Rabu, 12 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Dalam Islam tiada ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit

Posted: 12 Jan 2011 07:25 PM PST

Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.

"Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam," kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.

Dalam masyarakat Arab jahiliyyah kata beliau, bangsa kulit hitam yang berasal dari Habsyah (Afrika) amat dipandang hina kerana mereka adalah golongan hamba abdi yang tiada sebarang hak malah boleh di jual beli.

"Rasulullah s.a.w. sengaja menggunakan kiasan ini untuk menunjukkan Islam membawa misi pembebasan fikiran yang dibawa oleh Islam supaya pengagungan bangsa dihapuskan," kata beliau.

Beliau mahu mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

"Di akhirat kita semua akan hanya terbahagi tiga iaitu mereka yang beriman, orang munafik dan golongan kuffar," katanya.

Beliau bertegaS tidak akan ada soalan tentang bangsa, warna kulit, bangsa dan keturunan di akhirat nanti melainkan tiga kumpulan ini sahaja.

Dalam ucapan itu beliau turut menyelar segelintir orang Islam yang menukar akidah Islam dengan pegangan sekular seperti nasionalis, sosialis dan seumpamanya.

"Mereka yang meninggalkan aqidah yang jadi simpulan pegagangan kaum mukminin dengan memilih nasionalis dan ideologi ciptaan manusia lain akan menerima padah di akhirat di samping mereka akan menjadi permainan pihak lain di dunia ini," tambahnya.

Umno Sokong Sultan-Sultan?

Posted: 12 Jan 2011 07:19 PM PST

Satu dunia gegak gempita dengan laungan Hidup Melayu, Daulat Tuanku, Pertahan Institusi Raja dan macam - macam lagi oleh puak munafik besar iaitu Zionis Malaysia. Siapakah Zionis Malaysia? Umno. Kenapa dikatakan munafik. Apabila berbicara tersangatlah bohong.

Tahun 1993 detik dimana kuasa raja telah ditarik. Siapa yang telah menariknya? Apakah Anwar Bin Ibrahim? Apakah Lim Kit Siang? Apakah Karpal Singh? Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim? Apakah Tuan Guru Nik Aziz? Parti mana yang menarik kuasa raja - raja Melayu ini? PAS? keADILan? DAP?

Bohong kalau Umno menafikan mereka tidak menarik kuasa raja - raja Melayu. Bohong kalau Umno kata mereka tidak terlibat. Bohong kalau Umno kata mereka membantah saat keputusan itu dibuat. Bohong besar kalau mereka katakan perkara itu tidak wujud. Bohong dan munafik besar.

Tahun 1993 di dalam parlimen perkara untuk menarik semua kuasa raja - raja telah dibincangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad. Diulangi, Dr. Mahathir Mohamad. Siapa Dr. Mahathir? Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno. Dia telah menarik kuasa raja - raja Melayu. Sebelum dia menarik kuasa tersebut, akhbar perdana siang malam menghina Sultan - sultan kita ini. Berita Harian dan Utusan Malaysia ada sejarah yang pernah menderhaka kepada Sultan.

Tahun 2011, kuasa raja akan dikembalikan? Mana pergi penjilat Umno seperti GAPS dan Perkasa. Apakah mereka akan menyokong usaha kerajaan Pakatan Rakyat? Tidak. Mereka ini hanya menyokong ketuanan Umno. Muka - muka yang ada didalam GAPS dan Perkasa adalah muka yang sama ketika Khairy Jamaluddin tengah saat berkuasa. Apabila Khairy sudah tidak berkuasa, Ibrahim Ali pula mereka sanjung. Semuanya kerana mahukan wang. Insan yang tidak punya pendirian.

Sebagai orang Islam dan Melayu. Perhatikan saja apakah benar mereka akan menyokong usaha kerajaan Pakatan Rakyat ini. Buat Tuanku - tuanku sekalian dari Perlis hingga ke Johor, cukuplah. Maruah Tuanku - tuanku sekalian telah dihina selama 19 tahun oleh Umno. Kenapa masih tidak berani menentang Umno?



Dari Dragsuperstar

Motif jahat Najib di Selangor

Posted: 12 Jan 2011 07:15 PM PST

Umno Selangor yang diterajui khusus oleh Najib Razak nampak gelojoh sangat. Memanglah negeri termaju itu perlu direbut - dengan apa jua cara - oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi janganlah begitu tertonjol kerakusannya. Biarlah kelihatan pencak silatnya matang dan sedikit terhormat agar segala strategi dan taktik tidak dicemuh.

Memang dalam politik, kuasa itu seolah-olah segalanya, namun cubalah bersiasah secara beradab dan beretika. Yang mahu dipujuk dan ditawan adalah hati nurani rakyat. Sokongan mereka ditagih semasa kempen nanti. Sedangkan rakyat sudah bijak menilai dan menghakimi. Dengan ketamakan yang menyerlah, apatah lagi sanggup memperalatkan apa sahaja, bukankah langkah Umno Selangor di bawah Najib itu tidak manis dan tohor akhlaknya?

Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia, yang kaya dengan pelbagai slogan "pembaharuan". Sebahagiannya belum pun difahami rakyat dan juga pegawai kerajaan. Beliau tentulah mahu dilihat berbeda dengan Noh Omar, timbalannya di Selangor, yang diketahui gaya politiknya ataupun Dr Khir Toyo, bekas menteri besar yang pernah memalukan pegawai awam dengan "anugerah penyapu" itu.

Justeru, silakan apa jua gerak politik Najib yang beria-ia mahu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat, namun pastikan ia tidak menjolok mata dan merendahkan martabat beliau sebagai tokoh no. 1 negara. Usah hanya manis bicara di depan umum tetapi di balik tabir menjadi pencetus "huru-hara", hanya demi takhta.

Cukuplah dengan rakaman gelap-gelita tragis rampasan kuasa di Perak dua tahun lalu. Ia sejarah hitam sejarah demokrasi negara ini. Najib juga dipercayai menjadi dalang utamanya bagi mempastikan BN kembali bertakhta di negeri itu. Suara majoriti rakyat dihumban. Tidak sabar menunggu pilihan raya seterusnya, selepas kalah mengejut tanpa diduga pada Mac 2008, Najib melaksanakan strategi jahat.

Kini, giliran Selangor pula menjadi sasaran. Menyedari kerajaan negeri pimpinan Abd Khalid Ibrahim semakin popular di hati rakyat dengan gerakerja memaknakan perubahan, Najib seperti gelabah tidak keruan. Orang politik selalunya tidak bersedia jika hanya sekadar menunggu untuk dihukum tanpa melakukan usaha menyerang balas. PRU13 adalah detik penentuan hidup-mati Najib dan Umno-BN.

Dari satu segi Najib mungkin teruja dengan beberapa adegan "ribut dalam cawan" dalam KeADILan, sehingga menjangkakan inilah kesempatan terbaik untuk "bikin onar". KeADILan menerajui Selangor bersama PAS dan DAP. Tiada tanda-tanda BN dapat menamatkan penguasaan Pakatan jika mood rakyat Selangor "tidak dirosakkan". Sesuatu mesti dicari atau "diada-adakan" bagi memudahkan langkah BN menawan kembali Selangor.

Peluang tiba melalui kontroversi pemilihan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baru, Khusrin Munawi. Perdebatan kesahihan perlantikan itu hangat diperkatakan. Masing-masing mengasaskan hujah dengan merujuk peraturan dan perlembagaan. Apa pun, sudut politiknya jelas sekali. Khusrin ternyata mahu dijadikan perkakas politik oleh Najib, bagi membantunya "menculik Selangor", sesuatu yang amat bercanggah dengan kedudukan seorang penjawat awam.


Mungkinkah, seperti juga dalam kes Nizar Jamaluddin di Perak, Umno Selangor turut mengharapkan pihak istana akan menyebelahinya? Pakar-pakar perlembagaan dan politik, dari awal menjangkakan bekas Menteri Besar Perak itu dapat bertahan dan memenangi kes di mahkamah, namun akhirnya Umno tetap berjaya dalam rampasan kuasa itu. Konsep raja berperlembagaan ditafsirkan secara sewenang-wenangnya. Kedudukan Speaker Dun Perak langsung tidak dihormati.

Khusrin, bekas pembantu khas Menteri Besar Selangor, Muhammmad Muhd Taib, dilihat Umno sebagai orang paling sesuai untuk memudahkan gerakan menjatuhkan Pakatan Rakyat. Memang Khusrin terikat dengan sumpah rahsianya tetapi bukankah politik itu seni yang memungkinkan segala-galanya? Beliau terdedah dengan segala fail, maklumat dan perancangan kerajaan negeri.

Dalam situasi Umno-BN yang cukup kritikal ini, apakah erti etika seorang penjawat awam kepada Najib? Kalau undang-undang bertulis pun dilanggarnya, apatah lagi jika sekadar soal adab atau etika, yang boleh ditafsirkan daripada pelbagai sudut. Sekiranya raja-raja Melayu pun boleh "diperalatkan" demi survival kuasa, apalah yang Umno pedulikan dengan integriti perkhidmatan awam? Bukankah selama ini juga jentera kerajaan, termasuk pegawai kanannya yang sepatutnya "apolitical" diheret sama bagi mencapai tujuan politik Umno-BN?

Sejarah pengkhianatan Umno terhadap institusi raja-raja Melayu, khususnya melalui episod pindaan Perlembagaan 1993 cukup pedih buat golongan istana. Kedaulatan raja Melayu sebenarnya sudahpun dimusnahkan dengan pindaan itu. Hanya bersandarkan peristiwa di Bukit Serene, Johor dan beberapa kes kelemahan peribadi beberapa orang sultan, martabat keseluruhan institusi yang begitu penting buat orang Melayu direndah-rendahkan dengan cara yang mengaibkan.


Ramai melihat undi penentu dalam PRU13 adalah orang Melayu. Jika majoriti mereka beralih memilih Pakatan, nescaya kedudukan BN di Putrajaya tergugat dengan teruk. Risikonya, BN bakal hilang kuasa. Momentum pengundi Cina pula tidak banyak berubah, malah mungkin lebih memihak Pakatan, jika isu-isu seperti Khusrin ini berlanjutan. Rampasan kuasa di Perak sudah cukup merosakkan imej BN di kalangan masyarakat Tionghua.

Isu Khusrin ini turut membabitkan emosi dan sentimen orang Melayu. Bagi saya, Umno memang mahu Pakatan bertembung, malah bermusuh, dengan kakitangan kerajaan, yang majoritinya adalah orang Melayu. Bagaimanapun niat itu tidak kesampaian. Kes Khusrin langsung tidak melambangkan penolakan Pakatan terhadap kakitangan awam. Yang dipersoalkan adalah prosedur dan kelaziman yang perlu dipatuhi. Masakan pendapat kerajaan negeri yang memerintah langsung tidak dirujuk dalam pemilihan pegawai tertingginya?

Bukankah dalam tempoh tiga tahun ini, pelantikan SUK di negeri-negeri yang turut diperintah Pakatan, dan sebelumnya lama PAS memerintah Kelantan, kontroversi ini tidak pernah timbul? Lagi pun, nama-nama yang dicadang kerajaan negeri Selangor bagi mengisi kekosongan kerusi SUK juga adalah pegawai-pegawai kanan yang berpengalaman.

Umno juga beria-ia mahu melaga-lagakan kerajaan Pakatan dengan istana Selangor, dan mengimpikan hubungan dengan Raja-Raja Melayu terjejas, seperti yang pernah digambarkan berlaku di Perak. Mungkin ia didorong pengalaman silam tokoh-tokoh Umno, terutama yang berjawatan menteri besar, yang terpaksa berundur jika berkonfrontasi dengan istana.

"Menteri Besar bukan bermusuhan dengan Khusrin bila menolak beliau sebagai SUK. Yang dipertikaikan adalah cara Ketua Setiausah Negara membuat perlantikan tanpa berbincang dengan Menteri Besar. SUK adalah pegawai tinggi kerajaan yang paling utama dan bertanggungjawab melaksanakan polisi MB dan Exco-Exco. Jadi tidak logik perlantikan tidak dibincang dengan mereka," kata Iskandar Abdul Samad, anggota Exco Kerajaan Negeri.


Oleh Ahmad Lutfi Othman / Harakah

Belum Masuk Gelanggang Najib Dah Kalah!

Posted: 12 Jan 2011 07:04 PM PST

Ini diantara kata-kata Perdana Menteri DS Najib Tun Razak apabila dicabar oleh DS Anuar Ibrahim untuk berdebat,….

" Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.


Najib sengaja membutakan matanya. Sebab itu dia kata tak nampak hasil! Berdebatlah dulu beb! baru rakyat boleh nilai kepala hotak siapa lebih cerdik ! Selagi tak berdebat mana nak nampak hasil beb! Aduhh!! Kenapa lah benaknya PM kita ! Cakap sajalah datuk gentar ! atau mengaku saja yang datuk ada penyakit darah gemuruh!!

Najib janganlah sekadar menjadi anak Tun Razak saja. Jadilah anak jantan ! Sambutlah cabaran debat terbuka yang dibuat oleh DS Anuar Ibrahim. Biar Anuar jawab dengan fakta bagi menyangkal dakwaan anda bahawa Program 100 hari Pakatan Rakyat itu boleh membawa negara menjadi muflis atau sebagainya..

Mahukah DS Najib menyahut cabaran DS Anuar untuk berdebat? Beranikah beliau atau kecut perut? Kalau di tv atau akhbar-akhbar perdana Najib bukan main lagi tunjuk hebat ! ibarat seorang samseng yang membelasah musuhnya yang tangan terikat. Adilkah begitu ?
Selama ini anda berani bercakap hanya di depan media, lebih-lebih lagi media milik anda/Umno. DS Anuar tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab. Sekarang DS Anuar mencabar anda untuk berdebat ! Sudilah kiranya duhai Yang Amat Berhormat DS Najib !

Apa-apa pun respon dari Datuk Sri Najib telah diketahui umum. Sejak awal lagi kita sudah meramalkan bahawa Najib akan mencari seribu alasan!!,… dan nampaknya pemimpin Umno yang diiktiraf berte ??? hanyalah Datuk Shabery Chik seorang saja !! (kerana pernah sudi menyahut cabaran DS Anuar satu ketika dulu)

Ada rakan penulis bertanya,… " Apakata andainya DS Najib menyahut cabaran Anuar? Jawab penulis,…Kalau pun Datuk Seri Najib berani masuk gelanggang pasti beliau akan terkencing atau terkincit dalam seluar. Tetapi itu semua tak penting !! Yang penting keberanian datuk menyahut cabaran, itu sudah diiktiraf sebagai anak jantan!! Soal kebenaran yang hendak diperdebatkan sudah menjadi soal kedua.

Wahai DS Najib ! Penulis ingin membuat akujanji dengan Datuk Seri. Kalau DS Anuar dapat membuktikan kebenaran hujjah-hujjahnya, kami akan menyokong DS Anuar. Ibrahim bersama program-program Pakatan Rakyatnya. Tetapi kalau hujjah DS Najib yang lebih meyakinkan kami, maka kami akan menyeru orang ramai supaya bergegas mengisi borang keahlian UMNO. Apa kata Datuk Sri Najib !! setuju ? Jangan biarkan rakyat,.. ibarat menanti buah yang tak gugur!!


Oleh : rahimothman / Rakyat Marhan

Dulu Presiden MCA Sekarang Ketua Bahagian Pulak!

Posted: 12 Jan 2011 06:41 PM PST

Dalam laporan oleh Malaysiakini
hari ini, seorang jurusolek yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian pada 31 Disember yang lalu iaitu pada malam sambutan tahun baru mendakwa seorang ahli politik yang terkenal telah meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

Berikutan laporan itu jurusolek tersebut mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

Hmm.. nampaknya selepas isu Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dituduh memperkosa amahnya masih ada lagi ahli politik yang terlibat dengan jenayah seksual ini.

Siapa agaknya yang melakukan kerja itu??

Agak besar skop yang diberikan oleh Malaysiakini itu bagi kita meneka dari sebelah manakah Ahli Politik itu berpihak, sebelah Pakatan Rakyat atau dari Barisan Nasional.

Kita anggaplah Ahli Politik itu dari Barisan Nasional, kerana jika ianya dilakukan oleh Ahli Politik dari Pakatan Rakyat, sebelum matahari terbit lagi 1Malaysia sudah diberitakan dan berita itu akan diulang-ulang sehingga rakyat jelata hafal nama ahli politik itu oleh Media Pro-UMNO.


Dalam Barisan Nasional pula ada UMNO, MCA, MIC dan tah apa-apa lagilah..

UMNO kita tahu ada beberapa orang Ahli politiknya terlibat dengan kerja yang tak bermoral ini, MCA lebih hebat lagi kerana Presidennya sendiri adalah bekas pelakon VCD/DCD lucah dan MIC belum pernah aku belum pernah dengar kecuali berita tentang menjual orang adalah.. kalau nak baca korang carilah dalam 3000 lebih posting dalam Anak Sungai Derhaka ini..

Adakah yang meramas buah dada jurusolek itu dari UMNO, MIC atau MCA? Yang pasti ianya ialah seorang Ahli Politik lelaki dari Barisan Nasional, pasal takkan pula Ahli Politik wanita hendak meramas buah dada jurusolek tu kot.. tapi kalau di Johor mungkin.. he..he..

Sekarang skop sudah dikecilkan menjadi separuh..

Kita kecilkan lagi sikit.. Dari sumber yang aku dapat dari Ipoh, kerja itu meramas buah dada tu la.. telah dilakukan oleh seorang Ahli Politik dari MCA, beliau merupakan seorang Ketua Bahagian dan telah lama berkecimpung dalam politik..

Hanya itu sahaja yang sumber itu tahu..

Kalau benar maka meriahlah Barisan Nasional dengan pelaku-pelaku jenayah seksual ini..

Dan artikel dibawah ini menyokong maklumat dari sumber itu..



New MCA scandal: Perak leader behind molest of beautician?
Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


It looks like a top MCA man from Perak may be the next to follow in the footsteps of party president Chua Soi Lek and get embroiled in a 'sex' scandal.

Speculation is rife that the senior MCA divisional leader is the politician who allegedly molested a beautician on New Year's Eve.

"I don't know who, but the news has appeared in a few Chinese papers and it is creating a lot of public curiosity. I hope that the politician and the party he belongs to will issue a clarification," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Najib himself leads the pack

The Malaysian political scene has always been 'hot' with sex scandals, but in recent years the mercury has hit unprecedented highs.

Apart from Prime Minister Najib Razak's alleged affair with murdered Mongolian translator Altantuya Shaariibuu, there have also been shocking allegations made by top Umno bloggers that Information minister Rais Yatim had raped one of the maids who worked for him in 2007.

So far, in both cases, answers given by the men have failed to down public speculation and question marks still abound. Yet, Najib appears determined to defend Rais, and while there have been news reports that the maid has since withdrawn the rape accusations, few Malaysians really believed the incident did not happen.

As for the MCA, three years have passed since Soi Lek's own sex DVD was circulated on You Tube, forcing him to resign both his parliamentary seat as well as his Health minister's post. But there is still unhappiness within the MCA about his adulterous fling and debate rages on as to whether he is fit to lead the party, which is struggling to regain the Chinese community's respect.

"We should not rush to point the finger but a victim has come forward to complain and she has lodged a police report. Given the Umno-BN's track record of covering up, it is not wrong for us to stand on the side of the underdog and help her get some justice if we can. Whether her accusations are true or not is for the police to investigate and we urge them to do this without fear or favour," Taiping MP Nga Kor Ming told Malaysia Chronicle.

Attempts to tarnish beautician's reputation

Meanwhile, the beautician claims to have received several lewd and threatening text-messages on her hand phone. The messages were sent from different and unknown mobile numbers, asking her to have sex with them. Some of the messengers even threatened to rape her.

"She received the SMSes after lodging a police report. She then made a second police report over the SMSes. Some of the SMSes contained the 'F' word in English," Malaysiakini reported her lawyer, Leong Cheok Keng, as saying.

According to the beautician, the politician had on December 31 groped her breasts at a club in Ipoh. Perhaps in retaliation to her lodging a police complaint, rumours aimed at tarnishing her reputation have been spread in the small town she lives in. These include that she was out to get "more money" from the politician.

"The police report clearly states that she was molested by a particular politician. Now the case is being investigated and the authorities will decide whether or not to charge the individual," Leong said.

"My client wishes to state that she has not received even one sen from the politician. She reserves the right to take legal action against those who have defamed her. My client has been suffering from severe mental distress after the incident. Please stop doing more harm to this innocent victim."

Time to insist on a tougher stand

Perak police chief Mohd Shukri Dahlan has confirmed the matter but declined to elaborate.

Civil society leaders say it is time for the government to clean up, but sadly for Malaysia that is much easier said than done. Indeed, throughout the country's 53-year history, sexual harassment, misconduct and even attacks against women have been regarded as misdemeanours to be swept under the rug.

"The protection of women and children is the very sacred duty of any government. We must always endeavour to create a safe environment where there is also freedom and compassion. But we have been more relaxed than we should have been, especially in the past," Ramon Navaratnam (pic), past president of Transparency International, told Malaysia Chronicle.

"It is time for us to take a more mature and stronger view now. We must act against abuses of any kind towards any gender without any bias or pressure - be it political, racial, religious or otherwise."

MPSJ Larang Umat Islam Bekerja Di Tempat Jual Arak

Posted: 12 Jan 2011 06:36 PM PST

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi, lapor portal Malaysiakini.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas "inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan".

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

"Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini," kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

"Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

"Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya.

Pakatan usah bimbang pertemuan 24 Dis

Posted: 12 Jan 2011 05:16 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin pakatan pembangkang dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz (gambar) berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan pakatan pembangkang bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin pakatan pembangkang dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar. – Bernama

Perbezaa pendirian tak gugat Pakatan Rakyat

Posted: 12 Jan 2011 05:10 AM PST

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.

"Kita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih," katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Namun Hadi menerusi blognya semalam menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.

"Apa yang dihebohkan hanya untuk memanaskan kita dalam pakatan dan kita tidak akan termakan umpan," katanya.

Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.

Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam sekiranya pakatan itu mentadbir negara, beliau berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

"Serasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan," katanya.

Ooi berkata kenyataan Abdul Hadi pada Ahad lalu adalah putar belit media.

"Saya yakin isu ini akan terus berulang terutamanya menjelang pilihan raya kecil Tenang," katanya. – Bernama

BN bacul hadapi Pakatan Rakyat di Selangor

Posted: 12 Jan 2011 05:05 AM PST

Barisan Nasional (BN) sekali lagi memperlihatkan sikap baculnya mereka apabila meletakkan Sultan Selangor di bahagian hadapan bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat khususnya dalam memerintah Negeri Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, PR menghadapi BN di dalam medan politik negara ini dan sewajarnya merekalah yang seharusnya berada di barisan utama dalam menghadapi sebarang isu berbangkit dalam Selangor khususnya.

Khalid berucap demikian ketika memberikan tujuan himpunan aman yang diadakan di Dataran Shah Alam, bermula jam 3 petang tadi dan berakhir sejam kemudian di Bangunan SUK, dekat sini.

Himpunan itu adalah pelancaran kepada Program Jelajah Seluruh Selangor dalam usaha mengutip sejuta tanda tangan sokongan terhadap Sultan Selangor yang dipergunakan oleh BN selama ini.

Beliau berucap di hadapan ribuan rakyat Selangor yang berhimpun mewakili jutaan rakyat negeri itu sebagai menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Sultan Selangor yang jelas diperkudakan oleh BN dalam beberapa isu mutakhir.

"Musuh utama politik kita adalah BN tetapi mereka bersikap bacul dengan meletakkan Baginda Sultan di hadapan untuk menghadapi PR," tegasnya disambut laungan Allahu Akbar dan Reformasi.

Semua lapisan anggota masyarakat terdiri daripada anak-anak muda, dewasa dan wanita memenuhi ruangan anak tangga di dataran itu dengan tidak menghalang lalu lintas sebalik pengguna jalan raya membunyikan hon sokongan.

Selepas lima minit dimulakan, kelihatan lima pegawai pasukan berunifom menghampiri himpunan dan ketika itu juga, Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman memberi jaminan dan bertanggungjawab ke atas himpunan aman itu.

Lebih 30 anggota polis termasuk pasukan FRU siap dengan belantan dan perisai mengawasi himpunan itu bagi menjaga keselamatan dari provokasi pihak tidak bertanggungjawab, hingga akhir tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sebaik Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharom menurunkan tanda tangan sebagai gimik pelancaran jelajah itu, perarakan pun bermula ke Bangunan SUK untuk menyerahkan memo sokongan kepada Tan Sri Khalid.


- Harakah

Pak Lah ada Khairy, Najib ada Rosmah

Posted: 12 Jan 2011 04:58 AM PST

BETULKAH Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno mahu berundur dari politik buat satu masa yang tidak ditentukan?

Apa yang baru dinyatakannya dalam catitan komputer persendiriannya, dia baru menimbangkan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Parlimennya di Rembau dalam pilihan raya akan datang.

Baru menimbang saja. Belum ada kepastian.

Catitan sendiriannya itu belum boleh dilihat bersungguh. Masih banyak masa untuknya untuk menilai keinginan yang belum matang itu. Apa pun kenyataannya boleh menimbulkan spekulasi.

Yang baru dibayangkannya ialah kedudukannya sebagai anggota Parlimen Rembau. Kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia tidak disebutkan. Setakat ini dia masih Ketua Pemuda Umno dan belum membayangkan untuk berhenti dan masih Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Kalau dia tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, belum tentu dia tidak akan bertanding lagi tetapi mungkin mahu berubah kawasan.

Bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi dipercayai tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas. Umno tentulah sedang mencari calon yang sesuai bagi gantinya. Apakah tidak mungkin Khiary mahu beralih ke Kepala Batas dan mengosongkan Rembau?

Selain dari Kepala Batas kawasan keluarga bapa mertuanya, ia juga adalah negeri bondanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Tetapi kemungkinan itu tidak berapa kuat.

Untuk mengatakan dia sudah hilang harapan dalam dunia politik, juga tidak berapa kena. Dia orang baru dan baru satu penggal sebagai Ketua Pemuda Umno. Masa depannya bergantung kepada masa depan Umno itu sendiri. Kalau Umno ada masa depan, maka dia mungkin ada masa depan juga.

Buat masa ini bintangnya tidak cerah. Bukan dia tidak pintar, maka dia tidak diberi apa-apa kedudukan dalam kerajaan. Tetapi masa ini dia berada dalam tempoh Perdana Menteri Najib mahu membebaskan Umno dan kerajaan dari saki baki pengaruh Tun Abdullah Badawi.

Pembersihan itu dilihat ketara. Selain dari tidak mahu ada orang Pak Lah, mengenepikan Khairy itu juga sesuai dengan kemahuan Dr. Mahathir. Logiknya pada Dr. Mahathir, Khairy tidak jadi ahli Umno pun tidak mengapa. Ramai lagi orang lain boleh menjadi ahli Umno.

Ada kemungkinan selagi Najib menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri, maka tidak dapat dibayangkan ada tempat yang sesuai untuknya. Itulah yang orang agak tentang Khairy dan Najib. Ia mungkin berubah. Tetapi setakat ini keadaan adalah begitu.

Khairy memang seorang yang ranggi semasa zaman Pak Lah dulu. Seteru politiknya memang suka akan nasibnya sekarang.

Apa yang cuba dibayangkannya itu mungkin mahu menguji Najib. Mahu meminggirnya terus atau mengkaji semula sikap mengenepikannya? Dan dia mungkin mahu melihat akan reaksi sekalian orang Umno. Adakah orang berkehendakkannya atau tak ada pun tidak akan mengurangkan kekuatan Umno?

Apa pun yang berlaku, jelas ia menyindir sikap Najib terhadapnya. Apa yang dia tidak suka sangat pada Khairy? Jawabnya tidak lain, kerana ada bayangan Pak Lah dalam politik Khairy.

Tidak dapat diagak apakah ia akan mengubah sikap Najib kepadanya?

Tetapi tidak juga mustahil suara awal Khairy itu adalah usaha untuk membebaskan diri dari beban politik Najib yang mungkin tidak akan dapat dipikul oleh Umno.

Kalau politik Pak Lah disangka politik Khairy, tetapi politik Najib adalah politik Rosmah malah Rosmah lebih menonjol dari Najib. Ia jadi beban kepada Umno dan beban kepada kerajaan. Dengan segala beban meliputi pollitik, ekonomi, sosial, akhlak, jenayah dan sebagainya, apa yang Najib hadapi lebih berat dari yang Pak Lah hadapi.

Khairy akan memikul sama beban berat itu. Sebelum ia rebah, baiklah Khairy membebaskan diri, supaya tidak terhempap sama dalam timbunan beban itu.

Selepas itu bolehlah dia memikir semula untuk aktif semula dalam politik.

Tetapi kalau perubahan kuasa berlaku di Putrajaya, tidak semestinya Khairy kembali cergas dalam Umno. Dia boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Mungkin janji 100 Hari Pakatan Rakyat itu yang mendorongnya secara tidak sedar menyatakan imbasannya dalam catitan komputer yang terbuka.




Oleh Subky Latif / Hrkh

DR HASSAN ALI - JIKA KELUAR DARI MULUT ITU SUMBANG, LEBIH BAIK DIAM

Posted: 12 Jan 2011 04:45 AM PST

SEKIAN lama merindui suara YB Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor semenjak dari rakyat Selangor bangkit menyerahkan memorandum ke Istana membantah tindakan SYABAS sehinggalah kehangatan isu perlantikan SUK Selangor, kali ini Dr Hassan Ali bersuara. Sebelum ini yang banyak bersuara mewakili PAS di Selangor adalah YB Khalid Samad, mungkin saya silap atau ketinggalan mendengar suaranya sejak kebelakangan ini.

Pernah beberapa blog sebelum ini bertanyakan di mana Dr Hassan Ali tatkala ribuan rakyat Selangor dan Lembah Kelang beserta pimpinan PR berhimpun di Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum ke Istana membantah tindakan SYABAS. Peliknya, yang kelihatan di pintu Istana bersama MB Khalid Ibrahim adalah YB Khalid Samad. Mungkin Dr Hassan Ali hadir tetapi terlewat atau pun beliau keuzuran ketika itu. Ada blog melaporkan beliau langsung tidak hadir semasa perhimpunan tetapi hadir ke rumah MB Selangor setelah selesai perhimpunan. Saya tidak percaya berita itu, kerana mana mungkin Dr Hassan Ali bersikap sedemikian kerana beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor.

Di dalam isu perlantikan SUK, boleh dikatakan semua pimpinan PR termasuk PAS sepakat mengingatkan MB Selangor tentang sejarah di Perak. Hampir semua bersetuju bahawa perlantikan itu tidak beretika dan mempunyai motif politik. Cuma Dr Hassan Ali sahaja mempunyai nada yang agak ganjil sedikit tentang isu ini. Memetik laporan di dalam Malaysiakini, "Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu. "Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya (Malaysiakini). Mungkin Datuk Khusrin lega sedikit dengan AMARAN oleh Dr Hassan Ali kepada Kerajaan Negeri Selangor yang beliau sendiri sebagai Exconya.

DR Hassan Ali juga menyebut, beliau tiada masalah untuk bekerja dengan Datuk Khusrin kerana beliau mempunyai pengalaman bersamanya. Mungkin beliau tiada masalah dengan Datuk Khusrin kerana Datuk Khusrin dilantik sebagai SUK Selangor yang bekerja rapat dengan MB Selangor serta ramai lagi Exco, bukan beliau seorang. Jika MB Selangor merasakan tidak selesa dan mungkin bermasalah dengan Datuk Khusrin, begitu juga Exco-Exco yang lain kecuali Dr Hassan Ali, adakah bijak Datuk Khusrin diterima?

Mungkin Dr Hassan Ali hanya nampak bagaimana suatu ketika bekas Pengarah JAIS ini menarik kembali tauliah kepada YB Khalid Samad, maka Datuk Khusrin telah mematuhi peraturan? Bagaimana dengan kisah Adun DAP memasuki ruang masjid, kisah Najib ingin menggunakan masjid untuk politik dan kisah pemimpin MIC yang juga memasuki ruang masjid?

Walau bagaimanapun, Dr Hassan Ali mengakui kaedah perlantikan Datuk Khusrin itu agak luar biasa. Tetapi, Dr Hassan Ali tidak pula memikirkan mengapa ianya terjadi secara luar biasa. Luar biasa tentu ada sebab, bukan?

Apabila membaca kenyataan Dr Hassan Ali itu, kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa Dr Hassan Ali berharap agar Kerajaan Negeri Selangor usah kecuh atau sibuk sangat tentang isu ini. Seperti katanya, Dr Khusrin masih boleh dibimbing dan dibentuk. Kalau begitu nasihat beliau, elok sangatlah. Kita cuma bimbang nanti tidak sempat kita membentuk Datuk Khusrin, dia pula yang `membentuk kerajaan baru' menggantikan PR di Selangor. Tidak tahulah jika Dr Hassan Ali masih tertunggu-tunggu saat itu. Pada saya, jika yang keluar dari mulut itu sumbang, lebih baik diam saja macam dulu.



Oleh: WFAUZDIN NS

AMK Edar Air Mineral Percuma & Risalah Di Empangan Mengkuang

Posted: 12 Jan 2011 12:57 AM PST



Program ini dimulakan di Seberang Jaya, di mana Taman Tunku yg menjadi tempat jogging & riadah menjadi pilihan.Ianya adalah dari cetusan ilham saudara Yusbira & rakan2 AMK Seberang Jaya.







Program diperluaskan ke Kadun Penanti, di mana Empangan Mengkuang adalah tempat yang paling strategik.Pemberian air mineral percuma dapat menghilangkan dahaga pengunjung & pemberian risalah berkaitan alam sekitar adalah bersesuaian dgn keadaan sekitar.








Tak Adil Jika Anwar Cabar Najib Debat Buat Masa Ini.

Posted: 12 Jan 2011 12:38 AM PST

Semalam dalam sidang Media yang telah diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya Ketua Umum KEADILAN pada sebelah pagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan debat terbuka berhubung fakta dalam program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Rasanya ini adalah satu tindakan yang amat tidak sepatutnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerana ianya adalah sesuatu yang tidak adil buat Najib bilamana Anwar Ibrahim mencabarnya untuk berdebat sekarang, sedangkan kita semua tahu bahawa pada masa sekarang Isteri beliau iaitu Rosmah sedang berada diluar negara atas urusan penting Negara.

Anwar Ibrahim sepatutnya bertimbang rasa sikit dalam hal ini, Anwar sepatutnya menunggu hingga Rosmah pulang dari luar Negara untuk mencabar Najib berdebat, kerana hampir seluruh rakyat Malaysia tahu yang Najib tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa campur tangan dari Rosmah.

Tambahan pula dalam hal debat ini.. nasihat Rosmah adalah sangat penting buat Najib, kerana ianya akan memperlihatkan kepada rakyat semua akan keupayaan sebenar Najib didalam mentadbirkan ekonomi Negara..



"Unfair" for Anwar to debate with Najib when Rosmah is overseas


Written by Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

It is so unfair of Opposition leader, Anwar Ibrahim, to challenge Prime minister Najib Abdul Razak to a debate, knowing that the First Lady is away in Saudi Arabia on urgent government business.

The least Anwar could have done was to wait until her return. Everyone is aware that Najib is not a patch on the First Lady. Her advice in something as important as an open debate cannot be denied.

As expected, Pakatan's 100-day reforms have hit a raw nerve with the ruling party. Those with much to hide and even more, to lose, will want to defend the status quo.

Surprisingly, there is now a queue of Umno politicians egging Anwar on, to have a debate with them instead of with their leader, Najib.

First of these is the outgoing Umno Youth Chief, Khairy Jamaluddin. He issued his challenge over Twitter and said, "You and me, Dato' seri. On the economy. Let's debate."

Why should Anwar even bother with Khairy? Khairy recently announced that he was having a break from politics, so as to study.

Others firmly believed that Khairy was asked to leave by Najib to avoid his administration being dragged into the glare of publicity from the investigation into bribes which Alcatel paid to Telekom Malaysia Bhd and two 'consultants'. One of these 'consultants' was allegedly Khairy.

Right behind Khairy is the Minister in the Prime minister's Department, Nazri Aziz. He too, has challenged Anwar to a debate about APCO.

Then, acting like he is a glutton for punishment, the Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim, waded in and described Anwar's debate a 'gimmick' for cheap publicity.

Amazingly, like a dung heap which attracts flies, other politicians felt compelled to join in the clamour for Najib to avoid 'that' debate with Anwar.

Perkasa's Ibrahim Ali warned Najib to avoid Anwar as he claimed that Anwar was neither an expert in economy nor finance, and had no experience, nor qualifications.

Perak's Umno Youth Khairul Azwan Harun, voter registration bureau chairman Hishamuddin Yahya and Director of the Institute of Ethnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Shamsul Amri Baharudin all felt that Anwar's desire for a debate was a sign of desperation.

Doesn't it look like everyone is moving quickly and positioning themselves, like the pieces on a boardgame?

Why are all these people bending over backwards offering to take Najib's place for that all important debate?

The reason is not that Najib is afraid.

The truth is that the people who volunteered to take Najib's place, in the debate, simply have no faith in Najib.

They are also confident that they have superior debating skills.

Perhaps some are trying to prove their loyalty to Najib, especially as his Deputy is conveniently out of the way in America. Perhaps they are also eyeing the DPM's post.

Others are possibly more ambitious.

What could be more telling, than to show off one's skills and knowledge in a debate, and let others be aware that they are worthy of the top prize in a leadership contest. After all, everyone knows that Najib was not an elected Prime minister.

Khairy must regret the day he announced the break from politics and is no longer treated seriously. But he is foolish to think that Anwar would consider having a debate with him.

Why should Anwar have anything to do with a Mr.'Has-Been'?


Dari Anak Sungai Derhaka

400 berkumpul ikrar sokong Sultan, MB, Pakatan

Posted: 12 Jan 2011 12:30 AM PST

Kira-kira 400 orang berkumpul di Shah Alam bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

Selepas berkumpul 15 minit, diketuai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom, kumpulan itu berarak dari Dataran Shah Alam menuju ke bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bagi menyerahkan tandatangan sokongan.

Dalam perhimpunan warna-warni itu, mereka membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

Zul Kulim Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Posted: 12 Jan 2011 12:18 AM PST

Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim..
- Dari Anak Sungai Derhaka


Zul Nordin: Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Oleh Samarudin Md Rejab
10 Januari 2011


Shakespeare pernah menyatakan bahawa "the World's is a stage and we are all the Actors" (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya).


Tetapi di sekitar 'pentas' dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan "Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim". Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.

"Kes Konspirasi Politik Najib" melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai "Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim" . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam "Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim".

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam 'Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia.

Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

Persoalannya sekarang ialah 'Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam "kes Konspirasi Politik Najib" itu kukuh dan munasabah?" atau "Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?"

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu " Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan "Kes Konspirasi Politik Najib" pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk "Kes Konspirasi Politik Mahathir", Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

Perbicaraan "Kes Konspirasi Politik Najib" masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam "Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,"bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?" Ini tidak masuk akal.

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi "Kes Konspirasi Politik Najib" sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang "Senior". Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada "Parliamentary Immunity". Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

Oleh itu pementasan "Kes Konspirasi Politik Najib" akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll…

Dr.Samarudin Rejab
Peguam

Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Di Perintah Oleh Kerajaan Yang Sah

Posted: 11 Jan 2011 11:52 PM PST

Penulis terpanggil untuk memperbetulkan satu tanggapan atau pemikiran yang salah dan songsang bahawa negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (termasuk Perak dari Mac 2008 hingga ?) di perintah oleh parti pembangkang.

Ini adalah tahyul dan mainan media massa boneka Umno/BN yang telah memperbodohkan pemikiran rakyat sekian lama.

Di peringkat pusat bolehlah diterima. Tetapi barangkali sudah tidak berapa lama lagi akan bertukar. Yang akan menjadi pembangkang ialah Umno/BN dan yang menjadi kerajaan Pusat ialah Pakatan Rakyat. InsyaAllah!

Rakyat perlu dijernihkan kembali pemikiran mereka bahawa negeri-negeri tersebut adalah di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui PRU.

Penulis sangat kesal kerana media telah berjaya memperbodohkan rakyat sehingga ada segelintir pengulas dan penganalisis politik bertaraf profesor di universiti pun masih melebelkan negeri-negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran pembangkang. Inikah yang dicop sebagai profesor kangkong yang terdapat di dalam negara kita?

Inilah yang membimbangkan penulis. Jika profesor pun boleh diputar otaknya oleh media-media nyamuk itu, apalagi rakyat marhaen yang tinggal di Cherok Tok Kun yang Utusan Malaysia menjadi kitab paling sahih di dunia!

Di negeri-negeri tersebut, yang menjadi kerajaannya ialah Pakatan Rakyat dan yang menjadi pembangkang sebenarnya adalah Umno/BN. Saya percaya rakyat seperti di Abi Batas Paip telah keliru kerana otak mereka telah dikuningkan (dibirukan?) oleh media haprak Umno. Persepsi songsang ini pada penulis amat penting diperbetulkan segera kerana isitilah 'pembangkang' mengundang banyak tafsiran negatif.

Ternyata Umno gagal untuk menerima hakikat bahawa mereka menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sejak 8 Mac 2008 dan di Kelantan sejak 1990. Kecenderungan media upahan Umno memanipulasi secara halus istilah pembangkang ini amat merbahaya.

Dengan istilah ini pada pengamatan penulis, Umno berjaya membawa rakyat untuk bersamanya bagi menumpaskan pembangkang seperti mana yang telah meraka berjaya lakukan di Perak.

Kini mereka terus lakukan seperti mana yang berlaku di Selangor sekarang, bagaimana layanan mereka yang menguasai kerajaan pusat terhadap negeri yang pemerintahnya di pilih oleh rakyat.

Ternyata Umno telah sekian lama melanggar amalan demokrasi. Mereka seolah-olah tidak mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut. Buktinya, pelbagai tekanan telah dilakukan dari segenap penjuru untuk melemahkan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Umno perlu sedar bahawa yang akan pergi ke Putrajaya menggantikannya nanti adalah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

Ketika itu Pakatan Rakyat bukan pembangkang lagi, sebaliknya Umno/BN lah yang akan disebut pembangkang oleh rakyat, itupun jika hayatnya masih ada!

Justeru, tekad Umno untuk mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun amat membimbangkan rakyat kerana ternyata ia adalah satu signal untuk cetusan suasana yang tegang dan tidak harmoni di dalam negara.

Hakikatnya Umnolah yang layak di gelar pembangkang biar sekarang pun. Umno bukan sahaja membangkang keputusan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut, bahkan membangkang sistem beraja yang kita amalkan ketika mana mereka menghadkan imuniti Raja dahulu. Usahlah berlakon seolah-olah mereka konsisten mempertahankan Raja di dalam polimik perlantikan SUK Selangor kerana rakyat sudah tahu.

Bukan itu sahaja, malah Umno juga membangkang sesama mereka seperti mana berlaku di Perlis sekarang, dimana bekas MB sedang mengamuk kerana masih tak diberi kuasa terhadap puaknya.



Dari Detikdaily

Nazri Cabar Awnar Debat Untuk Alih Isu Program 100 Hari PR

Posted: 11 Jan 2011 11:42 PM PST

Cabaran Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu APCO dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bertujuan mengalih perhatian umum terhadap Program 100 hari yang dikemukakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini, ujar Tian Chua.

Sehingga berita ini ditulis Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak belum memberi respon berkenaan cabaran Ketua Umum PKR itu untuk berdebat program 'Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' setelah menyifatkan ia tidak relevan.

Naib Presiden PKR itu yang dihubungi Tv Selangor pagi tadi berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menangkis cadangan bernas yang diusulkan dalam 'Buku Jingga Pakatan Rakyat' sebaliknya menggunakan kepimpinan lain Umno-Barisan Naisonal mengalih tumpuan rakyat terhadap isu lain.

Menurutnya, Umno-Barisan Nasional(BN) hanya berani menggunakan media arus perdana untuk memutar belitkan fakta selain mempertikai kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 hari menongkah perubahan, membaikpulih sistem ekonomi dan taraf hidup masyarakat.

"Pertama sekali mereka boleh gunakan media untuk kritik kita dan kita tidak ada peluang untuk balas balik terutama dalam isu pembaharuan dalam seratus hari. Bila kita ajak Najib berbahas, macam-macam cabaran lain dari orang termasuk Khairy dan Nazri.

"Dan ini sedikit sebanyak mengalih tumpuan daripada Najib yang telah menunjukkan sebenarnya beliau agak khuatir dengan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Keengganan Perdana Menteri mengiktiraf kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat mengurustadbir negara dalam tempoh 100 hari mengakibatkan beliau mencari alasan untuk tidak berhadapan dengan Anwar Ibrahim justeru membangkitkan semula isu bukti APCO.

Tian menambah, usaha Pakatan Rakyat mereformasikan sektor kewangan dan pentadbiran negara tidak harus dipandang ringan kerana rakyat akan lebih menikmati kekayaan negara berbanding projek mega yang menelan belanja berbilion ringggit.

Justeru tambahnnya, kerajaan Pakatan tidak pernah berasa was-was dengan cadangan yang dikemukakan demi mengurangkan tekanan langsung terhadap rakyat.

"Memang itu jelas kita mampu lakukan. Kita sedikit pun tidak ragu atas perkara itu," kata beliau lagi.

Antara perkara yang termeterai dalam 'Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' termasuk imbuhan khas kepada tenaga pendidik berjumlah RM500 sebulan, penstrukturan semula sistem subsidi minyak yang mengambilkira golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan penstrukturan semula sistem tol.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno-Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dalam laman Twitternya berkata Anwar tidak layak berdebat tentang ekonomi dengan Perdana Menteri justeru mengatakan beliau adalah lawan terbaik Anwar.

Dalam kenyataan Anwar minggu lalu, beliau menyifatkan peningkatan hutang kerajaan Malaysia kepada RM362.39 atau 53.7 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2009 berada pada tahap membimbangkan.

Ini menurut beliau berpunca daripada kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib Razak membelanjakan sejumlah besar wang negara selain menambah jumlah hutang negara saban hari untuk memenuhi kehendak materialistik.

Lawak Sungguh Bila baca Soalan Di Twitter Najib

Posted: 11 Jan 2011 11:35 PM PST

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang semalam.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.

Berikut beberpa soalan yang diajukan itu:

@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

@tashny: Who do you think would win in a fight: Batman or Darth Vader?

@dawsydozz #tanyanajib apa rahsia bibir yang mengiurkan? Merah jambu gitu

@badkitteyh: #tanyanajib What do you think of CM Lim Guan Eng punya hairstyle?

dearfirdaus #tanyanajib kenapa masih ada rakyat malaysia berperangai seperti babun? lihat sendiri di sesi #tanyanajib . adakah kerana kurang didikan?

faisalmustaffa #tanyanajib ada jumpa Altantuya tak di Paris itu hari?

@jayong28: Kenapa Student uni tak boleh terlibat dalam apa-apa politik tapi budak 14 tahun tak habis PMR boleh kawin? #tanyanajib

fareezakmal@ #tanyanajib #fb Mengapa YAB PM kerap tweet dlm Ingeris dan bukan Bahasa Malaysia?

@NajibRazak. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

NaqibMohamad Naqib Mohamad #tanyanajib altantuya ape citer? OMG! may she rest in peace.

NatAsasi @najibrazak #tanyanajib salam 1 malaysia, PM , boleh kah barang2 dan harga2 yang telah naik diturunkan kembali ? Mesti mustahil kan..

eklern EkLern™ Tan #tanyanajib your official/non-official car , pump ron97 or you pun ambik subsidi ?

aky103 ahmad khairy yahya #tanyanajib kepimpinan melayu atau ketuanan melayu?

Sengkeat66 #tanyanajib kenapa ada sekolah lagi yang tak ada elektrik and air?KENAPA??

akmalnasir Akmal Nasir #tanyanajib mengapa12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit?


Sumber Malaysiakini.

'Pentingkan perbelanjaan rakyat bukan kroni'

Posted: 11 Jan 2011 07:06 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak semata-mata menjaga kepentingan kroni BN dan meluluskan peruntukan kewangan kepada mereka tetapi pada masa yang sama mengabaikan kepentingan rakyat umum.

Sehubungan itu, menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, beliau hairan dengan kenyataan Najib yang mendakwa program 100 hari Pakatan Rakyat akan menyaksikan generasi akan datang merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

"Soalnya, apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat di samping menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga.

"Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi?

Salahkan beri imbuhan?

"Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, Najib gusar dengan tindakan Pakatan Rakyat itu dan cuba menimbulkan keraguan tentang kemampuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan.

Di bawah perancangan program 100 hari itu, Pakatan Rakyat antara lain akan memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada para guru dan membekalkan subsidi lebih banyak untuk minyak dan gas memasak serta menstrukturkan sistem tol.

"PAS mengucap terima kasih kepada Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampuan dahulu," katanya sinis.

Beliau juga mempersoalkan adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadangkan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat.

Katanya, wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu membekalkan biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang. Wang itu juga mampu menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir.

Idris juga mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang hanya memperuntukan RM178 juta untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri atau hanya kira-kira 3.6 peratus daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Pelik dan hairan

"Apakah peruntukan untuk PERMATA yang dikendalikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta?" soalnya lagi.

PAS, katanya merasa hairan dengan kenyataan seorang perdana menteri yang mendakwa ekonomi Malaysia akan terjerumus ke kancah penghancuran seperti Greece jika mengikut perancangan Pakatan.

Menurut Idris, BN menggunakan hujah yang sama ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990 dan memperlekehkan parti Islam itu dengan dakwaan mereka hanya mampu memerintah selama tiga bulan sahaja.

Dakwaan BN-Umno itu, katanya hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidak cekapan dan salah urus.

Begitu juga, tambahnya ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin Umno mendakwa perbelanjaan itu satu bentuk pembaziran.

"Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengudi dalam setiap pilihan raya," katanya.

Pakatan sebelum ini berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

Justeru, menurut Idris, - Najib tidak perlu ragu dengan sumber yang bakal diperolehi untuk meneruskan program 100 hari berkenaan.

Semua membazir

"Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion.

"Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama kendalian Datin Seri Rosmah selama tiga hari yang (menelan perbelanjaan) hampir RM4.5 juta," katanya.

Idris berkata walaupun sumber terhad, namun PAS berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan Rakyat mampu dilaksanakan. Ini berdasarkan pengalamanya di Kelantan yang mementingkan kebajikan rakyat.

"Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat," katannya.

Tiada ulasan: