Khamis, 20 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ADA ADUN PAS TAK MAHU HADIR SIDANG TERGEMPAR?

Posted: 20 Jan 2011 06:49 AM PST

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 24 Januari ini akan diteruskan sekiranya cukup satu pertiga daripada ahlinya hadir, kata speaker, Datuk Teng Chang Khim.
Menurut Teng, mengikut peraturan tetap dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri, sidang boleh diteruskan apabila kehadiran Adun cukup satu pertiga daripada jumlah Adun, tidak termasuk speaker.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai adun BN yang dikatakan tidak akan menghadiri sidang berkenaan.
"Mengikut peraturan tetap dan juga mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, selagi ada satu pertiga yang hadir maka kita cukup korum  untuk mengadakan mesyuarat iaitu satu per tiga daripada jumlah ahli dewan kecuali speaker," katanya pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

YANG AKAN DITONCETKAN

Posted: 20 Jan 2011 05:47 AM PST

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berusaha menggerakkan gelombang kesukarelaan yang lebih besar untuk menyertai Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di seluruh negara bagi menyokong dan membantu tugas warga kerja kementerian itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata ia perlu dilakukan secara konsisten dan menyeluruh bagi manarik lebih ramai anggota baru yang boleh melonjakkan lagi jumlah anggota RELA di seluruh negara.

"Ini kerana jumlah anggota yang ramai dapat menggambarkan sokongan serta minat orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan gelombang kesukarelaan, sekaligus perlu dimantapkan supaya menjadi aset bernilai kepada negara.

"Oleh itu pertubuhan itu perlu memperbanyakkan lagi program latihan bagi melahirkan modal insan yang benar-benar terlatih, berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan profesional," katanya pada majlis pelancaran platun Cina dan kempen penambahan anggota RELA peringkat negeri Kedah di Alor Setar semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah RELA Datuk Zaidon Asmuni dan Pengerusi MCA Kedah Chong Itt Chew.

Lee berkata beliau mahu anggota Rela meningkatkan peranan agar menjadi pasukan kesukarelaan rakyat di barisan paling hadapan untuk keselamatan dan kemasyarakatan bukan sahaja dalam negara tetapi mempunyai peranan di peringkat antarabangsa.

"Kita perlu berfikir secara positif dan perlu melihat ke luar kotak untuk mencari pendekatan baru dan releven sejajar dengan perkembangan semasa agar usaha kita memberi impak yang berpanjangan kepada masyarakat," katanya.

Justeru anggota Rela tidak seharusnya leka dan sentiasa mahu berada di zon selesa hingga takut untuk menerokai dan memperkenalkan idea atau pendekatan baru dalam tugas harian.

- Bernama

ADUN MERLIMAU MATI:PRK DITETAP 1O HARI LAGI

Posted: 20 Jan 2011 01:00 AM PST

PUTRAJAYA 20 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. - Utusan

SAH:ADUN MERLIMAU MENINGGAL:SATU PRK!!!

Posted: 19 Jan 2011 11:21 PM PST

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

APA!!!NAJIB GEMARKAN INI!!!?...

Posted: 19 Jan 2011 10:25 PM PST

[roti[3].jpg]...

HADIAH INI KU PERSEMBAHKAN BUAT NAJIB YANG HANYA NAK BERDEBATPUN DIA KEDEPANKAN TONGKAT KUASA.. BAYANGKAN JIKA DIA TAKDAK KUASA MACAMNA DIA NAK BERDEBAT?.. BODOH PIAN PM MALAYSIA..TUNJUK KUASA KAH KAH KAH.. NI ROTI CHINA SESUAI UAT NAJIB YANG SELALU.....

KAUM INDIA MENGAMUK DI BATU CAVE..TAIPUSAM KECOH?

Posted: 19 Jan 2011 08:36 PM PST

Beberapa anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan pagi ini dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."
Isu Interlok: HRP demo di program Thaipusam PM

DASAR PENDURHAKA!!! PENGEMIS KERUSI

Posted: 19 Jan 2011 07:45 PM PST

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melambai ke arah jurugambar di luar rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang selepas kerusinya diumum kosong semalam.  —  Foto Bernama Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melambai ke arah jurugambar di luar rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang selepas kerusinya diumum kosong semalam

ANWAR KECUT PERUT DAN SEJUK BEKU!!!!

Posted: 19 Jan 2011 05:56 PM PST

"Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang" - Anwar

19/01/2011 8:02pm

ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.
Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.
"Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama

WALA' DAN THIQAH:PEMIMPIN TUA PAS TERTINGGAL BAS

Posted: 19 Jan 2011 04:01 PM PST

PAS nampaknya terpaksa mengakui hakikat yang ujud hari ni, dengan kepesatan perkembangan media baru, PAS tak mampu lagi mengharapkan ahli-ahli PAS untuk kekal dengan cara lama PAS yang cukup popular dengan istilah wala' dan thiqah.

Wala' dan thiqah sebenarnya bukan benda yang boleh diminta-minta. Wala' dan thiqah adalah satu anugerah kepada pimpinan kesan keperibadian dan kepimpinan yang ditonjolkan selama ini. Aura pemimpin tu sendiri yang akan membuahkan wala' dan thiqah dikalangan ahli dengan pimpinan.

Malangnya, istilah wala' dan thiqah dijaja oleh sekelompok pimpinan PAS sehingga seolah-olah pimpinan PAS ma'sum dan seolah-olah pimpinan PAS dapat "petunjuk" dari tuhan ke atas semua tindak tanduk mereka. Ahli parti seolah-olah dipaksa untuk menurut apasaja keputusan yang dibuat oleh pimpinan dengan alasan pimpinan sentiasa bertahajjud di waktu malam dan melakukan solat hajat sebelum buat keputusan.

Memanglah secara idealnya, ahli parti perlu gunakan saluran parti untuk mengkritik pimpinan. Kritikan secara terbuka boleh menjatuhkan imej parti. Masalahnya, saluran parti tu sendiri selalunya kurang praktikal. Mana mungkin seorang ahli biasa boleh menegur pimpinan tertinggi parti jika gunakan saluran parti.

Dengan kecanggihan media baru yang ada sekarang membolehkan ahli PAS walaupun sekadar ahli biasa, berkemampuan untuk mengkritik sehingga kepimpinan tertinggi dan kritikan tu jika kena caranya akan sampai juga ke telinga pimpinan tertinggi berkenaan.

PAs sebenarnya tidak mampu untuk menghalang ahli dari mengkritik pimpinan terutamanya melalui media baru. Jadinya, mau atau tidak, PAS terpaksa menerima realiti yang ada seadanya agar tak dilihat terlalu autokratik.

Harakahdaily melaporkan:

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat. - Hrkh
Satu muqaddimah yang cukup cantik dari Ketua Penerangan PAS. Artikel tu jugak ditutup dengan penutup yang cukup baik.
Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.

Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar. - Hrkh
PAS perlu menerima hakikat yang tidak semua ulama' boleh memimpin dan dalam masa yang sama sebenarnya semua ahli PAS amat berasa bangga jika PAS dipimpin oleh ulama' yang benar-benar boleh memimpin.
http://cenangau.blogspot.com/2011/01/pas-sebenarnya-tak-mampu-menghalang.html

UMNO BANGKAI BERNYAWA!!!?

Posted: 19 Jan 2011 02:39 PM PST


Mohd Rashidi Hassan   
IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional.

Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.

Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.

Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).

Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.

Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.

Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri.

Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM.

Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja.

Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai.

Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali.

Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat.

Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia.

Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan?

Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB.

Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN.

Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM.

Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia.

Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan.

Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa.

Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri.

Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM.

Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir.

Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir.

Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.

Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad.

Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.

Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu.

Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah.

Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka.

Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih,  yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim?

Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini.

Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja!Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'

HARUSSANI !!! MENGAPA KAU CAMPURI URUSAN DISINI? JAGALAH PERAKTU..

Posted: 19 Jan 2011 12:31 PM PST

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta menyemak balik pandangannya mengenai penggunaan pembesar suara di masjid dan surau kerana ia tidak sepatutnya digunakan untuk laungan azan sahaja.
Penggunaan pembesar suara merupakan sesuatu yang penting dalam konteks dakwah, tetapi jika dihadkan kepada azan sahaja, ia akan menyempitkan ruang untuk berdakwah kepada masyarakat.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menegaskan, selain azan, pembesar suara juga patut digunakan untuk bacaan khutbah Jumaat dan kuliah agama kerana ia merupakan suatu langkah baik bagi kegiatan dakwah.
Menurut beliau, perkara itu sejajar dengan fungsi masjid dan surau itu sendiri yang bukan hanya tempat untuk bersolat sahaja, tetapi juga bagi pelbagai aktiviti berfaedah lain untuk umat Islam dan masyarakat.

AMBIL TINDAKAN TEGAS PENGHIANAT PAKATAN RAKYAT

Posted: 19 Jan 2011 10:29 AM PST

Khalid Samad menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadap pemimpin dan individu yang dilihat sebagai punca di sebalik isu kontroversi larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) — tindakan yang dilihat mensabotaj gabungan tiga parti itu.
Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian sambil merujuk keputusan MPSJ yang menguatkuasakan larangan Muslim bekerja di premis-premis yang menjual minuman keras kerana pihaknya tidak pernah mempersoalkan undang-undang Syariah.
Khalid berkata kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang "membelakangi" keputusan yang dibuat MPSJ itu.
"Parti kena ambil tindakan, di MPSJ kena teliti siapa yang timbulkan? Kenapa buat macam itu? Parti kena teliti.
"Kena kenal pasti macam mana timbul isu macam ini," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.
Menurut Khalid, kontroversi yang ditimbulkan termasuk isu arak di Selangor adalah satu perbuatan sabotaj yang dilakukan pihak tertentu.
"Parti mesti mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertindak bersendirian dalam membuat keputusan, orang macam ini parti kena ambil tindakan.
"Orang-orang macam ini boleh menimbulkan masalah, ia adalah satu perbuatan sabotaj.
"Kerajaan negeri perlu bertindak kepada sesiapa sahaja yang buat macam ini, yang menimbulkan masalah dan mahu menjejaskan Pakatan Rakyat. Kena ambil tindakan yang akan mendisiplin orang macam ini," katanya.
Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga berkata, segala keputusan yang mahu dibuat perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
"Dalam Pakatan Rakyat tiada 'big brother', apa-apa keputusan yang dibuat perlu berbincang terlebih dahulu.
"Kerajaan negeri perlu selesaikan setiap isu di peringkat negeri sebelum kemukakan kepada masyarakat.
"Kita bukan lagi pembangkang (di Selangor), kita perlu selesaikan masalah, kita perlu tahu macam mana nak selesaikan masalah," katanya.
Awal minggu lalu dilaporkan bahawa MPSJ telah memutuskan untuk mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan premis yang melanggar enakmen itu, tetapi Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu kemudian mengarahkan agar keputusan itu ditarik balik.
Ekoran keputusan itu, kerajaan negeri Selangor berbelah bahagi dalam isu tersebut memandangkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor tidak bersetuju dengan arahan Liu.
Hasan bertanggungjawab ke atas soal agama Islam manakala Liu pula pentadbiran pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menarik balik keputusan MPSJ sementara kajian susulan dikendalikan.
Kelmarin, Khalid berkata, tiada undang-undang yang melarang orang Islam bekerja di premis hiburan sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan di Selangor, sebaliknya ia hanyalah garis panduan dan peringatan yang dimulakan sejak tahun lepas.
Beliau berkata, garis panduan dan peringatan itu sebagai nasihat kepada pemilik premis hiburan yang beroperasi di Selangor supaya menghormati permintaan kerajaan negeri untuk tidak mengambil pekerja di kalangan orang Islam.

Tiada ulasan: