Sabtu, 22 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PANAS:PENYOKONG PAS DIBELASAH DITENANG OLEH UMNO?

Posted: 22 Jan 2011 08:12 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbw7U53HUCqpqOpwfyeSn8r5dLPO7paMFeIH0H-MV_bAMGK04d6mkinDFGK4svZF7H9xKL3HpQVyvm_KiYlcHqgJgJmydhC8lSYMr626-PLcVHVyC7zE4TpzuBM41Nre3LR8eutJ36y3_P/s1600/razak+koling.jpg


bayangkan kalau orang umno ini adalah orang pas berada ditengah ribuan penyokong umno..apa akan jadi..bubur bro..kita kan tahu..orang umno tu kureng tamaddunnya...banyak fitnah macam papa gomo tukan...

POLIS BAKAR TEMAN WANITA!!? KEJAM

Posted: 22 Jan 2011 05:44 AM PST

KANGAR 21 Jan. - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membakar teman wanitanya menyebabkan mangsa cedera parah dan melecur di muka, leher serta lengan kiri pada minggu lalu.
Konstabel Sokongan, Mohd. Faiz Ramli, 24, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut cawangan Pengangkutan, Pulau Pinang didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Nur Rashidah Rashid, 18.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada pukul 9.30 malam, 12 Januari lalu di atas sebuah titi di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis, di sini.
Tertuduh yang tinggal sekampung dengan mangsa di Kampung Baru Jalan Serawak, Kuala Perlis didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad. Tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Wan Norzanuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Mac ini.

RAJA WANITA PERTAMA DIMALAYSIA?

Posted: 22 Jan 2011 04:54 AM PST

Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.
"Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.
Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
"Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.
"Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?" soal beliau.
Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.
"Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.
Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.
"Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.
Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.
Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

AHH..BIBIR NAJIB MERAH DAN SEKSI UUII...

Posted: 22 Jan 2011 01:09 AM PST


LABIS, 21 Jan: Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.
(GAMBAR ATAS: Inilah deretan kedai usang di Felda Cempelak yang sekian lama terbiar.)
Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.

"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.

Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini.
(GAMBAR KIRI: Pelbagai janji dibuat Najib ketika berucap di Tenang)

Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.

"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi.

Mereka juga menunjukkan bagaimana deretan kedai usang yang ada dio kawasan Felda mereka yang tidak pernah diambil hirau oleh pihak Felda apatah lagi pemimpin mereka di Kuala Lumpur.

"Kami masih ingat janji mereka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana saudara saya juga ada di Felda Sungai Buaya itu.

"Najib ada menjanjikan RM5000 untuk satu projek. Secara cash Najib bagi RM1000, selebihnya dijanjikan nak beri selepas daripada PRK Hulu Selangor itu selesai. Apa yang berlaku ialah, sehingga kini mereka kata, wang selebihnya yang dijanjikan itu masih belum diberi," katanya.
(GAMBAR KIRI: Helikopter yang menghantar Najib ke Tenang.)

Mereka juga mempertikaikan, rancangan memberikan 500 lota tanah kepada generasi kedua Felda.

"Adakah Najib serius? Jika serius, apa hitam putih perlaksanaannya? Bila hendak dimulakan pemberian tanah tersebut dan bila hendak dimulakan projek-projek pembangunan? " tanya mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengulas isu ini berkata,  Najib hanya nak tunjuk gah semata-mata demi membina persepsi masyarakat Felda khususnya Felda-felda di DUN Tenang ini demi meraih undi melalui kempen murahan dengan menaburkan janji-janji palsu menjelang PRK ini.
(GAMBAR KANAN: Ini pula tapak projek MEE SEGERA yang dicanangkan oleh Najib sebagai tanah pembangunan untuk manfaat generasi ke-2 Felda. Waktu ni baru terhegeh-hegeh nak buat!, kata mereka.)
"Janji-janji palsu ini hanyalah silap mata Najib kepada para peneroka dan warga Felda demi menutup jenayah-jenayah penipuan Umno/BN yang telah dilakukan sekian lama demi mengaut keuntungan dari kerahan tenaga dan perit jerih warga peneroka," kata Mazlan.

Ekoran itu, beliau juga mencabar Najib, agar menunjukkan buktikan berapa keluarga peneroka di Felda Chemplak ini yang pendapatannya RM3000 sebulan sebgaimana yang dikatakan Najib dalam ucapannya baru-baru ini.

GEREJA RAMAL KIAMAT 21-05-2011:DAHSYAT!!!

Posted: 21 Jan 2011 09:30 PM PST


Iklan seperti ini banyak terpasang di sepanjang jalan di Batam. "Kirain itu iklan radio yang mau siaran" ujar Andre .  Iklan ini sudah hampir setengah tahun terpasang, malah sudah ada yang diganti karena buram. "Jadi itu iklan Kiamat toh " lanjut Andre lagi .
Iya itu memang iklan hari kiamat yang akan jatuh pada 21 Mei 2011 sebagaimana tulisan dibawah :
Lupakan spekulasi bahwa akhir dunia akan terjadi pada 12 Desember 2012 sebagaimana akhir penanggalan Bangsa Maya. Sebuah kelompok Kristen independen di AS bahkan meramalkan kiamat akan datang lebih cepat: 21 Mei 2011 mendatang...
baca selanjutnya dengan klik

SANGAT KEJAM:BAYI DIBUNUH DAN DILAPAH ISI PERUTNYA....TENGOKLAH INI TERJADI DIHOSPITAL MALAYSIA!!?

Posted: 21 Jan 2011 07:33 PM PST


hai semua, hope korang dlm keadaan ceria hendaknya. sejak 2 menjak ni tertarik nk post entri berkaitan bayi. so entri kali ni nk shre ckit dgn korg 1 gmbar bayi dlm keadaan yg sungguh tragis dan sgt memilukan hati kalau korg tgk. 

 Amaran !!  pada ibu-ibu mngndung disarankan jgn tengok gmbar ni ye.  actually ada sorg girl yg tag gmbar ni kat facebook sy. so sy nk kongsikan dengan korg semua.

II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVV
VV
V
  







lepas dapat gmbar ni try search di google untuk dapatkan info tambahan dan info yang saya dapat di forum  menyatakan gambar ni diambil secara curi di sebuah Hospital kat Malaysia. lokasi hospital biarlah rahsia aku tak nak bagi tau silap hari bulan kena saman.sebab lokasi pun  macam kurang sure je sebenarnya


Perbuatan ni memang tersangat kejam dan di luar perikemanusiaan. kalau nk buat eksperimen bedah untuk budak-budak medik sekalipun, why gunakan bayi . lepas tu biarkan dlm keadaan mcm ni. sangat kejam, mcm mna mereka tergamak bedah bayi ni kn. nma pun babykan msi cute. sedih tgk keadan bayi ni. abis semua organ si kecil ni dijarah keluar. cuba tengok posisi kepala bayi ni jelas jasad bayi ni terseksa !!!! 

 maybe bayi dlm gambar ni bayi hasil hubngn luar nikah. dan dijumpai tidak bernyawa dibuang oleh psangan durjana yg lkukan seks luar nikah. so xde sesiapa yang tuntut bayi ni maka dibedah. ntah ape nsib jasad bayi ni, dikebumikan ke or x.. kesian dan simpati.


p/s: mereka2 yg bedah ni baby ni mcm xde hati perut ke bedah even bayi ni da meninggal.  pilu rsa sebak. spechless .. xtau nk ckp ape terkedu dan sebak tgk gmbar ni. mudah2 an roh baby ni akan bersemdai dgn aman disana ....
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/01/gambar-bayi-dalam-keadaan-memilukan.html

DASAR MELAYU!!!PENGECUT

Posted: 21 Jan 2011 06:26 PM PST

Orang Melayu Singapura takut untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka walaupun ketinggalan dan berhadapan dengan masalah dipinggirkan dalam arus pembangunan republik itu, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.
Semalam Bernama melaporkan bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat apabila lasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas  beberapa orang Melayu setempat.
Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.
"Tiada orang Melayu di Singapura yang berani bercakap mengenai perkara yang sebenar berhubung layanan yang mereka terima," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dalam satu kenyataan SMS hari ini.

DEWA NAJIB DIBATU CAVE WAJAR DIRUNTUHKAN!!!

Posted: 21 Jan 2011 04:07 PM PST

MENTERI BESAR LAWAN TINJU

Posted: 21 Jan 2011 11:18 AM PST


(detiksport/Chaidir Anwar Tanjung)
Pekanbaru - Ellyas Pical diragukan akan serius meladeni Gubernur Riau Rusli Zainal dalam pertarungan tinju eksebisi mereka hari Sabtu besok. Tapi kalau sang lawan main kasar, kata Elly, ia akan membalas.

Hal itu ditanyakan wartawan saat kedua "petinju" melakukan timbang badan di Hotel Aryaduta, Pekanbaru, Jumat (20/1/2011). Mantan juara dunia kelas bantam yunior itu bahkan diperkirakan cuma akan "ketawa-ketiwi" di atas ring.

"Kalau ditanya serius apa tidak, ya lihat saja pertandingan besok. Saya akan mengambil posisi bertahan. Tapi kalau Bapak Gubernur mainnya kasar, secara otomatis saya akan terpancing kasar," jawab Elly sembari tertawa.

Menurut Elly yang kini berusia 50 tahun, kehadirannya selain untuk menyemarakkan PON 2012, dia juga berkeinginan adanya bibit baru petinju asal Riau yang mampu membawa nama bangsa di mata internasional.

"Pertandingan nanti saya mau adanya petinju dari Riau. Kalau Pak Gubernur mengatakan akan meng-KO saya, silakan buktikan besok saja," sahutnya tentang pertarungan besok.

Melihat wartawan menyangsikan keseriusan Elly, Rusli langsung nyeletuk. "Wartawan jangan kompori Elly-lah. Jangan dipanas-panasi. Kalau Elly benar-benar serius, lebih baik saya meng-KO diri saja," canda sang gubernur yang disambut gelak tawa oleh wartawan.

Dan ketika ditanya, apakah dengan begitu ia takut, Rusli menjawab: "Inilah wartawan, selalu saja meragukan saya. Kalau saya takut, tidak mungkin saya tantang Bung Elly. Malah saya punya target ronde kedua Bung Elly tumbang. Saya kan pernah liat bagaimana Elly bermain dan di mana titik lemahnya. Tapi kalau Bung Elly tidak pernah liat saya bertanding. Jadi titik lemah Elly ini yang saya bidik," kata Rusli sembari mengepalkan tangan kanannya.

Suasanapun semakin cair. Elly kembali "terpancing" dan lantas diberi kesempatan untuk bicara lagi.

"Penantang memang selalu memiliki target menjadi pemenang. Tapi tolong nanti Bapak Gubernur buktikan omongannya itu," kata Elly yang kembali disambut gelak tawa hadirin.

Sementara itu, untuk memberi "kesan serius" laga tersebut, keduanya juga melakukan prosedur standar, yakni pengecekan kesehatan dan timbang badan. Hasilnya, mereka dinyatakan siap beradu jotos.

"Tim medis dari RSUD Riau sudah menyatakan keduanya layak tanding. Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga ronde," kata Ketua Pertina Riau, Robin Hutagalung.

Robin menyebut, walau Rusli Zainal bukan atlet tinju, namun dalam pertandingan ini gubernur tidak menggunakan sarung kepala. Pertandingan akan berlangsung sebagaimana tinju profesional.

"Sebelum gubernur naik ring, kita sudah melakukan pelatihan," ujarnya.

WAJIBKAH DEMO!!!? HARGA BARANGAN MELAMBUNG...

Posted: 21 Jan 2011 09:54 AM PST

Jika selama ini kenaikan mendadak harga barangan keperluan tanpa kawalan dikaitkan dengan kesusahan orang ramai kerana terpaksa berbelanja lebih, namun keadaan yang sama juga turut menimpa pengusaha makanan asrama dan warung makan.

Melambungnya harga barangan keperluan perniagaan mereka di pasaran memaksa pengusaha makanan itu menanggung kos yang semakin besar setiap hari. Bagi peniaga warung pula, masalah mereka ditambah lagi dengan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang semakin tinggi.

Semua ini gara-gara kenaikan tiga kali harga minyak bermula November tahun lalu. Oleh kerana minyak merupakan bahan asas bagi tujuan pengangkutan dan penghantaran barangan, peningkatan kos operasinya diserap pula melalui menaikkan harga barang.

Seorang kontraktor pembekalan makanan asrama sekolah menengah di sini, Abdullah Sani Abdul Rashid, 50, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluannya secara mendadak.

Beliau yang membekalkan makanan ke tiga asrama di daerah ini berkata, hal ini tidak dapat dielakkan kerana kos sebut harga tender yang dimasukinya tahun lalu berdasarkan harga pada masa itu tetapi hampir semua barangan keperluan tersebut sekarang melambung tanpa kawalan.

"Sekarang harga ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran naik melambung. Begitu juga bawang, telur, barangan dalam tin,  susu sejat dan susu krim naik di antara 20 sen hingga 30 sen. Paling memeranjatkan saya ialah harga santan yang pada hari biasa RM4 sekilo sekarang dah jadi RM12. Sebelum ini harga gula dan gas dah naik. Minyak masak pula susah nak dapat.

"Semua barangan tersebut mesti dibekalkan setiap hari sedangkan harga tender pula tidak boleh diubah lagi. Akibatnya terpaksalah menanggung kerugian," keluhnya.

Tambahnya, selama ini dengan kenaikan harga barang orang ramai menyangkakan pembeli dan pengguna sahaja yang terjejas, sebaliknya peniaga seperti kamilah sebenarnya yang banyak terkesan kerana kami tidak ada pilihan lain.

Abdullah yang sudah lebih 15 tahun menceburkan diri dalam perniagaan tender pembekalan makanan, berkata pada ketika inilah terasa betul-betul getir dalam perniagaan dan berada dalam kesempitan kerana sejak awal tahun terpaksa mengeluarkan banyak belanja untuk persekolahan anak-anak.

Seorang peniaga warung 'mi celup' di bandar ini Jalaluddin Hassan, 40 berkata harga minyak yang tiga naik berturut-turut dululah yang menyebabkan harga barang melambung secara mendadak sehinggakan beliau terpaksa mengeluarkan modal makin besar setiap hari tetapi pulangannya semakin kecil.

"Antara barang yang naik ialah bawang, sayur-sayuran, ayam, rempah ratus dan santan. Semua itu asas barangan niaga saya. Jualan pula tak boleh naik sebab jika dinaikkan pelanggan akan lari. Kalau nak kurangkan bahan dalam masakan pula pelanggan akan komplen.

"Jadi terpaksalah tanggung untung yang semakin kecil. Sekarang ini berniaga bukannya dapat menyimpan duit, hanya sekadar lepas upah pekerja dan gaji harian sendiri saja," luahnya.

Jalaluddin yakin melambungnya harga barangan keperluan ini disebabkan kenaikan harga minyak. Bila minyak naik barangan pun naik, walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal tetapi ternyata gagal.

Sementara itu, kata Jalaluddin, peniaga sepertinya mempunyai tekanan lain pula iaitu cukai meja yang dikenakan Majlis Perbandaran Temerloh yang terlalu mahal. Katanya, untuk cukai meja sahaja berliu terpaksa memperuntukkan sebanyak RM20 sehari.

Jalaluddin berharap nasib peniaga sepertinya dipandang serius oleh pihak kerajaan kerana mereka juga penyumbang kepada ekuiti ekonomi orang Mekayu selama ini.

Tiada ulasan: