Jumaat, 28 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRK Tenang - Samseng Umno Buat Kecoh Lagi

Posted: 28 Jan 2011 12:34 AM PST



Dengar dan lihat ucapan ringkas Saudara Shamsul

Semalam di Cemplak' terpaksa pindah lokasi

Felda Cemplak, LABIS

Setelah membuat kecoh pada malam kelmarin sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berceramah di Felda Cemlak, petang Khamis, 27 Januari, 'Samseng Umno' membuat kecoh lagi.

Kali ini mereka membantah program 'Semalam di Cemplak, satu program malam kesenian Islam yang dianjurkan bersama oleh jentera PAS Terengganu bersama ANAK.


Ketegangan secara berdepan yang bermula kira-kira jam 5.30 petang, apabila seoImbang Penuhrang lelaki yang difahamkan selaku Pengerusi Belia Felda berkenaan memberitahu para petugas PAS dan ANAK supaya tidak mengadakan program di padang bola tersebut.

Kebetulan, sebuah bangunan yang didakwanya sebagai pusat belia terletak berhampiran pentas dimana para petugas sedang membuat persiapan program.

Selain 'pengerusi belia' itu, seorang lelaki yang dimaklumkan sebagai 'ahli Rela' telah bertindak memberi amaran.

Para petugas PAS dan ANAK berkeras akan meneruskan program kesenian tersebut kerana ANAK telah mendapat kebenaran 'permit' dari pihak polis.

Atas campurtangan 'pihak atasan' sekumpulan polis telah datang ke lokasi kira-kira jam 6.30 petang.

Atas alasan, BN telah membuat persiapan untuk suatu program yang akan dihadiri oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, polis telah meminta ANAK berpindah ke lokasi lain.

Timbalan Presiden ANAK saudara Shamsul dalam menghadapi tekanan pihak keselamatan tersebut mengambil langkah berundur setapak dan berjanji bekerjasama untuk memindahkan program ke suatu lokasi lain.BO

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Nie Kena Ambil Permit Jugak Ke??

Posted: 28 Jan 2011 12:25 AM PST


Perlu permit kibar bendera parti pada kenderaan


LABIS - Polis memaklumkan tindakan mengibarkan bendera parti pada kenderaan menyalahi
undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Abdul Majid Mohd Ali berkata, parti politik perlu mendapat permit terlebih dahulu untuk berkempen.

Beliau mengingatkan pengguna supaya berhenti melakukan perbuatan itu sebelum dikena tindakan.
Selain itu katanya, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi Ahad ini.

Individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan jika didapati menggugat ketenteraman awam.- Bernama

PRK Tenang - Serang Suami Satu Tindakan Terdesak Umno/BN

Posted: 27 Jan 2011 11:40 PM PST

LABIS - Tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS, Normala Sudirman dengan menjadikan 'cuti sakit' sebagai bahan kempen PRK Tenang disifatkan sebagai satu "serangan terdesak" untuk meraih sokongan pengundi.

Menurut Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli serangan peribadi itu merupakan serangan terbaru selepas gagal meremehkan kredibiliti Normala dalam isu bersalam.

Beliau berkata, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai "modal" dalam kempen PRK kali ini.

"Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).


"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

"MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk," kata beliau.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Laporan tersebut mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Kenyataan Media Ummi Hafilda

Posted: 27 Jan 2011 09:37 AM PST

Cikgu Mala Berkempen Bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 27 Jan 2011 08:59 AM PST






























PRK Tenang - Cikgu Mala Di Mata Pengundi Tenang

Posted: 27 Jan 2011 06:08 AM PST

Pagi Sabtu lalu, di tengah gelombang puluhan ribu orang yang berkumpul di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis Johor, seorang muslimat berumur pertengahan 60-an, memerhatikan calon PAS – Normala Sudirman - yang lalu di depannya bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Muslimat itu kelihatan sangat gembira dan terharu memandang Normala. Air matanya mengalir dan mengesat dengan tudung labuhnya.

Saya bertanya kepada muslimat itu, mengapa beliau menangais. Wanita itu menjawab segera:

"Saya sangat gembira dengan calon PAS ini. Dia masih muda, kuat semangat, sanggup berkorban. Bertuah sungguh ibu yang melahirkannya."


Muslimat itu tidak dapat bersalam dengan Normala atau Cikgu Normala kerana orang begitu ramai, tetapi, katanya, dia puas hati dapat melihat Normala dari dekat dan mengucapkan shukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pimpinan PAS kerana memilih calon, yang sangat baik.

Rakan sebelahnya yang kelihatan lebih muda sedikit membertitahu saya bahawa "Kami bangga dengan Normala dan memang tepat memilihnya menjadi calon. Ini calon yang tepat."

Beberapa orang wanita China yang duduk berteduh di bawah sebuah pohon besar menyaksikan perarakan calon itu turut memuji calon PAS itu. melalui isyarat tangan mereka.

"Itu Cikgu Normala calon yang bagus," kata salah seorang dari mereka.

Di tengah gegak gempita penamaan calon itu, turut sama beberapa pemimpin DAP dari Sabah dan Sarawak. "Kami datang untuk sama-sama membantu calon PAS," kata salah seorang dari mereka kepada saya.

Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dari DAP memberitahu saya: "Saya puji calon PAS ini, rugilah pengundi Tenang kalau menolaknya."

Hampir semua yang saya temui, dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun yang mengaku tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, memuji calon PAS ini. Malah seorang wartawan senior akhbar berbahasa Inggeris yang saya kenali turut memuji calon PAS ini.

"Dari ucapannya yang saya dengar dia menguasai perkembangan pilitik dengan baik, kata-katanya tersusun, ada wawasan politk yang jelas dan dia memahami suasana politik tempatan dan nasional."

Pemimpin dan penykong DAP serta PKR turut memuji PAS kerana memilih Cikgu Normala sebagai calon di Tenang. Seorang YB DAP berkata, dia gembira wanita PAS memiliki tokoh terbaik seperti Normala.

Perlu disebutkan di sini bahawa walaupun Normala sibuk dengan politik, tetapi dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anaknya tiga orang itu, bahka anak sulungnya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Bagi penganalisis politik pula, PAS/Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dengan memilih Cikgu Normala dan kelebihan ini tentunya menjadikan pertarungan di Dun Tenang ini begitu sengit sekali di mana pencalonan Normala memberikan impak suckup besar kepada pengundi.

Menurut penganbalisis itu lagi, dengan kekuatan peribadi Normala ini dan parti PAS/Pakatan Rakyat yang diwakilinya, sangat wajar pengundi Tenang memilihnya.

Normala sudahpun bertemu dengan sekian ramai orang – peniaga Cina di bandar Labis, orang kampung, pemandu teksi dan bas, peniaga kecil, peneroka Felda dan sebagai.

Kini sudah semakin ramai berpendapat bahawa generasi baru Felda berbeza dengan sikap politik mereka dengan generasi lama Felda. Generasi baru ini lebih terbuka dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Malah di kalangan anak peneroka Felda sendiri sudah memiliki facebook, mengukiti twitter, blog dan sebagainya. Ertinya bukan lagi sekedar mendapat maklumat dari akhbar harian biasa dan TV yang menyajikan maklumat terpilih, justru media lama ini adalah milik Umno/BN.

Oleh itu, suasana berbeza dan tidak boleh lagi menyangka bahawa komuniti Felda tertutup. Sebab itu, walaupun kawasan Felda di Tenang diselimuti bendera, poster dan kain rentang Umno/BN, tetapi peluang PAS bertemu dan berkomunikasi dengan komuniti Felda masih tetap ada.

Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dan Cikgu Normala sendiri sudah menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh musuh politik PAS sejelas-jelasnya, seperti isu hudud, negara Islam, isu wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dan sebagainya. Semua yang dibangkitkan oleh MCA ini, menurut pemimpin PAS menunjukkan kekagalan Umno untuk menerangkan Islam sebenarnya kepada mereka.

"Yang mereka bangkitkan bukan lagi isu," kata seorang pemimpin PAS dan rakyat sudah ramai yang faham.

Menurut beliau, isu yang mendominasi rakyat sekarang dan begitu penting sekali ialah mengenai harga barang yang naik berterusan, isu perkauman, isu rasuah dan nepotisme, isu penyelewengan dan ketirisan, isu keruntuhgan moral dengan pelbagai skandel, isu jenayah yang berleluasa, isu penagihan dadah oleh remaja Melayu dan pelbagai masalah lagi.

Kenaikan harga barang ini – terutama minyak dan gas - sangat memedihkan rakyat di mana peneroka Felda juga amat terkesan dengan kenaikannya, walaupun mereka tidak banyak bersuara.

Tidak syak lagi, pilihan raya kecil Dun Tenang ini bersekala besar. PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38, BN pula menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38. Hari mengundi 30 Januari ini.

Sementara itu, Normala berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak. 

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan keperayaan ini akan diberikan kepada saya dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan terbaik," katanya. 

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan. Umpamanya masalah jenayah, pendidikan, sosial, ekonomi, keadaan bandar Labis serta masalah peniaga di sana.

Katanya, banyak masalah rakyat Labis yang akan dikemukakankannya kepada kereajaan Johor jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah memberikan saya keberanian untuk membuat suatu perubahan kerana saya telah mengiltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik. Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya tegas.

PRK Tenang - Debat Terbuka Cikgu Mala Dengan Azhar Ibrahim

Posted: 27 Jan 2011 06:04 AM PST

Blogger tawar diri anjur debat antara calon Tenang

Sebuah kumpulan blogger bebas hari ini menawarkan diri untuk menganjurkan satu majlis perdebatan antara kedua-dua bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman (PAS).

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kumpulan Blogger-blogger Independent' (Kubid) itu menyarankan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua calon bagi membincang dan menjelaskan isu-isu yang berbangkit dan berkaitan dengan kawasan tersebut.

Wakil Kubid, Sariffuddin Abdullah berkata penganjuran sesi debat itu bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.


"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpengetahuan, 'knowledge political' subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara di mana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemantauan Kubid sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

"Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding. Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" soal beliau.

Pada sidang media itu, Shariffuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presiden parti PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Katanya, Kubid bercadang mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon. - Bernama

Kesian Ummi Hafilda.. Difitnah..

Posted: 27 Jan 2011 05:42 AM PST

Anwar, jangan anggap saya 'nyamuk': Ummi


KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai 'nyamuk'.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

"Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

"Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.


"Apabila kembalinya 'nyamuk' ini, mungkin 'nyamuk' ini mungkin akan membawa kepada 'kematiannya' dari segi karier politik," katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.

Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai 'Raja Komando' terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan 'Raja Komando' yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

"Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

"Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor," katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yangakan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang 'mencurigakan'.

"Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagu tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

"Saya menncabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka," katanya.

Sumpah laknat

"Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?," katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

"Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

"Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata "Ummi, I am sorry" sudah cukup.

"Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya," katanya.

Ummi, penulis surat "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

"Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara," katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

"Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: