Sabtu, 22 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRK Tenang - Felda Bukan Lagi Talian Hayat Umno

Posted: 22 Jan 2011 12:25 AM PST


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Felda bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat di tanah rancangan itu sudah mula berubah.

Sehubungan itu, ketika ditemui sementara menunggu pengumuman calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK ini berdasarkan kepada beberapa faktor.


Ianya, kata beliau termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda di samping warga peneroka yang sudah berubah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, selain itu calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor turut menjadi faktor kemenangan berpihak kepada PAS pada PRK Tenang.

"Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini," ujarnya.

Pada PRU 2008, PAS memenangi kerusi Dun Sungai Abong dalam kawasan Parlimen Bakri melalui Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dun Maharani di Parlimen Muar menerusi Dr Mohammad Taslim.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bagi membantu kempen calon PAS.

Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat..

Posted: 22 Jan 2011 12:13 AM PST

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

"Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.


"Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan," katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Awas Polis ! DUN Selangor Akan Diceroboh Orang Gila

Posted: 21 Jan 2011 07:44 PM PST

BADRUL AKAN HADIR SIDANG DUN ISNIN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) bertegas akan tetap menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini. "Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam, sehingga kini saya masih lagi ADUN yang sah jadi saya tetap akan hadir. ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain juga akan bersama-sama saya menghadiri sidang itu nanti," ujarnya.

Menurutnya, apa yang terjadi ini adalah satu konspirasi PKR untuk mendapat 2/3 bagi membolehkan mereka memenuhi nafsu sarakah mereka untuk berkuasa sepenuhnya walaupun pada hakikatnya mereka tidak akan mampu memperolehi majoriti tersebut.


"ADUN dalam Selangor seramai 56 orang. ADUN BN 20 dan bebas seorang. Tapi kalau ikut, Bebas dah takde sebab saya telah menyertai UMNO. Mereka hanya seramai 35 orang. Masih kurang dua sokongan.

"Saya tidak fikir ada ADUN dari BN akan bersetuju dengan mereka. Jadi mana mereka nak dapat 2/3. Jadi, mereka hanya nak meminimumkan kerusi lawan sahaja.

"Saya dan ADUN BN yang lain akan memastikan PKR tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Apapun yang terjadi, saya akan mempertahankan jawatan saya. Malah saya akan membawa perkara ini ke mahkamah," ujarnya kepada UMNO-Online.

Badrul akan menfailkan injuksi bagi mempertahankan kerusi itu setelah beliau menerima notis pengosongan secara rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"Sekiranya saya telah menerima notis, saya tidak akan teragak-agak untuk menfailkan injuksi," ujarnya.

Kelmarin, Chang Kom mengistiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan Badrul menghadiri sidang Dewan salama enam bulan tanpa alasan yang munasabah. Keputusan itu berkuatkuaa 16 Januari lalu.

Walau bagaimanapun Badrul menolak alasan yang diberikan Chang Kim dan mengisytiharkan dirinya masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

KL-Today

Terkini 11.30 Di Tenang

Posted: 21 Jan 2011 07:37 PM PST


11.22 am: RASMI: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan Normala Sudirman, 38, dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Sebanyak tiga bantahan dikemukakan kepada SPR tetapi semuanya ditolak.

Tenang: Hanya BN, PAS serah kertas pencalonan

Posted: 21 Jan 2011 07:04 PM PST

Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang.

NONESetakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.


Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

LAPORAN LANGSUNG

11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.

Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.

11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.

10.45 pagi: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui Malaysiakini enggan mengulas mengenai persiapan BN menjelang pilihan raya kecil Merlimau.

Beliau hanya tersenyum, ketika keluar bertemu dengan penyokong BN dan disambut dengan laungan "Hidup Datuk Ali".

10 pagi: Penamaan calon ditutup.

Pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.

Tempoh bantahan adalah antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.

9.55 pagi: Tiga orang penyokong PKR sesat masuk ke kawasan penyokong BN dan disorak, " "Hidup BN" sambil mengibarkan bendera BN.

Polis bertindak pantas, melepaskan mereka dan mengiriingi mereka ke kawasan penyokong Pakatan.

9.45 pagi: Puteri dan Wanita Umno, membalas nyanyian Pakatan Rakyat dengan menyanyikan lagu "Geylang si paku, geylang".

Lirik ditukar "Pulang, marilah pulang, marilah pulang, masuk barisan".

9.43 pagi: Di sebalik amaran oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran supaya tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil, suami Normala, Makrof Abd Mutalib, seorang guru tetap mengiringi isterinya.

Dengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan berketayap putih, beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya," kata Markof sambil tersenyum.

"Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya."

Katanya, Normala bangun pada jam 5.30 pagi ini dan bersarapan dengan keluarga, termasuk ibu bapanya dan tiga anak mereka.

"Kita makan nasi lemak, seperti biasa. Kami juga mohon restu daripada ibu bapa sebelum meninggalkan rumah."

9.35 pagi: Satu lagi kekecohan hampir tercetus antara penyokong Pakatan dan polis apabila pihak berkuasa bertindak mengelaurkan bateri daripada pembesar suara yang digunakan mereka.

Polis juga memberi amaran untuk menahan mereka jika tidak mematuhi arahan larangan penggunaan alat pembesar suara itu dan mereka akhirnya akur.

Meskipun bahang matahari mula memancar, penyokong mula menyanyikan lahi tahun baru Cina untuk memeriahkan lagi suasana.

Ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menganggarkan tidak kurang 8,000 penyokong Bn hadir manakala penyokong Pakatan Rakyat pula dikatakan berjumlah lebih 5,000.

9.30 pagi: Polis mereampas empat batang buluh yang digunakan oleh penyokong BN bagi mengantung bendera IPF, sebuah parti yang mesra dengan BN. Menurut anggota polis, buluh dan kayu adalah bahan larangan bagi mengelakkan ia digunakan sebagai senjata jika berlaku pergaduhan.

9.23 pagi: Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.

9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".

9.15 pagi: Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

Menurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik," kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.

9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui "Inilah Barisan Kita".

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.

9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.

Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi: Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.

8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

8.42 pagi: Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.

8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.

Normala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

Jumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi: Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang," katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Langsung Dari Tenang - Proses Penamaan Calon

Posted: 21 Jan 2011 04:35 PM PST



Sumber dari al-banjari dan cina islam

Langsung Dari Dun Tenang - Proses Penamaan Calon

Posted: 21 Jan 2011 04:30 PM PST


Tidak kurang 1,000 penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Tenang.

Setakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan akan mencalonkan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.


Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Si Bodoh Ini Telah Merosakkan Kempen BN Di Tenang

Posted: 21 Jan 2011 05:48 AM PST


" Ini berkaitan soal agama dan 'hukum', dia(pelakon porno) tidak harus mencampurinya, lebih-lebih lagi sekarang.., saya percaya isu ini akan dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat, dan saya tidak setuju dia ber'kempen' cara itu, ini 'menampar' saya " ujar Azhar Ibrahim dengan nada marah apabila ditanya oleh pemberita selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Seterusnya di sini

Cikgu Mala - Wanita berkarisma

Posted: 21 Jan 2011 04:51 AM PST

Dalam satu temuramah wartawan petang semalam di depan Markas Muslimat Negeri Johor, calon PAS iaitu Cikgu Mala ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang isteri dan penglibatan dalam politik.

Cikgu Mala menyatakan bahawa walaupun beliau terlibat dalam politik sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang dan Ketua muslimat PAS Labis, ini tidak membataskan beliau dalam menguruskan rumah tangga sebaik mungkin.


Kerjasama yang diberikan oleh suami dan anak-anak amat membantu beliau menguruskan rumah tangga dan terlibat dalam politik serta sebagai wanita bekerjaya.

Sebagai contoh, seorang anaknya merupakan salah seorang daripada 3 calon UPSR tahun lepas yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

Anak beliau juga menjadi pengawas sekolah, aktif dalam pidato sekolah, dan menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat negeri dan kebangsaan.

Anak beliau akan menerima anugerah pada petang ini di SMKA Segamat.

Ini jelas menunjukkan bahawa beliau bijak menguruskan masa sebagai seorang isteri, wanita bekerjaya dan wanita berpolitik.

Hina Sultan Selangor - Pekasa Wajib Berdemo

Posted: 21 Jan 2011 03:46 AM PST

Beliau seolah – olah merendah – rendahkan tahap pemikiran DYMM Sultan , sehingga menganggap baginda tidak mampu bertindak dengan waras , kerana memperkenankan sidang DUN diadakan bagi tujuan mengembalikan kuasa yang sudah ditarik oleh Mahathir sekitar tahun 1993 lalu.

Adakah baginda tidak boleh bertindak selaras dengan kehendak rakyat terbanyak ?

Adakah baginda perlu mengikut kehendak UMNO di sepanjang zaman , walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan negeri ?

Zulkifli Nordin berusaha untuk memaksa rakyat 1Malaysia mempercayai DYMM Sultan bertindak tidak rasional kerana membenarkan usaha mengembalikan kuasa kepada Istana.


Zulkifli Nordin seolah – olah tidak merestui titah DYMM Sultan dalam isu ini , sehingga tergamak menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan TS Khalid mempergunakan Istana bagi tujuan politik sempit PKR , PAS dan DAP sahaja.

UMNO sudah tentu seronok membaca tulisan terbaru Zulkifli ini , kerana mereka sendiri takut untuk mempertikaikan perkenan DYMM Sultan , khuatir dituduh menderhaka. Mungkin dapat kita bayangkan berapa bayaran yang diterima Zulkifli . lumayan sekali.

Petikan akhbar di bawah ini

Strategi dapatkan majoriti dua pertiga

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang semalam sebagai satu strategi untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga pada Sidang DUN Isnin ini.

Katanya, langkah itu diambil kerana pakatan pembangkang tidak menyangka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memberi perkenan mengadakan sidang tersebut bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 supaya kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri diserahkan semula kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar.

"Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung, mereka juga tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti dua pertiga," katanya dalam entri terbaru blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk 'Kera Dapat Bunga!' hari ini.

Menurutnya, keputusan Sultan Selangor memberi perkenan itu turut menyanggah dakyah mereka sebelum ini kononnya Sultan telah dibonekakan oleh UMNO atau BN.

"Apabila berdepan realiti, lakonan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka bakal tewas tanpa majoriti dua pertiga, maka mereka terpaksa mencari cara bagi memperoleh undi tersebut,'' ujarnya.

Menurutnya, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam DUN Selangor seramai 56 orang dengan ADUN pakatan pembangkang seramai 35 orang, BN 20 orang dan Bebas seorang.

"Pakatan pembangkang memerlukan dua lagi ADUN untuk mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang dalam DUN.
Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan daripada BN, maka strateginya adalah mengurangkan kerusi lawan,'' katanya.

Sebab itu katanya, beliau tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menjadi mangsa pemecatan.

"Ini bermakna majoriti dua pertiga yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi. Sama ada mereka beli mana-mana ADUN BN atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan,'' katanya.


Kerengga

Memalukan.. Satu Lagu PHD Palsu Terdedah

Posted: 21 Jan 2011 03:43 AM PST

Dato' Satim Menggunakan Gelaran Dr Ph.D Palsu ?

EXCO mendesak ketua pembangkan Selangor Dato' Satim Diman agar menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Tuan Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat hari ini sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan menpercambahkan nilai keilmuan.


Dr Yaakob Sapari yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor beranggapan bahawa membeli Ph.D merupakan satu jenayah,merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik .

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pusat menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Dr Yaakob Sapari meragui ijazah sarjana doktor falsafah Dato' Satim Diman yang juga Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Beliau menggesa agar Dato' Satim mengishtiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada ijazah pertama,sarjana sehingga doktor falsafah. Dato' Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang.

YB DR HJ YAAKOB SAPARI
EXCO Pemodenan Pertanian,Pembangunan Sumber Alam dan Luar Bandar

Orang Ini Mabuk.. Minum Todi Banyak Sangat..

Posted: 21 Jan 2011 01:44 AM PST


Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dipercayai akan dikenakan tindakan disiplin kerana keengganannya menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.


NONEDalam jawapan angkuhnya di Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab."

Gobalakrishnan, yang dihubungi pada pelancaran parti baru pimpinan bekas ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim - KITA - mendakwa dia juga tidak dapat memenuhi tarikh akhir 17 Januari itu kerana surat sepanjang 45 mukasurat itu diterimanya pada hari yang sama.

NONEBagaimanapun PKR mendakwa surat berkenaan dihantar ke Gobalakrishnan pada 4 januari lalu melalui pos berdaftar dan tarikh akhir pada 10 Januari kemudiannya dilanjutkan kepada 17 Januari lalu bagi memberinya peluang terus menjawab.

Adalah dipercayai berikutan kegagalannya itu akan menyaksikan Gobalakrishnan diheret ke mesyauarat disiplin PKR kerana membidas parti itu dan pemimpinnya.

NONEBekas naib presiden PKR itu sejak akhir-akhir ini seringkali membidas partinya, khususnya Anwar di Twitter dengan mendakwa PKR mengabaikan masyarakat India.

Bidasannya bermula apabila seorang peguam N Surendran dilantik sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa penggantinya itu kurang pengalaman dan kelayakan bagi mewakili masyarakat India serta tidak fasih berbahasa Tamil.

Beliau juga menyalahkan Anwar kerana penutupan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Percayalah.. Tragedi Hitam Dun Seputeh Pasti Berulang Di Dun Pelabuhan Klang

Posted: 21 Jan 2011 01:04 AM PST

Speaker maklum SPR kerusi Pelabuhan Klang kosong, gesa adakan pilihan raya

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Khim sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sambil menegaskan, wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah bukan lagi Adun kawasan itu.

Justeru, Teng juga menegaskan, Perlembagaan Negeri Selangor menjelaskan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan biasa terletak pada tangan speaker, bukannya pihak SPR.

Oleh itu kata beliau, SPR perlu memanggil pilihan raya kecil – yang ke-16 – dalam tempoh 60 hari.

"Saya sudah pun menghantar notis bersama deklarasi kekosongan kerusi Pelabuhan Klang dalam DUN Selangor, yang dahulunya disandang oleh Yang Bhg En Badrul Hisham Abdullah kepada pejabat SPR," kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Tiada ulasan: