Rabu, 12 Januari 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Nurul Izzah :Berdebat Petanda Sihatnya Sesebuah Negara

Posted: 12 Jan 2011 08:21 AM PST



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoO1999kO_nQKX0OjozLvnMYAR8NTtC1uuK4xgO0h1ZDQKqbfXGc4FAKCqtg_2B89g5dJQhW-agIsiT-tRvzhflBibwutlRblabI7ipj_n-a42VVbMzLIP1FAfG_P1QNqUXw2-iuO-D9c/s400/NurulIzzah4.jpg 
Keupayaan dan kemampuan untuk berdebat adalah petanda sihatnya sesebuah kerajaan, pimpinan, mahupun demokrasi itu sendiri. Kayu ukur keyakinan dan kepercayaan seseorang pemimpin terhadap dasar-dasar yang diangkat terletak pada kesanggupan pemimpin itu menyokong, mempertahan, dan berhujah di khalayak umum.

Ini cukup benar di Malaysia di mana kebebasan media dan ketelusan (transparency) amatlah kurang, malahan pihak Kerajaan sendiri kelihatan seakan enggan mendebatkan isu-isu tertentu di Parlimen pun.


Maka bila diambil kira kenyataan YAB Dato' Sri Najib Razak bahawa tidak perlu bagi rakyat mengamati perbincangan dasar-dasar BN dan PR, ia memperlihatkan keangkuhan dan rasa tinggi diri pihak BN terhadap rakyat yang berhak mendengar hujah dari kedua belah pihak. Rakyat berhak mendapatkan fakta. Oleh itu, langkah terbaik buat YAB Perdana Menteri adalah untuk menerima tawaran berdebat isu ini yang amat penting buat negara kita yang tercinta. Ianya masih belum terlambat.

Nurul Izzah Anwar

Tiada ulasan: