Ahad, 30 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Malam Tadi Di Tenang

Posted: 29 Jan 2011 11:41 PM PST

Reja-Reja Semalam - MSO

MENJELANG pukul 12:00 malam tadi saya sempat tinjau dan singgah di beberapa kawasan dalam pilihan raya Tenang. Di beberapa tempat masih lagi berjalan kempen hingga ke saat akhir. Pakatan Rakyat nampaknya lebih aktif malam tadi berbanding dengan UBN. Jentera gempur UBN ala Pemuda Tahan lasak 1960-an pula hanya membuat kerja-kerja akhir pemasangan banner gergasi menjelang esok dan menganggangu kempen Pakatan.

Satu kejadian di depan mata di Felda Tenang menunjukkan gelagak gila pemuda Umno. Kejadian ini kontras dengan negeri Johor dikuasi Umno yang dianggap moden. [Saya akan catat kejadian ini di dalam Siasah]

Ceramah Pakatan anjuran DAP di Labis station malam tadi memberi petanda jelas bahawa orang Cina menyokong Pas. Berdasarkan hakikat yang berlaku di situ kemungkinan Pas akan dapat meraih undi cina sampai ke 68%. Kalau momentum ini kekal Parlimen Labis dalam pilihan raya umum akan datang membolehkan calon BN akan kelemasan.


Bayangkan di ceramah BN yang jaraknya tidak sampai 2 km, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang. Ceramah ini juga ditutup awal. Berlainan ceramah Pakatan (DAP) penuh sesak. Orang ramai berdiri di kiri dan kanan jalan tanpa menghiraukan hujan. Ceramah Pakatan ini tutup sebaik menjelang 12:00 malam.

Di Kampung Air Panas BN mengadakan konsert dengan mengundang penyanyi M Nasir dan penceramahnya Ahmad Zahid Hamidi. Ia diadakan dalam dewan sekolah Cina. Kehadiranya juga mengecewakan. Konsert yang patut dihentikan jam 12:00 tengah malam dihentikan jam 10:30 malam.

Menyimpul ringkas apa yang berlaku menjelang tengah malam semalam, Pakatan tidak berputus asa dan menggerakkan kempen sampai ke saat akhir. Berlainan dengan UBN yang sudah memperlahankan rentak kerana sudah yakin memang. Demikian pun begitu keputusan seperti mana yang diramalkan tidak banyak berubah.

Bersama ini juga disertkan gambar reja-reja malam tadi untuk kenangan bersama. [wm.kl.6:00 am 30/01/11]

PRK Tenang - Bukti Pembelian Undi

Posted: 29 Jan 2011 11:27 PM PST


DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

Menurut Teo Chin Liang iaitu bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching, dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee, pergi ke dewan sekolah tersebut apabila mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.


Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ,lapor Malaysiakini.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

Melihatkan foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi.

Mereka kemudiannya jadi takut lalu beredar dari tempat tersebut.

Bagaimanapun, setelah mereka pergi, kelihatan beberapa orang masih datang ke dewan sekolah berkenaan.

Teo kemudiannya menemui mereka dan diberitahu, mereka datang setelah diminta oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukanlah pusat mengundi.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima. - tvs

PRK Tenang - 9,020 Orang Telah Keluar Mengundi

Posted: 29 Jan 2011 11:13 PM PST

Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

Peratusan yang telah keluar mengundi

1. Bdr labis tgh - 28.6%
2. Bdr labis tmr - 30.8%
3. Chemplak - 55.9%
4. Chemplak brt - 63.7%
5. Felda tng - 59.4%
6. Kg.redong - 67.3%
7. Labis - 31.0%
8. Ldg bkt dato - 57.3%
9. Ldg labis utara - 38.4%
10. Pkn ayer pns - 56.5%
11. Sawah bahru - 72.0%
12. Tenang stion - 38.3%

PRK Tenang - Hujan Terus Mencurah-Curah

Posted: 29 Jan 2011 10:39 PM PST


2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm: Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

PRK Tenang - SPR Kata 48.93% Sudah Keluar Mengundi

Posted: 29 Jan 2011 08:57 PM PST


12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Tenang Mula Dinaiki Banjir

Posted: 29 Jan 2011 08:21 PM PST



Pekan Ayer Panas - 4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.

Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air. Ramai pengundi tidak lepas berjalan ke pusat mengundi.

Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.

Terkini Proses Pengundian Dun Tenang

Posted: 29 Jan 2011 08:07 PM PST


11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.

"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

Normala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".

Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.

Terkini Proses Pengundian Dun Tenang

Posted: 29 Jan 2011 07:52 PM PST


Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. - Harakahdaily.

Terkini Dari Tenang

Posted: 29 Jan 2011 06:32 PM PST


Cikgu Mala tiba di SK LKTP Tenang. Lalu lintas ke pusat mengundi sedikit sesak dan hujan semakin lebat.

PRK Tenang - Langsung Proses Pengundian

Posted: 29 Jan 2011 05:09 PM PST

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka

PRK Tenang - Peratus Undi Pengukur Mutlak Siapa Pemenang

Posted: 29 Jan 2011 04:02 PM PST

HARI ini pemilih kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor keluar mengundi bagi memilih wakil baru.

Ia membabitkan pertandingan dua hala antara penyandang Barisan Nasional dan Pas. Calon BN adalah bekas pegawai tadbir Mohd Azahar Ibrahim dari parti Umno manakala Pas diwakili oleh bekas guru Normala Sudirman. Pas turut mewakili DAP dan PKR.

Tenang adalah kawasan campuran kaum di mana tidak ada satu bangsa pun mempunyai majoriti mutlak. Daripada 14,753 pemilih berdaftar, 47.54 peratus Melayu, 39.08 peratus Cina dan 12.07 peratus India. Bilangan pemilih bertambah 42 sejak PRU lalu.


Ramalan dan unjuran memihak kepada BN. Ada yang begitu yakin bahawa bukan sahaja BN akan mengekalkan kerusi itu malah menambah majoriti kepada 5,000 undi. Manakala yang lain pula mengatakan majoriti BN akan bertambah 700 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, daripada undi sah sebanyak 10,242 calon BN Allahyarham Sulaiman Taha memperoleh 6,367 undi (62.16 peratus) dan Mohd Saim Siran memperoleh 3,875 undi (37.83 peratus).

Ini memberikan Sulaiman 2,492 kelebihan undi atau 24.33 peratus undi popular. Kalau hari ini jurang itu meluas, maka tandanya BN lebih popular daripada pada PRU 2008, tetapi jika di sebaliknya, ia bererti sokongan mutlak terhadap BN merosot.

Dalam PRU 2008, wujud unsur protes apabila 413 undi didapati rosak dan 14 kertas undi tidak dipulangkan manakala bilangan yang keluar mengundi 73.52 peratus.

BN tentu mahu mempertahankan kerusi itu dan menambah peratusan undi yang diperolehnya bagi menunjukkan ia lebih kuat sekarang berbanding PRU 2008.

Pas/PR pula tentulah bercita-cita melakukan kejutan dengan mengalahkan BN di negeri tunggal di mana Umno/BN masih berupa "king of the castle".

Bagi Pas/PR, kalau tidak menang pun, memperoleh peratusan undi yang lebih tinggi berbanding PRU 2008 sudah cukup bagus.

PRU demi PRU, sedikit demi sedikit Pas mula merobohkan benteng agung Umno itu. Pada PRU lalu, Pas berjaya merampas dua kerusi DUN iaitu Sungai Abong dan Maharani manakala rakan kongsinya DAP merampas Bentayan (dalam "Empayar Melayu Muar"), Mengkibol, Senai dan Skudai.

Jadi, apa yang perlu diperhatikan bukan siapa menang dan siapa kalah kerana mengalahkan BN masih sukar di Johor, tetapi peratusan undi yang didapati oleh kedua-dua calon.

A KADIR JASIN

PRK Tenang - Misi Mustahil Yang Tak Mustahil

Posted: 29 Jan 2011 04:58 AM PST

Walaupun ramai yakin Barisan Nasional (BN) dengan keseluruhan jenteranya hampir pasti mempertahankan kerusi DUN Tenang esok, namun PAS masih optimis akan berlaku "keajaiban" yang akan memihak kepada calon mereka Normala Sudirman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Kempen berakhir tengah malam ini. Pengundian bermula 8 pagi esok.
Beliau juga mengakui menghadapi masalah untuk mendekati pengundi Melayu terutama di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN.

"Kita dah bergerak ke tahap paling maksimum, kita dah kerahkan kekuatan untuk pastikan segala maklumat dapat disalurkan seperti yang diharapkan.
"Saya akui kita menghadapi saingan yang hebat di kawasan peti-peti undi Melayu tapi kita akan terus ke garisan penamat.


"Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dengan menyasarkan hanya 75 peratus pemilih yang akan keluar mengundi esok, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pakatan Rakyat berharap pengundi Melayu akan memihak kepada Normala.
Kerusi DUN Tenang menjadi saingan Normala dan calon Umno-BN Mohd Azhar Ibrahim.

"Kita hanya sasarkan lima hingga tujuh peratus undi Melayu termasuk kawasan Felda. Kita realistik, dulu pada 2008 kita dapat 28 peratus undi Melayu dan sekarang kita sasarkan antara 35 peratus hingga 40 peratus sahaja.

"Bagi pengundi Cina, kita sasarkan antara 75 peratus hingga 80 peratus akan memihak kepada kita manakala pengundi India hanya 50 peratus sahaja.

"Kita boleh menang walaupun majoriti kecil, kita harap akan berlaku sentuhan dan keajaiban esok," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, dengan kempen yang dilakukan Pakatan Rakyat, tidak mustahil sekiranya Normala akan memenangi pilihan raya kecil kawasan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.

TheMalaysiaInsider

Tenang Makin Panas Dan Berapi

Posted: 29 Jan 2011 02:24 AM PST

PRK TENANG - PANAS BERAPI : Kerajaan kencing Makkal Sakti, kencing orang India !

Mengejutkan. UMNO BN semakin tertekan. Blogger-blogger haprak mereka semakin meroyan. Hampir 2 jam lebih aku habiskan masa pagi tadi. Yang habis, masa.., tetapi maklumat yang diperolehi tetap tidak akan ditelan masa. Habis BN kali ini, MIC, dah lama habisss..sampai mantan Presidennya pun dah diterajangkan ke India.

Kejutan itu sudah mula dilihat ketika hari penamaan calon lagi. Ramai yang menyedari, namun ramai juga yang tidak peduli. Siapa yang tidak kenal akan 'Makkal Sakti'. Laungan keramatnya suatu masa dahulu yang aggresif menyebabkan UMNO BN dan Najib jadi ketakutan.

Dan pertemuan bersama Presiden Parti Makkal Sakti, En. Kannan Ramasamy beserta Timb. Presidennya di Pekan Labis lewat pagi ini telah merungkai banyak perkara yang sebelum ini tersembunyi kukuh dibalik bantal tidur Najib. Dan kisah yang bakal ter'letop' itu kita simpan sebentar bagi memberi laluan kepada isu besar yang sama disembunyikan oleh pihak BN khususnya MIC didalam siri-siri kempen yang bukan kempen (baca: ugut dan bawa) pengundi-pengundi India di DUN Tenang terutamanya dari kawasan estet.


En. Kannan Ramsamy akan mendedahkan:
1. Mengapa Makkal Sakti kembali menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
2. Orang India yang dibodohkan oleh kerajaan(MIC)
3. Mengapa Makkal Sakti terpecah kepada dua, tetapi kini kembali bersatu.
4. Sokongan padu orang india kepada Makkal Sakti, MIC bakal terima nasib seperti UMNO.
5. 70 % sokongan pengundi India solid untuk calon PAS di Tenang
6. Kepen Ugut dan Bawa MIC diestet-estet.

Malah beberapa siri pertemuan juga telah dipersetujui dibuat pada pagi dan petang ini. Tunggu pendedahan eksklusif ini di blog Cina Islam dan di albanjari Online terus dari N.05 DUN Tenang, Labis.

(*) "Cukup-cukuplah nak menipu dan beri 'gula-gula' untuk kami makan selama 53 tahun diestet-estet, gula-gula yang kami makan selama ini akan menjadi racun buat BN di PRK ini.

Klip temubual eksklusif bersama Presiden Makkal Sakti akan diterbitkan hari ini juga bersama pendedahan panas berapi. MIC semakin tenggelam dan semakin hanyut bersama BN akibat gelombang perubahan massa di estet-estet, Bagan Pinang merupakan episod derita buat orang india, dan Tenang tidak akan mengulangi kisah yang sama.

albanjari

Tiada ulasan: