Ahad, 30 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


JET PEJUANG MESIR SIAP UNTUK MEMBOM PENUNJUK RASA

Posted: 30 Jan 2011 08:53 AM PST

AP
Helikopter dan Pesawat Tempur Sudah Bersiaga di Kairo
Dua pesawat jet melintas di atas Kairo saat demonstrasi tengah memuncak, Ahad
REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO--Puluhan ribu massa masih memadati pusat ibu kota Mesir, Kairo, di Tahrir Square, untuk meminta pemerintah menghentikan krisis politik di Mesir. Warga tidak menghiraukan jam malam yang diberlakukan oleh pemerintah.

Tak jauh dari konsentrasi massa, sejumlah kendaraan militer dan tank bersiap-siap menghadapi kerumunan massa, bila terjadi kerusuhan.

Seperti dilaporkan kantor berita Aljazeera, tidak hanya tank dan kendaraan militer yang siaga. Sejak beberapa jam lalu, helikopter sudah melayang-layang di atas Tahrir Square. Sementara dua pesawat jet tempur kerap melintas, menimbulkan suasana kengerian.

Tokoh oposisi Mesir, Mohamed ElBaradei, mengatakan dia akan bergabung dengan puluhan ribu massa di Tahrir Square. Hal ini disampaikan istri ElBaradei, saat dihubungi oleh kantor berita Guardian.

Krisis politik di Mesir belum juga berakhir setelah demonstrasi merebak sepekan terakhir. Massa menuntut Presiden Hosni Mubarak mundur dari kursi yang ia kuasai selama 32 tahun.

Namun Mubarak bertahan dan hanya membubarkan kabinetnya serta menunjuk wakil presiden yang berasal dari kalangan intelejen. Hal ini dianggap warga Mesir bukanlah reformasi yang merekan inginkan

MINYAK NAIK TENGAH MALAM INI?

Posted: 30 Jan 2011 06:40 AM PST

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

azlanKeputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

pusat undi tutup:PAS AKAN MENANG

Posted: 30 Jan 2011 01:17 AM PST

5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.

4.29pm:
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

4.00pm:
Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.

4.02pm:
Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

3.40pm:
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.

Anwar: Kami memang sudah jangka Gobala akan keluar PKR

Posted: 29 Jan 2011 11:52 PM PST

January 30, 2011


SHAH ALAM, 30 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan sambil menolak ia akan membawa kesan jangka panjang ke atas parti itu.
Gobalakrishnan merupakan ahli Parlimen keenam meninggalkan PKR sejak setahun lalu dengan memberikan alasan beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti khususnya Anwar, yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
"Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan," kata Anwar (gambar) kepada pemberita hari ini.
Anwar mengesahkan bahawa Gobalakrishnan tidak membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya dan begitu juga tidak memberika surat formal mahu meninggalkan parti.
"Setakat ini apa yang kami ada ialah beliau telah melepaskan jawatan (dalam parti, dibuat menerusi sidang media dan Twitter)," kata Anwar.
Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ada bercakap dengan beliau baru-baru ini mengenai rungutannya mengenai parti, Anwar berkata:
"Tidak." "Kali terakhir beliau bercakap secara peribadi dengan saya ialah ketika di Parlimen," kata Anwar sebelum memasuki keretanya.
Pada sidang media di Kulim semalam, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah "bosan" dengan kepimpinan Anwar dan timbalan presiden Azmin Ali.
Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.
"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," kata Gobalakrishnan, 50.
Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.
Gobalakrishnan berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.
Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

SUAMI BUAS DURJANA

Posted: 29 Jan 2011 11:47 PM PST

SAKIT... Alina menunjukkan bahagian badan yang lebam angkara suami.
SAKIT... Alina menunjukkan bahagian badan yang lebam angkara suami.

KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah negeri di utara tanah air Julai tahun lalu untuk bertemu bakal suami sepatutnya menjadi detik indah, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu yang selama perkenalan mereka baik hati, lemah lembut, malah percintaan direstui keluarga, berubah menjadi buas umpama 'binatang'.
Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi dengan setiap hari dibelasah bukan saja menggunakan kaki dan tangan, tetapi turut digigit di beberapa bahagian badan.
Paling dikesalkan, perkahwinan yang dijadualkan pada Disember tahun lalu, 'dipercepatkan' bakal suaminya apabila dibawa ke Thailand untuk berkahwin.

Alasan lelaki itu berbuat demikian adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa, kononnya lebam 'dihasilkannya' hanya masalah dalaman rumah tangga... ikuti selanjutnya disini...
http://www.hmetro.com.my/articles/Setiapharidibelasah/Article/artikelMA

PWEDANA MENTERI YANG DEGIL

Posted: 29 Jan 2011 10:24 PM PST

January 29, 2011
Rakyat Mesir menyertai demonstrasi di dataran Tahrir, Kaherah hari ini. — Gambar Reuters
KAHERAH, 29 Jan — Presiden Hosni Mubarak terus berpegang pada tampuk kuasa meskipun desakan rakyat Mesir agar beliau berundur terus meningkat hari ini. Setakat malam ini (waktu Malaysia) hampir 70 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera dalam demonstrasi menggesa pemimpin berusia 82 tahun itu berundur daripada memimpin negara itu.
Sumber-sumber hospital dan saksi memberitahu Reuters, 68 orang sudah disahkan terbunuh di Kaherah, Suez dan Iskandariah.
Semalam, Mubarak yang sudah tiga dekad memimpin Mesir, mengarahkan Kabinetnya meletakkan jawatan untuk membentuk kerajaan baru dan membawa pembaharuan.
Hosni turut mengarahkan tentera mengawal ibu negara Kaherah dan beberapa bandar lain sepanjang malam dan mengenakan darurat dalam usaha mengawal demonstrasi negara Arab yang paling padat penduduk dan negara sekutu Amerika Syarikat itu.
Laporan BBC juga menyebut letupan kedengaran di bangunan keselamatan di Rafah.
Sementara itu, stesen televisyen Mesir pula melaporkan Mubarak melantik ketua unit risikan Omar Suleiman sebagai naib presiden — julung kali dalam tempoh yang agak lama.

ROSMAH DAN ANWAR :PENYOKONG PAS PENGECUT

Posted: 29 Jan 2011 06:30 PM PST

Jika mahu siasat Anwar, Rosmah juga mesti disiasat kerana lawatan beliau ke Oman dibiayai negara itu. Kita tidak tahu mungkin mereka juga mempunyai agendanya tersendiri.

"Dalam isu Anwar, sudah jelas Kerajaan Saudi menafikan tiada dana diperuntukkan kepadanya. Apa lagi yang mereka mahu siasat?" katanya.

Mahfuz turut menyelar tindakan kerajaan Umno BN yang mengamal politik tidak bertamadun kerana tidak memandang sejarah beberapa negara Timur Tengah termasuk Mesir, Tunisia dan Yaman yang memperlihat kebangkitan rakyat.

"Mereka tidak boleh hanya bercakap tanpa memandang sekeliling dan belajar daripada sejarah beberapa negara yang menyaksikan kebangkiran rakyat akibat kebencian terhadap pemerintah sehingga berlakunya penggulingan," katanya.

SAYANGNYA MAHFUZ TIDAK BERANI MEMBAWA MASSANYA KEJALAN RAYA SEPERTI YANG DILAKUKAN SAUDARANYA DIMESIR..DUNIA TAHU BAHAWA PAS ADALAH KEMBAR DARI IHWANUL MUSLIMIN..

MENGAPA MAHFUZ DAN PAS TIDAK BERANI SEDANGKAN ISU NAJIB DANISTERINYA TIDAK KURANG HEBATNYA DARI ISU BEN ALI DI TUNISIA..BAHKAN ISU NAJIB DAN ROSMAH DIISUUKAN SEBELUM MEREKA JADI PERDANA MENTERI LAGI..

JELASLAH PAKATAN RAKYAT TIDAK PUNYA KEKUATAN YANG SEBENAR UNTUK MENENTANG UMNO BN APATAH LAGI KINI NAJIB DILIHAT MENGAMNIL LANGKAH LEBIH KEJAM DARI APA YANG DILAKUKAN MAHADHIR DENGAN DAKWAAN AKAN MENYEKAT LAMAN BLOG FACEBOOK INTERNET BETULKER....?

LOBANG BUNTUT SAIFUL DAN BOM ALQAEDAH:HANYA UNTUK MEMBUNUH WATAK ANWAR?

Posted: 29 Jan 2011 04:03 PM PST

Arahan siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa sebagai usaha terbaru Umno Barisan Nasional (BN) mencari alasan untuk mengheret Ketua Pembangkang itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika bercakap kepada KeadilanDaily.com tidak menolak kemungkinan kerajaan Umno BN sengaja berbuat demikian berikutan alasan untuk memenjarakan Anwar melalui kes Fitnah II semakin kabur.

"Kes Fitnah II sudah gagal membuktikan fakta sebenar yang disembunyikan, saya tidak menolak jika ini adalah serangan terbaru kerajaan Umno untuk menjatuhkan Anwar. Mereka mahu mengaitkan isu itu bagi memperkukuh tindakan ke atas Anwar," katanya.

SOKONG MAHADHIR PLAK GUA

Posted: 29 Jan 2011 12:40 PM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah sebenar negara.

Beliau berkata, sekiranya pengalaman dahulu yang dialami dilupakan atau diketepikan, tidak dapat tidak, pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

"Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira.

"Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidakkan kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah," katanya dalam entri terbaru di blognya chedet.co.cc, semalam.

Dr Mahathir memberi contoh umpamanya dakwaan berkenaan dengan penduduk asal Semenanjung yang bercanggah dengan kebenaran, dan apakah kerana sensitifnya perkara itu, maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang menduduki Semenanjung, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka.

Menurutnya, beliau sudah membaca buku teks Sejarah dan mendapati banyak peristiwa penting yang berlaku di zaman penjajahan British dan Jepun yang tidak terdapat dalam buku-buku itu.

"Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini.

"Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambil kira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran," katanya.

Dr Mahathir berkata, satu daripada hasil mata pelajaran Sejarah ialah masyarakat lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah. - Bernama

KISAH RUMAH TANGGA AZAHAR CALON UMNO TENANG

Posted: 29 Jan 2011 10:28 AM PST

Apa yang kita katakan mengenai calon BN, Mohd Azahar Ibrahim ialah mengenai intergiriti,(LELONG TANAH ORANG TANPA KEBENARAN} kita tidak sebut mengenai kisah rumah tangga beliau.

"Kita tahu perangai dia tetapi kita tidak sebut kisah rumah tangga dia," katanya.

PATUTKAH KISAH PRIBADI RUMAHTANGGANYA AZAHAR INI DIDEDAHKAN?.."Kita boleh sebut kisah perceraian mereka terdahulu tetapi kita tidak mahu kerana supaya mereka tidak malu. Kita tidak mahu anak-anak mereka malu," katanya.

HA HA... UMNO KURANG CERMAT..HALALKAN SEGALA CARA NAK MENANG...

ISU AZAN DAMPAI SALAM DAN ISLAM JADI MAINAN DITANGAN UMNO..

KUBURKANLAH UMNO DARI BUMI MALAYSIA INI..AMIN..MAMPUS UMNO

Tiada ulasan: