Rabu, 12 Januari 2011

dollah yankee

dollah yankee


Dunia politik: Khalid Ibrahim kena berguru dengan Guan Eng!

Posted: 12 Jan 2011 05:06 AM PST

Dalam kes krisis SUK negeri Selangor, walaupun ianya isu dalam negeri Selangor tetapi ia juga telah berjaya menarik perhatian nasional.

Khalid Ibrahim, dia pun masih baru juga dalam dunia politik, jadi dia tak berapa nak tahu istilah yang orang putih kata 'Dog Eat Dog'.

Dalam perkara untuk memilih SUK negeri yang baru didalam negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, gurkah-gurkah politik di'port' telah nampak yang Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang lebih cerdik, lebih bijak, lebih pandai dalam membaca langkah lawan.

Pada tahun 2009 semasa tugas SUK negeri Pulau Pinang, Dato Jamaludin akan berakhir lagi enam bulan, Guan Eng telah memulakan langkah mencari siapa yang paling layak untuk menggantikan Dato Jamaludin ini. Guan Eng dalam diam-diam telah siap senarai calun-calun yang dirasakan layak dan paling sesuai untuk dipertimbangkan dan yang dia mahu, ada lah dalam empat ke lima orang yang tersenarai.

Lagi empat bulan khidmat Dato Jamaludin akan berakhir, pihak di Persekutuan telah ada calun yang sesuai untuk menggantikan Dato Jamaludin.

Lagi tiga bulan sebelum Dato Jamaludin ini 'angkat bungkus', Guan Eng asyik menyanyi lagu Ramli Sarip "jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama ia diambil orang.." ...
terus saja dia mencadangkan calun-calun yang telah dia siap senaraikan dan yang dia mahu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dengan daya tarikan yang luar biasa yang Guan Eng ada, dia telah berjaya meng'saiko'kan pihak SPA sehinggakan mereka juga bersetuju dan tiada sebarang bantahan dengan calun pilihan Guan Eng.

Nahh..!! sampai hari ini Dato Zainal Rahim (Bekas D.O Balik Pulau) bertugas dengan baik sekali tanpa menghadapi apa-apa juga masalah dengan Guan Eng.


dollah yankee -
Dalam apa hal pun..'siapa cepat dia dapat' !

Tiada ulasan: