Ahad, 30 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


“Mungkin Ada PRK”

Posted: 30 Jan 2011 08:00 AM PST



SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tetap diadakan berdasarkan faktor pengosongan kerusi itu dibuat menerusi peraturan tetap DUN Selangor.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Zainal Kling berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menerima keputusan tersebut dalam menetapkan tarikh pilihan raya kerana pengosongan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sah.

Bagaimanapun katanya, SPR terlebih dahulu akan meneliti beberapa fakta sebelum berbuat sedemikian.

"Berkemungkinan SPR terpaksa menerima kekosongan tersebut dan menetapkan tarikh berdasarkan apa yang dicadangkan oleh speaker menepati peraturan tetap DUN negeri.

"SPR perlu menetapkan tarikh, tetapi pastinya suruhanjaya itu akan menyiasat terlebih dahulu pengosongan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian SPR akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Klang setelah menetapkan tarikh bagi DUN Melimau sebelum ini.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri.

Chang Khim berkata, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Badrul pula dilaporkan gagal mendapatkan perintah interim dari mahkamah untuk menghalang SPR daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Sinar Harian.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live Coverage: Keputusan PRK Dun Tenang

Posted: 30 Jan 2011 05:39 AM PST

Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:28 AM PST






7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.
calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.


[Berita penuh menyusul]
Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TERGAMAK NAJIB TIPU RAKYAT

Posted: 29 Jan 2011 11:00 PM PST

Najib berkata, "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat.

"Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Cukai GST=RM4.02 setiap bulan

Hoi!... korang perasan tak yang Najib dah main-mainkan korang... Yang dia umum tol tak naik tu untuk orang ulang-alik ke negeri Najib dan Pantai Timur jer!... Berapa ramai pengguna tol yang menggunakan perkhidmatan ke pantai timur berbanding lebuhraya PLUS, LDP, Kesas dan sewaktu dengannya. Apasal Najib tak umum sekali tiada juga kenaikan serta dikecualikan bayaran kepada pengguna jalanraya dari Labis ke Segamat.

Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik.

Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti.

Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro.

Lu orang pikirlah sendiri bagaimana liciknya pentadbiran Najib perdaya korang. Patut pun Najib mampu sogok setiap kali diadakan pilihanraya kecil kerana Najib ada wang tersembunyi. Dia turunkan yang itu tetapi dia naikkan yang ini.

Kah!...3X. Inilah hasil tarbiyah penasihat Apco kepada kerajaan Barang Naik.

payahsungguh

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ahad: Janda Operate Selaput Dara (40SX)

Posted: 29 Jan 2011 05:00 PM PST



Seorang janda muda berjumpa seorang doktor bedah.

Janda : "Doktor, saya ingin dibedah menjadi perawan lagi, kerana pakwe saya ajak berkawin dan katanya dia akan tinggalkan saya sekiranya diketahui saya bukan dara lagi"

Doktor : "Baiklah, saya akan pindahkan selaput gegendang telinga awak menjadi selaput dara"

Maka operatelah sidoktor itu. Selepas operate,

Janda : "Berapa harganya doktor?"

Doktor : "Lima ribu RM"

Janda : Berapa?"

Doktor : "Limaa ribuuu"

Janda : "Berapa doktor….?"

Akhirnya si doktor teringatkan sesuatu. Lalu diselakkannya skirt janda itu dan berteriak di kangkangnya : "Lima ribuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Janda : "ooo lima ribu"


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: