Isnin, 31 Januari 2011

.

.


Ulasan Peristiwa

Posted: 30 Jan 2011 06:04 PM PST

Prolog Pasca Sebuah Pilihan Raya
Keputusan muktamad pilihan raya kecil tenang
BN 6699, Pas 2992. Majoriti 3707
PEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau berundur tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.

Saya selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang menghayungkan pedang ke leher musuh.

Belum tentu kita seorang manusia, (muslim) kalau kita mati dalam kuasa berada ditangan. Kuasa kadang kala menjadikan kita alpa, menjadi kita riak ataupun menjadikan kita munafik. Bayangkan kalau kita mati dalam keadaan itu maka hilang fitrah kerinduan kita untuk menjadi insan mutaqim lialamin.

Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya beberapa hari di rumah untuk menyembui letih, kemudian mengumpul kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang di Melaka.

Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.

BN menyedari kenapa mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan yang lain.

Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwah muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal adalah di dalam pilihan raya umum.

Kepada cikgu Mala, mekarlah kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangankan dan kuatkan semangat. Kekal kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa depan.

Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk melalui ujian sebenar.

Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya. Ingat ada sudah melwati dua pengalaman sebagai pengarah.

Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa! [wm.kl.10:00 am 31/01/11]

Perkembangan Tenang

Posted: 30 Jan 2011 01:04 AM PST

Pilihan Raya Banjir Di Tenang

6: 40 pm: Ternyata banjir telah mengubahkan sedikit senario pilihan raya terutamanya kepada pihak Pakatan Rakyat. Nampaknya sasaran awalnya untuk mengurangkan majoriti diperoelehi oleh UBN dalam pilihan raya lalu sebanyak 2,492 meleset. Begitu juga sasaran UBN untuk meraih lebih 5,000 majoriti juga gagal.

Beberapa keputusan awal memberi petunjuk UBN mungkin akan memperolehi majoriti lebih 3,500 undi, kemenangan selesa juga buat UBN. Tahniah!

[kemaskini]
6:02 pm - Menurut timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar peratus keluar mengundi sebanyak 71.8% Perubahan jumlah ini akan turut menganjakkan majoriti dimenangi UBN. Perubahan itu tidak banyak berubah rasanya. Semua peti undi kini sudah sampai dipusat penjumlah di Dewan Serbaguna Labis. Pukul 7:00 malam keputuan rasmi mungkin sudah diperolehi.

Kesemua 12 pusat pengundi di Tenang sudah pun ditutup. Pilihan raya Tenang yang mula dijangka akan mencatat pilihan raya terbaik dengan sasaran 80% pengundian oleh SPR sebaliknya bertukar menjadi sebaliknya. Inilah dikatakan ketentuan Tuhan mengatasi segala tadbir manusia.

Peratus keluar mengundi tidak sampai 70%. Kadar mengundi rendah memberi petanda buruk kepada pihak pembangkang. Beberapa kawasan terputus menyebabkan pengundi tidak boleh keluar.

Keadaan ini ditambah lagi dengan bantuan kepada pengundi yang disedikan oleh agensi tertentu tidak adil. Mudah difahami pengundi Pas tidak dibawa ke pusat pengundian sedangkan Pas pula tidak mempunyai kelengkapan yang banyak. Agensi penyelamat sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada pengundi UBN.

Suasan alam di Tenang hari ini berpihak kepada UBN.

Ini bukan alasan untuk menghalalkan kekalahan Pas. Keadaan ini, banjir juga menyebabkan sasaran UBN hendak campai 3,000 hingga 5,000 majoriti mungkin tidak tercapai.

Dengan kadar hanya 67% keluar mengundi ini bermakna sebanyak 9,800 orang pengundi saja yang keluar. Dari angka ini dapat dikira UBN akan meraih sekitar 5,000 manakala Pas pula paling tinggi 3,500. Dijangkakan majoriti bakal diperolehi UBN sekitar 1,500.

Jika ini berlaku sasaran Pas untuk mengurangkan majoriti diraih UBN dalam pilihan raya kira-kira 2,400 berjaya.

Ini rumusan awal berdasarkan jumlah pengundian yang belum diumumkan secara rasmi SPR. Angka berkenaan akan berubah sekiranya peratus pengundian melebihi 70%.

Kemalangan yang menimpa pilihan raya berkenaan, dibajiri, maka bolehlah disifatkan pilihan raya kecil Tenang itu adalah pilihan raya banjir.[*** 5:10 pm 30/01/11]

Tenang Waktu Malam

Posted: 29 Jan 2011 01:34 PM PST

Reja-Reja Semalam

MENJELANG pukul 12:00 malam tadi saya sempat tinjau dan singgah di beberapa kawasan dalam pilihan raya Tenang. Di beberapa tempat masih lagi berjalan kempen hingga ke saat akhir. Pakatan Rakyat nampaknya lebih aktif malam tadi berbanding dengan UBN. Jentera gempur UBN ala Pemuda Tahan lasak 1960-an pula hanya membuat kerja-kerja akhir pemasangan banner gergasi menjelang esok dan menganggangu kempen Pakatan.

Satu kejadian di depan mata di Felda Tenang menunjukkan gelagak gila pemuda Umno. Kejadian ini kontras dengan negeri Johor dikuasi Umno yang dianggap moden. [Saya akan catat kejadian ini di dalam Siasah]

Ceramah Pakatan anjuran DAP di Labis station malam tadi memberi petanda jelas bahawa orang Cina menyokong Pas. Berdasarkan hakikat yang berlaku di situ kemungkinan Pas akan dapat meraih undi cina sampai ke 68%. Kalau momentum ini kekal Parlimen Labis dalam pilihan raya umum akan datang membolehkan calon BN akan kelemasan.

Bayangkan di ceramah BN yang jaraknya tidak sampai 2 km, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang. Ceramah ini juga ditutup awal. Berlainan ceramah Pakatan (DAP) penuh sesak. Orang ramai berdiri di kiri dan kanan jalan tanpa menghiraukan hujan. Ceramah Pakatan ini tutup sebaik menjelang 12:00 malam.

Di Kampung Air Panas BN mengadakan konsert dengan mengundang penyanyi M Nasir dan penceramahnya Ahmad Zahid Hamidi. Ia diadakan dalam dewan sekolah Cina. Kehadiranya juga mengecewakan. Konsert yang patut dihentikan jam 12:00 tengah malam dihentikan jam 10:30 malam.

Menyimpul ringkas apa yang berlaku menjelang tengah malam semalam, Pakatan tidak berputus asa dan menggerakkan kempen sampai ke saat akhir. Berlainan dengan UBN yang sudah memperlahankan rentak kerana sudah yakin memang. Demikian pun begitu keputusan seperti mana yang diramalkan tidak banyak berubah.

Bersama ini juga disertkan gambar reja-reja malam tadi untuk kenangan bersama. [wm.kl.6:00 am 30/01/11]

Tiada ulasan: