Ahad, 2 Januari 2011

dollah yankee

dollah yankee


Tenang akan hangat malam ini !

Posted: 02 Jan 2011 04:52 PM PST

PAS/Pakatan Rakyat akan mula menghangatkan Tenang yang sedang tenang, dengan pemimpin-pemimpin besar harapan rakyat bersedia untuk memulakan ceramah dan kempen mereka sempena dengan pilhanraya kecil pada 30 haribulan nanti.

Kita punya 'Next Prime Minister' Anwar Ibrahim, yang sedang dalam perjalanan pulang dari Turkey masa ini akan terus ke Pekan Air Panas dan Felda Cemplak di Labis dari lapangan terbang sebaik saja beliau tiba dari sana, bagi memulakan ceramah dan berjumpa dengan rakyat.

Pemimpin-pemimpin besar dalam PAS/Pakatan Rakyat yang lain yang dijangka bersama-sama dengan Anwar Ibrahim yang akan berjumpa dengan pengundi dan penduduk Tenang ialah Chua Jui Meng, Tian Chua, Shamsul Iskandar dan Salehudin Ayub. Chegu Bard?? Chegu Bard sori ... dia tak ada dalam senarai, mungkin hari lain kot!

Macam biasa lah bila pihak polis telah melihat dan telah dapat merasakan yang perjumpaan ini akan mendapat sambutan yang gila-gila dari penduduk dan pengundi Tenang serta rakyat yang disekitar, maka mereka telah mengeluarkan amaran dan awal-awal sudah beritahu yang tiada permit polis telah dikeluarkan untuk ceramah malam ini.

Sementara itu sempena tahun baru 2011 ini dimana kita telah pun memasuki abad baru, gurkah-gurkah politik di'port' berharap agar pihak polis pun boleh berubah kearah lebih bersikap profesional dan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pemimpin-pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dalam ceramah mereka malam ini.

Gurkah-gurkah juga berharap jika pihak polis mahu mengambil tindakan, mereka perlu juga bertindak terhadap Barisan Nasional/umno, kerana BN/umno telah terlebih dulu memulakan kempen mereka di Tenang dengan menggunakan KEMAS, Jabatan Pelajaran dan lain-lain kemudahan yang ada.

Jika BN/umno boleh berkempen tanpa sebarang kelulusan permit, PAS/Pakatan Rakyat juga perlu dibenarkan melakukan perkara yang sama baru lah adil tak gitu??!!..


dollah yankee -
Ayuh orang-orang di Labis dan sekitar..sama-sama kita hangatkan Tenang !!

Tiada ulasan: