Ahad, 30 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Keputusan N.05 DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:32 AM PST

HARAKAHA DAILY

4:15
Petugas PAS di Ladang Labis Utara terputus hubungan dengan luar, jalan keluar masuk ke tempat mengundi dinaiki air.
Sunday January 30, 2011 4:15

4:25
Polis sedang menurunkan bot dari trak.
Sunday January 30, 2011 4:25

4:32
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.
Sunday January 30, 2011 4:32

4:34
Kira-kira setengah jam lagi semua pusat pengundian akan ditutup.
Sunday January 30, 2011 4:34

4:36
Polis mula mengawal lalu lintas di Jalan menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebagai persediaan untuk proses penghantaran peti undi dari setiap unit peti undi.
Sunday January 30, 2011 4:36

5:00
Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.
Sunday January 30, 2011 5:00

5:30
Sehingga pusat pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 71.71 peratus atau 10,579 pengundi.
Sunday January 30, 2011 5:30

5:56
KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119
Sunday January 30, 2011 5:56

6:01
Keputusan rasmi undi pos
Sunday January 30, 2011 6:01

6:07
Terdapat 33 peti undi termasuk peti undi pos dan masih terdapat 32 peti undi belum sampai.
Sunday January 30, 2011 6:07

6:23
Keputusan tidak rasmi akan mula dilaporkan dari masa ke masa pada bila-bila masa sebentar lagi.
Sunday January 30, 2011 6:23

6:26
Tidak rasmi: BdrLabisTengah S1 PAS 123(128), BN 64(96)
Sunday January 30, 2011 6:26

6:26
Tidak rasmi: BdrLabisTengah S4 PAS 209(244), BN 90(161)
Sunday January 30, 2011 6:26

6:38
Tidak rasmi: KgRedong S2 PAS 67(96), BN 211(175)
Sunday January 30, 2011 6:38

6:40
Tiga peti undi tiba.
Sunday January 30, 2011 6:40

7:10
10 peti undi tiba di pusat kira undi.
Sunday January 30, 2011 7:10

7:14
Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.
Sunday January 30, 2011 7:14

7:19
Keputusan tidak rasmi menyatakan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,761.
Sunday January 30, 2011 7:19

7:23
Keputusan rasmi
SPR: PAS 424, BN 1061
Sunday January 30, 2011 7:23

7:23
Keputusan rasmi
SPR: PAS 573, BN 1193
Sunday January 30, 2011 7:23

7:24
Keputusan rasmi
SPR: PAS 849, BN 1536
Sunday January 30, 2011 7:24

7:24
Peti undi yg telah diterima 10
Sunday January 30, 2011 7:24
7:25

Keputusan rasmi
SPR: PAS 1056, BN 1730 Majoriti 674
Sunday January 30, 2011 7:25

7:27
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1113, BN 2022
Majoriti 909
Sunday January 30, 2011 7:27

7:29
Keputusan rasmi
Sek Agama Felda Chempelak Barat - saluran 2:
PAS 57, BN 292, rosak 2
Sunday January 30, 2011 7:29

7:32
Jumlah peti undi diterima setakat ini 11, belum terima 22
Sunday January 30, 2011 7:32

8:04
Keputusan tak rasmi: BN 6,698, PAS 2,963, maj 3,735, rosak 35 undi
Sunday January 30, 2011 8:04

8:05
Cikgu Mala: "Secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yg komited bersama UBAH SEKARANG..terima kasih kepada semua yang membantu saya".
Sunday January 30, 2011 8:05

8:10
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1166 BN 2355
Majoriti 1189
Sunday January 30, 2011 8:10

8:11
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1227 BN 2728
Majoriti 1501
Sunday January 30, 2011 8:11

8:11
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1248 BN 3007
Majoriti 1759
Sunday January 30, 2011 8:11

8:12
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1350 BN 3240
Majoriti 1890
Sunday January 30, 2011 8:12

8:13
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1440, BN 3361
Majoriti 1921
Sunday January 30, 2011 8:13

8:13
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1508, BN 3573
Majoriti 2065
Sunday January 30, 2011 8:13

8:14
Jumlah peti undi dikira 17
Sunday January 30, 2011 8:14

8:14
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1599, BN 3751
Majoriti 2152
Sunday January 30, 2011 8:14

8:14
Jumlah peti undi telah dikira 18, belum diterima 15
Sunday January 30, 2011 8:14

8:20
SK LKTP chempelak PAS 53, BN 333
Smk tenang station PAS 102, BN 233
Smk tenang station saluran 4 PAS 98, BN 212
Smk tenang station saluran 3 PAS 61, BN 178
Sunday January 30, 2011 8:20


8:39
Keputusan tidak rasmi (mengikut kiraan PAS):
BN 6,596, PAS 2,698.
Majoriti BN mendahului 3,628.
Peratus keluar mengundi 65.02 peratus.
Jumlah pengundi 9,593.
Sunday January 30, 2011 8:39

8:40
SPR masih menunggu 15 lagi peti undi.
Sunday January 30, 2011 8:40

9:03
Sekarang sedang berlangsung ceramah di Dataran Wayang Pacak yang dihadiri dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkifly Ahmad dan peguam Hanipa Maidin.
Sunday January 30, 2011 9:03

9:13
Selingan PENGUMUMAN: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum ke kedutaan Mesir jam 10-30 pagi pada isnin 31 Jan 2011. Membantah penangkapan serta pembantaian pihak berkuasa mesir ke atas rakyatnya yang berdemontrasi mendesak Presidennya berundur. Demi keamanan negara bumi al anbiyak itu Presiden Husni Mubarak dinasihatkan berundur dan akur dengan desakan rakyat.
- Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan
Sunday January 30, 2011 9:13

9:14
Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Omar dalam ucapannya di Dataran Wayang Pacak malam ini berkata, dalam pilihan raya kecil, PAS sudah biasa mengalami kekalahan kerana PAS bukan bertanding dengan Umno BN sahaja tetapi melibatkan kerajaan pusat. Umno BN menggunakan seluruh jentera yang ada untuk memastikan kemenangan mereka
Sunday January 30, 2011 9:14

9:26
Semua peti undi telahpun sampai.
Sunday January 30, 2011 9:26

9:27
SPR dijangka mengumumkan keputusan peti undi yang baru diterima bila-bila masa.
Sunday January 30, 2011 9:27

9:34
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat , Ustazah Nuridah Salleh menasihatkan petugas parti agar tidak berputus asa untuk melawan kezaliman Umno BN. "Jangan lemah semangat di atas kekalahan ini sebaliknya jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran dan peluang untuk muhasabah dalaman parti untuk menghadapi pilkihan raya akan datang," katanya sewaktu berucap di Dataran Wayang Pacak malam ini
Sunday January 30, 2011 9:34

9:35
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1639, BN 3903
Majoriti 2264
Sunday January 30, 2011 9:35

9:37
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1694, BN 4115
Majoriti 2421
Sunday January 30, 2011 9:37

9:37
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1737, BN 4254
Majoriti 2517
Sunday January 30, 2011 9:37

9:38
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1793, BN 4466
Majoriti 2673
Sunday January 30, 2011 9:38

9:38
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1831, BN 4697
Majoriti 2866
Sunday January 30, 2011 9:38

9:39
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1954 BN 4761
Majoriti 2807
Sunday January 30, 2011 9:39

9:39
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2191, BN 4868
Majoriti 2677
Sunday January 30, 2011 9:39

9:40
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2473, BN 4972
Majoriti 2499
Sunday January 30, 2011 9:40

9:40
Jumalah peti undi diterima 26 belum terima 7
Sunday January 30, 2011 9:40

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2524, BN 5216
Majoriti 2692
Sunday January 30, 2011 9:41

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2572, BN 5436
Majoriti 2864
Sunday January 30, 2011 9:41

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2624, BN 5810
Majoriti 3186
Sunday January 30, 2011 9:41
9:42
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2659, BN 6041
Majoriti 3382
Sunday January 30, 2011 9:42

9:42
Peti undi diterima 30 belum terima 3
Sunday January 30, 2011 9:42

9:43
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2716, BN 6378
Majoriti 3662
Sunday January 30, 2011 9:43

9:43
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2783, BN 6609
Majoriti 3826
Sunday January 30, 2011 9:43

9:44
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2992, BN 6699
Majoriti 3707
Sunday January 30, 2011 9:44

9:44
Ustazah Nuridah Salleh turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas parti yang bertungkus lumus berjuang dalam PRK kali ini.
Sunday January 30, 2011 9:44

9:45
Jumlah peti undi diterima 33 (jumlah penuh)
Sunday January 30, 2011 9:45

9:45
Keputusan rasmi keseluruhan
PAS 2992, BN 6699
Majoriti 3707
Sunday January 30, 2011 9:45

9:45
Peratus perbezaan undi 28.25 peratus
Sunday January 30, 2011 9:45

9:47
Calon BN Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon PAS, Normala Sudirman.
Sunday January 30, 2011 9:47

9:48
Azahar mendapat 6699 undi berbanding Cikgu Mala, 2992 undi.
Sunday January 30, 2011 9:48

9:53
Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno BN.
Sunday January 30, 2011 9:53

9:54
Beliau juga berkata, beliau redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah.
Sunday January 30, 2011 9:54

9:55
"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya.
Sunday January 30, 2011 9:55

10:03
PAS kalah di kawasan kubu kuat Umno adalah perkara biasa," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sunday January 30, 2011 10:03

10:04
Namun katanya PRK Dun Tenang menyaksikan Umno BN terpaksa berhempas pulas dan menurunkan bala tentera untuk mengekalkan kemenangan mereka di kawasan ini.

Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:29 AM PST

MALAYSIA KINI

7.15pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm:
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm:
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm:
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm:
PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm:
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:27 AM PST

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

LABIS — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

"Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi.

Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

DUN Tenang: Undi pos, BN dahului PAS

Posted: 30 Jan 2011 03:24 AM PST

THE MALAYSIAN INDIDER


Seorang pekerja SPRM memeriksa kertas undi pagi tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

LABIS — Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman, bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu Md Asri Amir.

Laporan Bernama menyebut, daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi.

Beliau turut mengumumkan satu kertas undi pos ditolak.

Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini petang ini.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru

Pengundian Tenang ditutup, 71.7 peratus mengundi

Posted: 30 Jan 2011 02:17 AM PST

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Pengundi dibawa ke pusat-pusat mengundi menggunakan kenderaan bomba. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS — Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang "terjejas" akibat hujan lebat dan banjir sejak pagi lagi menyaksikan peratusan keluar mengundi hanya 71 peratus berbanding 80 peratus diramalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang sebagaimana dijadualkan sebelum ini.

Maklumat SPR menunjukkan seramai 71.71 peratus atau 10,579 pemilih keluar mengundi kali ini.

Pada 8 Mac 2008, peratusan keluar mengundi adalah dalam lingkungan 73 peratus.

Dalam pilihan raya kecil ini yang ke-14 sejak 8 Mac 2008, calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit ditentang calon PAS, Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah dilanda banjir berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.

Proses pengundian hari ini membabitkan 12 pusat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Ayer Panas, Dewan Masyarakat Ladang North Labis, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin, Dewan Bola Keranjang JKKK.

Pusat mengundi lain ialah SK LKTP Tenang, SK Sawah Baru, SMK Tenang Station, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Voules, Sekolah Agama Felda Chempelak dan SK LKTP Chempelak Barat.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini dan keputusannya dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, kerajaan perlu menghantar bekalan bahan makanan ke Labis ekoran banjir yang melanda kawasan itu sekarang.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kerusi Tenang berkata, hampir seluruh bandar Labis dan sekitarnya kini dinaiki air.

Beberapa jalan utama Labis kini ditenggelami air ekoran hujan lebat dan bot-bot terpaksa dihantar untuk memindahkan mangsa ke tempat yang lebih tinggi.

Merlimau: Pakatan bincang sama ada letak calon PAS atau PKR

Posted: 30 Jan 2011 12:05 AM PST

BERNAMA


Hadi berkata PAS mempunyai ramai orang di Merlimau. — gambar fail

SHAH ALAM — Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan sama ada akan meletakkan calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di sini hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: "Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ."

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu‏

Posted: 30 Jan 2011 12:02 AM PST

USTAZ IDRIS AHMAD

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut "kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air"


Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

DUN Tenang: Mangsa banjir dipindahkan terus meningkat

Posted: 29 Jan 2011 11:34 PM PST

BERNAMA

LABIS: Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan terus meningkat.

Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Suptendan Abdul Aziz Ahmad, berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kampung Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70); Balai Raya Kampung Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kampung Orang Asli (130); Balai Raya Kampung Sekijang (10); Balai Raya Kampung Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kampung Gubah (13); dan Balai Raya Kampung Genuang India (81).

Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.

Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atas bukit.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" ditemui

Posted: 29 Jan 2011 11:23 PM PST


PASPB

DAP : Berlaku Beli Undi Di Tenang Station


LABIS . : DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

Menurut Teo Chin Liang iaitu bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching, dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee, pergi ke dewan sekolah tersebut apabila mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ,lapor Malaysiakini.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

Melihatkan foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi.

Mereka kemudiannya jadi takut lalu beredar dari tempat tersebut.

Bagaimanapun, setelah mereka pergi, kelihatan beberapa orang masih datang ke dewan sekolah berkenaan.

Teo kemudiannya menemui mereka dan diberitahu, mereka datang setelah diminta oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukanlah pusat mengundi.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.

Setakat 12.00 tengah hari : PR 40.5% BN 59.5% - Zentrum

Posted: 29 Jan 2011 11:18 PM PST

PASPB

NONE


12.58pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

"Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter.

12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.

11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

Di Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekaki dalamnya.

11.36am: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.

Hujan bawa rahmat, penyokong PR terus bertahan

Posted: 29 Jan 2011 11:05 PM PST

PASPB

Hujan Lebat Tidak Patahkan Semangat Penyokong


LABIS.: Walaupun hujan lebat di sekitar pekan Labis namun ia tidak mematahkan semangat penyokong parti untuk terus berhimpun memberi galakan kepada pengundi-pengundi di UPU Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

Tinjauan krew Tv Selangor mendapati rata-rata majoriti pengundi Cina keluar mengundi seawal jam 9 pagi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui pagi tadi berkata, sekiranya PAS berjaya mengurangkan majoriti maka usaha untuk mengagalkan sasaran Umno-Barisan Nasional memperoleh undi majoriti 5000.

"Dalam keadaan cukup undi lama, kurangkan majoriti dan gagalkan sasaran undi BN. Jika salah satu daripada sasaran ini kena maka sudah cukup memberi tamparan kepada BN tentang kebangkitan rakyat," tegas Mahfuz.

Tambahnya, situasi tersebut akan memberi laluan kepada PAS memandangkan pengundi-pengundi Cina memperlihat sokongan kepada parti itu.

"Kita harap pengundi Cina mesti keluar sebab undi mereka banyak memihak kepada kita. Kalau mereka kurang keluar akan beri masalah kepada calon PAS," jelas beliau ketika ditemui di jalan Segamat-Labis.

Dalam pada itu Mahfuz berkata Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mendapat sambutan baik daripada pengundi kaum Melayu.

Jelasnya hujan tidak menjadi penghalang warga Felda keluar mengundi berikutan petugas-petugas PAS dan Umno-BN bertali arus membawa pengundi ke UPU menggunakan pacuan empat roda.

Mahfuz turut menolak pengurangan besar 50 peratus undi seperti yang didakwa.

"Pengurangan pasti berlaku cuma kadarnya saya tidak jangka kurang daripada 50 peratus.

"Setakat ini tiada kes pengundi meragukan," tambah beliau lagi.

Sehingga jam 12 tengahari SPR mencatatkan jumlah 48.93 peratus atau 7,219 pengundi sudahpun keluar menunaikan tanggungjawab.

Terkini Di PRK Tenang

Posted: 29 Jan 2011 10:55 PM PST

SABAH DAILY


Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.


LAPORAN LANGSUNG

NONE10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am
Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

NONE8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am:
Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

NONE9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

NONEDi Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

MB perlu bersikap tegas

Posted: 29 Jan 2011 10:53 PM PST


SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Kerajaan Negeri bersikap tegas berhubung pelantikan Datuk Mohad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu kerana dikhuatiri ada usaha sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim samada ada menerima dan beri peluang kepada Mohd Khusrin melaksanakan tugasnya, perkara disabotaj perlu diambil kira.

Khalid berkata, ia berikutan pelantikan tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan bukanlah kehendak Pakatan Rakyat (PR) negeri ini dan juga rakyat Selangor.

"Amaran dan pendirian tegas beliau (MB) perlu diberitahu kepada Khusrin supaya beliau (Khusrin) profesional kerana beliau bukan lagi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)," katanya.

"Rakyat di negeri ini faham apa yang berlaku setelah pelantikan itu dan sekiranya berlaku masalah, pengurusan tidak cekap di negeri ini, beliau (Khusrin) perlu memberi penjelasan," katanya pada sidang medianya, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan bertemu Khusrin pada 7 Februari ini bagi membincangkan isu yang timbul selepas pelantikan itu.

Mengulas mengenai kegagalan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan 24 Januari lalu, Khalid berkata, walaupun keputusan gagal dibuat tetapi keberanian Kerajaan Negeri harus dipuji.

"Ia merupakan usaha murni untuk mengembalikan semula kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang- Undang dan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Tindakan sesetengah pihak menyuruh Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tidak sepatutnya ditimbulkan apabila dalam Sidang Khas DUN itu beliau telah mendapat 34 undi yang menyokongnya walaupun gagal mendapat dua pertiga undi," katanya.

JEJANTAS MAKSIAT

Posted: 29 Jan 2011 10:45 PM PST

Jejantas Jalan Sultan Mahmud jadi tumpuan pasangan kekasih untuk lampias nafsu tanpa mengira waktu

RUBIAH OMAR DAN NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, jejantas Jalan Sultan Muhammad, berhadapan sebuah pasar raya terkemuka di daerah ini turut 'tersenarai' sebagai tempat persinggahan 'berbulan madu' bagi pasangan kekasih muda yang sedang kemaruk cinta, selain di bilik-bilik hotel ataupun di taman rekreasi.

Mungkin disebabkan faktor jarang dilalui orang awam ataupun keadaan kiri dan kanan jejantas yang tertutup, menjadi daya penarik pasangan kekasih muda berani memilih jejantas itu sebagai lokasi melepaskan nafsu.

Aktiviti tidak bermoral di atas jejantas itu didedahkan orang awam dan kakitangan Wisma Peladang kepada Sinar Harian, disebabkan tidak sanggup lagi menanggung dosa bersubahat dengan pasangan kekasih tidak tahu malu itu.

Untuk kesahihan dan kepastian mengenai aduan yang disalurkan, wartawan Sinar Harian turun padang meninjau ke lokasi yang dimaksudkan dan selama tiga jam bermula jam 1 hingga 3 petang berada di tingkat tiga bangunan Wisma Peladang itu, lensa kami sempat merakam aksi pasangan kekasih muda yang secara terang-terang melakukan aksi mengghairahkan, walaupun di bawah terik mentari.

Pengundian DUN Tenang berlangsung dalam hujan lebat

Posted: 29 Jan 2011 10:29 PM PST



Penyokong PAS turut turun padang memancing undi minit-minit terakhir pada hari pengundian hari ini dalam hujan lebat. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini berlangsung dalam hujan lebat sejak awal pagi. Ekoran cuaca buruk ini dijangka 14,753 pengundi di kawasan itu dijangka akan menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi terutamanya di kawasan kampung dan ladang.

Jika keadaan ini berterusan, peratusan keluar mengundi dijangka kurang 50 peratus. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.

Di pusat-pusat mengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa masuk payung sebaliknya hanya boleh menggunakan payung agensi kerajaan itu.

Walaupun hujan, penyokong kedua-dua parti tetap meneruskan usaha meraih undi daripada pengundi. Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir ketika dihubungi berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat.

"Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. "Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir," katanya.

Gelagat penyokong BN meraih undi dalam keadaan hujan lebat di luar pusat mengundi Kg Paya Merah. — Foto oleh Choo Choy May
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta supaya pengundi di DUN Tenang agar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelakkan hujan lebat yang dijangka berlaku pada sebelah petang.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Tenang: Proses Mengundi Bermula

Posted: 29 Jan 2011 10:28 PM PST

LABIS - Bermula jam 8 pagi tadi, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Tenang bermula sebaik sahaja 12 pusat mengundi dibuka dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Menurut ramalan, cuaca hujan pagi ini akan diikuti hujan lebat di tengah hari.

Pusat perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama. Pengumuman dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Cikgu Mala Optimis, Pengundi Bersemangat

Posted: 29 Jan 2011 10:27 PM PST

LABIS - Calon PAS, Cikgu Mala masih optimis kemenangan akan berpihak kepadanya walaupun hujan turut dengan lebat sedikit menggangu peratusan keluar mengundi.

Beliau ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kamarol Ariffin, Bandar Labis Tengah tadi berkata,

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan,

"Walaupun hujan turun dengan lebat saya tengok ‎​pengundi masih bersemangat untuk keluar mengundi," ujarnya.

Setakat ini Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian setia ditemani suaminya, Maarof.

Insya-Allah kita nantikan keputusan malam ini dengan penuh debaran," katanya kepada pemberita di sana.

Dalam perkembangan lain, Malaysiakini melaporkan memetik satu laman twitter berkata, 62 buah keluarga di Kampung Tenang dipindahkan ke kawasan lain oleh Jabatan Pertahanan Awam berikutan banjir teruk.

Tinjaun Awal Pagi Hari Mengundi

Posted: 29 Jan 2011 10:25 PM PST

LABIS - Hujan lebat turun sejak malam tadi di Tenang tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka turun mengundi.

Di SK Kampung Tenang, kira-kira 250 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11.30 pagi tadi. Suasana kelihatan tenang dan berjalan lancar dengan penyokong kedua-dua parti yang bertanding tidak melakukan sebarang provokasi melampau.

Menurut YB Zailah, pengundi Cina memberikan respon yang positif dengan menunjukkan semangat untuk keluar mengundi.

Manakala pengundi Melayu perlu diberi bantuan untuk keluar mengundi memandangkan kebanyakan kampung sudah ditenggelami air.

Di Bandar Labis Tengah juga semangat pengundi untuk keluar mengundi tidak luntur dengan sanggup meredah hujan lebat walaupun hanya menaiki motor.

Di Pekan Ayer Panas terdapat kawasan yang telah terputus hubungan jalan. Pasukan Pertahanan Awam sudah mula membawa masuk bot untuk membawa pengundi keluar mengundi.

Banjir di Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

Di Jalan masuk ke Ladang Labis Utara juga ditenggelami air.

Beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

Pilihan Raya Sarawak hujung Mac depan ?

Posted: 29 Jan 2011 04:33 PM PST

Masdarwahid

Disebalik andaian Perdana Menteri, Najib Razak tidak yakin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat, seorang Ahli Parlimen BN di Sarawak yang menemui Najib baru-baru ini yakin bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak bakal diadakan penghujung Mac ini.

Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Khoon berkata, hasil pertemuannya dengan Najib baru-baru ini, beliau membayangkan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan diadakan menjelang penghujung Mac depan.

"Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

"Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac," katanya kepada wartawan di Kuching pada 9 Januari lalu.

Yong, merupakan antara Ahli-Ahli Parlimen Sarawak yang menemui Najib pada 8 Januari lalu, di mana pertemuan satu per satu selama lima minit itu memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata meskipun Najib tidak mengatakan lanjut mengenai pilihan raya, beliau percaya ia akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan reaksi wajah, percakapan dan bagaimana jawapan soalan yang dikemukakan, mungkin pilihan raya semakin dekat," kata Yong.

Ditanya mengenai kawasan yang dibawa Yong untuk perhatian Najib, Yong berkata ia lebih kepada pembangunan infrastruktur, menaik taraf jalan kampung dan jambatan, serta masalah bekalan air bersih di beberapa kawasan.

Katanya, semua perkara yang beliau kemukakan kepada Najib adalah memberikan impak besar kepada rakyat.

"Bagi jejambat Jalan Song, tender dibuka pada 27 November dan ditutup pada 23 Disember 2010.

"Kini, tender-tender yang diterima sedang dinilai untuk pelantikan," katanya.

SUPP, satu dari sekutu BN di Sarawak yang sehingga kini kekal dilanda krisis dalaman yang kian parah.

Najib akan ke Sarawak dalam masa terdekat untuk merasmikan konvensyen SUPP, parti tertua di Bumi Kenyalang kira-kira 10 pagi pada 16 Januari ini.

"Ini adalah kali pertama SUPP menganjurkan konvensyen seumpama ini dengan kapasiti peserta yang ramai.

"Biasanya kami (SUPP) hanya mengadakan TGM (mesyuarat agung tiga tahun sekali).

"Tetapi kali ini disebabkan alasan yang berbeza-beza kami mahu mempertemukan semua ahli (parti) dari seluruh negeri datang ke Kuching untuk (menghadiri) konvensyen besar-besaran ini… dan kami menjangkakan 3,000 hingga 5,000 delegasi akan hadir," kata George Chan Hong Nam, Presiden SUPP pada 7 Januari lalu.

Pada 23 Disember lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan keanggotaan dan logistik daripada Kontinjen Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang. -

BILIK DARJAH YANG SEMAKIN SEMPIT

Posted: 29 Jan 2011 04:25 PM PST

Oleh: CHANG SHAK HUNG

PENDIDIKAN di negara kita sering membawa perubahan. Sejak kebelakangan ini dan sebahagian besarnya melibatkan perubahan ketara dari segi sistem pendidikan nasional. Ramai yang merungut dan kecewa dengan perubahan drastik yang sedikit sebanyak membawa kesan untuk jangka masa panjang kepada negara.

Sekolah merupakan satu tempat untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di masa akan datang. Inilah harapan yang menjadi impian setiap ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Bilik darjah merupakan tempat paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran teus daripada tenaga pengajar secara terus. Namun yang demikian, sejauh manakah keselesaan tersedia ada dan suasana itu dapat merangsang tumpuan dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru?

Isu kesesakan pelajar dan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah telahpun mencapai ke tahap yang serius dan membimbangkan kepada para ibu bapa serta guru itu sendiri.

Melalui aduan daripada pihak ibu bapa yang mengajukan persoalan tersebut, Chang Shak Hung telah mengambil inisiatif untuk memahami masalah ini secara lebih mendalam.

Sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Utara memang hampir setengah daripada bilik darjah menempatkan 45 hingga 50 orang pelajar, itupun untuk dua sesi pembelajaran.

Cuba bayangkan bagaimana seorang guru dapat memberikan tumpuan mengajar dalam masa 30 minit dan pada masa yang sama hendak menjawab soalan yang tidak faham oleh para pelajar?

Guru tidak mempunyai masa yang panjang untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran mengikut masa yang ditetapkan menerusi 'Lesson Plan'. Tambahan pula, kekesalan ibu bapa memang ada asasnya apabila pelajar yang ramai akan menyebabkan para pelajar membentuk kumpulan kecil dan asyik bercakap semasa guru mengajar sehingga menyebabkan gangguan tumpuan pelajar yang khusyuk menerima pengajaran daripada guru.

Bukan itu sahaja, pelajar yang lemah akan berasa malu untuk bertanya memandangkan ramai rakan sekelas dan ini akan menyebabkan pelajar yang lemah tidak memahami apa yang guru sedang mengajar.

Guru terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai latar belakang dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan sebagainya.

Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan kelas. Perlu diingat bahawa seorang guru akan mengajar 3-4 subjek dan ia melibatkan untuk beberapa tingkatan.

Contohnya, seorang guru matematik perlu mengajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang mempunyai bab matapelajaran yang berbeza dan ini akan membebankan para guru itu sendiri.

Oleh yang demikian, negeri Sabah sepatutnya mempunyai seorang Menteri Pelajarannya sendiri daripada bergantung daripada persekutuan yang tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian ke atas negeri Sabah.

Pada masa sekarang, ia terbukti tidak berkesan lagi terutamanya memantau pegawai atasan daripada pejabat pendidikan di sesebuah daerah di Sabah. Untuk yang demikian, perlunya sekolah berfungsi sepenuhnya untuk membantu para pelajar menggunakan fungsi keintelektualan dalam bilik darjah agar dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran.

Apa yang penting tujuan dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu harus dimulakan melalui sesi pembelajaran di bilik darjah yang lebih efisien.

Umno-BN Sekat Maklumat Internet Takut Bungkus PRU13

Posted: 29 Jan 2011 04:23 PM PST


Oleh Suara Keadilan

idrisCadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut "kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air"

Puncak Niaga, Syabas Sengaja Lengahkan Proses Pengambilalihan

Posted: 29 Jan 2011 04:22 PM PST

Oleh Suara Keadilan

air_syabasselangorDokumen tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor bagi pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air disediakan dengan terperinci dan mengandungi maklumat mencukupi untuk syarikat konsesi terbabit membuat keputusan.

Dokumen tawaran berkenaan disediakan secara profesional dan memenuhi kehendak piawaian antarabangsa, dengan memberi perhatian terhadap setiap terma bagi mengelak sebarang keraguan.

Kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS ) bahawa syarikat tidak boleh membuat keputusan berhubung tawaran itu kerana dokumen tawaran yang dikemukakan Kerajaan Selangor tidak terperinci adalah kabur dan berniat jahat.

Kenyataan Pengarah Urusan Puncak Niaga, Datuk Hashim Mahfar itu hanyalah bertujuan melengah-lengahkan proses pengambilalihan oleh Kerajaan Selangor yang mahu memberi perkhidmatan dan pembekalan air yang lebih berkualiti kepada rakyat.

Kerajaan Selangor menekankan bahawa perkara ini boleh diselesaikan dengan baik jika kerajaan negeri dibekalkan maklumat-maklumat yang sepatutnya diberikan. Puncak Niaga dan SYABAS perlu faham bahawa tawaran bersyarat ini tertakluk kepada maklumat-maklumat yang telah diberikan kepada Kerajaan Selangor.

Nilai tawaran bagi pengambilalihan ini boleh dilakukan secara lebih adil dan munasabah yang diterima semua syarikat konsesi jika Puncak Niaga dan SYABAS memberikan maklumat yang diperlukan kepada Kerajaan Selangor. Dalam mana-mana pengambilalihan syarikat, ketelusan adalah menjadi kemestian bagi menjamin penyelesaian yang adil dan saksama.

Kerajaan Selangor mengulangi komitmen untuk mengambilalih syarikat konsesi air bertujuan membekalkan perkhidmatan air dengan kadar harga yang munasabah selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor."


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Najib Patut Fokus Perbetulkan Ekonomi Bukan Serang Pakatan Rakyat

Posted: 29 Jan 2011 04:17 PM PST

rafiziMOHD RAFIZI RAMLI

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang.

Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun

Angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam RM billion

2005

27.8

2006

27.4

2007

17.8

2008

29.9

2009

17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

MOHD RAFIZI RAMLI ,PENGARAH STRATEGI

2 wanita didakwa eksploitasi bayi perempuan tujuh hari

Posted: 29 Jan 2011 04:12 PM PST

SELANGOR KINI

AMPANG – Mahkamah Sesyen dekat sini, semalam, mendakwa dua wanita termasuk seorang warga Indonesia atas kesalahan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia tujuh hari bagi tujuan eksploitasi, dua minggu lalu.

Menurut Laporan Berita Harian, Yong Thim Thai, 53, seorang pembantu kedai elektrik dan Alin Athu, 36, didakwa dengan niat bersama melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Pasaraya Tesco Ampang, Ampang Jaya, pada jam 2.30 petang, 14 Januari lalu.

Walau bagaimanapun kedua-duanya tidak mengaku bersalah.

Yong Thim Thai (kiri) dan Alin Athu - sumber BH

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan O rang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zuraini Ab Hamid memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 terhadap Yong dengan syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kesnya diputuskan mahkamah.

Alin bagaimanapun tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana statusnya sebagai warga asing dan tidak memiliki rekod perjalanan sah.

Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan permohonan Zuraini dan menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Beliau kemudian menetapkan 28 Februari depan bagi tarikh sebutan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pada 18 Januari lalu, akhbar melaporkan kejayaan polis menahan lapan wanita termasuk empat rakyat asing dan seorang lelaki yang juga anak kepada seorang suspek warga asing yang disyaki menjadi dalang sindiket menjual bayi di sekitar Lembah Klang.

Penahanan semua suspek dibuat melalui tiga serbuan berasingan pada 14 dan 15 Januari lalu, masing-masing di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Ampang, sebuah klinik swasta di Selayang dan di sebuah rumah seorang suspek di Subang Jaya.

Wanita ditikam mati ditemui di tepi jalan Hulu Yam

Posted: 29 Jan 2011 04:08 PM PST

SELANGOR KINI

GOMBAK – Seorang wanita ditemui mati dengan tikaman di belakang badannya di tepi jalan, di Km 5.4 Jalan Sungai Tua, kira-kira300 meter dari Simpang Sungai Kertas, Hulu Yam, dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20an, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 3.01 pagi dan dipercayai telah ditikam sebanyak dua kali.

"Mangsa berkulit cerah dan rambut hitam paras bahu serta memakai seluar panjang berwarna krim, baju lengan panjang berwarna cerah dan bertudung coklat," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditikam semasa berada dalam sebuah kenderaan dan dia kemudian ditolak keluar dari kenderaan itu.

"Dipercayai mangsa sempat berjalan beberapa meter sebelum mati berdasarkan tompokan darah di sepanjang jalan. Bagaimanapun, tiada kesan pergelutan (ditemui)," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: