Khamis, 20 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Isu negara Islam muncul pula di Tenang

Posted: 20 Jan 2011 07:17 PM PST

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

tenang by election 210111 abdul ghani othman"Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa," katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Geran tanah untuk kuil

"Dia (Pakatan) buat orang India tidak berpuas hati atau mungkin berkecil hati sehingga membawa pepecahan (terlebih) dahulu. Ini taktik yang digunakan tahun 2008.

'Kalau begini caranya, maka (ia adalah) cara yang merosakkan negara kita," katanya.

Menurut Abdul Ghani, beliau berharap dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, masyarakat Melayu, Cina dan India, menunjukkan semangat perpaduan dan terus memberi sumbangan kepada kerajaan.

islamic state"Ini asas penting untuk menjadi bangsa yang bersatu, (menuju) negara yang maju dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," katanya yang juga pengerusi BN Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli parlimen Labis Chua Tee Yong, ahli parlimen Tenggara Halimah Sadique, barisan kepimpinan parti komponen BN dan pemimpin kuil Sri Subramanian, di Labis.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009.

Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan.

Lembaga disiplin PKR tentukan masa depan MP Gobalakrishnan

Posted: 20 Jan 2011 07:14 PM PST

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam PKR sementara lembaga disiplin dijangka bersidang dalam waktu terdekat ekoran kegagalan beliau menjawab surat tunjuk sebab berhubung tindakannnya mengecam teruk kepimpinan parti.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa langkah seterusnya ialah lembaga disiplin bersidang untuk mendengar kes Gobalakrishnan yang gagal membalas surat tunjuk sebab sebelum 17 Januari lalu.

Wakil rakyat penggal pertama itu diberi surat tunjuk sebab pada 31 Disember lalu.

"Beliau enggan memberi respons kepada surat daripada kami meskipun kami menghantar surat kedua awal bulan ini dan melanjutkan tarikh untuk beliau menjawab," katanya.

Kepimpinan parti pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.

Ekoran aduan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawab, parti kemudian menghantar surat kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan perlu menjawab sebelum 17 Januari.

Bagaimanapun kelmarin, wakil rakyat itu mengadu bahawa Saifuddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung memandangkan surat kedua hanya diterima pada 17 Januari.

"Bagaimana mereka boleh mengharapkan saya menjawab surat pada 17 Januari sedangkan surat hanya tiba kepada saya pada 17 Januari," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran parti Kita yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Gobalakrishnan kemudian mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menjawab surat itu, tindakan yang dilihat akan membawa kesan ke atas beliau.

Susulan komen itu, Gobalakrishnan terus membidas kepimpinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi Twitter.

Saifuddin menafikan beliau telah gagal untuk melanjutkan tarikh bagi Gobalakrishnan menjawab surat tunjuk sebab.

Kata beliau, pihaknya menggunakan kesemua saluran untuk memastikan Gobalakrishnan menerima notis berkenaan.

"Kami menghantar (notis) menerusi e-mel dan juga Daftar AR," kata beliau.

PKR pernah memecat seorang ahli Parlimennya awal tahun lepas selepas kesnya didengar oleh lembaga disiplin.

"Beliau seorang celik IT, lihat beliau dalam Twitter ... jadi saya sangat pasti beliau telah menerima surat kami pada masanya," kata beliau.

Saifuddin menambah, selaku ahli politik senior Gobalakrishnan seharusnya menerima tindakan susulan berhubung kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini.

"Bagi parti, kami hanya mengikut prosedur," kata beliau.

"Sekarang beliau enggan dan telah gagal untuk membalas surat, jadi langkah seterusnya ialah beliau berhadapan dengan lembaga disiplin," kata beliau lagi.

Lembaga disiplin menurut Saifuddin, akan menentukan masa dan tarikh untuk bersidang lalu mendengar kes Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan PKR yang baru berakhir.

Akhir bulan lalu, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan ke atas Anwar dan Azmin serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

"Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

"Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru ... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja," katanya.

Dalam salah satu mesej Twitter bulan lalu, Gobalakrishnan berkata, "semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat."

Satu lagi mesej pula berbunyi, "Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Gasing, Petaling Jaya), yang dia tutup," katanya.

Gobalakrishnan menambah, "saya telah melalui laluan yang ranjau, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima)."

Pada majlis pelancaran Kita kelmarin, Gobalakrishnan memuji tindakan Zaid, seorang lagi pemimpin yang meninggalkan PKR akhir tahun lalu.

Zaid bertanding jawatan timbalan presiden tetapi memutuskan untuk menarik diri di separuh perjalanan atas alasan proses pengundian cacat dan menyeleweng.

Gobalakrishnan menggambarkan Kita sebagai "parti yang cantik", tetapi menegaskan akan kekal dalam PKR.

Chua Soi Lek Mempermainkan ajaran Islam di Tenang..

Posted: 20 Jan 2011 06:59 PM PST

Kelmarin Naib Ketua Umno Bahagian Labis, Hashim Daud memberi jaminan bahawa Umno Bahagian Labis tidak akan melancarkan serangan peribadi ke atas calon PAS, Normala Sudirman ketika berkempen dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor.

Kononnya "Banyak kerja lain yang kita nak buat. Itu bukan cara Umno membuat serangan peribadi terhadap calon lawan. Kita boleh tengok rekod Umno dalam mana-mana pilihan raya.

"Tetapi parti lawan yang sering membuat serangan peribadi terhadap Umno, bukan kepada calon sahaja tetapi juga ke atas para pemimpin Umno. (sila baca di SINI)

Benar.. memang benar jaminan itu UMNO Bahagian Labis tidak menyerang peribadi lawannya.. TETAPI sekutu UMNO iaitu MCA telah menyerangnya, bukan saja peribadi malah turut mempersendakan ajaran atau perintah agama calon lawannya iaitu Islam…

Akibat terlalu lama bersama dengan UMNO, Bintang filem lucah yang kini dilantik menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek sekali lagi menunjukkan kejahilan atau ketidak prihatinan beliau tentang ajaran agama Islam.

Bintang filem lucah itu yang selama ini sering mengungkapkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa takut kepada ajaran Islam (Islamfobia), sekali lagi gagal mengawal dirinya dari menunjukkan kepada umum apa pandangan dan perasaan beliau terhadap ugama Islam atau dalam lain ayat bercakap menentang norma-norma Islam.

Dalam kenyataan terbarunya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, Chua secara sarkastik membuat perbandingan antara cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.


Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..


"Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan lebih kurang begini " Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS."

"If you can accept a lifestyle that follows Islamic values, then you vote for PAS, as simple as that,"

Dalam Bahasa Malaysia maknanya "Jika anda boleh menerima carahidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS"

Tidakkah kenyataan dari pelakon filem lucah itu satu kenyataan yang jelas menghina dan dalam masa yang sama mempermain-mainkan nilai suci ajaran Islam?

Pelakon filem lucah itu juga mendakwa Kerajaan PAS Kelantan juga rasuah seperti kerajaan negeri-negeri lain yang diterajui oleh UMNO.

"UMNO tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna, tengok negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kalau anda mempunyai kawan di Kelantan Tanya mereka mengenai Kerajaan PAS Kelantan.

"Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat jika tidak nilai rasuah mereka juga besar" katanya lagi sekaligus mengakui akan adanya rasuah dalam kerajaan UMNO/BN.

Komen-komen pelakon filem lucah ini kebanyakkannya menimbulkan rasa takut atau kurang senang bukan Islam terhadap Islam (Islamphobia).

Tahun lepas pelakon filem lucah merangkap Presiden MCA sekutu UMNO didalam Barisan Nasional ini telah berkata majority Negara-negara yang mengamalkan rasuah ialah Negara Islam.

Beliau juga pernah melahirkan kekecewaan tentang kedai-kedai di Kota Bharu yang ditutup ketika perayaan Aidil Adha, satu perayaan penting dalam calendar Islam yang disambut secara besar-besaran di Timur Tengah.

Itulah Chua Soi Lek yang telah membintangi filem lucah yang kini dilantik sebagai Presiden MCA..

Akhlaknya dan kefahamannya terhadap nilai-nilai murni yang terdapat didalam Islam adalah hasil tarbiah UMNO selama 50 tahun lebih..

Fuck You!! Chua Soi Lek!!



Dari Anak Sungai Derhaka

Biar Betul Najib!.. Mufti Perak Kenapa Diam?

Posted: 20 Jan 2011 06:39 PM PST


Jika PR buat begini syor mufti-mufti termasuk pak menteri diorang akan keluarkan kenyataan ini adalah "syirik". Tapi sekarang kenapa menteri dijabatan agama islam, ulama muda atau mufti perak tak tegur... "awat depa nie, dok pakat lena kot?"


Sumber gambar dari sini.

Dari mana hendak ke mana?

Posted: 20 Jan 2011 05:39 AM PST

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Penyesalan ketika maut datang menjemput

"Siapa yang menyalahgunakan segala pemberian Allah kepadanya, pasti akan menyesal ketika maut datang menjemputnya, dan akan ditanya masa hidupnya sekalipun hanya sebentar, untuk dicela dan tahu apa yang telah hilang, jauh, yang telah ada, dan yang datang kemudian, semua menurut kelalaiannya."

(Tafsir Ibnu Katsir)


SUATU hari ketika menatap halaman sebuah akhbar; saya tersenyum sendirian apabila membaca temu ramah wartawan yang bertanya seorang wanita yang dipilih penyimpan paling konsisten sebuah bank tempatan mengapa dia prihatin dalam hal itu, dia berkata: "Untuk masa depan!"

Hati saya tergeletek kerana wanita itu berusia 75 tahun, masa depan apa lagi yang mahu difikirkannya? Namun di samping ketawa saya juga kagum kerana dia masih beringat-ingat akan masa depan pada usia itu.

Namun kekaguman itu serta merta pudar apabila saya teringat tazkirah seorang rakan tabligh yang berkata lebih kurang begini: "Di hadapan orang berusia 60 atau 70 tahun adalah kubur, itulah yang perlu difikirkan, itulah destinasi kita, sudah cukupkah bekalan ke alam sana?"

Pada hari yang lain pula saya terbaca kisah menarik ini: Seorang profesor sudah terlambat untuk ke kelas pengajian di universiti berdekatan. Dia menahan sebuah teksi, memberitahu si pemandu membawa kereta paling laju dia mampu. Pemandu menekan pedal minyak, membawa teksi bagikan orang gila.

Si profesor lantas bertanya, "eh mana kamu mahu bawa aku?" Pemandu menjawab: "Bukankah tuan hanya menyuruh saya pandu selaju mungkin tanpa menyatakan destinasinya?"

Demikianlah antara misalnya akan terjadi jika pemimpin kita sibuk mencanangkan mahu menjadikan negara maju atau berpendapatan tinggi tetapi tidak mempunyai destinasi (matlamat)nya.

Sewajarnya negara boleh dipandu menuju status maju, tetapi rakyat kebanyakan jangan dibiarkan keciciran. Dalam Islam, seseorang itu boleh menjadi kaya raya tetapi dia jangan lupa dalam kekayaannya itu ada hak orang miskin yang perlu dilunaskan. Itulah zakat namanya.

Ya., kini negara kita dipandu laju menjadi negara maju atau berpendapat tinggi tetapi mengapa soal haram tidak diambil peduli? Mengapa pula mahu diadakan hab hiburan maksiat, mengapa mahu dibenarkan judi bola dan sebagainya? Tak ingatkah di depan kita (kebanyakan menteri sudah berusia lebih 60 tahun) ada kubur seperti diingatkan teman tabligh saya.

Kemudian mengapa kehidupan rakyat awam (orang kebanyakan) mahu disusahkan? Apabila harga barangan asas seperti petroleum, gula dan gas dinaikkan, secara automatik harga barangan dan perkhidmatan turut melambung. Kini minyak masak sukar ditemui dalam pasaran, harga bawang melambung tinggi manakala pengusaha warung dan restoran turut menaikkan harga makanan dan minuman.

Negara ini boleh saja dipenuhi bangunan tinggi pencakar langit, hab-hab maksiat yang hebat, restoran bertaraf antarabangsa, rumah mewah bagaikan istana dengan segelitir rakyat berpendapatan hebat bagi melayakkan ia digelar negara maju berpendapatan tinggi, tetapi apakah ertinya jika sebahagian besar rakyat bagaikan slogan lama – dulu, kini dan selamanya – miskin dan merempat?

Ini yang kita tidak mahu, jadi agihkan wang pendapatan negara yang kerap rakyat dengar berbilion-bilion ringgit itu secara bijaksana; berilah rakyat peluang menikmatinya sekarang ini, janganlah biarkan mereka kempunan sehinggalah mereka masuk kubur seperti diingatkan teman tabligh itu. Bahagiakan rakyat sekarang bukan cuba bahagiakan mereka selepas mereka dimamah tanah!


Dari Lanh Sr

Mengapa Dhaka bukan Monte Carlo?

Posted: 20 Jan 2011 05:33 AM PST

Bangladesh adalah bumi terakhir yang bakal dijejaki oleh "Wanita Pertama" Malaysia. Bangladesh, yang benderanya sama dengan bendera PAS cuma warna bulannya merah adalah negara Islam yang mempunyai penduduk hampir 165 juta orang.

Mengapa "Wanita Pertama" ini memilih Bangladesh sebagai destinasi lawatan rasmi beliau selepas Saudi dan Oman?

Apa faedahnya melawat negara yang dikategorikan negara miskin dan sering bergolak politiknya?

Adakah "Wanita Pertama" ini ingin menceburi industri jut? Atau ingin menjadi ajen buruh Bangla? Atau ingin mempromosikan produk PERMATA?

Kalau dari segi projek, beliau sudah ada projek PLKN. Sudah bertaraf jutawan. Itu belum lagi dicampur dengan industri kapal selam dan jet pejuang yang telah dimiliki oleh suaminya.

Inilah yang "memeningkan" pihak pembangkang hatta pihak kerajaan mengapa wanita itu memilih Bangladesh.

Sebenarnya ada satu " ilmu " yang barangkali ingin dimiliki oleh "Wanita Pertama" itu dari negara Bangladesh iaitu "menjadi Perdana Menteri". Tentunya orang yang dihajati untuk bertemu dan menadah ilmu ialah PMSheikh Hasina dan mantan PM Khaleda Zia.

Tentunya Sheikh Hasina dan Khaleda Zia mempunyai ramuan istimewa untuk dikongsikan bersama "Wanita Pertama" Malaysia itu. Mengapa tidak? Ini kerana mereka berdua dapat menjadi PM di sebuah negara yang mempunyai 164 juta penduduk berbanding Malaysia cuma 29 juta sahja.

Bayangkan bagaimana kedua wanita tersebut dapat menarik undi rakyat yang ratusan juta itu untuk memilih wanita menjadi PM. Tentunya ada ramuan istimewa dan petua khas.

Itulah yang ingin dipelajari oleh "Wanita Pertama" ini.

Jika dahulu pernah Menteri Wanita Shahrizat Jalil mahu wanita jadi MB, maka tentu "Wanita Pertama" ini lebih "bernafsu besar" ingin jadi PM !

Nampaknya "kempunan"lah Muhyiddin, Hishamuddin dan Zahid untuk mengidam kerusi PM selepas PMNajib jika abdaian ini menjadi kenyataan.

Bukankah teori RAHMAN telah tamat dan kembali kepada asal iaitu huruf "R" ?



Dari Tok Pepijat

“Tentera Jihad” Yang Pengecut

Posted: 20 Jan 2011 05:21 AM PST

Sekali lagi sahabat saya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendapat perhatian masyarakat Malaysia apabila menerima ugutan bunuh daripada pihak yang menggelarkan diri mereka "Tentera Jihad". Beliau didakwa oleh pihak tertentu bersifat tidak sopan dan tidak menghormati institusi masjid apabila telah dua kali "mengguriskan" perasaan orang Islam apabila memasuki surau dengan tidak menutup aurat sepenuhnya dan juga kerana turut bersenam di perkarangan masjid dengan pakaian yang "ketat".

Saya kehairanan bila ada pihak yang begitu sensitif apabila YB Teoh Nie Ching masuk surau dengan tidak memakai tudung. Beliau pada ketika itu telah memakai sepasang baju kebaya yang pada pandangan saya sopan buat seorang bukan Melayu dan bukan Islam. Saya pernah bertemu di dalam surau dan masjid, banyak kali, remaja dan wanita Melayu masuk masjid dengan memakai seluar dan baju ketat atau jarang serta dalam keadaan "free hair" (tidak bertudung). Saya tidak pula pernah mendengar pula mana-mana ulama menegur wanita-wanita Islam ini secara lantang. Walaupun mata saya sering memerhati mereka ini dari ekor mata, saya merasakan walaupun mereka berpakaian begitu mereka masih mahu datang ke masjid untuk menunaikan solat. Alhamdulillah.

Saya bersangka baik yang mereka mungkin singgah untuk solat dalam perjalanan dari tempat lain dan tidak berniat untuk menghina institusi masjid dengan berpakaian sedemikian. Sepatutnya mereka faham dan tahu hukum hakam yang asas dalam Islam. Mana 'tentera jihad' tidak menegur wanita Islam yang masuk ke masjid tanpa menutup aurat.? Ramai wanita islam termasuk isteri-isteri Pembesar Negara yang masuk ke masjid tanpa menutup aurat sepenuhnya apabila jambul rambut mereka sering tersepai keluar. Kenapa "tentera jihad" diam seribu bahasa.?

Kalau kita lihat gambar senaman di perkarangan masjid yang menjadi kontoversi, Nie Ching berpakaian seluar track suit dan bukan "leotard" yang memang seperti memakai setokin atau "leggings". Ramai peserta wanita yang lain juga berpakaian 'track suit'. Adakah kita mahu dia berpakaian seluar longgar seperti seluar salwar kamis wanita Punjabi semasa beraerobik atau pakai seluar tidur? Adakah kita ada dua nilai untuk pakaian sukan: kalau di perkarangan masjid perlu pakaian longgar dan jika ditempat lain pula (di padang atau stadium) boleh berpakaian ketat dan melanggar syarak?. Di mana "tentera jihad" apabila ahli sukan wanita beragama Islam memakai pakaian ketat semasa bersukan?

"Tentera jihad" karut yang hanya berani meletakkan bangkai ayam dan surat ugutan dalam gelap. Sepatutnya umat Islam berasa bangga seorang pemimpin bukan Islam sanggup mendekati umat islam (atas apa sebab sekali pun) dan mengambil peluang mempamerkan keindahan akhlak orang Islam.

Saya tidak fikir perbuatan mengugut YB Teoh dilakukan oleh orang mukmin dan soleh tetapi oleh mereka-mereka yang mengaku Islam tetapi tidak faham apa itu Islam. Mereka mungkin beragama Islam tetapi tidak menghayati Islam. Islam dibibir sahaja. Islam luaran. Islam tempelan. Mereka ini ingin menimbulkan rasa permusuhan orang bukan Islam terhadap penganut Islam. Mereka cemburu apabila melihat kini pemimpin DAP sudah mula berjinak untuk mendengar dan cuba memahami Islam.

Bagi orang-orang PAS, bukan kerja kita memberi petunjuk dan hidayah kepada orang bukan Islam. Itu hak Allah swt siapa yang hendak di beri hidayah olehNYA. Tugas kita hanya untuk menyampaikan Islam. Kalau dulu mereka benci dan bermusuh tapi kini mereka mungkin bersimpati dan mahu mendengar pandangan kita. Kita perlu kefahaman pemimpin DAP terhadap hukum hakam Islam supaya satu hari nanti mereka tidak menentang jika pun mereka tidak menyokong PAS apabila kita mahu melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang Islam.

Saya mengutuk keras tindakan mengugut YB Teoh Nie Ching dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan misteri "tentera jihad" ini. YB Teoh, saya memohon ma'af bagi pihak orang Islam (yang sealiran dengan cara fikir saya) dan berharap YB tidak menyimpan buruk sangka terhadap orang Islam. Saya mahu YB tahu bukan ini caranya kami berjihad. Malangnya tindakan "tentera jihad" ini telah memalukan kami umat Islam yang istiqamah berjuang untuk memertabatkan Islam. Malah menjadi tanggungjawab umat Islam turut melindungi YB, jika perlu, walaupun YB tidak seagama dengan kami.


Sumber Dari: Minda Dr Siti Mariah/Minda Rakyat

Melayu Singapura Kritik Dr Mahathir

Posted: 20 Jan 2011 05:11 AM PST

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.

"Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," kata Sallim.

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," ungkap Sallim.

Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau "menyelidik dulu keadaan kami.

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam, lapor Bernama.

Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Katanya, "Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut."

ADUN Merlimau Meninggal Jam 8.10 Mlm

Posted: 20 Jan 2011 04:58 AM PST

Al-Fatehah...

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu
lepas meninggal dunia kira-kira pukul 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra di sini.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Radhuana Salleh mengesahkan kematian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa itu yang menerima rawatan sejak seminggu lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu malam ini.-Bernama


ps: Ini betul2 meninggal... bukan chobaan...

Perjuangan Pakatan Rakyat Selari Dengan Islam

Posted: 20 Jan 2011 04:48 AM PST

Matlamat setiap komponen Pakatan Rakyat sentiasa selari dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan kesamarataan dalam memperjuangkan nilai-nilai murni untuk membentuk sebuah negara yang berteraskan Islam.

Lantaran itu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman agama kerana keutamaan diletakkan pada nawaitu yang ditetapkan.

Justeru, tidak timbul soal ideologi mahupun cita-cita politik dalam gabungan itu kerana setiap dasar yang terbit, adalah hasil dari permuafakatan politik yang dimeterai secara bersama.

"Kami lebih selesa bersama DAP daripada mana-mana pihak yang tidak mahu menegakkan keadilan dan menjunjung tinggi cita-cita yang murni di sisi Allah S.W.T ini," kata Dr Dzul pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian, menjawab persoalan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat tidak mengandungi hujah berhubung negara Islam seperti yang diimpikan oleh parti Islam itu.

Menurut Dr Dzul, PAS sentiasa merujuk kepada amalan murni pada zaman Rasulullah S.A.W dalam membanteras kezaliman dan menegakkan keadilan dan ia selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

"Atas asas inilah, atas hujah inilah, berpaksikan bukti inilah, maka kami PAS bersama-sama dengan gagasan menegakkan keadilan, membanteras apa jua kezaliman, dalam apa jua bentuk bersama-sama dengan kawan-kawan DAP, PKR dan sesiapa pun yang mahu bersama-sama membanteras kezaliman," kata Dr Dzul.

Maka jelasnya, Pakatan Rakyat mempunyai asas yang kukuh dan jitu ke arah itu.

"Tidak ada sesiapa pun dalam DAP yang dihalang atau dinafikan untuk bermimpikan Malaysian Malaysia dan sebagainya. Begitu juga dengan PAS, kita punya cita-cita tersendiri atas paksi dan platform wadah PAS.

"Namun dalam permuafakatan politik Pakatan Rakyat, ini bukan menjadi dasar dan polisi yang kita capai dalam konvensyen pertama," jelasnya lagi.

Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang acapkali memanipulasi perkara ini agar menghentikannya kerana ia tidak akan mengubah pendirian gagasan itu.

"Jadi tuan-puan, buat kesekian kalinya saya membuat penjelasan, jangan dijadikan ini cara untuk pecah perintah kami sebab kami jelas, kami ingin bersama dengan sesiapa pun, dengan DAP walaupun mereka bukan Islam tetapi atas dasar menegakkan keadilan, mencegah dan membasmi kezaliman dan apa juga kebobrokan hasil daripada pengurusan pincang dan khianat kepada amanah Allah, kami tetap akan bersama," ujarnya.

Tiada ulasan: