Rabu, 19 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KHIR TOYO DAN PEGUAM NEGARA:ADA PERMAINANKAH?

Posted: 19 Jan 2011 08:20 AM PST


NONE"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

DUN KLANG KOSONG:JANGAN MIMPI ADA PRK!!! INI NEGARA UMNO LA...?

Posted: 19 Jan 2011 06:58 AM PST

dun klang telah di istiharkan kosong oleh spekear dun selangor.

sayangnya di malaysia ini undang undangnya juga mengejutkan ramai bahkan mengejutkan british yang mencipta undang undang tersebut..

lihatlah kota seputeh dikedah apakah ia di istiharkan kosong?.. jangan mimpila..

saye pasti tiada prk kecil dipelabuhan klang..walaupun harapan saye sangat besar seperti gunung untuk mengukur sokongan rakyat terhadap pr dengan adanya prk tersebut..

JANGAN CABAR SAYA:NAJIB MEMALUKAN DIRI!!!

Posted: 19 Jan 2011 04:24 AM PST

Hari ini, Utusan Malaysia dengan bangganya memaparkan tajuk depan dada akhbarnya seperti di bawah. Tidak akhbar lain. Berita harian memilih sesuatu yang mempunyai nilai berita untuk dijadikan tajuk utamanya.
Adakah Ketua Pengarang Utusan dan Pengarang-Pengarangnya yang lain ada sama di hadapan Najib di Felda Chemplak semalam? Adakah mereka melihat bicara tubuh Najib dan nada suara Najib ketika beliau melafazkan kata-kata itu?
Saya ada disitu. Tetapi saya rasa dungu membaca tajuk akhbar Utusan hari ini.
Percayalah, tak ramai yang suka dicabar.

Seorang tokoh perfileman Russia, Sergei Eisentein yang terkenal dengan penceritaan menerusi teknik Montage juga tentu terkejut dengan muka depan akhbar utusan. Apakah apakah yang terhasil bila kalimah 'Jangan Cabar Saya' di letak bersama foto orang ramai sedang mengutip duit syiling ditengah jalan dan gambar seorang wanita jelita meniup angin dari mulutnya seolah memberi isyarat 'gone with the wind'? Aduhai
http://kickdefella.wordpress.com/2011/01/19/4051/

BAGAIMANA ALTANTUYA MATI?...

Posted: 19 Jan 2011 02:11 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

NONE"Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan."

NOMBOR EKOR SUDAH KENA!!!

Posted: 19 Jan 2011 12:46 AM PST

TERBAKAR...kereta terbakar dipercayai ada kaitan kes dua remaja dibakar.
TERBAKAR...kereta terbakar dipercayai ada kaitan kes dua remaja dibakar.
UNTUK CERITA LANJUT

NAJIB BUKTIKAN KEBUSUKAN UMNO TERHADAP AHLINYA?

Posted: 18 Jan 2011 11:15 PM PST

TENANG, 18 Januari: Pn Maimunah Hindun sebak menerima kunjungan ziarah daripada bakal calon Pas PRK Tenang, Puan Normala Sudirman dan rombongan sebagai penghormatan terakhir kepada suaminya Abd Latif Subri Mohd Din. Suaminya meninggal dunia awal pagi tadi akibat sakit jantung dan darah tinggi.
Allahyarham suaminya merupakan Setiausaha Kerja Cawangan Umno Felda Tenang. Jenazahnya diletakkan di masjid Felda Tenang sementara sebelum dikebumikan.
Pada masa yang sama, berdekatan dengan masjid tersebut, terdapat majlis ramah mesra Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi UMNO bersama warga Felda Tenang di mana turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Pada awalnya keluarga Allahyarham berharap Perdana Menteri akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu, namun menghampakan. Beliau tidak hadir pun untuk memberikan penghormatan kepada jenazah sedangkan pada ketika hayatnya Allahyarham berkhidmat untuk Umno. Lebih menyedihkan lagi, imam yang sepatutnya bertugas turut pergi meraikan majlis lawatan Perdana Menteri tersebut.
Jenazah Allahyarham disempurnakan selepas Zohor oleh sukarelawan dan Unit Amal dari Pas termasuk membantu mengurus penggalian kubur.
Allahyarham meninggalkan 4 orang anak dan seorang cucu.

NAJIB TIDAK TAKUT ANWAR? HANTU ALTANTUYA BAGAIMANA?

Posted: 18 Jan 2011 09:49 PM PST

Anonymous_5fb: Lihatlah macam mana Najib berucap. Nilai-nilai kemelayuan yang disegani oleh rakyat Malaysia bangsa lain sudah musnah oleh Umno sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dan kini jadi lebih teruk lagi oleh Najib. Tengoklah MB Abdul Ghani Othman yang bersama dengannya dalam gambar, dia pun rasa malu dengan Najib.

Ya, mungkin memang benar Najib tak takut dengan Anwar kerana dia (Najib) boleh guna jentera-jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Tapi, adakah dia tu takut dengan bayangnya sendiri? Kematian gadis Mongolia Altantuya pun belum selesai, bukan?

Kesian, nilai-nilai kemelayuan yang cantik dan halus sudah terkecai dalam tangan orang yang anggap mereka Musliman. Sungguh sakit hati kelakuan sedemikian terang-terang dibogelkan di mata orang-orang Melayu Felda ini. Apa sudah jadi dengan Melayu Umno ni?

Buat apa nak caci orang secara peribadi, Najib? Anda memang tak takut dengan Anwar, mungkin kerana ada isteri anda Rosmah Mansor di hadapan kamu. Alangkah lebih baik debat dengan Anwar mengenai ekonomi dan polisi negara?

Seperti yang anda kata, kamu ada informasi dalam tangan anda. Kamu pasti menang dalam debat. Tetapi kamu harus ingat, peneroka-peneroka Felda sudah ditipu kerajaan Umno bukan? Makamah pun sudah putuskan Felda harus membayar pampasan kepada peneroka-peneroka tersebut. Bukankah begitu?..
http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/01/najib-dari-kacamata-pembaca.html

DEMO TUNISIA BAKAL DIIMPOT KEMALAYSIA?

Posted: 18 Jan 2011 08:47 PM PST


aku memikirkan jika rakyat bangun dan memenuhi jalan raya seperti ditunisia..rakyat bangun membantah kenaikan harga barangan dapur yang meningkat mendadak..bawang dari 2.30 naik jadi rm9 hinggit..melampau..kemana rosmah mansur dan najib agaknya lari..?...
OH.JANGAN LAKUKAN INI....

NAJIB:GUA MAHU TENGOK ANWAR DEMAM TAPO JUGA MAHU TENGOK ANWAR KEPENJARA

Posted: 18 Jan 2011 08:09 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.
"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.
"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?
"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".
Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.
"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.
Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).
"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.
Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?
"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

WAJAH WAJAH KITA YANG PERNAH HIANATI PERJUANGAN PKR?

Posted: 18 Jan 2011 07:44 PM PST

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

NONEAntara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

DASAR POLI TIKUS CARI MAKAN!!

Posted: 18 Jan 2011 06:05 PM PST

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Pengerusi Dap, Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat.
Dia mendakwa, Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat yang dihadapinya.
Manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu, menggunakan kes tersebut sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi Dap.
Anuar mendakwa keadaan itu telah mengelirukan anggota PKR yang telah membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar dan parti itu dikuasai pihak lain. — Bernama

WAJIB DEMO!!!! BN UMNO SENGAJA SOROK MINYAK DAN BAWANG UNTUK BIAYAI PRU 13? JOM TURUN...

Posted: 18 Jan 2011 05:13 PM PST

Kerajaan BN diyakini sengaja mencipta sendiri masalah yang berlaku terhadap bekalan minyak masak, sehingga menyebabkan barangan itu amat berkurangan di seluruh negara sekarang, atas muslihat untuk menaikkan harganya.
Keadaan yang sama diyakini telah dilakukan oleh para pemimpin BN terhadap bawang, sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi secara mendadak.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Wahab menegaskan, keyakinan itu boleh didasarkan kepada beberapa keadaan yang sekali gus membolehkan pelbagai pihak mengesyakinya.
Menurut beliau, keadaan itu boleh dirujuk kepada ketiadaan atau kekurangan bekalan minyak masak itu sendiri yang berlaku secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan orang ramai begitu susah untuk mendapatkannya di kedai-kedai.
"Jika tidak ada agenda tertentu dari pihak tertentu, mustahil keadaan itu boleh berlaku. Pada hal sebelum itu bekalan minyak masak langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pemborong, peniaga dan orang ramai," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau yakin, kejadian itu berlaku disebabkan bekalan minyak masak sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu, untuk tujuan menaikkan harganya, manakala kejadian itu pula pasti didalangi pihak tertentu.
"Dalang yang mencetuskan kejadian itulah yang perlu dikenalpasti. Pada saya, saya berani mengatakan, tentu ada campur tangan orang politik atau pemimpin BN sendiri. Jika tidak, pihak berkenaan tak berani melakukannya kerana pasti akan dikenakan tindakan," katanya.
Keadaan yang sama, menurut beliau, diyakini turut berlaku ke atas bekalan bawang di negara ini yang berlaku kenaikan harga begitu tinggi secara mendadak, sedangkan kenaikan harganya itu langsung tidak diumumkan oleh kerajaan BN sebelum itu.
Bawang terdiri daripada dua jenis. Satunya bawang putih. Satu lagi bawang merah yang besar yang dikenali sebagai bawang besar India. Bawang putih sudah lama dinaikkan harganya, tetapi secara perlahan-lahan sejak setahun lalu. Kini sekilo bawang putih berharga RM9.00.
Manakala yang terbaru dinaikkan harganya adalah bawang merah yang besar atau bawang besar India. Sebelum ini, harganya sekitar RM2.30 atau RM2.50 tetapi sekarang melambung tinggi menjadi RM9.00 sekilogram.
Menurut Salbiah, kenaikan harga bawang sebegitu tinggi sememangnya tidak boleh diterima oleh orang ramai. Ia dikatakan berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Begitu juga dengan minyak masak. Tetapi alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
"Jika tidak ada agenda tertentu, mustahil bekalan barangan itu menjadi tiada atau berkurangan secara tiba-tiba. Pada hal dalam masa yang sama, pengeluaran bawang dan minyak masak berlaku seperti biasa," katanya.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu diyakini oleh beliau sengaja dilakukan oleh para pemimpin BN untuk mendapatkan wang yang banyak secara cepat, manakala selebihnya untuk dijadikan dana bagi menghadapi pilihanraya.
Beliau menyeru para pemimpin BN agar bertanggungjawab kepada rakyat kerana tindakan yang dilakukan oleh mereka itu lebih menghimpit rakyat yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi dengan golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana.
Dengan sikap para pemimpin BN yang tidak bertanggungjawab itu, beliau turut menyeru orang ramai agar sedar dengan permainan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
"Jika anda semua terus memberikan mandat kepada Umno atau BN memerintah negara pada pilihanraya akan datang, begitulah padatnya. Jadi sokonglah Pakatan Rakyat, insya Allah hidup anda pasti berubah kepada yang lebih baik," ujar beliau. 

RASUAH UMNO DISELANGOR?BETULKENI...

Posted: 18 Jan 2011 04:00 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor  sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan  tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat  yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1.      1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000
2.      2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta
3.      3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000
4.      4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53
5.      5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan  projek secara penswastaan.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.


FAEKAH HJ HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

ARAK!! YANG NI GUA KURANG SETUJU..

Posted: 18 Jan 2011 01:20 PM PST

Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai "China Town".

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.

- Bernama

MAAF SAJA TAK CUKUP:PRGUAM KURANG AJAR WAJIB DIDAKWA!!

Posted: 18 Jan 2011 10:45 AM PST

Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.

ng kian nam apologise raja nong chik 170111Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.

Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.

ng kian nam apologise raja nong chik 170111Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.
Sementara itu Bernama melaporkan, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Ng berkata:
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.
"Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.

Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.

Mengulas dakwaan terdapat arahan daripada pihak atasan yang meminta pihak masjid memperlahankan suara azan berikutan aduan Ng itu, Raja Nong Chik menafikan kewujudan arahan tersebut.

"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sendiri menafikan bahawa adanya arahan tersebut dan saya sendiri tidak tahu-menahu mengenainya," katanya, yang gembira dengan permohonan maaf Ng dan sikap terbuka dua NGO Melayu yang sebulat suara menerima permohonan maaf tersebut.

Tiada ulasan: