Sabtu, 22 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Najib ke hulu, Rosmah ke hilir

Posted: 22 Jan 2011 05:50 AM PST

Saya kira kenyataan Rosmah dengan mengatakan bahawa beliau tidak peduli apa orang mahu kata kepadanya, yang penting beliau ke luar negeri untuk kepentingan negara, saya sifatkan sebagai kenyataan melepas batuk ditangga dan ingin lari dari masalah sebenar" kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui di pusat penamaan calon disini hari ini.

Beliau diminta memberi respon berkenaan jawapan rosmah berikutan kritikan ramai pihak terhadap tindakannya tidak ubah seperti menteri kabinet.

Rosmah telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah negara yang sepatutnya dijalan yang punyai portfolio menteri .

Dalam pada itu, Rosmah juga dilaporkan mempunyai pejabatnya sendiri di purtajaya, walhal beliau cuma isteri Perdana Menteri yang hanya layak mendampingi PM ke mana-mana sahaja suaminya pergi.

"Saya hairan bila melihat Najib ke hulu, Rosmah ke hilir dengan tugas negara masing-masing" katanya

Tambahnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, pejabat Rosmah yang sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. Tentunya memerlukan dana tambahan ubtuk beroperasi.

"Saya mempersoalkan dari sumber mana wang yang digunakan untuk pejabat Rosmah" Soalnya.

Beliau juga menganggap tindakan itu adalah satu pembaziran dan semacam menyalahgunakan wang rakyat demi untuk memuaskan hati Rosmah yang gilakan jawatan first lady.

Menurut beliau juga juga dikenali dengan blogger Cina Islam itu, Keangkuhan ini makin menjadi-jadi dalam masa yang sama mengenepikan permaisuri agong sebagai wanita pertama negara yang sebenarnya, tindakan ini merupakan penderhakaan beliau terhadap institusi beraja sehingga kini masih diteruskan dengan penuh angkuh.

Selain dari itu Drs. Khalil mendedahkan, Rosmah juga mempunyai laman web sendiri yang menggunakan server perdana menteri yang dianggap sebagai amat istimewa bagi golongan bukan menteri kabinet dan penjawat awam tertinggi.

"Rosmah semakin besar kepala selepas peroleh bajet RM111 juta mengatasi bajet yang diperolehi bagi bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang cuma RM95 juta," jelasnya lagi.

Jika benar Rosmah meletakkan tujuan berpusat kepada rakyat dengan penuh ikhlas, beliau perlu keluar dari kemewahan yang beliau nikmati dari bajet RM111 juta tersebut.

"Bajet RM111 juta itu cuma dinikmati oleh beberapa kerat golongan elit, bukannya rakyat seluruhnya" ujarnya.

"Apakah keistimewaan rosmah sebagai isteri Perdana Menteri sehingga telah menafikan hak 24 juta rakyat Malaysia," soalnya.



DRS. KHALIL IDHAM LIM

Najib Bakal Adakan PRU-13 Waktu Terdekat

Posted: 22 Jan 2011 05:38 AM PST

Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.

Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.

"Pilihanraya kecil ini samaada dimenangi oleh BN atau tidak, itu tidak akan mengubah fikiran Najib.

Saya fikir najib memang sudah merancang untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal. pilihanraya kecil ini hanya kebetulan sahaja. kalau nak dikatakan tanda bahawa pilihanraya diadakan segera atau dalam masa terdekat, saya fikir tidak begitu," katanya.

Beliau berpandangan bahawa, Perdana Menteri Najib Razak akan mengambil kesempatan ekoran suasana politik hari ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional.

"Najib akan mengadakan lebih cepat daripada biasa. sebab keadaan sekarang ini lebih sesuai untuk najib mengadakan pilihanraya. keadaan bagus untuk mereka (BN).

Keadaan sekarang ini pada keseluruhannya lebih memihak kepada BN. sekiranya ditangguh-tangguh, keadaan berubah, tidak begitu baik untuk BN, ertinya Najib akan lebih susah mencari masa sesuai. jadi saya fikir dalam keadaan sekarang Najib mesti mengadakan pilihanraya umum," katanya.

Beliau turut menambah, biarpun serangan bertubi-tubi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat semakin meningkat, namun beliau mengganggap Pakatan Rakyat mampu menghadapi serangan tersebut jika kesepaaduan dan keseragaman dicapai oleh seluruh anggota parti.

"Sekiranya pakatan dalam masa terdekat ini dapat mensepadukan perpaduan, maka peluang akan lebih baik," ujarnya.

Keseluruhan pilihanraya kecil yang berlangsung selepas pilihanraya umum ke-12 diadakan memperlihatkan, sebanyak 14 pilihanraya kecil telah diadakan.

Dalam tempoh ini, sebanyak 9 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya 5 kerusi dimenangi oleh parti Barisan Nasional.

Malulah Rosmah buat kerja menteri kabinet

Posted: 22 Jan 2011 01:50 AM PST

Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.

"Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

"Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

"Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?" soal beliau.

Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.

"Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.

Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.

"Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.

Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.

Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

Sarung Tangan lawan Rasuah

Posted: 22 Jan 2011 01:34 AM PST

Pelik apabila Presiden "seks" MCA menyentuh tentang perkara bersalam dalam PRK Tenang. Tiada diketahui samada pelakon "video seks" itu sengaja menyentuhnya untuk mempersendakan atau sememangnya jahil akibat mendapat fahaman "ajaran Islam ala UMNO'.

Barangkali Chua Soi Lek bertujuan agar pengundi Cina seramai 5,635 di Tenang menjauhi PAS.

Kita melihat pencalonan wanita oleh PAS dalam PRK Tenang ini mempunyai banyak hikmat. Kita tahu bumi Johor adalah "gersang dan kering kontang" dengan pengaruh PAS. Untuk menang barangkali amat tipis mengikut perkiraan logik.

Tetapi PAS banyak mendapat manafaat dalam beberapa perkara di PRK Tenang. Antaranya :

1) Medan dakwah.

Kali ini dengan dengan isu bersalam antara lelaki perempuan. Dengan tercalonnya wanita sebagai calon PAS, banyak pihak terutama non Muslim mempelajari adab dan hukum Islam dalam bab bersalam. Disini berlakunya penyebaran dakwah dan ilmu Islam kepada non muslim.

Lagi penting, tidak bersalam itu tidak menjejajaskan kerja wakil rakyat berbanding boleh bersalam lelaki-perempuan(ajaran UMNO) tetapi banyak "lahap" duit rakyat!

Semakin orang lelaki Cina dan India tahu, jika calon wanita PAS tidak bersalam dengan mereka bukan penghinaan tetapi satu kepatuhan agama. Kepatuhan agamalah yang menjauhi PAS dari rasuah.

2) Satu penghormatan kepada Wanita.

Tentunya Majlis Syura tahu dengan tercalonnya wanita sebagai calon bakal mengundang fitnah. Tetapi kita boleh mempelajarinya bagaimana dapat mengelakkan, menangkis dan "menyerapkan" fitnah itu. Ini melahirkan percambahan idea dan pelbagai buah fikiran untuk memikirkannya. Bahan hasilnya nanti boleh dipratikkan dalam PRU 13 di kawasan-kawasan yang ada calon wanita PAS.

Kini, orang Cina dan India tahu oleh kerana ramai pemimpin UMNO/BN suka bersalam dengan perempuan atau sebaliknya dengan membelakangi hukum agama maka terjadinya banyak skandal seks di kalangan pimpinan BN seperti raba meraba , rogol, video seks dan sewaktu dengannya.

Betul tak Chua Soi Lek?

Sebab Johor Kubu Kuat Umno-BN, Rakyat 'Tidak Dihiraukan'

Posted: 22 Jan 2011 01:25 AM PST

Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.

Pengundi Tenang Mampu Buat Perubahan

Posted: 22 Jan 2011 01:24 AM PST


Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.

Normala juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.

"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sekitar Penamaan Calon N05 Dun Tenang

Posted: 22 Jan 2011 01:13 AM PST











Tiada ulasan: