'form' semata-mata.

Dinegara seperti negara kita ramai yang Muslim tetapi tidak ramai yang Islamnya. Yang terlebih penting ialah menjaga Islam itu jika kita sudah menajdi seorng Muslim atau dilahirkan sebagai Muslim. Apakah dia cara-cara menjaga Islam itu?

Salah satu dari yang banyak cara menjaga Islam itu ialah mengelak dari mengambil dan memakan rasuah. Tetapi inilah sebenarnya selalu dilakukan oleh orang-orang Muslim dinegara kita. Berkokok pemimpin-pemimpin kita bercakap perihal Islam tetapi mulut yang bercakap tentang Islam itulah yang begitu biasa dengan menjamah rasuah.

Ramai diantara media arus perdana dan alternative dipenuhi dengan isu agama yang dimainkan kerana politik. Masing-masing membuka pekong individu-individu yang dibencinya dengan memanggil mereka sebagai anjing, binatang, babi, haram jadah, sial dan berbagai nama lagi yang dilemparkan kepada orang lain kerana perselisihan faham atau pun semata-mata kerana politik berpuak-puak itu. Islam kah ini?

Sampai bilakah kita hanya berjuang untuk meningkatkan 'form' semata-mata tanpa 'content' ini?. Sampai bila kita yang ramai pula membiarkan dan selalu bersubahat dengan perasuah dan menyokong pihak yang melakukan rasuah sebegitu besar? Islamkah kita ini? Adakah sudah pasti kita mendapat syurga jika kita menumpang dosa dengan menyokong pimpinan yang rasuah dan tidak bermoral itu.

Itulah sebabnya dinegara Scandinavia tidak kedapatan rasuah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, dan itu adalah tuntutan Islam. Sebenarnya kah negara kita ini sebagai negara Islam jika dinegara ini kedapatan terlalu banyak kes-kes yang menghina Islam seperti membuang bayi yang berlaku saban hari saban minggu? Mayat anak-anak kecil yang baru lahir bergelempangan dimana-mana.

Pembunuhan dlakukan dengan begitu banyak sekali setiap hari dimana-mana. Sumbang mahram sudah menjadi kejadian yang biasa dan tidak dapat dikira lagi. 'Haruan' yang memakan anak-anaknya adalah fenomena biasa.

Kenapa perkara ini selalu sangat berlaku dinegara yang kita anggap sebagai negara Islam seperti negara kita ini? Percayakah atau tidak yang Islam itu mestilah ada didalam sanubari kita? Islam itu mesti berada didalam darah kita yang mengalir didalam tubuh kita. Apabila Islam itu benar-benar mengalir didalam sanubari kita barulah berkat perjuangan Islam yang disebautkan oleh pemimpin-pemimpin kita yang sedang berkuasa dan sudah bersara.

Apabila sanubari kita dikotori dengan memakan rasuah yang haram, tidak mungkin seseorang pemimpin itu mampu memperjuangkan addin Islam itu tadi kerana segala-galanya adalah bergantung kepada naluri yang bersih untuk membina niat yang suci dalam perjuangan Islam itu tadi. Jika terlalu ramai diantara kita yang memakan rasuah bagaimana darah yang kotor yang mengalir didalam tubuh kita hendak memperjuangkan Islam itu?

Naluri yang kotor tadi tidak akan mampu menghalang seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang haram sepertu rasuah dan sebagainya. Bayangkan jika ramai diantara kita khususnya pemimpin-pemimpin yang memakan hasil rasuah bagaimana nak dikatakan Islam dinegara ini lebih baik dari Singapura dan negara maju yang lain.

Jika kita hendak memperbandingkan negara mana yang lebih baik Islamnya, cuba kita bertanya negara mana yang lebih dan negara mana yang kurang rasuahnya? Negara mana yang ramai melakukan sumbang mahram dan yang mana yang kurang berlakunya perkara-perkara seperi itu? Dimanakah lebih banyak berlaku rompakkan dan yang mana yang kurang berlakunya perompakkan itu?

Saya lebih cenderung untuk meyakini yang Singapura lebih berjaya memperjuangkan kebersihan pentadbirannya tanpa rasuah yang keterlaluan dan itu adalah kejayaan memenuhi tuntutan Islam.Cuba kita lasakkan mulut kita sedikit; diantara Singapura dan Malaysia negara mana yang lebih banyak kegiatan membuang jenin didalam tong-tong sampah dan longkang-longkang atau dimana-mana?

Sesungguhnya baik atau buruknya Islam dilihat dianatara dua negara ini berpaksikan kepada cara dan addin Islam itu. Jika kita adalah seorang Muslim tidak semestinya kita adalah seorang yang Islam. Islam itu berada didalam diri kita sendiri. Jika kita penuh dengan noda dan dosa dan sentiasa melakukan perkara buruk seperti rasuah dan penyaahgunaan kuasa itu kita belum lagi seorang Islam walaupun kita adalah seorang Muslim.

Itulah sebabnya dinegara maju seperti diEropah dan Jepun kita banyak melihat elemen Islam itu walau tidak ramai Muslimnya tetapi dinegara kita walaupun ramai Muslimnya tetapi Muslim-Muslim inilah yang memperkosa Islam dengan begitu nyata sekali.

Ramai diantara kita hanya memakai baju Islam tetapi didalam baju itu terselindung kebathilan yang tidak terhingga besarnya. Perjuangkanlah Islam itu dengan sebenar-benarnya. Islam bukan setakat selesai dengan formnya sahaja. Perjuangkan Islam itu untuk mencari jalan yang membina addin agama itu dengan sebenarnya.

Pejuang Islam tidak akan tertipu dengan ketakutan untuk berkata benar dan tidak akan bersama-sama menutupi dan melakukan kesalahan yang bertentangan dengan segala tuntutannya. Melindungi rasuah oleh pimpinan kita itu merupakan kerja hina yang 'unislamc' dan elok bagi mereka yang melakukannya itu supaya berhenti berkata-kata tentang Islam. Mari kita perbaikki diri kita dahulu sebelum kita berani mengatakan Islam kita lebih baik dari Islam sianu itu.

Dinegara-negara maju, walaupun bukan negara Islam tetapi banyak nilai dan cara Islam itu terdapat disana. Yang terpenting ialah mereka dapat dan berjaya mengurangkan berlakunya kerja-kerja yang tidak digemari oleh Islam itu.

Untuk meletakkan seseorang itu jauh atau dekat dari Tuhannya adalah kerja Tuhan semata-mata. Hanya DIA yang Maha MengetahuiNya.


Dari Blog Aspan Alias

Lupakan ‘dacing sengget’, fikir-fikirkanlah ‘dacing akhirat’

Posted: 31 Jan 2011 06:09 AM PST

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Jika salah seorang antara kamu minum maka janganlah bernafas di dalam bejana (tempat air minum). Jika kamu ke bilik air maka janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan, dan janganlah beristinjak dengan tangan kanan." (HR. Bukhari dan Muslim)

***

NAMPAKNYA dacing telah menang di Tenang. Menjelang pilihan raya kecil di Dun itu 30 Januari lalu dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing.

Namun dacing berimbang atas kayu atau besi ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka, malah kedapatan dacing dua muka agar pelanggan tidak ditipu. Mungkin tidak ada orang lagi pakai dacing berimbang ini. Namun jika ada yang memakainya pun, orangnya pasti berslogan dulu, kini dan selamanya. Tak nak bertukar, jumud. Masih nak pakai dacing berimbang sekalipun ia sudah sengget.

Hendak bernostalgia pakai dacing berimbang tidak salah, yang salahnya menipu timbangan dalam bisnes. Ertinya menyalahgunakan dacing. Dalam Islam, menipu dalam bisnes adalah kesalahan amat serius; dalam al-Quran ada kisah umat Nabi Shuib dimusnahkan kerana cenderung menipu dalam bisnes.

Orang menipu tatkala menggunakan dacing sebenarnya tidak ingat akan dacing paling hebat iaitu dacing akhirat atau dalam istilah agama disebut timbangan amal (mizan). Setiap perbuatan manusia akan ditimbang walaupun sebesar zarrah (atom). Firman Allah SWT dalam Ayat 7 Surah Al Zalzalah, bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya Dia akan melihatnya (menilai)."

Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan seperti gula dan harga minyak serta gas naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah normal dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun atau perasuah akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata pendidikan percuma, ia bermaksud pendidikan tidak percuma.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang mendaftar anak-anak ke sekolah baru-baru ini. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Jangan guna harta kerajaan ketika berkempen, tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak adil. Kerap sengget. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri.

Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing iaitu timbangan amal (mizan) yang maha tepat. Ketika diadili dacing ini, tidak lagi 'can' (chance) masuk bakul angkat sendiri!


Dari Lanh Sr

Demontrasi besar-besaran Jumaat 4 Februari

Posted: 31 Jan 2011 06:00 AM PST

Demontrasi besar-besaran Jumaat 4 Februari: Berkumpul di KLCC dan Masjid KLCC me

Ummat Islam dan seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini diseru berhimpun secara aman ke Kedutaan Mesir Jumaat, 4 Februari ini bermula dari Masjid KLCC dan sekitar Bangunan KLCC menuju kedutaan di No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Demikian tegas Pengerusi JK Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Mohd Sabu kepada pihak media sebaik usai memasukkan memorandum kepada Kedutaan Mesir ke dalam peti surat pintu pagar kedutaan tersebut. Wakil duta enggan menerima dan berbincang mengenai kandungan memorandum yang dikemukakan oleh kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Mohd Sabu berkata, barangkali duta (Mesir) enggan menerima memorandum mereka kerana melihat demontrasi itu kecil maka pada 4 Februari ini, pihaknya akan menggerakkan rakyat untuk berhimpun di hadapan kedutaan ini secara besar-besaran.

"Harap pihak media sebarkan. Kita akan adakan himpuna n besar Jumaat ini. Mula dari KLCC menuju ke sini. Kita mesti bersama-sama rakyat Mesir yang mahukan perubahan dan menolak kempinan regim Hosni Mubarak sekarang," tegasnya.

Pagi tadi, lebih 100 orang kumpulan solidariti NGO dan Pakatan Rakyat yang diketuai Mohd Sabu berkumpul dan menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Mesir di Ampang. Mereka menaikkan sepanduk "Down Mesir" dengan meletakkan lambang Isreal pada dahi gambar Hosni Mubarak.



Program Komuniti AMK/UKP Bersama TKM 1

Posted: 31 Jan 2011 05:29 AM PST

Program inisiatif AMK/UKP ini khusus untuk mendekatkan TKM 1 dengan masyarakat kampung. Kemesraan TKM 1 & isteri amat menyenangkan masyarakat kampung yang amat menekankan konsep kemesraan & silaturahim.















Hadiah Kemenangan BN di Tenang Minyak RON97 Naik 10sen!

Posted: 31 Jan 2011 05:10 AM PST

Taniah Kepada semua penyokong kuat Umno / BN, Anda semua memang bijak memilih pemimpin yang tak henti-henti membebankan Rakyat dengan kenaikan Harga Minyak dan Barangan keperluan asas tanpa memikirkan kesempitan Hidup Rakyat bawahan.

" 1Malaysia Rakyat Di Kenakan... Hidup Umno... Hidup Melayu... " -Dperbatasan


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

PRK Tenang Yang 'Menang' Bukan Calon

Posted: 31 Jan 2011 03:28 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis tersendirinya berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang yang berlangsung semalam dengan mengangap kemenangan besar bukan kepada calon tetapi ada pihak lain.

"Saya rasa pemenang yang paling besar bukanlah calon, pemenang paling besar ialah Menteri Besar Johor,Datuk Seri Ghani yang telah menunjukkan kemampuan dan kebolehan beliau.

Pihak yang paling kalah yang paling besar bukanlah Pakatan Rakyat ,saya rasa kita tahu pihak siapa yang kalah yang paling besar," kata Guan Eng dalam sidang medianya di sini hari ini.

Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.

"Dalam hari, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.

Tambah Guan Eng lagi beliau merasa kesal SPR tidak menangguhkan pilihanraya kecil tenang semalam yang menghadapi banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu terjejas dan terpaksa dipindahkan serta menyebabkan beberapa laluan utama di situ ditutup sementara.

"Saya rasa kesal sedikit bahawa apabila masalah banjir yang begitu teruk berlaku di Labis, mereka sepatutnya menangguhkan hari pengundian untuk membantu mangsa-mangsa banjir,tetapi ini tidak dilakukan,dan ini telah menyebabkan penyokong-penyokong yang mengundi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi," katanya.

Guan Eng juga berkata bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat di kawasan pekan menunjukkan peningkatan walaupun BN membuat pelbagai bentuk serangan dan tohmahan kepada calon PAS,Normala Sudirman.

" Tetapi analisa menunjukkan sokongan kekal di kawasan pekan untuk Pakatan Rakyat tetapi BN menambah sokongan di kawasan Felda," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) N 5 Tenang berakhir semalam dengan keputusan rasmi, calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim memperoleh 3,707 majoriti undi menumpaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Nomala Sudirman.

Bagaimanapun terdapat sedikit kekeliruan berkaitan jumlah yang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

Mengapa Rakyat Tunisia Dan Mesir Yang Tenang Dahulu Bangkit?

Posted: 31 Jan 2011 03:20 AM PST

Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.

Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat "dijajah" di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.

Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak "membunuh" jiwa dan raga satu atau beratus atau beribu insan biasa di jalanan , di penjara atau di kawasan terpencil?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi "ibu" kepada semua dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi peniagaan kroni diteruskan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?


Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara demokrasi rakyat tidak disekat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk kesejahteraan rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah dimansuhkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk "memerangi" rakyat dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan?

Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi.

Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut (hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan!

Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh bijaksana.

Semoga Tunisia dan Mesir kembali Tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.


* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.

Rosmah Mansor wanita pintar, kata Anifah Aman

Posted: 30 Jan 2011 07:29 PM PST

Tersenyum. Itulah yang berlaku apabila membaca ulasan Menteri Luar Anifah Aman mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tersenyum kerana itulah kata-kata pujian yang 'semestinya' dikeluarkan oleh seorang menteri mengenai isteri bosnya. Tak kan nak keluarkan kata-kata yang 'tak sedap didengar', nahas jawabnya.

Anifah, adik kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman, menyatakan bahawa Rosmah Mansor adalah seorang yang bijak, cerdik dan merupakan satu aset kepada Najib. Saya setuju bab aset Najib kerana itulah hakikatnya. Jika Rosmah bukan seorang yang pintar, sudah tentu dia tak boleh laku apa yang dilakukannya. Hanya orang yang pintar mampu berbuat demikian sehingga ada pemimpin negara lain yang tertarik dan kagum dengannya.

Menurut laporan Bernama dari Kota Kinabalu semalam (Sabtu 30 Jan), Anifah berkata Rosmah adalah seorang wanita yang bijak yang telah menyumbang kepada pengukuhan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain. Hebat, amat hebat.

Sebagai bukti, katanya, Rosmah mendapat banyak jemputan untuk memberi ucap utama pada persidangan-persidangan antarabangsa terutama yang berkaitan pembelajaran awal kanak-kanak dan isu berkaitan wanita dan pembangunan sosial.

Berdasarkan kenyataan Anifah Aman itu kita akui kehebatan Rosmah Mansor. Kita juga bersyukur kerana atas kebijaksanaan Rosmah juga maka nama Malaysia menjadi wangi dan harum di kalangan negara-negara membangun dan maju. Mungkin sebelum ini banyak negara yang tidak kenal dan tahu mengenai Malaysia. Terima kasih Rosmah.

Bagi saya, Rosmah Mansor adalah seorang wanita yang cukup hebat. Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, iaitu bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan pejabat Menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara. Pendek kata, Bangunan Perdana Putra adalah mercu tanda kepimpinan negara. Di situlah dasar dan hala tuju negara di bincang, di rumus dan diperturunkan arahan pelaksanaannya

Saya bertuah dapat bertugas dalam bangunan penting itu di bawah dua orang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seketika di bawah Tun Abdullah Ahmad..

Hasil daripada wujudnya Internet, maka wujudlah laman-laman sesawang kerajaan dan tidak ketinggalan laman sesawang Pejabat Perdana Menteri (PMO). Laman sesawang PMO mula wujud semasa Tun Mahathir menjadi PM.

Maklumat yang dimuat dalam laman sesawang PMO semuanya berkaitan tugas dan urusan rasmi termasuk berkaitan jabatan dan agensi yang diletak di bawah PMO selain yang dihubungkan melalui sistem Internet.

Semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, tidak wujud apa-apa unit atau bahagian yang khas untuk isteri masing-masing. Tidak pula wujud sebarisan pegawai untuk berkhidmat khusus untuk mereka.

Tetapi, atas kebijaksanaan seseorang maka wujud sebuah bahagian khas dalam PMO yang turut dimuat atau dipapar dalam laman sesawang PMO. Bahagian khas itu dinamakan "F.L.O.M. Division" Tetapi, setelah kewujudannya menjadi topik panas dalam beberapa laman blog, tiba-tiba ia 'hilang' entah ke mana. (Lihat di bawah ini paparan direktori bahagian khas itu)

Bukan menjadi rahsia yang F.L.O.M. itu membawa maksud "First Lady of Malaysia", iaitu satu gelaran yang dirujuk kepada Rosmah Mansor walaupun ia tidak tepat kerana isteri ketua kerajaan bukan "First Lady" tetapi isteri ketua negara. Ini bermakna Bahagian F.L.O.M. diwujudkan untuk Rosmah Mansor dan ia merupakan satu sejarah yang boleh dimasukkan dalam "The Malaysia Book of Records " kerana pertama kali wujud sebuah bahagian khas untuk isteri PM. Bukankah ia memperlihatkan kehebatan Rosmah Mansor dan bukankah ia turut menunjukkan bahawa ia adalah satu strategi orang bijak?

Bahagian itu diketuai oleh seorang Pegawai Khas bernama Datuk Siti Azizah Sheikh Abod. Saya kenal orang ini kerana pernah sama-sama bertugas dalam sebuah kementerian bernama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Jawatan terakhir Siti Azizah sebelum bersara ialah Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan.

Selain Siti Azizah, bahagian khas ini turut dianggotai oleh lima orang pegawai lain yanag sudah tentunya hebat-hebat belaka. Maklumlah mereka berkhidmat untuk seorang isteri PM yang hebat.

Saya tidak tahu sama ada kewujudan jawatan-jawatan tersebut dilulus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Jabatan Perkhidmatan Awam kerana ia membabitkan wang rakyat untuk membayar gaji dan upah serta menanggung segala perbelanjaan jabatan khas itu.

Selain daripada itu, adakah perlu dan terdesak sangat untuk mewujudkan sebuah bahagian khas untuk isteri Perdana Menteri?

Mungkin akan terpanggil seorang daripada menteri untuk memberi penjelasan bahawa semuanya itu dibolehkan oleh undang-undang dan ada peruntukan dalam Pekeliling Perbendaharaan ataupun Perlembagaan itu sendiri.

Tidak hairanlah jika ianya berlaku kerana di Malaysia, semuanya boleh!

Sumber Dari MR

Tiada ulasan: