Sabtu, 22 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Modal Lapuk BN

Posted: 22 Jan 2011 04:00 AM PST

BERITA 1

MCA berkempen bermodalkan agama, bangsa

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.



Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.

Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.





Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.

BERITA 2

BN terdesak serang peribadi calon PAS

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.

"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


('Pelakon' porno ini masih diberi tempat di dalam MCA dan BN..sehingga kini, beliau langsung tidak dikenakan apa2 tindakan apatah lagi dikenakan ISA sebagaimana lazim berlaku pada musuh politik Umno...)

Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.

"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya. - HD

ruangbicarapriamalaya


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dun: Umno putar belit tafsir undang-undang?

Posted: 22 Jan 2011 02:00 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Umno disifatkan sengaja memutarbelit tafsiran undang-undang apabila mengatakan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Sebaliknya, speaker Dun negeri sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya dan berhak mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi Dun jika menepati tafsiran undang-undang.

Semalam, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun dalam reaksinya mengatakan Teng tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang. Sebaliknya, yang berhak menentukan kekosongan kerusi itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, Speaker Dun Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan kerusi Dun secara bersurat.

Oleh itu, beliau berpendapat, tindakan Speaker Dun Selangor yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang itu sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Pakar perundangan, Prof A. Aziz Bari dalam ulasannya bagaimanapun berkata, dari segi prinsip undang-undang, speaker sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya.

Sebaliknya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisinya menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihanraya.

"Tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, apabila keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

"Dengan itu, kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor," katanya kepada wartawan.

Dalam hubungan ini, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, yang diisytiharkan hilang kerusinya itu semalam, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng Chang itu sebagai tidak sah.

Menurutnya, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan. Jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dengan keputusan Teng, dia boleh membawanya ke mahkamah.

"Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini. Speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," katanya.

Di Perak, keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan tiga kerusi Adun yang melompat parti, dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah.

Berdasarkan kes mahkamah terhadap Adun Behrang dan dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

"Di Kedah pula, keputusan speaker yang melaksanakan peruntukan perlembagaan terhadap kerusi Dun Kota Seputeh sebagaimana di Selangor semalam, masih tergantung.

"Tema pokok dalam semua kes-kes itu, meskipun isu dan faktanya berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Inilah yang menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan, tetapi ini kerja speaker," tegas Aziz.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR

Posted: 21 Jan 2011 08:00 PM PST


LABIS 21 JAN: Pakatan Rakyat menyuarakan rasa dukacita dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar lokasi tiga pusat mengundi DUN Tenang sehari sebelum tarikh penamaan calon berlangsung.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang ditemui Tv Selangor dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut memberi masalah kepada pengundi-pengundi di kawasan itu berikutan lokasi yang lebih jauh.

"Saya pernah menyatakan perubahan di saat akhir tidak begitu baik. Sepatutnya ini dimaklumkan lebih awal kepada kami supaya boleh membuat persiapan. Jadi apabila saat akhir tidak begitu bagus kepada pengundi sebab perubahan tempat ini lebih satu kilometer," jelas beliau selepas perasmian Jentera Muslimat PAS di sini petang tadi.

Perkara pertukaran lokasi mengundi itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Azri Yusof pagi tadi.

Pusat mengundi yang terklibat adalah SK Labis, SJKC Labis dan SJKT Labis.

Mustapha turut tidak menolak cubaan pihak tertentu mengurangkan undi kaum Cina kepada PAS.

"Saya tidak tahu apakah muslihat perubahan ini sebab SPR ini ada cara yang kita rasa tidak begitu menepati apa yang sepatutnya dilakukan," ujar beliau lagi.

Mustapha menambah Pakatan Rakyat akan membawa perkara tersebut supaya dibincangkan pada mesyuarat bersama SPR 24 Januari nanti.

Pada mesyuarat Pakatan Rakyat bersama SPR minggu hadapan, Mustapha bersama kepimpinan PKR dan DAP akan membincangkan empat isu penting iaitu tentangan 100 peratus undi proksi, undi pos, persempadanan pilihanraya cukup tempoh dan penukaran lokasi mengundi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihanraya Malaysia(Marfel), Syed Ibrahim Syed Noh ternyata kecewa kerana perubahan ini seolah-olah sudah menjadi trend kepada SPR.

"Saya lihat sudah menjadi satu trend dimana pemakluman pemindahan pusat mengundi ini dibuat hampir kepada pusat penamaan calon atau proses mengundi. Perkara ini sepatutnya ada ruang kepada parti-parti mengemukakan pandangan mereka berkenaan pemindahan ini.

"Memang betul ini dibawah kuasa SPR, tetapi saya rasa lebih baik mereka dapat pandangan daripada parti politik. ini dapat mengelakkan dari tanggapan dan kekeliruan khususnya kepada pegundi-pengundi pada hari mengundi," katanya.

"Dalam aspek pemantauan pilihanraya, kami (mafrel) melihat dalam konteks senarai daftar mengundi. Dengan berlakunya pemindahan ini, maknanya senarai daftar itu pun kita perlu dapat yang terkini supaya kita tahu benar-benar siapa dibawah pusat itu ialah pengundi-pengundinya.

Tambahnya apa yang membimbangkan perubahan saat akhir ini akan membuatkan pengundi keliru.

"saya rasa ada keburukan kerana tempoh masa diberi singkat. Jadi kita bimbang pengundi akan terkeliru. Memang benar mereka boleh datang pada hari mengundi itu. Tetapi mereka yang biasa pergi mengundi di situ(yang ditutup), dan dipindahkan ke tempat lain. Kemungkinan di sana akan berlaku sedikit kekecohan dan pengundi terpaksa mencari tempat baru," ujarnnya.

Kata Syed Ibrahim, perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pemindahan ini dilaksanakan lebih awal. Bermakna setelah diumumkan kekosongan kerusi DUN contohnya, SPR terus buat kajian dan memanggil parti-parti untuk memaklumkan tentang perpindahan dan mengapa dipindahkan.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Dan Gambar Terkini Penamaan Calon Dun Tenang

Posted: 21 Jan 2011 06:00 PM PST




















NONENONE


LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi. - Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pegawai Haram Pencegah Maksiat

Posted: 21 Jan 2011 05:00 PM PST

Kalau judi tanpa lesen, namanya judi haram. Kalau judi ada lesen, judi (budak-budak pun pening kepala halal ke haram judi ada lesen). Kalau lumba di jalanraya, lumba haram.

Kalau lumba di litar lumba. Kalau ceramah tanpa tauliah penceramah .... Kalau ceramah ada tauliah namanya penceramah.

Kalau pegawai pencegah maksiat tanpa tauliah nak panggil apa, Pegawai Pencegah Maksiat Haram atau Pegawai Haram Pencegah Maksiat?

Khamis 20 Jan 2011, jam 8.55 pagi, saya baru nak masuk kereta nak pergi surau ada gotong royong, lepas tu nak pergi Pasti ada program cuci kereta amal. Telefon bimbit berbunyi, kelam kabut pemanggil, ada kes khalwat malam tadi. Di syakki si lelaki tidur rumah perempuan di taman perumahan kami.

Sekarang tengah kecoh, dia minta saya datang. Pergilah ke rumah dimaksudkan seorang diri. Lelaki dah cabut lari. Perempuan dalam rumah, tengah berkemas untuk berpindah terus dari taman. Saya lelaki seorang diri, yang lain suri-suri rumah. Telefon teman-teman semua ada hal. Nak telefon polis atau pegawai pencegah maksiat tak tahu hujung pangkal cerita.

Dikhabarkan lelaki akan datang balik untuk bawa perempuan keluar terus dari taman perumahan.

Memandangkan saya ini cuma orang Islam sahaja, bukannya Pegawai Pencegah Maksiat, saya hanya boleh ambil butiran lelaki tadi sahajalah, dengan lemah lembut. Nak kita kasar-kasar kita pun tak tahu hujung pangkal cerita. Menggigil juga lelaki tadi, macamlah saya nak tangkap dan dakwa dia. Dia pun ceritalah kerja dia, tinggal mana dan seterusnya. Saya hanya boleh nasihatkan jangan buat hal lagi, dan dia pun kata memang takkan datang lagi sebab akan ke luar negeri lepas ni.

Kesian tengok lelaki tadi. Moga-moga Allah beri dia hidayah agar kembali mengamalkan Islam sepenuhnya.

Adakah saya Pegawai Pencegah Maksiat Haram atau Pegawai Amar Maaruf Haram? Entahlah, pening kepala budak-budak sekarang dengan istilah Judi Haram, Lumba Haram, Ustaz Tanpa Tauliah dan sebagainya, ada ke Judi Halal?

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

TKO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: